Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Tuesday, July 23, 2013

3 A

Sebab utama ai payah ngat nak update blog sebelum ni adalah disebabkan...........




















Please meet............the third A in our small family dah pe hal lak kene spekang ni mokcik? Bersalin pon kat Kota Bahru je..bukan New Castle ponnn...



Muhammad Akasyah bin Cikgu
14 Julai 2013(Ahad) 3.14 petang
BW : 4.00kg HO : 35cm LT : 57.5cm
Pusat Bersalin An-Nur Kubang Kerian, Kota Bahru.

Cite lelain nanti update slow milo ek?? Tak pe..tak de orang tanya biar ai tanya ai jawab sendiri jugek..hehehe..sekian..

Friday, July 12, 2013

Kadar Zakat Fitrah 2013/1434H




 Alhamdulillah selamat lagi puasa ai setakat ni. Kot-kot kene beraya awal nak buat camna kan? Tapi tu la, kalo boleh nak la berpuasa selama yang boleh sebelum merayakan diri sendiri. Rasanya tak lambat lagi nak ucap Selamat Menyambut Ramadhan kepada semua... Kat sini ai letak kadar zakat fitrah bagi negeri-negeri seluruh Malaysia bagi tahun 2013/1434H. Haaa...zakat ni wajib jangan buat tak endah pulak.. :)


*sumber Gugel

Friday, July 5, 2013

Langsir La Pulop...



Lepas kerja cuci mencuci rumah..Cikgu paksa-rela cina kontraktor rumah tu datang tolong pasangkan rel langsir. Boleh?? Hahaha..kami bayor la sikit. Bukan tak boleh nak buat sendiri, kami tak de tangga tinggi. Paling tinggi 5' je..mana nak panjat tinggi-tinggi ha. Ale..lagipun bayar  sikit je. Dah tanya orang kedai-kedai lagi mahal amik. Cikgu upah sekotak rokok sorang mereke bertiga nasik air kami tapau, lepas tu RM20 sorang.



Ruang keluarga kami.. Rel dah siap pasang. Tinggi dia dalam 11' kot. Lupa pulak ai. Tu rod beli kat Baaagus tu. Hood dengan hob pasang Jumaatnya. Sangat la kesuntukan penjadualan kami..penat gile sana sini. Esoknya pindah barang-barang dari rumah sewa. Lepas pasang hood dengan hob tu basuh rumah lagi skali. Habuk wehhh........



Ini dalam bilik utama. Pasang sampai atas kat lekuk tu terus. Langsir lurus biasa tu je. Langsir beli kat Baaagus. Time beli tu ada sale. Langsir kain tebal tu dalam RM190 tak silap. Tebal dan labuh. Sini pasang rel biasa je. Kalo beli kain tebal upah jahit lagi...memang lebih la. Dah tanya kedai area Raub ni, jahit pleat eh ke apa panggil eh, ale jahit biasa tu diorang dah cas RM5/kaki. Untuk kain yang biasa-biasa je ok. Tu harga kawan Cikgu. Kalo kedai cina biasa kat Raub ni RM7. Labuh langsir tu dalam 11' lebar dia dalam 5' so upah je dah RM80, kain langsir tebal hak kami tengok dan berkenan rega dalam RM25/meter ke atas. So gak berbaloi la...Tingkap sekaki hak kat tepi tu semua pakai jenis roller blind. Eh betul ke nama die?? Rege dia dalam RM150. 



Ni langsir bilik 4..bilik budak-budak kata Cikgu.. Jenis roller jugak, mudah. Kat dapur kami pilih jenis roller gak tak de pic tapi meterial plastik. Yang macam kat opis tu.. Mudah nak bersih. Pon mudah main tarik turun je.



Ini langsir depan. Nampak coet je ha. Jenis roller gak tapi pesen ada ombak-ombak gitu. Tapi yang tak tahan Dabel A la. Diorang dah siap buat nyanyi lagu Negaraku sambil duk tarik benda alah tu. Zrot zret zrot zret..tensen ai hais...tak lama rasa nyawa langsir depan ni.


Tips tops...
*Kalo nak harga berbaloi sila peka dengan jualan murah. Cumanya tak ada pilihan la...kalo rumah kat KL tu beli kat kedai sama, memang same jela paten eh...hehehe.. tapi kami kat Raub insya ALLAH payah nak sama kot hehehe...
**Ande jenis nak rekaan lain-lain tak payah la beli siap. Buat jela..cuma kene la carik tempat nak tempah murah pe kan?? Kami ni jauh..kebetulan masa naik g Puchong carik lampu Cikgu terjumpa kedai Baaagus ni lepas tu tengah wat sale. Memang rezeki kami la.
***Sila pilih langsir ikut warna rumah ye..macam kami Cikgu eksited beli awal time tu rumah baru naik tiang je pon kebetulan dapat duit bonus hujung tahun kan so kene la beli kaler-kaler selamat. Nasib la..
****Beli langsir yang dah siap sila tengok bebetul. Kadang time beli tak nampak cacatnya. Cam roller dalam bilik kami, yang belah kanan tak de dalam gambar senget sket..
****Sila siapkan dan kalo boleh bawak ke mana-mana ukuran tingkap pintu anda apa semua. Mudah..kami mudah nak beli nasib baik ai buat catatan keselurahan rumah. Ukuran tingkap, pintu..luas ruang ni apa..ukuran agak-agak perabot sini sana. So kalo anda terbeli awal cam kami, leh minimunkan kesilapan membeli yang membuatkan anda rugi lepas tu makan hati bila rumah siap nanti :p

Wednesday, July 3, 2013

Hob dan Hood




Sari sebelum kerja-kerja pasang langsir berlaku. Jemaat petang. Cina tu kata nak datang pagi skali time solat Jemahat die datang daaaa...ai ni kam pemayu sket. So kalo seme lelaki je, ai mula la payah sket. Tapi sebab dah tak de orang dah redho jela. Nak bawak Aliff pon habuk..so tinggal Aliff kat rumah pengasuh. Keje servey menservey benda alah ni keje Cikgu. Servey kat KL last beli kat Temerloh je. Kebetulan balik jenguk pak sdara ai kat sana, menyinggah ke KFC nampak kedai ni sebaris dengan KFC. Kedai kecik je..barang tak banyak. Tapi rege dia bagi untuk hud dan hoob+barang free set pisau dan kutleri pasagn anta lagi seme RM 2899 tak silap. Cikgu kata murah...sebab die yang servey, ai ikut jela.. Beli sebelum raya cina. Lock dulu rege..sebab cina tu kata lepas raya nanti harga naik.. Tapi lepas tengok ari tu memang harga naik pon. Seb baik...



Jenama Fotile..dah siap pasang. Dapur tu nape tak tanam? Tah..kami tak suka.Jangan ditanya kenapa. Kami memang tak nak tanam..itu je. Cikgu tempah dengan kontraktor rumah ni buat tapak dia dari aluminium. Kabinet bawah tu memang kontraktor rumah bagi, dah ada dalam harga die mase buat rumah dulu. Pakai je dulu sementara nak dapat giliran dari kontraktor buat KC.

Tuesday, July 2, 2013

Jom Kita Bertukar!!!!!!!!!!


Cite pasal cuci dah ni cite pasal pindah rumah. Kami pindah barang memang agak lambat. Bile ma abah kata nak buat majlis naik rumah cuti Tahun Baru Cina baru hegeh-hegeh nak pindah barang. Kami pindah barang awal bulan Februari. Klai ni tugas carik lori pe serah kat Cikgu pulak. Bagi dia kawtim kot dapat murah Cikgu ni jenis muka kesian kot..orang selalu bagi murah kat die Tapi kalo die dapat mahal memang kene bebel la hehehe...

Rumah sewa bukan ada barang pe pon. Barang besar hak ada almari bilik tengah, almari+katil katil leh cabut bilik utama, rak besi pinggan mangkuk boleh cabut-cabut gak almari tivi, rak ke almari tempat masak. Barang letrik tivi 21' ada dalam gambar ha.. mesin basuh dengan peti sejuk je Okes..blender ada dua kalo nak kira jugak Macam tak banyak mana kan?? Tapi die punya barang kocik-kocik hoiiii...tak abis-abis rasa kemas. Nak menangis pon ada. Stok bantal dengan tilam yang macam toto Cikgu panggil lembek punya la banyak. Cikgu suka beli barang gini die kata orang datang mudah. Rumah kami kam simple..cam rumah bujang je haa...hahaha. Mokcik malas la pakai humban-humban je. Nak kene ikat elok-elok tagging apa..nanti nak bukak balik simpan kat umah baru mudah


Lori 5tan Cikgu sewa. Memula ai dengar 5tan??Gila la besor..skali eh,elok je muat ha.. Tu la bajet konon barang sikit konon. Orang lori ni amik sewa lori RM150 hak tolong angkat barang tu RM60 dua orang. Ikutkan rumah ai hak baru tu dalam 8km je dari rumah ni..dekat je. Tu ai bajet amik lori kecik murah sket. Tapi kalo kene dua tiga kali trip?? Bek skali angkat je.Untung lagi.. asek kira untung je mokcik ni Baju kat ampaian tu Cikgu basuh..dia bukan boleh ada baju-baju, gatal je tangan die nak basuhkan. Cam la kat rumah baru tak leh nak basuh daa... Menyemak je depan tu.


Aliff dengan Aneeq dalam keta menan diorang jadi pemerhati bebas. Aliff biasa la wartawan bebas. Kat luar ni penuh dengan keta menan diorang je. Keta letrik askar tu dah la besar gabak berat jangan cakap la. Semua keta-keta diorang je ada 6 tak masuk beskal satu denga kuda rotan tu lagi. ai suspek Cikgu yang lebih excited time beli barang menan budak-budak ni  Masa ai lepa je, Aneeq dah siap basuh keta letrik die tu..siram dengan air paip. Tammat riwayat keta tu..dulu mase Cikgu pujuk nak beli keta gabak tu alasan nak anak main kat laman rumah baru. Ini??Hadoooii...Sesapa ade kemahiran nak membela keta tu dengan bayaran yang berpatutan??

Pukul 12 siap la seme keje angkut-angkutan dan pindah-pindahan barang. Tak de panggil orang-orang tolong pon. Besa la Sabtu kenduri kendara banyak. Kami buat sendiri je seme. Malam tu dah tido rumah baru. Eksited nyer pasal...dengan barang-barang bersepah ranggah.

Tips tops...
*Kalo boleh biar la rumah baru tu siap semua baru ande pindah ye??Kami ni sebab gile eksited nak masuk, rumah tak siap lagi almari apa dah masuk. Tak nak mengemas semak..nak kemas almari tak ada mana lagi. Lepas kemas, kemas lagi..aduiii
**Barang-barang lembut ai masuk dalam plastik sampah itam tu je. Mudah..praktikal pon praktikal lepas dah guna leh buat plastik sampah lak. Cuma tolong la label elok-elok..skali tersilap buang nages jela. Ai tak suke ngat kotak-kotak sebab die ade habuk. Penat bersin eh..
***Planning dan janji elok-elok dengan orang lori ni. Sebab kalo diorang lambat mood kita akan lari sket..tu membuatkan kita mula la moody. Lepas tu gaduh-gaduh somi isteri..no no..tak elok ye semua.. Hahaha..
****Ada orang suka lori datang banyak trip jadi diaorang ada masa die nak atur itu ini..kami suka die turun naik skaligus. Nak cek apa tertinggal apa pon mudah.
***** Beli plastik yang leh balut barang-barang lektrik dan kesayangan anda. Plastik yang besa balut henpon laptop kat kedai tu. Satu roll tinggi dalam paras lutut ai tu dalam RM24 je. Kami balut seme barang letrik besar dan perabot mana perlu. Pon belen lebih banyak lagi.
*******Kalo nak suh orang hak angkat angkut tu letakkan barang-barang anda kat rumah baru, sila tanda kawasan siap-siap ok. Ai label dengan selotape yang macam kertas tu. So kalo ai tak de pon Cikgu paham.. Tak dela kami berdua pulak kendian nak angkut barang-barang berat tu
********Bucu-bucu katil ke hak tajam-tajam kalo tak dan nak balut dengan kertas, carik je stoking-stoking lama sarungkan. Nanti diorang angkut angkat tak dela calar kene barang-barang lain. Atau tergores lantai baru ande..Ai guna stoking budak-budak ni je :p