Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Wednesday, May 21, 2014

Yeahh..Hari Guru Datang Lagi





Hadiah sempena sambutan Hari Guru kat sekolah Cikgu. Bak kata Aliff bila ai jejak je kaki depan pintu tu "Ma ma..abah femes...banyak dapat hadiah" Ha'ah, abah awak memang femes. Bagi la can die merasa ramai peminat lak dah dewasa ni. Asek Mama je.. hehehe ayat berbau dengki di situ

Tapi kali ni ada dua hadiah paling rare. Besa pen, coklat, bunga, cawan mug tu benda besa.. Ada pelajar Cikgu bagi pembuka tin yang pusing-pusing tepi tu. Syukur sangat..memang ai nak sangat benda alah tu, tapi asyik tak ingat je nak beli.

*Ok, got the idea. Kepada Cikgu sila hint-hint untuk anak murid dari awal tahun nak apa ok. Milo ke..Nescafe ke..susu pekat 4 5 tin tak apa..hahaha..dasar

Thursday, May 15, 2014

Alahai Ehs-tro



Biasa ai memang wat dek je pasal bil ASTRO sebab tu bahagian Cikgu. Sejak dia tak nyempat nak bayar bil, tanggungjawab tu ai amik. Ala..lagipun bayar guna M2U mudah dan cepat heee.. Dan sejak ai yang bayar ai sangat ler alert dengan bil ASTRO. Elok dapat bil minggu lepas, terkujat skit..eh eh, ada kenaikan pulak dah lagi? Pesal pulak.




Ini surat hunjung tahun lepas ASTRO hantar pasal pertukaran kadar bayaran rumah kami. Cikgu kata nak lebih kepuasan untuk isteri die konon la tengok tivi so die hap-grade ke ASTRO Beyond. Jadi bayaran kami dah jadi RM107.xx




Ini bil bulan ni. Ce tengok bayaran terbaru. Elok dah jadi RM114.xx pulak dah. Hoiiii..pehal lak naik lagi ni. Kawan opis kata GST kot. GST what-the-name-of-the tiger??? Bukan ke 1/4/2015 baru GST?? Tapi bila kira peratus kenaikkan memang 6% pon. Muskati ai..so ada sesapa leh tolong jelaskan ke-tidak-jelas-an jenis apekah ini?

Ini bukan masalah nak bayar RM7 tu tapi nak tahu kenapa?? Kenapakah kau berubah kenapakah.. Tapi 7hinggit tu bukan sikit wehh...tambah skit dah dapat sekotak rokok eskrim Magnum mini. Makcik rasa teraniaya..

Monday, May 12, 2014

Selamat Hari Ibu



Bulan Mei banyak sangat sambutan hari-hari kan??Hari Jururawat, Hari Ibu, Hari Guru jangan lupa Hari Belia juga. 15 Mei setiap tahun ye, maklumat kepada sesiapa yang mungkin tak tahu. dalam FB dan WG wassap group sana sini orang wish Selamat Hari Ibu. Ai tak dan nak meng-usha mana. Konon sebok dengan program la sangat khen?? Hee..besa la bulan Mei kan ada Hari Belia jadi sebulan tu memang akan penuh dengan aktiviti.

Jumaat Sabtu ai di Kontan. Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Pahang. Urusan kat rumah memang serah bulat-bulat kat Cikgu. Sebab ai berulang dari Raub-Kontan-Raub demi mu anak isk isk Malam sabtu tu masa ai balik, Aliff ada tak tido lagi. Dia siap tanya ai penat bagi segelas air dan suruh rehat. Pelik dah. Lepas tu dia yang tolong kemas tilam untuk tido adik-adik. Lepas mandi baru perasan ada kad dengan bunga kat almari depan depan cermin yang besa ai buat tempat bersiap.



Ini kad Aliff..tak berapa clear. Tulisan pon senget ke bawah. Aliff memang suka tulis senget, kadang kertas bergaris pon senget. Inikan pulak kertas kosong gini, memang ke-senget-an la. Rasa terharu jugak. Baik cikgu-cikgu kat SKBR ni ajar budak-budak gini. Diorang akan jadi lebih prihatin walopon ada orang rasa benda gini macam tak perlu. Bunga tu guna bekas papan telur tu. Warna dengan warna air Aliff kata. Yang cucuk-cucuk cikgu buat. Tapi memang comel. patut tiap kali beli telur sebekas tu die duk pesan jangan buang Rasanya yang gunting-gunting tu pon cikgu yang buat, tapi tak apalah.. Ada keinginan kat situ. Terima kasih cikgu :)

*Dan terima kasih untuk Aliff jugak..maaf mama sebok sangat. Nanti bila kita sama-sama cuti kita ajak abah jalan-jalan ok

Tuesday, May 6, 2014

Akasyah 10 bulan



Almost 10 bulan..kejap je masa. Budak kecik dah 10bulan, dah pandai panjat-panjat dan menyusur tepi-tepi  dinding walopn kaki terketar2 lagi Kasyah ni jenis hati besar sikit so kene selalu pantau die. Nampak kecik tapi cita-cita tu lebih. Sekarang ni keje dia..



Iye..menolak walker. Bukan nak masuk duduk dalam tu. Lagi suka menolak walker. Cuma bimbang sebab walker tu laju, die beroda kan. Bimbang tersungkur jatuh je nanti. Tu pon dah naikkan brek walker tu. Brek eh panggil benda cinonet kaler merah tu?? 



Untuk tujuan keselamatan keselamatan la sangat kami tukar ke benda alah ni. Kerusi kecik ni. Haa..tolak la Kasyah kerusi ni dengan bunyi kriut kriut membingitkan lagi rumah yang sedia bingit. Dengan kerusi kecik ni la dah lepas die pusing satu rumah. Tu nages pasal dah penat best die main tolak-tolak ni die mudah penat, nanti mudah nak tido kan die heee Masalah si kecik ni, penat tak reti nak duduk. Takott!!! Pejam-pejam mata kalo suruh duduk. Biarkan Cikgu yang latih die..bertatih ni pon Cikgu yang rajin ajarkan.

Ohya..Kasyah selalu berstoking sebab die still dalam mood semput-semput. Cuaca sekarang kan..batuk melenking-lenking. Tapi alhamdulillah dalam sari dua ni nampak dah ok. Tu pasal stoking memang tak boleh tinggal.