Friday, June 29, 2012

Rumah Kami


Ini ha rumahnya..beli kat Cosway RM 29.00  Hero berdua ni suka main rumah-rumah, sekolah-sekolah, masak-masak eh..apekah?? Konon beli rumah ni barang mainan mereka leh sumbat dalam tu kemas sket rumah kami.


Main rumah terbakar la pulak..dalam keadaan nak menyelamatkan diri la kononnya. Apehal Aneeq rumah terbakar pon boleh sengeh lagi?? Baju-baju tak de. Tinggal diaper je seme..dah terbakar kot. Hahaha...


Tak sampai lima menet pon...dah ranap. Seb baik boleh betulkan balik. Tapi tiap kali pon ranap...adeiii.. Dah ranap tu diorang pon blah gitu je. Nampak kaki si Aneeq, dalam cubaan nak menyepahkan bahagian lain pulak

Wednesday, June 27, 2012

Cikgu De Grass Cutter

Ade ke ayat gitu ha?? Cam ape je tajuk tu ha.. Nak tunjuk ni la kejeam  Cikgu di waktu lapang hujung minggu hak secoet dia ada. Sebagai tukang mesin rumput tanah sekangkang kera kami tu.. Nak buat camna. Nak tunggu tiang-tiang naik lambat ngat... Cepat lagi si lalang tu naik ha.

Tapi alhamdulillah... surat kelulusan dari YDP dah dapat. Tunggu kelulusan dari Bahagian Pinjaman Perumahan saje. Kata kerani Apek tu dalam 2, 3 minggu lagi. Tapi Apek kontraktor ni tak nak putus rezeki. Dia percaya masa tengah lebat ni tiba-tiba stop, rezeki akan putus. Jadi dia nak buat sket-sket apa yang boleh dulu. Kami pon amat bersyukur, antara 5orang yang submit pelan apa kami yang paling lewat antara lima orang tu sebab duk asek nak tukar pelan je kami yang paling cepat dapat balik. Alhamdulillah... Semoga dapat la duduk tahun ni.

Monday, June 25, 2012

Shop Till You Sakit Tengkok..

Wee...ye, kami somi istewi berjaya ke sini. Hehe...hujung minggu dua2 duk terbongkang kat rumah tak de keje nak buat Cikgu ajak g servey tempat  nak beli lampu. Memula pergi jumpa yang kat Puchong ape nama tah..wuiii, sesak gile. Sesak dengan lampu juga dengan orang. Sampei nak muntah makcik. Memandangkan kami bawak hero dua orang tu.. kami amik keputusan amik cuti khas esok esok eh..

 Dan hari Selasa kami kembali, asal nak pergi kedai yang tak ingat nama kat Puchong tu. Kedai tu pon banyak dalam tenet kata murah. Tapi tah camna pusing2 kami ni memang kalo tak makan buah langsat tak sah silap masuk lorong bagai jumpa plak kedai ni. Menjerit mokcik kat Cikgu konon2 takut karang makin teruk kami sesat dah langsung tak jumpa dah kedai ni ha.

Kami sampai dalam pukul 9.30pagi. Pkul 7.15pagi lagi dari Raub bertolak yuuu...punya la hover somi istewi ni. Hui hui...Kedai tak bukak lagi. Budak kedai baru ade  sorang duk tertenggek depan tu. Kami yang takut sesat tak jumpa balik kedai ni turut sama la menenggek depan tu tunggu kedai buka. Hehe...

Tak ade orang selain kami je..Hehehe...Dan pekerja2 sini lebih ramah juga sabar layan kami. Kedai pon lebih tersusun. Cuma sakit tengok tu besa la. Tu Cikgu duk usha lampu die bekenan. Kene tengok jauh2 die kata baru tak pening. Hekk... Iyo la sangat. Mokcik pening jugak eisshh..tapi tahan sikit dari hak kedai lagi satu tu.

Rege kedai HOL memang sangat memberansangkan. Memberangsang untuk menghabiskan duit poket kami. Uhukkk... Konon nak wat style resort Cikgu kata rumah kami rumah yang atas angin tu la Die duk pening nak beli antara yang kayu cam sabut kelapa tu atau yang sebelah dia. Sudahnya..beli hak lain. Hape2 la..

Antara pembelian kami...kipas 3bilah 5bijik konon Cikgu kata letak bilik tido kipas besa2 dah kipas 5bilah 2bijik kat ruang tamu dengan bilik utama lampu donlite 8biji, lampu cam UFO 4biji, lampu kalimantang 13biji hak ni makcik tak tau ape hal die beli banyak ngat lepas tu lampu hak gayut-gayutan 2biji. Total damage? Huuu..sedis sedis. Nehi babuji nehiii tapi cam rasa nak pergi beli lagi lampu hehehe

Time nak bayar nampak ni ha..sebok amik Tapi silau lampu atas jadi gambar kureng la Amoi tu tanya amik gambar buat pe?? Nak letak dalam blog. Die sengih kata bagus. Die tak tau blog ni hampeh. Reader pon tarak. Weee..tak kesah la janji dapat ketuk lagi sket bagi kurang harga eh. Tapi kedai ni bab layanan dengan servis sangat2 makcik suke... Makcik rekemen la kedai ni. Baguiiihh...

Thursday, June 21, 2012

Coti


Weee....tidak terlampau kan kan kan?? Hehe..ai suke bab coti-coti ni.. Kelmarin meting kakitangan dah sebut pasal cuti raya tahun ni. Dah siap pilih2 sape  dapat cuti dulu cuti kendian. Ai kene jadi orang las balik tahun ni. Hooo.. tak pela.. Raya eh hari Ahad tahun ni..sempat je balik. Janji bukan orang awal kena balik jaga opes dahhh...

Ini antara jadual perayaan penting hak besa kita suka sambung2 coti.. suka nak pergi jengjalan. Tahun depan kene cop awal2 raya nak cuti awal. Balik opes awal tak kesah. Hehe.. Ai ni cuti kene ikut cuti sekolah. Tu yang salu berebut cuti dengan bebudak opes ni. Nasib la.. Time ni la nak pentingkan diri ye dak??

Wednesday, June 20, 2012

Kenangan

Belakang : Aki dengan Wan
Depan : Ayah Long.. My Mum dan Ayah Ngah

First time tengok pic muda mama..hmm...kene balik Temerloh selongkar lemari lama...kot...Sungguh lupa daratan diri ini...

* Aki, Wan dengan Ayah Ngah dah kembali kepada DIA