Monday, May 12, 2014

Selamat Hari Ibu



Bulan Mei banyak sangat sambutan hari-hari kan??Hari Jururawat, Hari Ibu, Hari Guru jangan lupa Hari Belia juga. 15 Mei setiap tahun ye, maklumat kepada sesiapa yang mungkin tak tahu. dalam FB dan WG wassap group sana sini orang wish Selamat Hari Ibu. Ai tak dan nak meng-usha mana. Konon sebok dengan program la sangat khen?? Hee..besa la bulan Mei kan ada Hari Belia jadi sebulan tu memang akan penuh dengan aktiviti.

Jumaat Sabtu ai di Kontan. Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Pahang. Urusan kat rumah memang serah bulat-bulat kat Cikgu. Sebab ai berulang dari Raub-Kontan-Raub demi mu anak isk isk Malam sabtu tu masa ai balik, Aliff ada tak tido lagi. Dia siap tanya ai penat bagi segelas air dan suruh rehat. Pelik dah. Lepas tu dia yang tolong kemas tilam untuk tido adik-adik. Lepas mandi baru perasan ada kad dengan bunga kat almari depan depan cermin yang besa ai buat tempat bersiap.



Ini kad Aliff..tak berapa clear. Tulisan pon senget ke bawah. Aliff memang suka tulis senget, kadang kertas bergaris pon senget. Inikan pulak kertas kosong gini, memang ke-senget-an la. Rasa terharu jugak. Baik cikgu-cikgu kat SKBR ni ajar budak-budak gini. Diorang akan jadi lebih prihatin walopon ada orang rasa benda gini macam tak perlu. Bunga tu guna bekas papan telur tu. Warna dengan warna air Aliff kata. Yang cucuk-cucuk cikgu buat. Tapi memang comel. patut tiap kali beli telur sebekas tu die duk pesan jangan buang Rasanya yang gunting-gunting tu pon cikgu yang buat, tapi tak apalah.. Ada keinginan kat situ. Terima kasih cikgu :)

*Dan terima kasih untuk Aliff jugak..maaf mama sebok sangat. Nanti bila kita sama-sama cuti kita ajak abah jalan-jalan ok

No comments:

Post a Comment

Dah tulis?? Terima kasih :)