Monday, March 17, 2014

Ubat Homopati...





Tengah kemas hangbeg, terjatuh benda ni. Macam gula-gula ada..macam taik cicak adik kata pon ye.. tapi taik cicak putih itam la Tringat ubat homopati ni yang duk telan nak suh cepat bukaan, cepat suh branak. Rasa manis dan sedap. Makan sejam skali..bila sakit makin kuat timing makan pon makin singkat. Tapi dah memang takdir, makan ubat ni tak jalan jugak. Baby tetap tak nak keluar.. Usaha ma abah nak tolong anak sulung die branak cepat lepas dah overdue.. Oh, baru prasan tak buat entry pasal bersalin Kasyah lagi. Tak pe..bagi Kasyah cukup setahun. hehehe dasar mak pemalas. Ok bai..

Tuesday, March 11, 2014

Akasyah 7bulan



Lama tak hapdet pasal anak-anak. Pulak anak ketiga, dedolu masa jaman si Aliff jangan cakap la. Siap buat blog nak hapdet pasal anak..ek-sited nyer pasal muehmueh.. Alhamdulillah si Akasyah bak kata Aneeq Muhammad Adik Kasyah kalo di tanya nama penuh adik dah nampak sihat elok. Hujung masa die 6bulan ari tu demam aje. Demam batuk-batuk dengan kahak kesian sangat. Tambah pulak naik gigi..huuu.. Kasyah ni laju naik gigi tak macam abang-abang die. Umo 4bulan dah naik sebatang gigi bawah..5bulan sebatang lagi gigi bawah..6bulan dua batang skali gigi atas dah la besar panjang betul gigi hak ni 7bulan sebatang gigi bawah lagi.. huiii...memang cukup aset die untuk menggigit hobi dia la ni 



Antara hobi die jugak, masuk dalam kabinet. My mom takut sebab almari kami tu macam kaca sket, kot bila budak duk dalam tu lemas. Almari simpan mainan abang-abang die memang ai dah buang magnet tu. In case kalo tertutup atau ditutup oleh abang yang nak bergurau tu..die boleh tendang bukak sendiri tapi harap jangan la abang-abang die bergurau gitu. Cuma prevention is better than cure woh!! tetiba omputis mokcik



Nah!!! Sekarang almari kabinet dapur pon die dah terjah. Tiap kali ai masak, sure peneman ni ada..tukang sepah.. Abis barang-barang tingkat atas pon die tarik. Tu tengah usaha tarik plastik simpan botol budu. Ohya..stok botol budu rumah kami sangat banyak..tu datang dengan plastik keras tu heee..saje nak bagitau Tu pon seb baik die tak berapa tegap lagi nak berdiri. Lama sikit nanges,takut ke penat tah la. Kami tak ajar dia naik walker. Bia la..lambat sket berjalan, ai ni mudah rindu baby..takut ter-ber-adik je hehehe

Thursday, March 6, 2014

Orkid Vanilla Ice Ice Baby



Alkisahnya sekarang tengah duk mencari belia untuk pencalonan Anugerah Belia Negara peringkat daerah. Dan tetiba tah camna leh naik pasal belia kat Raub hak buat pasal orkid vanilla ni. Dekat pulak tu dengan kompleks ni ha, kat Kg Pamah Kulat...tapi siyes mokcik tak tahu pon ada belia hak buat penanaman pokok ni. Huuu..sodih haa.. Dan nak memanjangkan lagi alkisahnye, ada la sorang hamba Allah dari Jabatan ni ndak ke pokok ni. Memula die kata pokok vanilla ai cam blur-blur. Ai kam memang lahiriah blur, bila die kata pokok vanilla, dalam otak ai macam hmm...




Ha ai piki gini la pokok dia..tapi ada daun-daun apa la..lepas tu hujung-hujung kua pod vanilla tu. Hoh, cukup sedih mokcik ni. Imaginasi memang hampss...



Disebabkan ai pon ke-laut-an jugak nak tahu camna jenis pokok ni,usaha la mencari. Tanya orang itu ini kat mana kan.. Bila jumpa rumah belia tu dah gaya panel untuk pemilihan calon Anugerah Belia dah rasanya. Tanya itu ini.. Budak tu cakap dulu asalnya ada Aki tu buat secara komersil dan memang femes la. Aki tu buat secara kultur lagi. Tapi ada masalah skit dan Aki tu dah tutup tak buat dah sekarang. Ai tadi pon tersilap pergi kat tempat Aki tu, memang nampak macam kene tinggal la. Dan budak tu amik inisiatif buat secara kecil-kecilan. Tanam tepi rumah. Memang kalo pergi rumah die tak nampak mana pokoknye, bila dia tunjuk baru macam haaaa...




Memperkenalkan Orkid Vanilla Ice Ice Baby tersebut...heee. Masa cakap tepon kata benih die macam kecik sangat ke pokok eh, rupanya tak pon. Budak tu cakap dia ni asal dari Indonesia, dan ini memang asal usul nak buat vanilla tu. Oh mai..ai terus cam siyesss!!! Ai beli dua pokok dulu..semangat semangat pon, jangan hover..sedar diri hokey. Kot tak tertanam je..  Nanti nak beli jugak untuk sendiri, boleh tanam tepi rumah kat dapur. Nak buat kek ke kuih main petik-petik je kan??Haa..brangan sungguh best heee





Macam ni la lebih kurang pokok yang ada kat rumah budak tu.sebab tu masa ai sampai die tunjuk tempat pokok tu ai macam..haaa!! Hehehe..pokok ni boleh naik tinggi tau. Dan anak pokok tu dari batang dia la. Budak tu kata die potong dan semai..siap la tunjuk cara betul nak tanam apa. Ai kusyuk la dengar sebab besala..benda yang ai kelaut skit ni rasa kekaguman tu berlebih-lebih muahahaha..Bila dah besar nanti die keluar bunga dengan jurai-jurai batang yang berbau vanilla. Dan jurai-jurai tu la kene keringkan dan pommm!!! jadi pod vanilla tu

Ai is kagum..hahaha Sebab dalam otak ai ni vanilla tu dari belah-belah negara omputih je layaknye. Ni ada kat Raub?? kampung pulak tu yu..hidup subur hahahaha... Budak tu kata tak payah mana pon jaga,janji jangan panas sangat tu je. Pokok ni mudah jaga. Ha'ah yela...




Haa..nilah rupanye bila dah berbunga berbau dan berhasil-an pod..heee...Nama betul die tu ada dah Vanilla tahitensis nape ade tahi lak padahal bau wangi heee Makcik kagum makcik kagum. Siyes tak abis lagi kagum ai. Tu balik tadi terus buat entry ni.. Nampak sangat hovernye heee... :)


*pic kredit to google