Monday, November 26, 2012

Edisi Kepokaian Siri 3




Nak bagitau kurang duit pon bersiri-siri bagai, motif?? Nak amik simpati kot ade yang nak membantu dengan eklas ke kan..sila bersila la jangan malu-malu, malu pon tak pe, janji bantu hehehe :p


Selepas ke Houses Lighting tu nak pusing ke Mines, time tengah jalan tu, boleh pulak Cikgu nampak tempat ni ha... Boleh pulak beliau pusing masuk sini. Avenue ni besar tempatnya. Kira banyak kedai bawah satu bumbung. Ade kedai KC, kedai lampu, kedai perabot dan....


Rupanya Cikgu nampak label kedai ni. Kedai langsir. Baagus namanya...tapi memang bagus pon. Langsir lawa-lawa gile. Rege pon...nanti ai tunjuk langsir rege tak hengat jap g... Ingatkan ai je hak duk asek servey pasal langsir beliau pon same. Tapi ai dendiam je, sebab yerla, nak piki abes2 dulu mana lagi untung beli kedai atau beli kain. Ade cadang nka pergi ke Nilai tempah sana hak jenis jahit besa je tu atau pon minta isteri kawan CIkgu jahit. Dia amik upah jahit RM 3 je sekaki..kira ok lagi la



Haa..inilah langsir rege jenis tak hengat tu. Kain die cantik..jenis jarang dengan tebal campur skali. Kain lembut berat dah la warna itam putis. Ades..ai saje tanya purak-purak kayak berapa rege tu kat SA "Upah jahit tak mahal kak, dua ratus saja, harga kain nam ratus untuk satu meter kain kak" Hoyoooo....langsir tu tinggi dalam 12kaki tak silap. So silalah kawan2 mengira berapa rege langsir tu. Dan jangan lupa darab dua eh?? Rege lagi mahal dari peti sejuk, tibi dengan mesin basuh rumah ai...sodisss




Ini belian Cikgu.. sebab guna bahagian bonus die kan, biarkan dia sengeh bukan main sebab dapat beli langsir daa...ai besa la moncong sebab pembelian luar jangka. Ai tak shuke...huuu....tak pela, langsir untuk 10 tahun. Harapnya... Huuu..bersakit la kita lepas ni ye bang.. Nak merasa bonus pon tak ade maknya nye dahh...

Wednesday, November 21, 2012

Wordless Wednesday Konon






Tahniah bang... Like father like son eh??

Tuesday, November 20, 2012

Edisi Kepokaian Siri 2




 
Yee..kami ke sini buat kali kedua. Kali pertama bulan September lepas edisi rata tanah hari tu nampak tak bapak semangat tu?? Ada perubahan dalam pelan asal wiring rumah so paksa-rela ke sini untuk top up segala benda yang tak ada tu. Kenapa tak beli di Raub je?? Owh harga barang2 kat sini larik lebih dari separuh. Seb baik la KL tu tak de jauh ngat...sob sob


 
Cubaan Cikgu 'menekel' budak kedai dengan harapan dapat harga lagi murah. Tapi non-ado yeee..hahaha


Ni je pic gambar lampu malas dah ai snap...dalam tenet banyak dah pic kedai ni. Fenat makcik


 Himpunan cheit..bunyik cam banyak ngat eh barang-barang yang menghasilkan kepokaian kami. Padan la dengan poket kami yang saiz tak besar mana ni...banyak ni barang pon buat kami ngigau dah ha...habis dah bonus kami untuk bulan Disember nanti bonus belum keluar dah habis Syukur ada gak rezeki bonus tu kan??


Monday, November 19, 2012

Edisi Kepokaian Siri 1


 Entry ni berkaitan dengan entry hak lepas2 pasal papan tanda Alcano Design tu. Kami ke sana cuti hari tu. Awal2 dah cakap kat Cikgu nak usha2 je skali...adesss, dah siap bayar deposit daaa... Huu...Cikgu kata tak pela. Melabur sket. Kami selama ni mana ada penah beli perabot rumah. Jadi bila skali beli ni biarla puas hati. Masalahnya bang, masa tak beli perabot tu duit nye bukan bersimpan gak Buat2 tutup mata sebab macam Cikgu kata, benda nak pakai lama, harapnya.

Sebelum ke sini kami ade carik2 tempat perabot murah lepas tu ada la blog orang femes2 kata Alcano ni murah tu kami sampai ke sini. Betul ke murah?? Hmm..Kalo nak banding dengan Carvenzi atau Westcourt dari segi harga memang kalah la. Tapi ada benda2 kami tengok kat sini kualiti die ok sket. Bukan nak kata tempat2 murah tu tak elok..benda yang elok tu kene tengok poket kita elok ke tak juga kan?? Kalo rasa anda boleh membeli di tempat yang hi class dan poket anda bukan di buat dari gelas, silakan. Ini pilihan kami yang nak merasa kelas-kelas tapi poket ala-ala gelas. Hehehe...Sini perabot dia leh custom-made. So kalo ade idea sendiri nak feeling2 lain dari biasa, tak nak pergi rumah Cik Kiah ada kerusi sama so sini ada perkhidmatan tersebut pehal ayat cam  skema ha?? Lau tringin nak kusi cam maharaja India bawak je gambar nanti diorang cuba buat. Tapi rege korang tanggung la...hehehe



Ini tokei kedai Alcano Design... Mr Chai dengan isteri Mrs Angel.
Belakang tu ade pic diorang dengan mazidul akmal dan kak jee blog yang kami refer tu


Ini le lebih kurang rupa kerusi pilihan Cikgu.. Kami minta buat betul ikut ukuran ruang tamu kecik kami.. Yang pernah servey kat kedai2 perabot besa jenis2 gini besarnya godang. Kami minta kurangkanlah sikit ke-godang-an kerusi tu dan harga pon biarla tak godang jugak hehehe... Lain-lain order Cikgu amik katil + tilam untuk tiga bilik lain tu haa....




Ini barang2 yang bakal di-lorry-ing keluar kepada pembeli. Baru siap wrap...


Sebelah ni ha kawasan jahit2..kagum tengok diorang jahit potong material..laju wess...ai nak jahit lurus gigil2 weeeee


Belah sana tu patut bahagian ketuk ketak...tak sure nampak ke tak. Tengah2 diorang lambak barang2 yang nak di hantar.

Sape2 rasa berminat ini petanya. Ai amik dari Makcik Gogel je... Kami ikut jalan macam nak pergi ke Hospital Sg Buloh tapi sebelum sampai amik lorong paling kanan ala-ala nak ke Shah Alam. Lepas tu ikut peta ni ha...sila ikut peta ni betul2 sure sampai tanpa sesat macam kami hehehe...

Saturday, November 17, 2012

Progress Rumahlah Lagi

Selagi tak siap ulli jib kami ni selagi tu la akan ade banyak entry pasal rumah. Dan ai besa update pasal rumah ni dalam blog, kat buku nota kecik ni lebih kepada kluar masuk kewangan dan kelendar opis. Cikgu ni dia ade satu kegemaran sekarang ni.

"Bila dah tarikh kita buat rumah?"
 "Bila dah kita masuk air rumah?"
 "Bila kita beli bla bla bla.."

Suka ngat nanye eh. Die tak tau hardisk ai ni dah naik jem nak masuk seme data2 tu. Sebab tu sekarang ai mudah bangang-bangang je. Tanya solan tu jawab ni. Tu pon nasib baik kalo ai jawab dari tak jawab langsung. Hehehe..okeh. Lurus kepada maksud entry ya cik kak...

01-03 Nov (hari ke 60-62) Ah Kong wiring man duk setel pasal wiring. Mana nak letak itu ini. Tebuk sana sini bla bla...tapi bukan buat wiring lagi cuma letak duduk suis dan kotak2 eh

05-10 Nov (hari ke 63-68) Geng buat lepa simen mula keje. Sehari satu bilik.
12-14 Nov (hari ke 70-72) Sambung lagi. Cuti Ahad je. Depavali pon diorang raya dengan simen tu ha..
Hasilnya....

 Ini gambar hari last sebelum diorang lepa dinding depan tu...


 Dalam rumah....suke suke... Orang pasang tiles pon dah datang tengok2 nak pasang tiles kata Cikgu

Tapi yang kureng suke... stat 15hb je diorang cuti dah pulak. Buat rumah lain pulak dah, ades..baru nak berbunga harapan... Minggu depan la kot...Kot le ada huuu...

Friday, November 16, 2012

Keje-am Time Cuti Lompat2

Mengambil peluang menaip entry di tempat akak kerani sempena dia cuti sminggu ni. Tak best kan cuti lompat-lompat gini?? Keje esok cuti lepas tu keje...mood keje ke kutub dah jadinya. Bangun pepagi pon bingung2 sesambil piki..hari ni keje ke cuti?? Dah la Cikgu dah stat cuti lagi la fenin sebab biasa die akan sebok2 gak pepagi Sempena meraikan cuti terlompat-lompat+gaji lak masuk awal bulan ni.. mokcik pokcik memanjangkan langkah la aper lagi...

Dan kami ke sini bukan papan tanda hak atas tu, hak bawah tu yeee... mencari harta se-per-jalan-an dan se-ke-pokai-an isk isk...Kilangnya agak payah nak cari tapi Cikgu berjaya mencari tanpa sesat. Kembang idung Cikgu haa... Gambar lain seme dalam henpon Cikgu, ai sebok meligan Dabel A kat sini. Kita stori lain hari naa lebih-lebih.. ni versi taip entri lekas2 sebab sedar diri menumpang tempat orang. Cuti ni kami banyak buat kerja yang berfaedah bagi tokei2 kedai sekian. Hoh...

Thursday, November 8, 2012

Alkesah Basi


Teka meneki... Apekah yang sepatutnya kelihatan di sini tetapi tidak kelihatan?? Haa...cepat cepat. Sape yang jawab betul maaf la eh, tak de hadiah. Sebab kos untuk hadiah dah disalurkan kat benda yang tidak kelihatan itu. Aci?? Aci kat estet yaa..

Alkisah basi pertama on the way balik selepas ada hal rasmi di Putrajaya+hal kurang rasmi, keta Cikgu macam pelik. Asal jem keta die senyap lepas tu mati. Sekali di Sungai Buloh. Dia kata ok lagi ni.. Kali kedua masa dah nak masuk tol Gombak ke apa nama eh.. Kali ni Cikgu dah cuak. Ai awal-awal bagitau tak nak tolak keta. Hehe.. Ai kam fonfuan so lelaki tiga orang la tolak dengan anak pon berkira ape la fonfuan ni Nasib sempat sampai Bentong. Kedai yang biasa Cikgu pergi tutup, sebab cuti Hari Keputeraan Sultan Pahang kan perkhidmatan baiki2 kereta atau barang2 biasanya di Bentong lebih murah dari Raub ya. Alhamdulillah di celah2 bangunan ade kedai yang buka. Cikgu kata sedia la kene semelih. Sekali lagi alhamdulillah syukur kami tak kene semelih. Pomen tu tukar bateri cek apa tah lagi dalam tu, dalam RM200 je. Kami pon hepi-hepian bertolak ke Raub esok nak balik Kelantan tuuu...

Alkisah basi kedua pulak sedang elok je sebelum masuk Raub, betul2 depan papan besar ade gambar Selamat Datang Ke Raub tu.. keta depan Kancil 850 warna Emas no plat DAN 94** brek. Padahal depan keta tu tak de sape2 pon. Cikgu brek mengejut kiri sikit. Elok  ai nak pusing tengok sape belakang dah... Selamat la sangat datangnya. Motor Honda EX5 warna merah langgar side mirror keta Cikgu. Siap melambung dua budak tu dalam longkang. Sikit nak langgar tiang TNB. Aneeq melambung ke cermin depan Sian sepet tu...Keta depan tu? Dia dengan best memecut meninggalkan tempat tu. Cikgu memang mulut dah keluar bukan-bukan dah. Kalut tengok budak motor dua orang tu. Sian pulak. Yang bawak motor luka-luka banyak juga sebab seat belakang keta Cikgu banyak kena darah Yang membonceng tangan dia macam tergeliat skit sebab nampak macam pelik je tangan dia ha.. Gambar ni di ambil depan kedai baiki motor.

Ai tanya lepas semua dah setel. "Abang dah anta g hospital, bawak baiki motor siap bagi budak2 tu duit belanja pulak lepas tu kenapa, padahal bukan salah kita pon..."

"Abang teringat time abang kene langgar keta waktu duk UPM dulu..." Ai diam je.  Cikgu keje part-time kat hotel waktu study UPM dulu gini lah cara budak PTPTN kalo tak cukup duit hehe Balik kerja awal pagi ada Cina mabuk langgar dia. Motor rosak teruk. Kaki berlubang siap kene jahit dalam 7jahitan tak silap. Dah tu kene pulak dengan Cina tu. Dah la sakit, duit melayang. Lepas tu Cikgu sambung lagi "Kita ni hidup biar memudahkan orang..insya ALLAH tuhan akan mudahkan kita pulak esok"

"Yela bang..." Padahal dalam otak ai tengah piki berapa la plak fulus melayang tu hehehe...cam tau-tau je nak dapat bonus hujung tahun kan?? Tak pela... :)

*sape ada kenal kat mana tempat jual side-mirror kete jenis Nissan Sentra hak potong pon tak pe..bagitau la eh...

Friday, November 2, 2012

Progress Rumah Lagi


Hoiss....rasa lame bebenor aihhh tak dapat bukak blog ni ha.. nak hapdet pasal rumah pon ingat-lupa-lupa daa..kene la makcik tulis dalam dairi cam jaman muda mudi lak. Alkesah walopon tak de orang kesah henpon makcik tak leh nak trasfer gambar haaa...elok pulak dah tenet pon same naik bingung. Mud nak keje lepas raya hari tu memang ke Antartika la. Nak buat camna jem manjang nak pergi balik keje hehehe alasanggg


Ini gambar atap kami pilih. Sampai Ahad 21/10/2012 tu. Kenapa Aliff dalam pic ni cam anak Cina pon makcik tak tahu...pelik nengok muka dia sini..tahan berak kot. Hahaha...


Ini dari dekat rupe atap tu haa..ke pe benda orang panggil. Makcik panggil atap je, nasib la lau salah. Tapi dalam ni lain sket warna die. Die cam merah gelap ade hitam-hitam gitu. Two tone katanya.. Ingat tudung bawal adijuma je twotone?? :p


22-23hb hari ke 50 dan 51. Ini pic terbaru, atap dah naik...cuma bahagian tulang2 je belum tutup elok lagi. tapi yang best,geng2 apek tu pakat cuti raya lagi lameeee dari kita  yang memang sambut raya tu. Memang kentang la apek2 tu seme bab cuti ni hahaha...

01 November hari ke 60 Ah Kong juru-wiring dah datang buat wiring. Tak dan nak amik pic dalam rumah..habuk. Makcik bersin tak sudah. Sakit pale wehhh...makcik ni dah tuee..uhuk uhuk!!! Kata Ah Kong, dia cuba siapkan buat rumah wayar2 segala tu by today. So esok/next week start kerja plaster dinding lak. Betul ke term makcik guna tu..Lepa dinding dengan simen eh ayat BM die?Gasak..muahaha...okes...sekian


Tips kengkonon....
Paling penting semasa buat rumah adalah 3benda...planning, planning dan planning. Kalo tak for sure anda akan pening pening dan pening.Hehee..macam kami ni silap mase tengah bincang pasal wiring lelampu tak cakap elok2. So point die bagi tak banyak..kalo kami bagitau sekian2 nak pakai downlight dan kawtim2 sure dapat lebih point tu ha. Point elektrik buat lebih tak apa. Pakai tak pakai tu lain kira..sebab sekarang point letrik jenis tanam dalam, so kalo nak buat len kali kene hack dinding bagai. Sayang la kan... Dan biasa kalo dengan kontraktor ni rerajin le mulut wat lemah gemalai skit minta itu ini mana tau dapat percuma..hehehe..tak salah mencuba kan??