Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Wednesday, April 29, 2015

Bercut-cuti Ke Bukit Fraser 2


Akhirnya berjaya menyambung cerita hehehe... Sekian lama, apekah...



Tempat wajib ambil gambar kalau datang ke sini. Nak ambil gambar kat sini kadang sampai kena tunggu giliran tau, punyalah femes tempat ni.Ni ai ambil awal pagi, jadi tak ada lah orang mana. Sambil tunggu nak sarapan pukul 7.30 kat hotel. Sempat la merayau dekat-dekat. Cuma yang tak best bila hari dah meninggi sikit dan orang yang nak bergambar makin ramai.Diorang kadang macam tak fikirkan langsung keselamatan diorang, janji dapat bergambar, tak kira la selpi ke apa,semua macam tak peduli dengan kereta. Pemandu kereta memang kena berhati-hati lebih kawasan sini, dah la jalan turun bukit sini.





Tempat yang paling banyak kali Cikgu pergi dengan anak-anak bila ai kerja, Allan's Water. Diorang jalan kaki dari hotel ke sini. Tempat ni banyak juga aktiviti cuma masa ai pergi ni dah petang sangat dan cuaca tak berapa elok, dengan petir guruh berdentam-dentum. Jadi diorang dah berkemas-kemas apa yang patut. Budak-budak ni bukan kisah sangat, dapat bagi makan ikan tu gembira sangat dah. Makanan ikan ada jual kat kaunter bot kayuh tu dengan harga RM1 sebungkus. Kami bawak bekal roti siap-siap beli dari Raub, pek besar punya. Sorang tiga keping roti lagi jimat hehehe.. dasar kekut sangat 

Dalam gambar tu kalau perasan belah belakang ada bebola gergasi putih, boleh disewa, RM15 dalam 15minit tak silap. Kalau nak merasa berjalan atas air boleh la. Aneeq beria nak naik tapi sebab dah petang tu, ai cakap je diorang nak tutup dah hehehe.. Selain permainan bebola gergasi tu, ada bot kayuh dua tempat duduk RM6/15minit. Budak-budak tak boleh naik yang ini. Dia ada syarat ketinggian kalau tak silap. Masa datang ni ada pasangan tengah amik gambar kawen. Persekitaran memang cantik cuma kena tahan mabuk la sikit kalo jenis mabuk le..



Ikan besar-besar. Menakutkan tengok cara ikan ni makan. Macam lapar sangat padahal kemain ramai yang bagi makan. Takut anak-anak jatuh kena makan je nanti banyak sangat tengok cerita la mokcik ni Kat sini boleh memancing tau, cuma kena bayar sewa tapak RM10 lepas tu pancing la. Bagi yang suka cabaran memancing, sini bukan tempatnya la, ikan sini jenis mudah tangkap. Ini untuk orang yang memancing memang untuk nak ikan. Sedap ke tak ikan ni?? Tah la, sedap kot. Hahaha...




Tempat lain yang biasa dilawati kalau ke Bukit Fraser, The Paddock. Ini kawasan memanah, RM10 sekali main. Tak teruja sangat nak cuba sebab dah penah cuba.




Kami datang untuk ini.. Menunggang kuda. Kadar bayaran untuk sekali pusing tapak tu, RM6 untuk kanak-kanak, RM8 untuk dewasa dan RM10 untuk dewasa+kanak-kanak. Aneeq teruja sangat kot, sampai-sampai terus terjun masuk gelanggang tu. Menjerit la ai takut sebab kuda jantan seekor dalam tu macam dah lain macam je. Orang yang menjaga pun jerit suruh Aneeq keluar dari situ. Nasib baik la dia nak keluar sendiri "taik kuda busuk la mama.." Hahaha..



Budak yang dua kali naik. Kali kedua naik sebab Aliff tak nak naik. Aliff memang jenis penakut sikit. Nak pegang usap kuda tu pun puas pujuk heee...



Cikgu naik tiga pusingan. Dua kali dengan Kasyah dia naik sampai tak nak turun dan sekali dengan Aneeq tak silap. Nampak tak ke-ter-paksa-an Aliff di situ? Kaku je. Heee... Memang macam membazir sikit, pusing gelangang tu bukan lama mana pun, tapi tak apalah, nak bagi pengalaman kat anak-anak. Kat sini kalau hujung minggu dan cuti umum buka sampai pukul 7.00malam tau.



Akhir sekali, letak gambar kami sekeluarga. terima kasih pada saudari yang sudi tolong ambil gambar. Jenuh ai nak setting timer bagai..syukur ada orang membantu. Hee..nak minta tologn segan. Owh, jelas ternyata ai yang kegemukan di situ hahaha...

Kat Bukit Fraser ni pun boleh buat aktiviti jungle trekking, banyak trek boleh pilih ikut keupayaan dan kelaratan anda je. Pun boleh ke Air Terjun Jeriau, cuma masalahnya nak ke sana bukan boleh naik dengan kereta, 4km jalan kaki. Kami pilih aktiviti yang anak-anak boleh ikut sama je. Hujung minggu kat sini ramai geng berbasikal, cuma bila dah ramai jadi masalah sikit bab berkongsi jalan jela. Jalan naik dan turun kat sini kat kecil dan sehala, agak menganggu dan berbahaya bila kita kena menunggu diorang berbasikal dan kita berkereta kat belakang. Itu pendapat ai jela, heee..

Kepada yang mahukan percutian yang menyenangkan, mendamaikan dengan udara segar dan keindahan alam yang tak begitu terusik, boleh cuba ke Bukit Fraser. Jom bercuti-cuti dalam Malaysia.. dah macam apa je ending hahaha

Wednesday, April 15, 2015

Bercuti-cuti ke Bukit Fraser 1



Ai ada kerja sikit di Bukit Fraser hujung minggu lepas. Alang-alang  angkut sekali  4A, bolehlah bercuti-cuti hujung minggu. Cikgu pun sebenarnya tak konfiden nak bagi ai drive naik atas sendiri. Ai ni jenis mabuk, bawa sendiri kereta pun boleh mabuk, macam mana tu?? Hehehe..

Dari Raub pukul 2.45petang, kebetulan pulak masa tu hujan mencurah-curah. Air menderu turun dari bukit masuk atas jalan dengan dedaun kering dari bukit, dah gaya macam ombak melanda kereta. Nasib baik Cikgu yang pandu. Anak-anak semua dah tidur, alhamdulillah. Bolehlah maknya sama lelap sebab dah pening-pening lalat.




Kami menginap kat sini untuk 3hari 2malam ni. Puncak Inn Bukit Fraser. Elok sampai hujan dah berhenti terus daftar dulu. Tapi masuk bilik kendian sebab ai ke tempat kerja dulu selesaikan apa yang patut baru masuk bilik.

Pilih sini sebab paling dekat dengan pekan dia dan tempat ai kerja. Kira kalau ai bawa kereta ke tempat kerja tak adalah Cikgu mati akal dengan 3A dalam bilik je.




Nampak peta? Nampak macam besar je kan Bukit Fraser ni? Bayangan gurauan je semua tu. 3A dengn Cikgu boleh je jalan-jalan ke sana ke mari sampai ke Allan Water bagi makan ikan tu. Ni peta dalam kawasan PLATIH, pinjam.



Cuma kalau nak komen satu jela tempat Puncak Inn ni, tangga. Huuiiii..ai khen famili ramai jadi konon amik la bilik keluarga. Letak kat tingkat tiga yu, naik tangga empat kali. Lenguh kekaki.  Ini baru kat tingkat dua, ai kan muatan berat jadi yang paling belakang la hahaha...





Lepas tu baru sempat usha-usha pasal bilik Puncak Inn ni. Kat tingkat satu bilik Standart, tingkat dua yang dalam gambar ni Junior Suite. Tingkat tiga bilik Family Beza harga bilik keluarga dengan suite cuma RM10 je, nyesal tak upgrade. Ingat mahal. Orang kaunter tu cakap murah sebab kat tingkat dua tak ada pemandangan. Terhalang kat bumbung tingkat 1. Huuu...ai tak kesah pemandangan apa, nak naik tangga tu sakit....




Ini harga bilik kat Puncak Inn. Bilik Deluxe terletak di bucu-bucu tangga. Jadi kemungkinan nak dapat tingkat atas tu tetap ada. Jadi sila bertanya dengan jelas yer?? Gambar bilik hotel tak ada, sebab masuk bilik dah nak Magrib, sibuk nak mandikan 3A masak nasi apa. Kang masa tu la ai sebok nak ambik gambar memang menunggu bebel Cikgu la. Hahaha.. Tolong abaikan nombor telefon kat tepi tu, nombor pemandu teksi tu, sebab ada kes kecemasan sikit dengan peserta program hari tu.

Err..masak nasi?? Ye, ai masak nasi. Kami bawak periuk nasi elektrik kecik. Huuu..walaupun harga makanan boleh tahan, tapi dengan cuaca yang melaparkan gini, nak terpongkeh jugak poket membeli. Jadi biasa Cikgu beli lauk dan nasi sendiri masak. Sekali masak 4pot abis licin huuu...




Anjung Tinjau ke apa nama eh?? Tak sempat nak usha.. Dari atas ni orang kata pemandangan cantik sangat. Huu..mokcik tak larat nak naik tangga. Balik keje naik tangga pon dah semput, lagi nak naik atas sini nak amik gambar?? Tidok la rajin mokcik, kita snap aje dari bawah.





Tempat makan Puncak Inn. Luas dan selesa. Ada kat bahagian luar pon ada. Boleh la nak feeling macam kat negara omputis gitu makan. Kami kene makan kat dalam sebab kaalu kat luar banyak godaan untuk si kecik tu. Lagipun dekat dengan meja buffet hahaha...itu motif benarnya

Harga makanan kat sini pun tak adalah bajet hotel sangat. Macam kat luar je. Mungkin sebab hotel ni bawah pengurusan Perbadanan Bukit Fraser kot. Steamboat RM25/orang, makanan goreng-goreng tu dalam RM6-8. Kira masih boleh lagi la. Kalau tengok hotel lain, nasik goreng dah RM15 huiiii...tidak lah hamba membeli....




Meja bufet. Tak banyak pilihan tapi kena la dengan selera kami. Pagi pertama ada nasi goreng dan bihun goreng. Menu tetap roti bakar-bakar, bubur ayam dan kacang panggang. Juga roti macam kruton+kentang+sosej goreng bersama tah macam mana tah..tapi sedap sgt. Makan dengan bubur pun jalan. Rangup gitu... Air suam kopi teh jus-jus memang tiap hari ada...

Sarapan percuma untuk dua orang dan kanak-kanak bawah 6tahun. Aliff kena bayar RM8, tapi berbaloi sangat sebab kemain dia makan pagi tu. Nasi goreng sepinggan mambung tambah bubur ayam dua mangkuk. Kasyah yang tak  berapa sihat pun selera datang. Nasi goreng semangkuk dan bubur dua mangkuk. Aneeq jangan cakap la, tiga kali tambah nasi goreng. Inilah sebab kami kena pilih meja dekat dengan meja buffet.Hahahaha...

Hari kedua mee goreng dengan nasi lemak. Ini anak-anak macam dah kureng sikit. Mee pun muak tak macam bihun. Tapi masih lagi okey la.

Penutup gambar 4A kesayangan ai. Bergambar depan deretan kedai yang bukaknya pukul 11pagi nanti. Sini lah tempat Cikgu beli makanan untuk makan makan kami.

Gambar jengjalan akan di-naik-tarikh kemudian. Heee...