Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers
Showing posts with label ape2 je. Show all posts
Showing posts with label ape2 je. Show all posts

Tuesday, August 30, 2016

Selamat Tinggal Lina



Assalamualaikum...

Lama betul tak menulis kat blog. Emel pun jarang sangat buka. Sekali buka nah, penuh dengan surat cinta dari tah siapa-siapa. Dekat spam lagi la, surat dari kengkonon bank minta update pebenda tah. Surat semua sama, nama bank je beza-beza. Boleh pulak diorang main copy and paste surat formal gitu hehehe.. Nampak sangat.

Salah seorang peminat setia surat menyurat ai, si Lina. Lina mana? Lina Jobstreet tu la. Setia betul si Lina ni, dari menjak jaman UPM sampai dah beranak empat, masih sama bagai dulu kih kih kih . Rasanya hari tu dan tekan butang unsubscribe Jobstreet tu, tapi muskil jugak ai kenapa masih dapat surat dari Lina. Jadi meng-google la ai orang tak tahu cara kan, kena la usaha skit





Memula buka dulu emel anda. Sila buka emel yang si Lina tu hantar lepas tu cari bawah sekali ada butang unsubscribe. Sila la tekan ye...
Kalau anda berhenti setakat ini sahaja, kemungkinan untuk si Lina hantar balik surat cinta tu masih ada. Macam ai la, ai buat takat tu je hari tu. Bukak inbox dah penuh balik dengan surat si Lina ni. 






Jadi jangan berhenti takat situ je. Anda silalah ke lama Jobstreet, kira tekan emel tu dia akan link ke laman jalankerja tu. Dan akan keluar macam kat gambar di atas. Sila klik gambar pen ke pensel tu






 Okes, pilih butang unsubscribe lagi sekali kat 'my Lina profile' tu. Kira ni kita nak suruh Lina sudah sudah la hantar surat. Kot setakat bagi hint unsubscribe biasa dia tak paham, bagi arahan terus kat profil dia.





Nak lagi si Lina ni paham, sila ke 'My Account' lepas tu kat bahagian bawah tu, pilih semua unsubscribe. Haa..kata betul-betul nak putus dengan Lina kan? Lepas buat gini memang tak ada dah surat si Lina tu. Memang selamat tinggal Lina lah...sob sob



Tapi, nak lagi best, tekan je terus 'delete account' tu heee...lagi mudah

Thursday, August 6, 2015

D.I.Y konsep kedekut




1. Carik selai baju lengan panjang yang dah tak pakai lagi. Yang kira elok tapi nak bagi orang bukan taraf dia, nak pakai dah tak cun, gitu haaa....




2. Potong dua baju tu. Potong ikut garisan jahitan baju tu mudah. Guna gunting yang tajam tau, nanti akan dapat dua helai macam ni, depan dan belakang.





3. Tadaaaa..dah siap apron DIY versi kedekut. Hahaha.. nak beli apron hak mahal memang tak delah, nak beli yang murah jenis macam plastik gitu, ai tak shuke, nak jenis macam kain cotton gitu. Kadang bila panas sikit apron jenis macam plasitk tu macam melecet eh betul ke kegunaan ayat ni? 




Pandangan sisi. Mudah, tak payah jahit dan tak keluar duit sesen pon. Ai veri de laik hee, dasar kekut Nanti nak pakai boleh ikat atas perut, denagn model ni labuh la sikit, tapi dengan kita dewasa ni ok je. Jadi tak adalah  minyak ke apa teperecik kene kat baju mahal  tu hekkkkkssss Dan yang penting kain kapas, time kotor baling masuk dalam mesin basuh. Senang, cepat, mudah dan murah :p

*Model adalah Aneeq, baru balik dari sekolah hari Jumaat

Monday, January 19, 2015

DIY Cosmetic Storage Box - Jom Mengemas!!!





Konon, nak mengemas nak bersebab bagai. Padahal kalau lap-lap simpan elok-elok pon ok je sebenarnya. Alasan pasal nak beli barang online kan kan kan?? Dan seperti biasa, nak beli online pon, kita kene jaga bajet jugak. Ingat, pembelian berhemah amalan kita. Setelah buat perbandingan sana sini sinun dan akhirnya beli jugak benda alah yang namanya DIY Cosmetic Storage Box ni.

Cikgu bawa balik bungkusan tengahari Sabtu ai besa kalo pos berdaftar guna alamat sekolah Cikgu, mudah dan cepat Sambil buka bungkusan sambil jeling Cikgu yang duk baca suratkhabar kot dia nak meng'sound' ai, bimbang jugak beli tak bagitau dia awal-awal.Masa keluarkan keping-keping kadboard/kayu dalam 20keping dari bungkusan tu Cikgu bunyi "Bulih ke buat tu? Supo payoh jah" Berdebar kejap ai, tapi Cikgu tak tau, lalim dia ni dulu sesangat la heibat kalo bab main susun suai ni. Eheh eheh..sekali tak boleh buat memang menahan la telinga lepas ni.




Kertas arahan. "Yes, ai can read chinese beri the good one...Dont see me one eye ok?" Tak pedulikan ayat apa dah, tengok gambar jela ai. Memula susun keping-keping tu ikut nombor dia bagi dari 1-19 dan ikutla arahan bergambar tu. Nak menysun keping tu memang mencabar, sebab 3A pon sama excited nak buat istana jugak dengan keping tu.. Gambar pun tak dan nak berambik dah.. Jadi membina la kotak alah ni ikut gambar tu.




Plingggg!!! Dah siap. Magis nye magis nye.. Sila abaikan model kat tepi kotak, ini gambar paling baik yang boleh ambil huuuu... Keping dia tu tebal jugak. Ada gelang getah kecik warna putih untuk kejapkan kedudukan kotak tu nanti. Kira bucu-bucu yang masuk ikut celah tu tak ada la akan tercabut. Kukuh juga la benda ni




Cikgu biasa la tak puji tapi dia cakap "Kenapa beli soe jah??"  Itu maknyanya dia suka. Bagus bagus..gosok kepala sendiri hehehehe..

Rasa hari tu dah macam besar masa pilih, saje tak pilih yang besar sikit lagi saiz dia, sekali tak semua barang muat. Tapi ok la, tak ada la semak terabur merata barang. Yang ni saiz dia 31 x 21 x 8 (cm) Ada yang kecik lagi, pun besar sikit lagi. Jenis bentuk pun pelbagai. Ini beli kat Lelong.my dengan harga RM37.00 termasuk postage paling murah ai jumpa hahaha.. Okeh, minggu depan nak kemas apa pulak, jom belek internet :p


Tuesday, December 30, 2014

Banjir




Mohon share En. Raja Shamri


Dia antara individu yang saya follow FB  untuk mengetahui perkembangan di Kelantan. Insya ALLAH, apa yang dikongsikannya bukanlah auta. Saya mengenali beliau melalui kawan satu sekolah yang bersama-sama menjalankan misi membantu mangsa banjir di Kelantan. Dari hari kedua banjir mereka ini sudah giat dalam cubaan membantu saudara-saudara di sana.

Rakan yang ke Kuala Krai memberi komen 'Sedih sebok dop leh nok royak gane doh. Meh meh tsunami doh doh sini' Itulah ayat awal bila saya tanya macam mana Kelantan. Saya percaya itu kerana dia antara sukarelawan yang ke Acheh semasa tsunami dulu. Yang membezakan Acheh dan Kelantan adalah jumlah kematian dan mungkin jumlah kerosakkan.

Banyak post di fb mengenai kejadian banjir ni. Ada yang benar dan ada yang salah. Terpulang kepada pembaca menilai sebelum membuat sesuatu tindakan. Saya tak nak menulis terlalu panjang sehingga saya dibuai emosi dan melalut-lalut. Cukuplah saya katakan, tidak semua yang bergambar itu benar, tetapi tidak semua yang diceritakan itu juga salah.

Cuma mohon jasa baik yang membaca blog picisan saya ini, usahlah cepat menilai sesuatu melalui apa yang anda cuma nampak melalui maklumat di hujung jari anda. Yang terlibat, yang melihat, yang mendengar dan yang membaca, situasinya berbeza. Mohon seikhlas doa buat saudara-saudara mangsa banjir di sana, semoga semua dipermudahkan oleh NYA.


Daripada saya...
Anak Kelantan celup


*kalau ada tersilap kata bahasa saya mohon maaf..saya juga cuma orang yang mendengar dan membaca. insya ALLAH, andai beberapa halangan kecil disini dapat diatasi, kami akan bertolak balik ke Kelantan juga nanti. 

Tuesday, September 2, 2014

Jom Minum Air...



Entry banyak yang tertangguh, sebab payah nak upload gambar. Huuu...ai ni update blog menggunakan internet opis. Lepas tu simpan lepas tu peram dan lepas tu lupa apa nak tulis dah..huuu.. Dan kali ni, nekad. Nak gak publish satu entry. Pasal minum air. Rata ritu orang duk suh minum air banyak-banyak cuaca panas ni. Tak silap ada gak terbaca ke-tidak-elok-an minum air terlalu banyak untuk organ dalaman badan. Mana satu yang betul, wallahuaklam..

Dalam duk mencari resepi untuk buat sesuatu kat anak bujang sulung terbaca pasal minum air ni. Kata penulis tu, cara nak tahu berapa banyak air kita kena minum dengan cara kira-kira ni.

Berat badan anda (kg) x 0.033 = Jumlah air yang patut kita minum
Contoh berat anda 65kg x 0.033 = 2.145l air yang kene minum
1l air = 4 gelas besar / 6gelas kecil

Ai membiasakan diri minum 1botol air satu liter untuk sesi pagi di opis..dan tambah petang lagi 1l. Dan antaranya adalah gelas-gelas lain. Kalo ada terminum air manis nanti kene balas balik minum air masak segelas dua. Ai tak leh tak cukup minum air, mudah sakit kepala. Huuu... satu cara lagi sorang doktor ajar, tak perlu bilang-bilang sangat air berapa gelas berapa liter. Tengok kepada hasil pembuangan air anda tiap-tiap kali ke tandas. Kalo bila pergi tandas hasil pembuangan air anda warna pekat maknanya kene minum lagi air. Warna urin anda patut bewarna jernih kalau berkaler pon sikit je.

Ok dah..jom minum air

Thursday, August 7, 2014

Operasi CicakMeng...



Cicak atau panggilan manja binatang tu kat rumah kami Cik Ci. Alasan kenapa memberi mereka nama manja, berkait rapat dengan cite zaman sekolah ai kat Penang dulu. Bila cicak-cicak ni sangat ber-cicak-raja-lela dalam bilik asrama kitorang sampai satu tahap, ai termarah mereka-mereka ini. Dan hasilnya, seminggu diorang pakat men-tandas-kan diri depan pintu almari ai. Tiap pagi bangun memang setompok banyak taik kat situ. Dah satu keje pulak ai kene buang taik-taik tu dan cuci kawasan depan almari tu. Geli weh..dah macam apa taik-taik cicak berkumpul penuh depan pintu almari gitu. Roommate ai kata, cicak ni sensitif dan suka balas dendam. So kene bagi la nama manja jangan bagi diorang terasa. Dah gitu pulak..  ni awak punya cite yer Eman tapi amazingly, ai ikut pulak cara die tu hehehe

Dan balik ke jaman sekarang, rumah kami ni memang agak ramai Cik Ci ni. Banyak cara dah buat. Dari petua pakai bulu merak usaha carik beli bulu merak kat Batu Caves nuh tabur kulit telur ayam bertambah sepah rumah penggunaan bahan kimia sapu sana sini maupun penggunaan alat elektronik yang konon-konon ada bunyi boleh men-sakit-kan telinga Cik Ci kemudian jadi tak best duk rumah kita, semua boleh dikatakan kurang berhasil. Pesan abah ai, rajin-rajin la menglastik binatang tu nanti die seriknak datang dah. Hoishhh... bukan tak suka nak men-setik binatang tu ni antara aktiviti kami adik beradik malam Jumaat, nanti abah akan bagi upah ikut kiraan cicak yang berjaya disetik. Tapi bila cicak tu jatuh..eeeeee...dah dengan budak kecik yang suka sengeh kemain laju sekarang ni nak kutip benda-benda.. Ngeri ai nak piki kemungkinan yang belum pasti tu  teringat mama cite masa sembang-sembang raya ari tu, pasal dua ekor cicak masuk dalam air teh dia ewwww

Orang kata nak kurangkan cicak, kurangkan bahan makanan mereka. Ai ni rumah kawasan pinggir pekan, serangga memang banyak la. So Cikgu buat inisiatif sendiri nak kurangkan populasi cicak ni. Bahan-bahannya tak payah. Selotep kertas yang kaler putih dan kertas pelekat lalat.

Ini pelekat lalat. Siap ada perasa lagi tau. Jangan memain. Tapi jangan la minta nak perasa strawberi ke apa kan?? Gambar pelekat lalat tu dari Incik Gogel.Harga benda alah ni tak de mahal mana pon.

Cikgu akan potong tiga bahagian dari saiz asal dan kemudian tampal guna selotep kertas tu di tempat Cik Ci suka jalan-jalan. Sila tengok contoh di bawah.



Ini gambar dalam bilik air kedua. Guna selotep kertas sebab senang nak tanggal. Tak de cite cat tertarik sama ke apa nanti. Letak sikit je, bagi kertas lalat tu lekat je. Ini dah round ketiga, tu pasal kertasnye bersih tulus suci lagi. Masa sesi pertama buat, dalam bilik air kedua ni dapat dalam 15ekor. Bilik air dapur dapat 9ekor. Tempat-tempat lain ada la runcit-runcit. Keseluruhan untuk Operasi Cicakmeng I ni dapat dalam lebih kurang 30 ekor. Letak je sebelum senja pelekat lalat ni lepas tu sila abaikan. Esok datang kutip. Huiii..tp ai tak datang  pantau pon. Geli kot banyak-banyak gitu..Cikgu la yang datang kutip buang dengan muka senang hati.

Percayalah ianya berkesan. Peratus cicak kurang selepas dua sesi. Mana nak tahu kurang? Tengok dari taik mereka. tips untuk lebih kejayaan untuk tangkap cicak tu, letak area yang berlampu, sebab biasa ada serangga kecik dekat lampu kan malam-malam, dan cicak akan datang nak makan. Sebelum nak datang makan tu, kene la lalui kawasan perangkap tu. Jadi memang cara yang efektif la bagi ai. Selamat mencuba :)

Monday, June 30, 2014

Fun Fair Versi Kami...






Ini fun fair versi kami. Dengan cogan kata "Anak gembira, mak bapak suka, kereta bersih juga" Hahaha... Dah mana nak carik fun fair siang buta kat Raub ni ha... Elok lepas keluar TF Raub tu terus Cikgu drive masuk sini. Tu pon ai yang teruja lebih dengan cite macam-macam nak bagi Cikgu basuh keta otomatik ni. Cikgu macam nak tak nak je dengan cucian otomatik ni. Tak bersih la, die guna air longkang la, rosak keta la..tapi dia mengalah juga akhirnya, mungkin sebab kesian tengok isteri die yang kagum hover kalah anak-anak hahaha...permintaan sebelum puasa kononnya. Apekah.. Dan seperti biasa, mak yang hover bukak cerita itu ini masa kecik itu gini. Nak bagi anak-anak naik hover macam mak nye. Malu la ai nanti hover sorang-sorang heeee...



Time ni anak-anak dah start kagum dari jauh bile tengok bilah-bilah pencuci tu. Bulu ayam besar kata Aliff..




Ni dalam terowong basuhan tu. Kejap sangat. Mungkin sebab masa kami pergi tu ramai orang beratur menunggu. Ingat masa kecik-kecik dulu kat Temerloh abah suka bawak keta basuh otomatik ni. Sebab ai dan adik-adik pon memang akan enjoy duk dalam keta goyang-goyang ada air dan sabun splash sana sini..memang macam rollercoaster versi kebersihan. Hehehe..cuma ingat masa kecik dulu lama jugak dalam terowong tu. Dan terowong tu tak dela transparent macam sekarang ni.



Ok...esok datang lagi kata anak-anak. Sebab tengah promosi pembukaan sampai 09 Julai ni. Keta besa RM2 je. Kalo setakat basuh jela. Nak wax tayar tambah singgit. Vakum tambah lagi. Kira okey la. Bersih la keta kami yang sebulan sekali je mandi nyer. So meh abang, kita ber-fun-fair lagi esok hehehe...

Thursday, June 5, 2014

Kopiah Raya



Tak dan beredan dah nak up pasal raya. Ngata ke pasaraya hover ngat baru bulan Syaaban dah naik iklan untuk raya. Rupanya pasal ada pelanggan macam ai la, terjadinye ke-pedooh-an itu.

Asalnya dari sebelum raya tahun lepas nak tempah kopiah untuk bebudak ni. Tapi terlewat suda, tuan kedai tak nak amik tempahan, takut tak dan nak siap. So ai postpone la, sesambil tunggu si Kasyah besar sikit baru best nak menempah. Tempah awal tahun dan dua minggu lepas dapat. Memang lama la kene tunggu tapi tak pela, dah nak sangat kan. Alhamdulillah raya tahun ni dapatla pakai kopiah ni..



Bukan..anak-anak ai tetap tiga orang tu je. Sorang tu anak sedara. Anaqi tu abang-sepupu-awal-sari dari Kasyah.. nampak kat sini cam saiz kepala Anaqi besar pulak Tapi memang puas ati. Tu gambar cilok dari fb tuan kedai. Best eh orang ada kemahiran ni  tiba-tiba nyesal sebab tak abis blaja dulu, tula suka sangat buat benda separuh jalan huuu Sinar Kreatif ni penah masuk paper dulu..tapi ai tahu dari komen sorang kawan bekas pelanggan dia. Ai ni payah skit nak percaya barang-barang online. Dah percaya karang mula la meng-limah-kan diri adess...

Thursday, March 6, 2014

Orkid Vanilla Ice Ice Baby



Alkisahnya sekarang tengah duk mencari belia untuk pencalonan Anugerah Belia Negara peringkat daerah. Dan tetiba tah camna leh naik pasal belia kat Raub hak buat pasal orkid vanilla ni. Dekat pulak tu dengan kompleks ni ha, kat Kg Pamah Kulat...tapi siyes mokcik tak tahu pon ada belia hak buat penanaman pokok ni. Huuu..sodih haa.. Dan nak memanjangkan lagi alkisahnye, ada la sorang hamba Allah dari Jabatan ni ndak ke pokok ni. Memula die kata pokok vanilla ai cam blur-blur. Ai kam memang lahiriah blur, bila die kata pokok vanilla, dalam otak ai macam hmm...




Ha ai piki gini la pokok dia..tapi ada daun-daun apa la..lepas tu hujung-hujung kua pod vanilla tu. Hoh, cukup sedih mokcik ni. Imaginasi memang hampss...



Disebabkan ai pon ke-laut-an jugak nak tahu camna jenis pokok ni,usaha la mencari. Tanya orang itu ini kat mana kan.. Bila jumpa rumah belia tu dah gaya panel untuk pemilihan calon Anugerah Belia dah rasanya. Tanya itu ini.. Budak tu cakap dulu asalnya ada Aki tu buat secara komersil dan memang femes la. Aki tu buat secara kultur lagi. Tapi ada masalah skit dan Aki tu dah tutup tak buat dah sekarang. Ai tadi pon tersilap pergi kat tempat Aki tu, memang nampak macam kene tinggal la. Dan budak tu amik inisiatif buat secara kecil-kecilan. Tanam tepi rumah. Memang kalo pergi rumah die tak nampak mana pokoknye, bila dia tunjuk baru macam haaaa...




Memperkenalkan Orkid Vanilla Ice Ice Baby tersebut...heee. Masa cakap tepon kata benih die macam kecik sangat ke pokok eh, rupanya tak pon. Budak tu cakap dia ni asal dari Indonesia, dan ini memang asal usul nak buat vanilla tu. Oh mai..ai terus cam siyesss!!! Ai beli dua pokok dulu..semangat semangat pon, jangan hover..sedar diri hokey. Kot tak tertanam je..  Nanti nak beli jugak untuk sendiri, boleh tanam tepi rumah kat dapur. Nak buat kek ke kuih main petik-petik je kan??Haa..brangan sungguh best heee





Macam ni la lebih kurang pokok yang ada kat rumah budak tu.sebab tu masa ai sampai die tunjuk tempat pokok tu ai macam..haaa!! Hehehe..pokok ni boleh naik tinggi tau. Dan anak pokok tu dari batang dia la. Budak tu kata die potong dan semai..siap la tunjuk cara betul nak tanam apa. Ai kusyuk la dengar sebab besala..benda yang ai kelaut skit ni rasa kekaguman tu berlebih-lebih muahahaha..Bila dah besar nanti die keluar bunga dengan jurai-jurai batang yang berbau vanilla. Dan jurai-jurai tu la kene keringkan dan pommm!!! jadi pod vanilla tu

Ai is kagum..hahaha Sebab dalam otak ai ni vanilla tu dari belah-belah negara omputih je layaknye. Ni ada kat Raub?? kampung pulak tu yu..hidup subur hahahaha... Budak tu kata tak payah mana pon jaga,janji jangan panas sangat tu je. Pokok ni mudah jaga. Ha'ah yela...




Haa..nilah rupanye bila dah berbunga berbau dan berhasil-an pod..heee...Nama betul die tu ada dah Vanilla tahitensis nape ade tahi lak padahal bau wangi heee Makcik kagum makcik kagum. Siyes tak abis lagi kagum ai. Tu balik tadi terus buat entry ni.. Nampak sangat hovernye heee... :)


*pic kredit to google

Tuesday, February 25, 2014

Undian Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)


Bukan pilihanraya...nop nop...
Tapi tak rasa kurang pentingnya jugak..
Untuk sistem pendidikan kita..
Harapnya betul dapat mengubah ke arah lebih baik
So tolong..tolong..undi sewajarnya



Nombor Plat Buah



Jangan ingat kenderaan je ada no plat eh?? Buah pon ada.. tapi kalo buah jambu durian tak de kot. Ni untuk yang buah import je rasanya.  Selalu kalo beli buah memang akan prasan pelekat cam kat gambar bawah tu. Sesambil membasuh..sesambil mengopek pelekat tu. Ingatkan tu kod untuk orang tu scan2 je kan.. Rupanya ada cite..



1) Jika hannya ada no 4 digit pada PLU PLU tu benda alah lekat2 tu la
Bermakna buah tu di tanam secara tradisional/konvensional. Bukan bermakna kalo kata tradisional tu macam pakcik makcik dedulu guna baja taik lembu ke apa ya,maknanya guna racun serangga. Jadi kene basuh bersih-bersih sebelum makan ai besakan basuh dgn air suam+garam sebab mak pesan nak suh tanggalkan lilin buah tu No 4 digit tu cuma kod untuk buah tu je. Dari artikel ai petik ni katanya kod untuk pisang 4011. Semua jenis pisang kod dia 4011

2) Jika 5digit pada PLU dan kodnya bermula dengan no 8
Produk ini adalah produk GMO Genetically Modified Organism  Contoh kod 84011 bermakna pisang tersebut adalah pisang GMO
Bunyi cam bijak kan?? Ngko makan apa?Ohh..ai makan pisang GMO wahh gitu ahahaha

3) Jika 5digit pada PLU dan kodnya bermula dengan no 9
Maknyanya produk tersebut di tanam secara organik. Tanpa racun serangga atau GMO dan pilihan lebih selamat di makan. Contohnya kalo pisang organik kod dia 94011.

So..selamat membelek!! Hahaha...

*pic dan sumber dari FB 

Thursday, January 23, 2014

Cobaannnn....



Ya ini cobaan bukan main-main. Cobaan yang betul-betul punya lah..hehe apakah ayat ande itu?? Sebenarnya percubaan bukan cobaan. Ades..cubaan nak menjadi ibu yang lebih main-tali bukan mithali ye sebab tengah nak belajar main-tali benang dan kain-kain. Sedehhh!!!

Sejarah ai dengan menjahit ni dah lameeee. Ai selalu suka cuba-cuba jahit. Tapi selalu kene bebel Ma sebab tiap kali ai menjahit sure akan patah jarum. Ma kata ai kuat makan jarum. So lepas SPM dulu Ma anta ai gi blaja menjahit kat Kemas jangan tak tauuu!!! Murah je pon, 2hengget skali datang blajo. Kang die ajar la sampai siap kita jahit pakaian kita nak tu. Ai dan la blaja jahit baju kurung dengan kebaya tapi anjaib yang terhasil bukan baju kurung tapi baju melayu, untok Chekgu hahaha.. tengah hanget ber-chenta memang la chenggitu pesal ayat macam mehh ni.. Baju melayu leher teluk belanga je pon..warna hijau slow yang comel  tah ke mana baju tu,tak de pulak nampak dah sekarang ni Masa jahit tu model die adik laki ai,yerla..kami mase tu shenta jarak jaus, main agak je size badan. Gigih buatkan seb baik la Cikgu nak pakai dengan cara ai jahit yang mueh mueh... Segan gak sebab arwah mak Cikgu dulu menjahit. Memang kene bahan la kot..harap masa tu bukan menantu die je lagi hehehe..

Sekarang bila dah berstatus ibu eh..mama anak tiga feeling nak menjahit tu datang balik. Lho katanya nak berjimat cermat sangat so mana-mana yang mudah-mudah tu baik la ai jahit sendiri. Pulak bila baca blog-bog yang mak-maknya menjahit lagi la ai rasa wahhhh!!! Tahun sudah seluar sekolah Aliff Cikgu semua anta kedai hehe malu saye kalo nak utter, tapi tahun ni no no! Ai akan cuba jahit sendiri.Bermula dengan seluar sekolah Aliff hujung tahun ari tu. Walopon diragui Cikgu takut senget. Heiiii...takat kain cotton ai boleh la... blagak tak hengat jugak,cotton je padahal Tapi rasa best la pulak. Dari bagi kedai skali utter tu selai sua amik RM5 dah save 20hengget dah kami. Lepas tu teringin pulak buat bantal peluk kecik ke hero-hero tu. Ni still menjahit tapi dengan tangan sajo. Dengan batasan masa memang gigih ai nak jugak buat.

Lepas tu usha la mesin jahit mini. Gigih suh adik beli kat Tesco jenama Global tak silap macam gambar kat bawah tu. Rege dalam RM90 masa tu. Guna dan dua kali je hang. Diam membisu seribu bahasa. Jengggg ai.. Tu yang gigih jahit bantal budak-budak guna tangan je.

 *gambar amik dari gugel



Dan sekarang ai nak naik sket taraf..beli hak ni plak. Hehe..nak beli mesin jahit yang betul tu rasa luar kemampuan lagi. Paling murah yang portable seken pon dalam RM400 uisss..tak pe. Bli hak ni dulu. Lama dah usha, bila Mokcik Laza emel stok dah ada apa lageyyy...dapat pulak diskaun 10hengget bila dari Makcik Laza dah jadi RM149.00 Ai shuke shuke benda murah-murah ni..harap la tahan eh??



*nanti dah ada hasil jahitan akan upload. Hehehe..bajet berseni la pulop. Matik laaa...

Friday, August 31, 2012

MERDEKA!!!

Dari awal Ramadhan sebok si Aliff nak bendeka bendeka kacukan bendera+merdeka kot.. Mak nye plak dah beli bendera dari hari ke hari nak gantung kemahin lupa. Last-last...

Ketip dengan ketip baju kat langsir sliding door..diam budak2 tu ha..lepas tu duk sebok nyanyi lagu "Gajur Gemilang" gasak la...sorang pelat sket..sorang lagi super pelat..abesss...Tapi dah alih bendera ni ke pagar depan rumah dah. Segan gak wehh...Ai duk kulu kilir carik orang nak g sambutan merdeka itu ini konon patriotik la kan...rumah sendiri harrrr.... Hehehe. Walopon tahun ni nampak cam kureng feel sambutannya...harap2 semangat kita tetap ada daam hati.. Tak semestinya kene gantung bendera je baru patriotik ye tak?? Last, selamat menyambut merdeka kepada semua rakyat Malaysia. Jangan pakat2 buat anak merdeka daaaa... :p


Thursday, June 21, 2012

Coti


Weee....tidak terlampau kan kan kan?? Hehe..ai suke bab coti-coti ni.. Kelmarin meting kakitangan dah sebut pasal cuti raya tahun ni. Dah siap pilih2 sape  dapat cuti dulu cuti kendian. Ai kene jadi orang las balik tahun ni. Hooo.. tak pela.. Raya eh hari Ahad tahun ni..sempat je balik. Janji bukan orang awal kena balik jaga opes dahhh...

Ini antara jadual perayaan penting hak besa kita suka sambung2 coti.. suka nak pergi jengjalan. Tahun depan kene cop awal2 raya nak cuti awal. Balik opes awal tak kesah. Hehe.. Ai ni cuti kene ikut cuti sekolah. Tu yang salu berebut cuti dengan bebudak opes ni. Nasib la.. Time ni la nak pentingkan diri ye dak??

Tuesday, November 15, 2011

Good Food Good Life

Ni benda baru yang ai salu wat main..miahahaha...Benda alah ni Nestle yang anta kot emel. Dulu subcribe sebab nak tahu pasal baby2 pe...dan memang banyak la fakta2 yang best Nestle anta. Cam resepi untuk baby yang baru nak makan, untuk budak2 umur sekian sekian...dan sekarang ade benda alah ni...taraaaa!!!



Ai dah link tapi tak tahu lah leh ke tak klik kat pic atas tu, kalo tak dapat buka leh taip kat FB memasing yerr....Ape yang best?? Nanti die boleh tolong kirakan kita punya pengambilan kalori harian yang diambil. So lau cam ai ni..yang kunun dalam usaha nak menyelimkan sket diri..kalo leh tak mo la amik lebih 2000cal sari kan kan kan...Mula2 ada la solan umur dengan jantina. Ni penting untuk tahu bape sepatutnya kalori anda boleh ambil. Lepas tu nanti dia akan ada pilihan makanan untuk makanan yang ande amik untuk sarapan dgn tengahari. Memang la kadang kurang tepat sket pilihan makan die tu..ale, pepandai la korang nanti. So cam ai..ari ni ai dah amik 537cal mase sahur tadi. Leh skip lunch dan bila makan malam akan kua la gini...

Idok la ai makan betul2 cam die cadang tu..ada lak mee goreng dengan kailan goreng ikan masin?? Apakah betul.. Nanti apa yang ai makan malam tu ai akan masuk ke dalam bahagian lunch dan leh tengok hari ni bape kalori ai dah amik. So far dah 2minggu guna benda ni..berat pon ade turun sket... wek wek wek tapi kene disiplin la kan?? Disiplin la sket sebab ai puasa nazar, lau tak..haremmm So selamat mencuba

Friday, November 4, 2011

Muay Thai Challenger 2011

Sapa layan chanel AXN hari Khamis, pukul 10 malam??? Ai layan jerr..memula layan sebab ok, kali ni buat kat Malaysia dah la UPM yuuu!!! hehehe..tempat jatuh lagikan dikenang Sebab musim sebelum ni buat kat Singapura. Nak tengok la camna kan prestasi kalo buat kat Malaysia pal. Keseluruhan memang tak semewah kat Singapura. Dan yang paling best, siri pertama dulu dia ada cam lawan2 antara group. Group kalah kene denda, group menang dapat hadiah. Cam ala2 Top Chef lak... Las final Thailand dengan Australia tak silap. Nama diorang ingat2 lupa lak ai. Tapi yang paling ingat...bila yang Thai tu menang, press tanya nak buat apa dengan duit kemenangan...die kata nak beli TV untuk mak die...siyes...terus bersungai hati ai..hehehe dasar pompuan hati Hindustan

Ini wakil dari Malaysia. Memula ai cam..ale, masuk atas tiket tuan rumah jeee...tp bila tengok die lawan, ok. Not bad at all. Mamat ni boleh tahan. Nama die Mohd Faizal Bin Remlieeeyyy!!! femes sekarang ni nama Ramli sejak iklan tu baru 22 tahun. Die ni orang Kelantan, Pasir Puteh. Kampung aiii... tengtiba ngaku ade kampung sane..hahaha Gelaran die Golden Elbow tapi masa die berlawan tu cam jarang je siku emas die tu kua. Try buat ala2 si Tony Jaa dalam Ong-Bak, baru KO kot si comel Antoine tu. Hahahaha...tapi die ni memam jenis cam baik2 sket. Masa lawan memula dulu pon, die cam baik hati. Lau tengok orang lain lawan tak kesah mana dah, tapi besa la, kita orang Malaysia sopan santun sket..hahaha...apapun tahniah. Walopon tak dapat g final, huuuu.... Lau dapat g final ade je ai nak koling2 Jabatan kot ade tiket lebih lagi. Pok Nik, tiket motor ari tu tukar dgn tiket ni aci tak??Hahaha...Tak pe.Taun depan cuba lagi..so tahun ni harap2 bia la Thailand menang lagi. Nape?? Sebab ai kam ade darah2 sane sket..giahahaha tengtiba sekali lagi poyo...

Thursday, May 26, 2011

Bape Banyak Kasut Ngko Ade???

baru sat sat ni tengok Wanita Hari Ini cite pasal kasut/selipar bla bla..wallaweiii...banyak betoi kasut diorang..kasut dan makan ratus ratus daaaa...kalo kasut ai banyak gitu...sukahati betol Aliff..banyak kasut opes die
ai ni kasut tak pernah lebih dari 4pasang tau. eh jap kira...satu pakai g keje, satu g pasar, satu yang skema ma ma kot2 ade majlis rasmi kena la pakai ala-ala keparat korporat sket kan


penah pakai kasut gini untuk satu program bersama pak menteri.skali porgram kat padang..dah la lepas hujan...seksa makcikkk!!!!!!!!!!


salah satu statement makcik banyak kasut tu...
"saya suka kasut tumit tinggi 4 5 inci dapat membaiki postur tubuh supaya kelihatan lebih menarik dan bergaya"
wah wah wah...hahahaha...gitu ke??? bila tumit menaik lebih dari 2 1/2inci ia akan membuatkan bontot lebih lentik, bila bontot lebih lentik dada lebih ke depan. jalan pon slow milo nak kena kontrol gak..nampak la ayuuuu!!!! tak pela...korang selim melim dan ciut miut jeee....ai ni cam gargasi dah...tinggi pon dah ala-ala model tak sah taraf, pakai lak kasut gitu...memam cikgu Azizi tak jalan same la weiii tinggi tanpa kasut kami, dia lebih beza 1-2 cm je, so paham la kan.

terpulang la sendiri punya keselesaan kan, ai ni kasut paling tinggi 2inci je...pengalaman sendiri, tak suka sebab mudah sakit belakang pulak lepas tukat status ni ha. laaa....what is beuty without pain yaaaa??? betoi ka ayat ni tak tau la korang...tp bila dah jadik mak mak orang ni, di mana kuasa pinggang dan belakang sangat diperlukandukung anak..nak menyusu anak kejar anak lagi malas dah rasanya nak membebankan lagi turus belakang ai tu. tu belum kalo terpeleot...malu makcik haaa!!! cukup-cukuplah...makcik tak nak daa..tido malam nanges2 cam dulu. lagipun ingat2 lagi cikgu sound tepek...

"apa ingat cantik sangat la tu,saje nak tunjuk kat orang ramai bontot golek2 dada membusung ke depan.
awak nak tolong saya masuk syurga ke tidak ni??"
hahaha...shomel la ini pakcik

Wednesday, May 11, 2011

Mari Merancang

1) Constraptive pills
saya ni bukan nyer orang yang sangat disiplin memakan ubat.eh..bukan tak disiplin tak makan terus.bukan bukan...pil ni kan kena makan tetap pada masa die.lau TER lewat makan...haaa...siap la.kalo jenis sabar subur tu..memam lekat la.mak ai makan pil pon mmg akan lekat.cuma usia janin tu tak lama.so ma stop makan...sebab ma akta, gugur lagi sakit dari branak.dah la sedih...dan ai kam anak ma ai, so prevention is better tahn cure..ahhaha..sendiri lak kata sendiri subur.baru dua orang anak...

2) Implan / Depo
ni ubat cuck2 dan tanam2 dalam badan.benda sama cam pil tu cuma tak payah la korang risau nak kena makan timing2 ape. ai pakai cucuk 3x implan tak pernah. sebab tanya ramai doc yang saya tanya la die kata sama je.cuma implan lama sket dan ade doc y islamic sket die tak kasik implan, dah ala2 susuk katanya, pendapat die la kan. tp kesan die ya ALLAH...selama hayat ai mmg leh kira bape kali senggugut.kali ni die sakit memam lembu-lembu yu, siap dapat MC...2 mggu sakit period.lepas tu period tak stop sebulan weiii... ai ni period paling lama 7hari je dan sangat tetap hokei??? tambah lak migrain hari2..so lepas dah tamat tu..tak amik dah depo...tu yang lekat y kedua lepas tu..hahaha

3) IUD
ni jensi2 yang pesen2 masuk dalam..banyak jenis kan??ingat satu nama ni je ha,nasib la.misi dok paksa2 pakai benda alah ni, kata okei la ape al.gerun ai...benda duk akt dalam.dah la kita tak nampak. sure ade kata, hak ala...kuno la.die letak elok la, pakai kamera sumabt molek2 dalam lubang ajlan tu ha. tak kira, pakai kamera ke, CCTV ke..DSLR ke, benda tu kira bendasing dalam badan.len la dah tak da cara lain cam patah riuk kene letak besi tu lain la...tak mo tak mo.ade kes, mak sedara. bukan sorang tapi dua tau..pakai benda ni asek bleeding. sorang tu bleeding je ok la.sorang g beleding teruk ngat sampai rosak die nyer rahim tau.sekarang??dah kene buang rahim..oooo, tak mau. memam tu kes terpencil, tapi yerla..pensil pencil pon, katakan 1 : 1juta. kalo ngko yang bertuah, nak ke??? dan lepas bersalin si Kacak tu, misi tu dah cakap..rahim nor awak ni lembut, nak jahit pon kene hati2. so ai siap tny, lau pakai IUD ok ek???tak payah la dia kata..try pesen lain...

4) Kondom
alahai..ni cara merancang lelaki. jarang la lelaki nak pakai. bak kata cikgu, kondom ni..con-the-dome kira penipu untuk si kubah lelaki la..hahaha...so agak mara-bahaya okey.memam lau bab2 merancang ni...kena serah kat kita perempuan jela kot..aiseh, ngandung pon kita, sakit bersalin pon kita, nyusu pon kita???tak pe tak pe..pahala pahala...tetiba lak redha :p

dan sekarang ai guna ubat tradisional. MAKJUN ANGGUN BISTARI nama tak leh tahan kan??Kira nama tu alaf2 baru la...memula dengar memang ai gelop2...masuk ni dah jap..hmm...8botol MAB ai telan.kira dah 8bulan la.eh..kejap2..anak baru nak masuk 7bulan..hahah..ok ok..7botol = 7bulan consume benda ni. kira ni la cara pencangan y lama kekal dengan ai. tema die mudah je..MOLEK MUDAH MURAH haaa...kam pompuan suka tu???takat ni dengan ai rasi. side kick effect die takat ni cuma panas la. maik MAB ni kena minum banyak air. kalo ai tak minum sari 3l memam bibir akan pecah2, leher sakit sebab tonsil bengkak. rasa dia??rasa cam makjun la, ade manis2 pedar2 pedas gitu. yang bagus MAB ni salu wat kua angin, po-po pun mudah jeee...bagus kan???harap2nya ok la. eh kejap...ni entry ni bukan dibayar okeh,tak de orang suh pun,cuma nak share benda baik.nak tahu cara makan ape seme anda klik SINI mommy qaizer pon makan tau...eh qas, dah rasi ke???

Tuesday, April 26, 2011

Jenis2 Skendel

*entry ini ditulis berpandukan hikayat merong hidup ai..tak de referen mana2..so kalau tak stuju ke pedehal,sila la komen2 tak pon wat bodo je ye...

1) Skendel S3 suka same suke
ni besa ngat la berlaku...kalo berlaku antara bujang sama bujang tada hal la kan,kecuali lau lelaki tu bujang lagi...opss!!! ni dop masuk bok kata ipar ai gitu...besa skendel S3 ni berlaku bila konon2 nak mencari daya penarik kat opes.ye,mula daya penarik..lepas tu tertarik..tup tup gatai _______ sila isi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai. huar huar...jangan mencarut,kam sakit perot. ale, ai mase muda remuja pun gitu gop.konon cam fem la sgt kan, dah keje,dressing sket2,leset2 kaler kat muka pe, ramai pakwe pakwi ensen2 taf2 chit!! mula la lupa diri, fly fly ke marikh gitu...tapi seb baik la ex-pakwe cam geli lak guna pakwe hehehe ni sabarnye tinggi, hehehe...last2 jadik isteri jugeee...hehehe

2) Skendel Bertepuk Sbelah Tangan
ini kes sorang2 je la syok.ai minat yu..yu pedulik la kat lu!!! tapi kalo dah salu ke hulu ke hilir sesame, tambah plak si Altimet eh setan plak ade sama, lama2 cair gak kot. ini tengok tahap iman la. tapi kalo tengok cam keje ai sekarang ni...memang banyak masa boleh berdua, nak2 time buat program. konon2 bersikap terbuka la.takat nak bincang program ke apa tadahal bincang dalam bilik hotel.ai pakai tutup aurat la...pintu buka.memam la..memula kan kan??hahaha...gitula kekdahnya...ai angkut anak bini lau buat program yer...bia la tak save bajet mane pon...eh,ade bini ke???

3) Skendel Terpaksa Jua
ni salah sorang memam tak nak tak nak tak nak skendel..tp kalo sorang lagi tu berpangkat, berharta, berkuasa, berupaya dan banyak lagi la ber ber nya...orang yang ber ber tu justin bierber kah?? kadang cenderung guna superpower diorang tuk memaksa ke-skendel-an berlaku. tambah lak si berber ni jenis tak kesah ko laki orang ke,mak orang ke...haaa,sudah laaa...siap ugut bagai la. ngadu??kat sape???kita ni orang baru, kecik je pangkat eh...silap2 kam, kita yang kena,tak ke sakit ati??so pepandai la larik cam besa je..hehehe

apepong,tepuk dada tanyalah iman.lau rase iman tu setebal kertas A4 sila2 lah amik jalan mencegah.bak kata AADK mencegah lebih elok dari mengubati..ewahh!!!


Monday, September 20, 2010

okEh OkeH..SiLAmat SemuAa

ku men-daddy-casey-kan ucapan ini untuk seme budak2 yang berumor 12tahun yang mengambil UPSR esok.. sempena tringat kes budak2 datang braya kat rumah semalam nyer hal anak murid kande seme smoga adik2 dapat buat elok2..kalo tak penting mane pon UPSR tu, kena try da best gak, nnti sek sok kalo UPSR tu dah jadik sejarawan,leh la berlagak style mak2 salu cakap..alah STP dulu lagi lagi payah dari PMR tuuuu... haa,berlagak style gitu,buley???hahaha...

dan juga nak ucap selamat untok orang2 yang berkaitan secara tidak lansung dengan peperiksaan UPSR neh..cam isteri2 cikgu, mak2 bapak2, bomoh2 penerang hati, penjual produk2 cepat blaja segala...hahahaha....selamat la semua nyer yaaaa...


pssstt...bak kata Aliff " nak uter ibi" iklan astro 100 saya nak tutor tivi..hoh!!!!
buat lek lok seme..biar rating UPSR SKBR taun ni naik g... abg,taun dpn jgn jaga kelas derjah 6 daaa