Friday, September 13, 2013

Malang Tak Dak Bau

Dedulu masa kecik salu piki, kenapa orang duk kata malam tak berbau tak berbau. Memang tak de bau pon, kecuali kalo ade lembu ke dekat tangki najis ke malam-malam kuat la sikit bau die.Rupanya malang, adeihaiii... Eh nak cite pasal malang sebenarnya. Terbaca paper pasal abang terlanggar adik sendiri tadi. Sesambil online baca plak cite sorang bloger yang trauma sebab anak dia iras-iras nak hilang kat Aeon. Ai baca pon nak meleleh air mata. Weiii..anak bukan nye I/C dah hilang leh repot dapat kaki apa.. Ni anak wei anak.. iras-iras nak hilang pon dah gemuruh jiwa, kalo hilang tah la..

Anak seken ai penah gitu. Hala-hala nak hilang kat JJ mase tu JJ lagi namenya Rerupanya die main nyorok-nyorok bawah tempat bahagian orang letak baju-baju tu. Ale, tempat yang macam atas die besa diorang longgok kain baju bawah die letak kanvas berzip so bawah tu diorang leh simpan apa-apa. Masalahnye dia main sorok-sorok tu sorang-sorang dan tak de sape yang main dengan dia. Tak ke naye?? Ai dah leleh gile dah. Yess...ai memam cenggeng. Hati tisu. Cikgu time tu rambut die jadi merimbun ala-ala Alleycat tapi seb baik jumpa. Hilang tak lama, dalam 15minit gitu je tapi.. Ya ALLAH, tuhan je tahu.

Hal dengan kereta pon penah berlaku. Nanti ada la orang kata apehal la mokcik ni banyak benar hal kesah die berlaku. Asal orang gitu die pon ada la gitu, banyak nau pengalaman die. Huk aloh, ai ni datang dari kuaga beso, 10beradik. tu hak jadi jela, kalo tak lagi besor. So fiil memacam. Dan sekarang walopon ai baru anak tiga tapi anak-anak jaman sekarang, cabaran die memang...

Ai penah masa tengah mandu tengah jalan drive dalam 40kmj anak ai yang tengah well,dia memang jenis lasak dan aktif naik ke depan tempat co-driver dan bukak pintu. Keta Cikgu tak sama macam keta ai keta yang naik bila tekan brek terus kunci. Mak nye pulak nak laju je..sekali anak terbuka pintu terus ternganga pintu tu. Time tu memang tak tau nak cerita. Dengan sbelah tangah still pegang stereng sbelah lagi menggapai anak yang tengah bergayut kat pintu kereta. Nasib time tu bukak tingkap. Dah macam pilem Usop Aslam dah rasa.. Alhamdulillah anak selamat sebab die bergayut kat tingkap. Kereta pon cuma terbabas ke tepi sikit je,tak de rosak apa, pintu pon tak terkopak. Kalau apa-apa jadi sure masuk paper tu satu hal..orang luar hak mengata tu satu hal. Ades.. Bila hal gini berlaku orang akan kata itu ini.. Tak pandai jaga anak, tak pasang car seat untuk anak. Lain orang lain caranya. Lain keluarga lain anaknya. Mungkin anak orang lain boleh duduk dalam carseat elok je, cam anak ai?? Minta maaf..

Cuma apa ai nak cakap kat sini, dalam kes ni ibu bapa kene LEBIH waspada. Kalo boleh kene piki laju 2 3 tapak dari anak, tambahan anak zaman sekarang yang ramai jenis tak makan ayat 'Jangan'. Anda lebih kenal anak anda macam mana. Betul malang tak berbau..tapi kalo boleh kita elak, kita cuba elak. Kalau tak boleh elak itu maknanya kerja tuhan. Kita maknusia selalu lupa benda tu.. Peringatan untuk diri sendiri jugak. Alahai, esok outing pertama kami berlima. Harap semua ok.. :)