Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Wednesday, February 22, 2017

FlexiPack



Assalamualaikum...

Bermula dengan ai yang terlebih beli komik sebab penjual tak nak jual sebiji-sebiji, dari membazir lebihan komik tu, jual la balik. Bila nak jual balik komik Misteri Naga a.k.a Dragon Quest yang terlebih beli tu, pembeli minta hantar guna FlexiPack. Dah, benda ke pulak FlexiPack tu?

Yang kelakar, bila pergi ke Pejabat Pos Mini kat sini bukan pejabat pos utama Raub akak kat situ pulak siap tanya ai berapa harga biasa bila beli FlexiPack tu? Dah sudah. Hahaha... Jadi hari ni, sempena dapat pelajaran baru ai buat entry khas. Ceh..entry khas sempena ke-tidak-maju-an diri sendiri.





FlexiPack ni pilihan yang lebih murah untuk menghantar barang-barang, selain dari menggunakan sampul prabayar Pos Laju atau Pos Express. Untuk barangan 1kilo sampul Pos Laju Prabayar cas RM10.4, Pos Express RM7.42 tapi untuk FlexiPack cuma RM4.50 sahaja. Untung kan?




Ada dua jenis, satu domestic local satu lagi domestic airpack. Local tu untuk penghantaran tempatan la. Macam dari KL ke Johor ke, atau Sabah ke Sabah dan Sarawak ke Sarawak. Kalau lain dari tu kene guna domestik airpack. Naik kapal terobang la, tu harga mahal sikit.


Ini pulak FlexiPack untuk keluar negara. Harga lain la sikit, tapi masih murah. Penah hantar barang ke luar kawasan, tak ingat mana tapi dalam kawasan AsiaTenggara lagi la, guna pulak Pos Laju, memang laju la air mata turun.

Kira sekarang ni ada pilihan la. Cuma, ye... ada perkataan cuma ye tuan puan, ada kekurangannya,
FlexiPack ni tidak la selaju penghantaran yang lain. Kiranya macam pos biasa cuma dalam bentuk kotak.


Flexi vs Pos Laju
Kelebihan 
-lebih murah
-boleh tampung berat sampai 2kg kalau lebih kene tambah cas RM1 je
-berbentuk kotak yang mudah dilipat, tak perlu susah cari kotak/balut dah
-boleh beli awal dan simpan
-tak perlu tanda tangan penerima untuk terima bungkusan


Kekurangan 
-agak lambat. Jangkaan masa penghantaran 4-5hari bekerja berbanding Pos Laju 2-3hari bekerja
-kurang selamat, sebab tak perlu tandatangan penerima masa terima bungkusan
-kertas kotak bukan jenis tebal, dan tidak kalis air
-tidak diinsurankan, kalau hilang nasib la.
-tiada penghantaran kali kedua, kalau terlepas encik posmen, kene ambil sendiri la kat pejabat pos.


Kira dah ok la sebenarnya Flexipack ni, sebab kadang-kadang Pos Laju dah tak laju mana dah. Dah macam pos biasa dah.





Masih mahal?? Tak apa, ada pilihan lain yang lebih murah, Pos Domestik. Contoh Pos Domestik yang ai baru terima. RM12.19 untuk barangan seberat 4.36kg. Murah sangat kan? Tapi kene la rajin mencari kotak, balut lepas tu beratur kat Pejabat Pos, timbang, bayar bla bla bla...
Dan ai sangat la tidak rajin, hee..



Gambar Encik Google.
Ini perbezaan  antara setiap jenis pos-pos. Jadilah pengguna bijak. Tepuk poket tanyalah dompet.