Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Tuesday, June 25, 2013

Mood Ngemas Suda Datang...

Hari ni mood nak mengemas blog sampai. Akhirnyaaaaaaaaaaa.......... Ale..nak buang gambar-gambar Aliff yang kat tepi tu je sebenarnya pon. Tujuan asal blog ni dulu untuk mudahkan atok-atok Aliff tengok cucu diorang. Biasalah..Aliff cucu sulung untuk keluarga ai mahupon kuaga Cikgu. Nak upload FB memang mudah tapi untuk orang 'emas' nak kene ada akaun, log in segala, lagi mudah kalo ada blog. Cuma simpan alamat web dalam komputer diorang, tinggal online dan klik je.



Tapi itu duluuuuuuuuuuuu versi amy mastura nyanyi Dulu anak sulung, tiap bulan update perkembangan dengan gambar. Asal ada progress je memang blog la ai tuju dulu. Bila anak pon dah lebih tahap malas pon lebih. Tambah kesian pulak kat Aneeq bila ai bukak blog kat rumah asek-asek la gambar abang die kat tepi tu ha.. Dan pandai pulak budak sepet tu bertanya "Ane ambar Aneeq ama?" Aiyoo...rasa bias lak ai ni ha. So sebelum Aneeq tu akal panjang mulut banyak cam abang die dan pandai buat speku bukan-bukan meh la ai cuci skit blog ni.

Ada orang kata mak pak ni besa la perhatian lebih kat anak sulung je.. Eh?? Mungkin kot. Biasa la anak sulung kan? Tapi tu tak bermakna kasih sayang pon lebih. Nak bagi kasih sayang sama rata mungkin tak, tapi cam ai..ai cuba seadil mungkin. Hak kecik kene la lebih sket perhatian. Walopon perhatian yang dia dapat bukan macam sulung contoh siap pic penuh dalam blog tapi perhatian tu tetap lebih. Dont feeling envy myvi ok??. Anak sulung perhatian lebih sebab bila dah tua esok hak sulung ni la beban tanggungjawab lebih. So semua ada give and take.. :)

Monday, June 24, 2013

Konon Last Update Pasal Rumah..Konon

Cerita tertunggak 4bulan lebih..baru nak update..grrr...bapok lambat eh..Sebab baru dapat transfer gambar dari henpon mokcik ke dalam pendrive. Ai tak suke buat entry tak de gambar sebenarnya. Dah la entry tah hape-hape, tak de gambar lagi la macam...bukan kata orang nak baca..sendiri baca pon boooooringggg!!!!
Kita back to the future kejap...wossshhhh!!!Saat nak mencuci nak naik rumah baru. Rasanye entry dalam sbulan ni asyik la back-2-de-back je kot..hahaha

Ai dengan cikgu la sepakat nak upah orang tolong cucikan rumah. Ikutkan ai kureng la sket kan. Besa la dasar superwomen la sangat seme bajet nak buat sendiri. Sedar diri keuzuran sket, so ai pon ok la.Dan kerja mencari orang cuci tu kerja di-sub secara rela kat ai la. Ai kan suke keje semak menyemak ni. Cari orang tu orang ni last dapat la antie ankel India depan rumah pengasuh budak-budak ni sebenarnya diorang offer diri ai lak rasa segan nak menolak eh.. Melihatkan antie ankel ni punya fiil ai rasa ok la. Sebab pe?? Diorang ni pembersih sangat. Rumah diorang sangat la bersih. Diorang akan cuci rumah sminggu skali. Tingkap nako rumah tu mak aihh...berkilat. Periuk kuali cerek diorang bersinar-sinar macam kan tiap kali lalu je duk skodeng rumah orang kan kan?? Hahaha Memang jenis pembersih la. Sampai satu tahap ai penah tengok ada budak pegang kain dia kat jemuran biasa la budak-budak suka pegang-pegang dia boleh angkat kain dah kering tu basuh dan jemur balik. Dia basuh depan mata ai hokey?? Rumah diorang mesin basuh tempat basuh-basuh kat garaj depan, standet rumah teres la kot 

Diorang datang cuci hujung minggu, ai dengan Cikgu keje. Memang lepas tangan kira percaya terus kat diorang. Petangnya Cikgu pergi bayar. Balik nampak mulut die kumat kamit senyum sengat-sengat biasa gini kalo dia ada tak puas ati ke apa la Uiii..ingatkan murah, diorang cas RM200 ke memang tu rege besa eh? Rumah ai tu kosong. Memang la 4bilik..3bilik air. Tapi kami somi isteri dah sapu ape seme. Nak diorang basuhkan je je la sangat kan? lap la cermin sket kan sama. Time ai g cek, hoishh!!! Dengan kat lantai ada capuk-capuk bekas air kering, tingkap tak lap, jangankan grill lagi la diorang tak lap. Ada bekas-bekas cat yang slepet-slepet pon tak kikis. Mokcik ni la hak kikis. Bukan suh kikis cat hak kecik2 tu ni hak agak-agak beso tu. Panas mokcik...dah la kene RM200 rasa mahal gile..


Cuti hujung minggu selepas Maulud Nabi tu kami pergi cuci rumah buat kali ke dua. Tu Bobo moto kesayam-ngam Cikgu. Die jadi mat rempit untuk beli barang apa, jadi terbaik la naik Bobo. Hasil cucian garaj depan oleh kuli-kuli kecik dengan pemantauan dan jerit pekik ai hehehe... Tengok batang penyapu tercampak ke mana haa...


Dapur + bilik air dapur. Ai setel..lantai tu jenis makan air so payah sket nak tanggal kotor. Ni gambar ai amik masa lepas lelah kejap. Seb baik Cikgu ada minta buat paip air luar dari bilik air hak ada nampak paip getah tu khas untuk mesin basuh konon so mudah la ai nak sembur sana sini. 


Kuli sulung. Masa die semangat jangan tegah. Biarkan..kerja pendahuluan biar die buat, nanti nak keringkan lantai pe ai buat. Masa ni cuma pantau tak nak bagi air sampai naik ke siling. Aneeq dah rasmikan siling dengan air dari awal lagi..hangen ai tak de gambar, ai kan ketua kuli Cikgu masa ni borak-borak dengan orang kampung sampai sudah. Ni pon menimbulkan ke-amrahan mokcik hahaha  Ini di bilik utama. Pon nasib baik la Cikgu bertegas masa mula buat rumah tu nak ada bilik air setiap bilik. Bilik 2+3 share satu bilik air, jadi still mudah nak cuci. Kira air dari bilik air sembur-sembur lepas tu air tu tolak je ke dalam bilik air balik. Bilik ke 4 je payah sket la nak cuci sebab die solo-molo je.

Lepas tu dah tak de gambar daaa..sebab kerja penutupan ai yang kene buat. Kuli-kuli kecik dah pengsan lepas upah dengan KFC dua ketul sorang kan murah tu. Cikgu sudah nye lap tingkap je. Tu pon lepas die nampak ai sebok-sebok angkat tangga nak lap. Basuh rumah sendiri lagi best..pauas ati walopon lepas tu ai cuti senin sebab sakit belakang. Hehe..grill leh lap. Tingkap tandas kite lap..nak harapkan orang, jangan la.

Tips Tops...
*Kalo larat dan ada masa sila la cuci sendiri baru puas ati. Kita pempuan ni masalah cerewet tu biasa la kan?? 
**Jangan menilai orang pada luaran je. Carik biar dapat hak murah sket kalo tak bersih cam kita nak tak de sakit hati ngat. Lagi elok kalo anda ade nak monitor semua tu rasanya lagi bagus.
***Kalo adik beradik ramai sile upah adik beradik ye..upah mahal pon tak pe sebab dapat kat adik-adik je. Disamping mengeratkan sila-tuiii-rahim sangat kan.. Eh best pe leh main sembur-sembur air, pesta buih tanpa keamrahan Jabatan Agama Islam tempatan hahaha...

Saturday, June 22, 2013

Hadiah Pertama Aliff...

"Aliff nak bagi adiah sempena hari abah dan mama..."
"Mana? Hadiah pe?"
"Penat Aliff buat ni..mama kene jaga...kalo esok esok rosok ke mati siap la mama.." Siap ugut yang tak tahan tu.




.




..





...





....






.....






Hadiah ni datang skali kertas ucapan tapi tah ape-ape die conteng tah.. Boleh la Aliff...boleh la hahaha

Friday, June 21, 2013

Gelagat Aneeq

Huii..lama gile tak hapdate..Seb baik la ai ni bukan blogger femes amos..suka suki nak hapdate pon tak de orang kisah. Nampak line wifi opis santek petang Jemahat ni ai te-try la hapdate. Kita hapdate lite-lite jela dulu ye..skali syok menaip line tenet hilang mau rajuk 4 5 bulan lak nak hapdate muahahaha...



Kita mulakan dengan gambar ayu dan penuh muslim-ah la sangat budak sorang ni ha..Aneeq ni mulut banyak pon tak paham mana, bahasa antara-planet die guna. Tapi kalo bab lasak kretif memang tak leh blah. Ni sebok orang nak pergi keje pakai tudung die pon sama. Naseb baik la tak lekat lama tudung tu atas kepala, kejap lepas tu diseret ke tanah dah. Aliff dulu lama gak lekat. Bimbang gak..mana tahu ciri-ciri gegel plak kan..huuii..nauzubillah!!! Rumah bersepah adalah biasa ye..hehehe



 Sorang muslim-ah yang dah bertukar menjadi muslim-in,suka menempel lau orang nak solat sila abaikan gambar Cikgu seksi  dalam pic ni elok die duk belakang sket. Ai penah kene dia parking nak solat tu betul-betul kat punggung. Kita dah la muatan berat..skali rukuk dengan dia skali kene tonggeng jatuh..sian budak sepet tu...hahaha


Okeh..dah tak muslim-in dah..prasan lak die orang amik gambar. Seterusnya adalah adegan kejar-mengejar ye..konon malu orang amik gambar die.Konon...cheittt!!!