Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Thursday, October 27, 2011

Cermin Pon Sakit

 Hujung minggu punya keje...dah katanya cuti lama kam?? Yee...pahang coti lama. Sebab cuti hujung minggu tu bertemu hari Keputraan Sultan Pahang...ganti ke Senin. Selasa coti2 sendiri dan Rabu lak raya Depavali. Memam beraya la kami. Sabtu rilek2 wat keje2 pendobian rumah seperti besa dan Ahad nye setelah anta mesin basuh pertama kami ke rumah adik Cik Missi die beli mesin manual lama kami...sedisss!!! On de way nak balik tu saje gedik nak makan sate...lagipun awal lagi. Kami jarang g key-hell tanpa alasan sebenarnya. So bila tak ada tentatif sangat mula la merayau nak buang pin-tis kata Cikgu. Kami ter-ken-lis la mase on de way tu... maaf kalo entry ini banyak slang Kelantan, baru masuk keje lepas cuti lama, cam sengal kedai ini. Dokter pesen baru...
Saje nak tes buat kat kereta Cikgu. Die punya cermin depan ada kene lekuk batu. Hasil pengekoran lori gitulah. Keta ai pon ade dua 'bunga' cermin tu. Tapi wat derk jela..selagi boleh guna kan? Nanti tukar baru nak letak insuran cermin. Orang kata murah sket nanti kalau nak tukar cermin baru. 
Itu kiranya contoh2 kecederaan cermin yang diorang leh repair. Apek tokei ni bagus. Sangat la peramah  ke sebab Cikgu yang ramah tamah sangat?? Die cite la mana die dapat produk ni, berapa lama dah bla bla bla...Memula tu, die akan korek2 lubang yang bekas dah kene batu tu..gambar time tu tah mana tah. Rasa dah save, ilang pulak. Mase die guna gerudi kecik korek2 lubang tu, ati ai yang duk dalam keta tu...jangan kata la. Piki bukan-bukan. Dibuat terus pecah cermin keta Cikgu. Menangis laaaa...


 
Lepas tu die letak benda alah ni ha...Apek tu kata nak melembutkan struktur cermin. Die letak lama gak, sejam lebih. Sebab die kata lekuk tu dah lama dah kene. Lau baru lagi mudah. Dah masuk angin katanya macam biskut pulak Cikgu angguk2 je. Ai memam lagi la, tak paham mana. Ni kira penerangan atas dasar kepahaman ai jela..hahaha

Pas tu letak pulak lampu UV ni..nak keringkan balik benda2 yang dah dilembutkan tadi. Hai...apa2 la pek. Ai fenin dah...janji cermin keta tak pecah daaa..dan hasil nya..memam berbeza la. Tak nampak mana lekuk asal tu. Puas ati...dan hasil ramas-tamas Cikgu apek tu bagi diskaun..hahahaha...shabbas mera baiii!!! Gambar selepas tah mana la hilang. Maaf jela...amik pon guna tepon cap ayam je kan?? Tapi memang puas ati. Kalo cermin keta baru2 kene batu...pergilah jumpa dokter ni ha..ini kat area yang nak dekat Bukit Antarabangsa tu. Eh..ke kat mana?? Tapi mase pergi Kontan hari tu tengok kat sane pon ade gak...alee,pe2 hal kol jela no tu. Jangan risau, memang ok. Kalo tak ok sure dah hentam gambar penuh kat blog dengan muka-buka punyala..hahaha

Tuesday, October 18, 2011

Selamat Hari Lahir Anak2 Ku


Muhammad Aliff  (3tahun)
- Sangat suka bercakap, kadang tak boleh stop. Melarat-larat sampai mama abah tak larat
- Cakap kasar. Sangat mudah terikut bahasa kasar dan tak sopan. Kadang die bukan tahu pun maknanya. Sebab bila sebut orang marah dia akan suka ulang-ulang
- Makan agak cerewet. Dan kadang akan pilih-pilih apa yang nak dimakan
- Sangat suka sanggah apa orang cakap. Kalau kita cakap gini akan die heh! dan betulkan ikut pemahaman dia
- Suka membuli adik. Apa mainan adik itulah yang dia nak, kadang2 di tolak je adik tu
-Suka tulis surat walopon cuma bulat2 je ade dalam surat tu. Lepas tu akan koyak2 dan masuk dalam beg mama atau abah yang ni abah selalu marah sebab beg die akan penuh sampah
- Baju pun akan dipakai ikut selera dia. Kadang baju sepasang akan ditukar-tukar pasangannya
- Still...pentakut air. Cakap je besar. Lepas tu akan duduk je kat gigi air.
- Sangat suka merajuk. Kadang kesian tapi bila dilayan melampau-lampau
- Kulit sensitif dah kembali. Abes seluruh badan bergerutu hmm...

Muhammad Aneeq (1 tahun)
- Dah start berjalan masa umur 11bulan lebih dan still memegang lesen L
- Banyak milestone akan bermula hari Jumaat, abah kata budak bertuah
- Tak banyak suara. Lau menangis pun sebab sakit, lapar. Takat jatuh tergolek tu cemik2 je
- Suka memanjat. Grill pintu, meja TV rumah adalah perkara biasa. Basikal playskool tu kalo naik asek berdiri je.
- Suka makan. Kalau dah kenyang akan luah balik. Tapi kalau makanan tu bagi dia sedap, siap la makan sampai muntah
- Cubaan bagi susu botol walopon mase tidur nyenyak tak berhasil. Ditutup kemas mulut, jadi still minum susu dengan cawan
- Suka minum air masak.
- Suka mandi. Kalau mandi dengan mama akan menangis. Sebab mama mandikan kejap je
- Suka tarik rambut, korek mulut dan mata. Makin buat2 tido lagi la naik tocang die
- Kalo nak tido kaki akan gerak2. Macam dihentak2 ke tilam. Dan baru2 tido jangan di sebut nama, sangat sensitip. Mudah je terbangun. Satu lagi, lau nak tido, suka golek2 atas badan kita kiri, kanan. Penat la mama...

Selamat hari lahir anak-anak mama...Maaf mama dan abah kurang pedulikan kamu, terutama Aliff. Selalu menguji kesabaran mama abah. Semoga makin bijak dan dengar cakap mama abah. Sian kamu, mama abah selalu meleret2 tugas sampai tak sempat nak sambut. Insya ALLAH hujung bulan ni kita bercoti-coti...