Monday, August 22, 2011

Rate Zakat Fitrah 1342H

Sape dah bayar zakat fitrah???
Tak payah angkat tangan..sebab bukan ai nampak pon
Tak pe tak pe...masih ada time dan masa lagi ni ha
Saje nak ingat-mengingatkan sesama kita
Yerr...bayar lewat-lewat banyak pahala sket...
Cumanya...kot terlupa terus tak ke naya.
So bia cepat asalkan bayar...eh eh..buruk bunyi nya
Lagipun zakat fitrah bukan mahal pon
Setahun sekali je, rasanya mahal g roadtax keta..errkk!!!
Sape-sape tak bayar lagi..ni ade rate untuk zat fitrah taun ni
Bawak la duit cukup2, bukan banyak nak dibayar tu
Kam penat pakcik tu nak carik duit tukar :p
Tringat pernah bayar zakat fitrah sendiri masa awal2 keje dulu..
eh, ada kata pompuan tak leh bayar zakat fitrah ye ke??


Check Up KKIA Story

"Anak ni berapa kali makan?" "Berak ok tak?" "Dah boleh berjalan belum?" "Dia kurang makan ke?"
"Siang tido tak?"

Mama menjawab dengan penuh kecurik-gaan pertanyaa SN tu. Tengtiba je tanya banyak ape hal kan??Tapi ok la, boleh handle lagi, solan fizik SPM lagi payah dari solan SN tu. Banyak die tanya sambil tulis-tulis benda kat repot kad Aneeq.

"Bagi susu apa ya kat anak??"
"Ooo..campur ya??Siang formula"
"Tak nak konsider bagi susu tin ke??
"Anak ni berat die tak meningkat mana. Kurus dah boleh buat gitar rusuk  tu ha. Nak saya promot susu ke??"
"Memang la bagus niat tu tapi anak ni dah kurus gini tak payah la. bagi je susu tin. Bia naik sikit berat dia tu. Awak nak saya syorkan susu ape ke?? Tak pon survey-survey la kat kedai banyak jenama"
"Susu badan memang la elok, tapi awak tak tahu cukup ke tak air susu tu untuk anak. Cukup ke zat untuk die membesar. Ni kurus gini macam tak cukup zat"

Luluh rasa hati ku...birai mata dah rasa berair. Panas. Time tu ekon dalam bilik tu tak rasa apa dah. Sungguh...masa Aliff dulu niat nak breastfeed dah ada, cuma disebabkan kurang pengetahuan, niat tu cuma tinggal niat. Lagipun bersalin hospital swasta, anak dah kenal susu tin. Sudahnya cuma mampu menyusu partial. Bila preknen kali kedua, tekad nak nyusu badan. Tekanan jangan di sebut, walopon kekadang mereka tidak bermaksud terasa diperlekehkan niat tu. Tapi alhamdulillah, 10bulan. Aneeq masih menyusu badan. Sekarang, begini jadinya. Sangat sedih....

Tinggi 74cm, ukur lilit kepala 44cm dengan berat cuma 7.5kg..ya, cuma 7.5kg. Tengok graf pertumbuhan Aneeq, berat die dah atas line kuning. Aneeq budak lasak. Kecik-kecik tu dah ada hati panjat pagar, panjat kereta abang. Aneeq makan selera cuma lepas demam dan asma dua minggu lepas, slera macam kurang. Dulu Aneeq boleh makan 2cawan bubur nasi blend tiga kali sari tanpa masalah pon. Belum masuk bab susu lagi. Dah bekalkan Aneeq setin kecil susu tin, incase betul susu mama tak cukup untuk Aneeq, dan apa yang ada dalam susu mama tak mampu penuhi keperluan Aneeq. Tapi dalam hati, mama tetap berdoa, semoga Aneeq tetap menyusu mama.

Monday, August 15, 2011

Kelate..Demo Meme Gedebe

Wahhhh....gomo Kelate gomo...gomo banyok gitu ehhh...hahahaha...akhirnya gelaran juara kembali ke Kelantan..setelah tahun lepas di rampas oleh Kedahops ops...ni bukan Liga Super ke Piala Monsun eh..ni benda lain




haaa...ni gelaran JUARA MANGSA MERCUN RAYA hehehe tapi kali ni 03 Ramadhan baru ada mangsa, besa stat 01 Ramadhan dah ade, ke ngelat tak masuk paper?? Kalo di buat statistik..Kelantan memang ngetop dengan mangsa mercun ni.. nampak tak ke-kretip-an orang-orang sanun???kretip tak kene tempat tapinya.

Tringat jaman comel-comel dulu kalo nak main mercun, syarat abah,  wajib pergi trawih, kalo tak makan asap jela ngko malam tu...Abah besa akan dapatkan stok2 bunga api dan mercun dari kawan dia. Stok tu besa awal posa dah ade. Dan abah akan kirai seme stok-metok bunga api mercun tu depan kami adik bradik. Dia akan bukak satu-satu dan bahagi2 kan. Kira dah divided siap2 hari ke berapa main apa dan berapa banyak. Dan time tu kami adik bradik boleh la berdebat mana yang nak main dulu, mana nak simpan karang. Lepas tu abah akan balut dalam paper lama elok2 dan sorok. Tapi abah bab sorok fail, hehehe..salu kantoi dgn lom. Lom malas bocor kat adik-adik je. Syarat lain abah, nak main kene lepas seme balik solat. Kira main sama-sama dan tunggu ma abah skali. Siapkan satu baldi air, jangan gaduh dan laman lepas main tak leh sepah. Kalo gaduh besa mercun malam tu kene rampas. Dan kemungkin esok tak dapat main tu ada. Walopon ade yang bertoncet Lom tau pergi surau bukan terawih penuh pon, tapi ok la dari melepak kat rumah kan??

 Abah akan beli banyak jenis dari bunga api dan mercun. Dari jenis bukan kawalan macam bunga api bodo, bunga api tukar kaler, mercun lalat, mercun naga, mercun gasing sampaila ke bahagian mercun kawalan. Cam mercun mancis, mercun batik, mercun papan, mercun botol, mercun ketupat, mercun bola dan bla bla bla. Penat lak rasa ai menaip jenis2 bunga api ni. Mercun bukan kawalan bukan makna yang polis bagi main, tak....ni yang lepas kawalan Menteri rumah kami. Mercun kawalan pulak besa akan dimainkan bila ada orang dewasa. Besa kami akan request simpan mercun2 tu dan main hujung minggu kat rumah Tok Ayah. Sebab rumah tok luas dah time tu la nak eksen kat spupu2 sebab ade mercun canggih dari diorang. Yang tak best, kene kongsi. Hahaha...

Ingat lagi bila ma abah dah takrif Lom sebagai penjaga kira dah dewasa boleh tolong tengok adik-adik main mercun, rasa berlagak nak mati time tu.. hahaha sure korang dengki je kan???Lom kan kerek Tapi kita tetap bersatu hati bab-bab membedil rumah jiran. Pernah sekali sebab tuju mercun roket banyak ke atap umah jiran, macam nak terbakar. Padahal tak pon, sebab bukan atap nipah pon. Berkeluk2 asap. Kecoh je diorang lepas tu. Time diorang tuju rumah kita, tak pe pulak kan kan???

Kami main jugak meriam buluh, meriam paip tau..siap tanam2 dalam tanah lagi. Tapi main dengan penuh kehadiran orang dewasa cam Pak Ju, Ayah Su, Bong dengan Mat Rodi. Kira kureng la trill kot..hahaha.. lagipun diorang lagi galak banding kami ni ha.... Ala, abah pon same je lebey2 mase buat meriam besi tu Tapi sepanjang penglibatan kami adik-badik main mercun, alhamdulillah tak de benda pelik2 berlaku. Sebab kami main ada kawalan ibu bapa. Dan yang penting kami seme dah solat, kira lebih murni dan redha la tujuan main mercun tu. Tengorok die hahaha....



Duit Burn-Nus

Bukan duit bakar idung ya...tp duit bonus. Duit yang mungkin petang sket lagi akan di korek dan di ben-in ke dalam poket-poket apek beki keta dan tokei2 kedai. Apapun, alhamdulillah...dapat gak daripada tak de, memula fenin gak nak cekau mana pitis beki keta nak balik kampung dua minggu lagi ni, ada rezeki kami anak beranak rupanya...Tapi yang pelik kan, bla dapat duit ni, ada-ada je dugaan nak membakar kertas kaler-kaler tu kan?? Cepat mana dia masuk, agak cepat juga lah dia keluar. Keta dua beradik tu cam tahu je bila time die nak rosak. Pulak tu bukan satu-satu rosak, dua-dua skali nak bermanja. Semput jugak ai kejap. Ingat dapat duit lebih ni boley la simpan lebih, untuk tunai impian kami, skali...huk huk!!!!

Aiseh...ni petang sat g nak g tukar duit raya. Korang dah tukar?? Tukar la awal-awal kalo nak duit bau bank. Kam dapat duit bau kepam je..hahaha...bajet duit raya tak buat lagi. Hmm...long potong sket ya bajet angpaw raya korang taun ni eh??hahaha....

Wednesday, August 3, 2011

Serunding Untuk Di Beli

Serunding daging / ikan untuk di beli
Di jamin ke'fresh'an dan kesedapannya
Buatan kampung...daging ori dan fresh
Serunding daging sekilo = RM 45
Serunding ikan / ayam / udang nnti saya update..hehehe
biasa beli daging lembu je pon...

Postage RM 10 (ikut kadar pos laju)

Monday, August 1, 2011

Pe'e Udus

Situasi : Semalam sesambil tunggu Aneeq tido

Mama : Esok semua orang Islam kene puasa sebulan tau Aliff
Aliff : Poce ye mama?
Mama : Ha'ah puasa. . Aliff nak puasa ke??? Tapi tak boleh makan minum siang  hari
Aliff : Tok yeh akam inum??Makam mi mama?
Mama : Tak boleh
Aliff : Minyum air mama?
Mama : Tak boleh
Aliff : Chuchu?
Mama : Tak boleh..Susu kan minum??
Aliff : Chuchu icap..botol. Tak inum
Mama : Tak boleh jugak. Tu kira minum la
Aliff : (Diam..die menung. Tah ape die nak nego lagi)

....
...

Mama : Korek idung pon tak bleh tau, batal puasa
Aliff : Alooooolaa....enche eh...Aliff ok-che poce-poce

Terus gelak gelak...ooo..tak payah makan minum tak pe lagi...dengar tak leh korek idung terus tak nak..Apa la, anak sape la tak sonoh ngat ni??Hahahaha...