Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Tuesday, February 26, 2013

Last Update Progress Rumah



Assalamualaikum...cess...cam nak bagi ceramah lak. Lama giles tak update blog. Sejak tempat kerani lama dah ada orang baru, ai hilang tempat berpoya-poya dengan blog. Uhuuu...dan kami berdua pon sebok pasal nak naik rumah baru. Cam sesak napas gile nak kene kemas semua. Rasa rumah kami ni kocik aje..skali haaa... Tak pe ceritera pindah lain entry. Ni pasal last update rumah awal Januari ari tu.



Ini longkang yang membaraikan lagi poket kami. Uhuk...longkang yang sebab musabab kepada kecepatan kesiapan rumah kami tu.. Ada hikmah gak kan. Ini amik gambar dari umah Pak Long jiran belakang rumah kami, tapi rumah dia baris pertama. Panjang longkang ni dalam 110kaki. Longkang ni siap 27hb Disember ari tu. Cikgu paksa orang yang buat longkang tu buat gak walopon cuti krismas...tak tahan tanggung duit hak ngalir bila benda duk perap lelama ni wehhh......



Ni pandangan depan rumah kami.. 11hb Januari 2013. Cikgu tengah kemas2 apa patut. Sebab hujung minggunya kami dah nak basuh rumah dah. Seb baik la Cikgu tu kejenye cikgu..dapat la die pantau semua kerja yang juga membantu rumah kami cepat sket siap.



Kotak suis..motip Cikgu amik gambar?? Tah la..terima kasih kepada orang TNB yang cepat tarik wayar dan sambung letrik ke rumah kami. Tak silap Cikgu mohon 11hb dapat masuk letrik 15hb...



Dapat masuk letrik terus la pasang semua barang letrik tu ha...masa ni hati manyak munge-munge...munge matahari ade..munge bulan bintang dan kita pon ada...



Ni dapur kami...hob dan hood tu pasang 16hb tak silap. Memang sesangat kelam kelibut. Yang jadi tukang susun timing nak pasang itu ini ai ler...kejar2 sana sini. Mandur seperti biasa la Cikgu. Seb baik la orang KC tak dapat datang hujung minggu tu..tempahan diorang dah penuh. Lepas CNY baru ada kosong untuk pasang KC,berhabuk la  balik rumah, tapi tak pela..dari tak ada langsung kan.. Itu kabinet yang kontraktor sedia. Sliding kaca. Budak2 siap main nyorok dah dalam tu. .