Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers
Showing posts with label renung merenung. Show all posts
Showing posts with label renung merenung. Show all posts

Thursday, January 8, 2015

Bah Merah Kelantan 2014


Saya selamat pergi dan kembali dari kampung, alhamdulillah. Walaupun pada mulanya Cikgu teragak-agak kerana mendengarkan keadaan jalan yang sangat tidak memuaskan dan faktor-faktor lain yang perlu diambil kira sebab pulang dengan anak-anak kan? dan keadaan kereta kami yang tidak memuaskan.

Malam sebelum pulang, saya menyibukkan diri mencari jalan terbaik selain laluan biasa. Dengan LPT yang masih banjir, jalan lojing yang belum dibaikpulih, altenatif lain melalui Negeri Sembilan yang mana Cikgu memang tak biasa dan saya cuma ingat-lupa-lupa jalan tersebut dulu lalu pon abah yang pandu. Akhirnya tawakal je balik melui jalan biasa. Jalan Gua Musang. Syukur semuanya dipermudahkan.


Rancangannya bertolak betul-betul awal pagi dan bila hari dah cerah sikit baru nak melalui kawasan Bukit Tujuh dan seterusnya. Berhenti sekejap di masjid Lipis maaf lupa nama masjid untuk subuh Di kawasan masjid penuh dengan kenderaan denagn aneka bendera dalam misi bantuan banjir ke Kelantan. Terasa sangat ke-malaysia-an bila ahli-ahli kumpulan berbual dengan pelbagai loghat, Sebak, ya! Inilah rakyat Malaysia. Prihatin dan sangat pemurah.

Sebaik sahaja masuk ke kawasan terjejas, memang jelas kesan banjir melalui skema warna yang sama sepanjang jalan. Jalan memang agak teruk dengan lubang-lubang yang dalam tetapi boleh dilalui cuma perlu lebih berhati-hati kami turun pagi jadi jalan kurang sesak dengan kenderaan Sepanjang jalan tu ada empat biji kenderaan yang pecah tayar. Syukur sangat sebab kami tak terlibat dan terima kasih kepada Cikgu yang memang ter-sangat-lah berhati-hati memandu. Dek kerana ke-ber-hati-hati-an Cikgu memandu, sempatlah saya menangkap beberepa keping gambar.




Rumah yang diheret kuasa alam..sampai ke gigi jalan. Ni tak silap kawasan Manik Urai. Maaf, sebab tanda jalan apa dah tak jelas dan saya pulak jenis yang payah nak ingat nama kawasan.



Pelebaran sungai yang sangat dahsat. Tak pernah tahu pon ada sungai kawasan ni asal sungai kecik Tebing memang macam dah hilang, habis di sapu bersih pokok-pokok yang dulu merimbun kat sini.



Gambar ni ada cerita yang buat saya menangis teruk. Depan ni sikit ada pokok nampak bayang ket tepi tu Ada sekumpulan kecil mangsa banjir duk menumggu kenderaan bantuan.Sebelum ni lagi ada seorang ayah dengan anak kecik dalam umur setahun diikat ke badan guna kain naik motor penuh berselut. , keluar dari jalan kecil diorang naik motor hampir seiring dengan kami  Baby tu comot je dengan baju dan kulit berceloreng warna tanah dengan mata sayu, lapar mungkin dikawasan banjir ni payah nak tengok warna lain selain warna tanah dan selut  Ada sebuah kenderaan bantuan  pon berhenti dan membahagi-bahagikan air, mi segera dan biskut. Kumpulan yang menunggu tadi termasuk si ayah cepat-cepat tapi bukan berebut sebab diorang nampak macam lesu je ambil barang-barang tadi. Dan saya sempat tangkap si ayah tu bertanya orang di atas kenderaan bantuan tu "Cik, ado susu dop?" Orang tu jawab tak ada. Air muka ayah tu terus berubah. Ya Allah macam mana saya nak cakap keadaan masa tu. Sampai sekarang pon teringat-ingat lagi dan tiap kali teringat cepat je air mata keluar Dia pegang kepala baby tu dengan riak kecewa cakap "tak po lah". Terus saya menangis. Cikgu kat sebelah duk menyeka mata. Aneeq pon siap cakap "Mama..mama bagilah susu adik Kasyah" Alahai sayang..nyilu rasa hati.

Sepanjang jalan memang emosi sangat tercabar. Saya ni jenis hati tisu lagilah. Bandar Krai memang teruk. Macam disapu dengan penyapu gergasi. Jadi bersih yang menakutkan. Tengok sendiri stesen petrol yang tenggelam tu terasa sangat kerdilnya diri dengan apa yang terjadi. kami berpeluang bercakap dengan mangsa-mangsa banjir dan terselit rasa kagum. Diuji sehebat itu ada yang sampai tinggal baju dibadan tapi masih boleh tersenyum. Masih boleh mengucapkan syukur....

Ya Allah, permudahkanlah segala urusan mereka. 
Dan satukanlan semua yang hati-hati yang terlibat
Semoga kejadian ini membuka mata, apa yang penting dan apa yang tidak...

Friday, July 11, 2014

#amanpalestin



Seminggu dua terasa sangat berat hati bila bukak fb. Sekadar bukak cek mesej dan kemudian skrol tanpa buat apa-apa rasa diri sangat tak berguna.. Sana sini post gambar dari sana.. Dari saudara  seislam kita di Palestin. Saya berhati tisu, saya mengaku. Bila tengok gambar abang matipeluk adik,  gambar ayah peluk jasad anak yang dah kaku dan cuma rasa sedih dan kasihan dalam hati, macam ada yang tak kena. Saya emak..kepada tiga anak lelaki. Bayangkan itu anak-anak saya, saya mungkin mahu orang berbuat sesuatu untuk membantu. Ye doa..itu terbaik buat mereka. Moga ada antara doa-doa kita didengar oleh NYA dan membantu mereka di sana. Tapi sekiranya anda mampu lebih dari itu, apa salahnya memberi. Tak ada kecil besar sebuah pertolongan, yang penting niat kita membantu tu. Bantulah yang termampu...
 #prayforgaza #prayforpalestine




Thursday, April 5, 2012

Entry Pendek

BILA BERCAKAP SOLA JODOH
RAMAI YANG BERUSAHA KERAS MENCARI
WALAUPUN SEDAR HAKIKAT SEBENAR 
JODOH TELAH DITENTUKAN OLEH ALLAH SWT


TAPI...


BILA BERCAKAP SOAL HIDAYAH
RAMAI YANG MEMILIH UNTUK MENUNGGU
BIARPUN SEDAR HAKIKAT HIDAYAH ITU
PERLU DI CARI, BUKAN JATUH KE RIBA


*ingatan untuk diri sendiri juga

Tuesday, February 28, 2012

The Telekung Project


Tengah ai menyinggah kedai sebelum balik kejap tengahari tadi tengtiba tangan gedik nak capai paper Utusan atas meja kedai tu. Ai ni besa la, veri the verlangak, tak baca Utusan tuh, tak cukup banyak gosip. Hahaha.. selak punya selak ada la dalam ni cite pasal The Telekung Project. Masuk opes tadi terus bukak fb carik. Ai tau blog ai tak fem mana ponn...tetapi andai ade yang singgah, men-singgah, ter-singgah ahziz singgah  gedik2 kan la jari jemari ande tekan icon atas tu..tekan sini plak terus ke Telekung Project da FB

Jaman2 muda mudi dulu salu tumpang solat kat satu surau Mall ni. Teruk telekungnya. Kami satu bilik ada kadang2 tolong basuhkan tapi selai dua jela. Kami student basuh tangan je pon kan??? Sebab kami kalo outing memang ke situ ha, so salu guna. Sekarang dah ok kot telekung kat sana tu. Surau pon dah cantik bukan cam dulu dah...Bagus Pn Azila, keep up ur good work

Thursday, February 2, 2012

‎6 SEBAB BERUNTUNGNYA PEREMPUAN


1.) Dia bekerja dengan Allah.....jadi 'kilang manusia'.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..7 - 15 hari sebulan dia tak wajib solat tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari selagi tidak habis nifas Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi, seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid kecil..
4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami tidak perlu ditanggung.

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu, tambahan lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

6. )Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan semua lelaki fahami hati
naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA.......

*copy paste dari fb..kalo ade yang salah silap mohon betulkan

Thursday, September 29, 2011

Kasihnya Ibu....

Ini adalah kisah benar tentang pengorbanan seora...ng ibu ketika gempa bumi melanda Jepun. Ketika gempa bumi telah reda, sewaktu pasukan penyelamat tiba di sebuah rumah yang telah musnah milik seorang wanita muda, mereka terlihat sekujur badan dicelah-celah runtuhan tersebut. Kedudukan bentuk badannya agak pelik seolah-olah dia sedang melutut (seperti orang yg sedang bersembahyang/berdoa), dengan badannye menunduk ke hadapan dan kedua-dua tangannya seperti diampu sesuatu objek. Runtuhan rumah tersebut telah terkena pada bahagian belakang dan kepalanya.

Ketua pasukan penyelamat dengan bersungguh-sungguh cuba untuk mencapai wanita tersebut melalui celahan runtuhan tersebut dengan harapan wanita tersebut masih hidup. Namun begitu, keadaan badan wanita tersebut yg sejuk dan kaku menunjukkan yang dia sudah tiada lagi. Pasukan penyelamat lantas terus meninggalkan rumah wanita tersebut.

Tiba-tiba, ketua pasukan penyelamat merasakan seperti ade sesuatu yang tidak kena, lalu berpatah balik ke rumah tersebut. Dia telah berlutut sekali lagi dan cuba mncapai sedaya upayanya dicelah runtuhan untuk mencapai sedikit ruang kosong di bawah mayat wanita tersebut. Tiba-tiba, dia menjerit, “ada bayi, ada bayi disini!!” Lantas seluruh pasukan penyelamat bekerjasama mengalihakn sisa runtuhan disekeliling mayat wanita tersebut. Ape yang mereka lihat ada seorang bayi lelaki yang berusia 3bulan yang berbalut deangan selimut di dalam pelukan wanita tersebut. Ternyata wanita tersebut telah terkorban ketika melindungi bayinya. Ketika gempa bumi berlaku, dia telah menggunakan tubuhnya sebagai perisai pelindung bagi bayinya. Bayi tersebut masih nyenyak tidur ketika ketua pasukan penyelamat mengangkatnya keluar dari celah runtuhan.

Doktor dengan pantas memeriksa keadaan bayi lelaki tersebut dan ketika doctor membuka balutan selimut bayi itu, dia terjumpa sebuah telefon bimbit dan terpampang di skrin telefon tersebut sepotong pesanan bertaip “SEKIRANYA KAMU SELAMAT, INGATLAH BAHAWA IBU MENYAYANGIMU..” Pesanan ini telah dibaca oleh semua orang yang berada di situ, dan mereka semua menangis dan tersentuh.

“SEKIRANYA KAMU SELAMAT, INGATLAH BAHAWA IBU MENYAYANGIMU..”
Begitu besarnya kasih sayang seorang Ibu...!!

*copy from FB

Wednesday, July 6, 2011

Kenapa Tak Rogol Saya?

Kisah benar ini berlaku di US (Amerika Syarikat).Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.
Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia di saat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain). Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?

Perogol tu jawab:
“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”
Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang-sorang malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.



Cerita ini mungkin dah lama..tapi saya baru terbaca pagi ni dan nak kongsi mase tgh gugel cara2 nak halau cicak kat rumah.Abes baca saya rasa berderau..dan sampai ke saat ini pon saya still rasa begitu. Besarnya kekuasaan ALLAH...semoga mendapat manfaat bersama.

Friday, May 27, 2011

Kenapa Insuran??

pic credit to google

Kalau tak masuk insuran kenapa ?
Tak boleh hidupkah kalau tak ada insuran ? Mati ker kita ? Mak ayah kita dulu tak ada pun insuran, boleh hidup bahagia, boleh besarkan anak juga.

Kalau Mati Anak Terbela
Satu sebab masuk insuran sebab kalau kita mati, anak dan isteri kita dapat duit. Jadi kalau kita tak masuk insuran, adakah tak dapat duit ? Yer le, kalau kita ada tinggalkan duit simpanan, KWSP, ada rumah, tanah dan duit lain, anak isteri kita ada duitlah. Tapi kalau kita tak ada semua itu, sibuk bayar insuran, manalah kita nak ada duit ?

Suami Bekerja Kerajaan
Kalau suami bekerja kerajaan, meninggal dunia, anak dan isteri akan dapat pencen. Jadi apa takut ? Kalau suami kerja swasta, tentu ada KWSP atau perkeso dan lain lain.

Insuran yang dah sedia ada
Ada orang yang dah ada insuran tapi dia tak tahu dia dah ada insuran. Contohnya dia masuk koperasi atau syarikat tempat dia kerja dah bayarkan insuran. Jadi kenapa nak ambil insuran bayar bulanan lagi ?

Suami Bekerja dan Isteri Bekerja
Kenapa isteri ambil insuran ? Nanti kalau isteri mati, suami dapat duit, suami kaya. Lepas tu suami kawin lagi. Kalau isteri tak ada insuran dan mati, suami kan boleh hidup dengan gaji dia, cukuplah tu.

Masuk insuran sebab nak dapat rawatan
Ada banyak kes, agen janji macam-macam masa pujuk kita masuk insuran. Dah berlaku kemalangan, agen insuran banyak dalih. Satu cerita tu seorang ustaz ulang alik setiap hari dari Batu Pahat ke Muar naik moto. Satu hari tu dia kemalangan menyebabkan dia patah 4 gigi dan cedera di muka. Dia masih tersenyum sebab dia ada insuran. Tapi bila ke syarikat itu, dia tak dapat apa-apa sebab kecederaan yang dialami tak sampai berlaku kematian atau tiada mengidap penyakit seperti yang diinsurankan. Kesian ustaz ni, gigi dah tak ada, nak jadi imam pun suara dah tak sedap.

Kerja kerajaan hospital free
Kalau dah masuk hospital free, kenapa perlu bayar banyak-banyak pada syarikat insuran ?

Kerja swasta biasa ada klinik panel
Kalau dah ada klinik panel, kan dah free kat situ. Yang pergi habis duit bayar insuran mahal-mahal buat apa ?

Masuklah Insuran Yang Bayar Rendah
Ada satu insuran kelompok yang sebahaigan besar staf pejabat saya masuk. Bayaran dia RM 30 sebulan dan mendapat perlindungan sehingga RM 50,000 kalau berlaku kematian dan ada faedah lain yang saya dah lupa. Ini bukan dikira simpanan sebab RM 30 tu dikira bayar insuran, tiada pemulangan kalau tiada tuntutan.

Jadi kalau anda belum ada insuran, kalau rasa nak juga masuk insuran, masuklah insuran kelompok ni. Tapi kalau taknak masuk insuran pun, tak apa. Saya pun tak masuk insuran pun, saya tak rasa hidup saya sebagai kelas ketiga pun.

Fikirkanlah


 
Entry ini merupakan hasil tulisan Ustaz Mohd Khalil...suka baca tulisan die.maaflah..tulisan die panjang, so saya copy paste sket je...untuk bacaan lebih lanjut boleh klik sini yaa...
*saya pun ada masalah yang sama dulu.sanggup berpotong untuk benda lain sebab nak bayar insuran. pendapat saya, kecuali anda mmg dah lebih sgt duit tak tau nak buat apa, boleh la masuk insuran. bagi kami yang taraf hidup sederhana rendah ni..hahahaha...beginilah seadanya

Tuesday, May 3, 2011

The Centre Of Earth

Jelas, Kaabah bukan sekadar kiblat tetapi juga sebagai pusat tumpuan manusia dalam urusan dunia atau kehidupan. Contoh yang paling mudah sekali, tentu anda ada stesen televisyen berbayar iaitu Astro. Pastinya setiap Astro ada 'piring para bola' untuk menerima maklumat yang dipancarkan dari satelit. Untuk mendapatkan siaran yang jelas, piring itu akan dihalakan ke arah Kiblat atau Kaabah. Kalau tidak percaya cuba tengok balik piring Astro di bumbung anda menghadap ke mana?

KENAPA BEGITU?

Mudah saja jawapannya Mekah adalah pusat bumi. Sama ada percaya atau tidak jawapannya mudah ditemui semasa kali pertama Neil Armstrong menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969. Di dalam satu temu bual di stesen TV Al Majid, Arab Saudi, Dr. Abd Al-Baset Al-Sayyed dari pusat Penyelidikan Kebangsaan Mesir mengulas, angkawasan pertama itu telah membuktikan, Mekah adalah pusat bumi.

Katanya ia telah dibuktikan secara saintifik semasa Neil Armstrong di dalam perjalanan ke bulan. Ketika itu dia berjaya mengesan satu radiasi yang dipancarkan dari bumi. Radiasi itu di dalam gelombang pendek. Situasi itu sesuatu yang pelik dan mereka cuba mencari jawapan dan membuat penelitian. Akhirnya mereka berjaya mengesan bahawa radiasi itu dipancarkan dari Mekah atau secara tepatnya dari Kaabah.

"Yang paling mengejutkan radiasi itu bersifat infiniti (tidak berpenghujung). Apabila Armstrong menjejakkan kaki ke Marikh, radiasi itu masih boleh dikesan. Radiasi itu mempunyai sifat yang istimewa dan paling penting ia infiniti. Saya percaya inilah yang menhubungkan Kaabah di bumi dengan Kaabah di alam akhirat.

"Bayangkan anda berada di kutub utara dan saya berada di kutub selatan,di tengah-tengah adalah zon keseimbagan magnet atau zon magnetisme sifar dan itulah Mekah. Kalau hendak dibuktikan boleh. bawa kompas ke Kaabah dan anda dapati jarum kompas itu tidak akan bergerak. Ini bermakna Kaabah adalah zon magnetisme sifar. Tarikan untuk ke dua-dua medan adalah sama kuat.

Hal sedemikian katanya, turut memberi kesan pada kesihatan dan umur seseorang. Sebab itulah orang yang tinggal di Mekah lebih sihat dan panjang umur. Tekanan graviti yang tertumpu di kawasan itu memberi kesan pada peredaran darah dan pergerakan biologi kehidupan.

"Ini telah dibuktikan bahawa ia boleh memberi kesan pada hemoglobin untuk membawa darah yang mengandungi oksigen ke seluruh tusi badan. Bermakna bila anda berada di Mekah, keupayaan darah untuk membawa oksigen ke seluruh tisu badan secara semula jadi jauh lebih baik berbanding tempat lain di dunia ini," jelasnya

Pelbagai bukti saintifik dari kajian para saintis juga telah membuktikan bahawa
 Kaabah berada di "Centre of the earth". Jika anda berkesempatan ke Mekah Al-Mukaramah cuba bawa kompas ke arah Kaabah dan lihat jarum kompas tersebut tidak akan menunjuk mana-mana arah sama Barat, Timur, Selatan atau ke mana-mana arah kerana Kaabah sememangnya berada di pusat atau ditengah-tengah bumi. Neil Amstrong juga mengesahkan fakta ini.

Maha Kaya Allah, dengan hanya melakukan Tawaf kesihatan kita akan bertambah baik. Tidak hairanlah jika ramai yang mengetahui rahsia ini sentiasa merindui untuk ke Mekah... Bagi yang bukan Islam kaji-kajilah fakta ini dan anda pasti akan mendapat kebenaran-Nya. Marilah kita belajar ilmu dan mengkaji Islam yang amat indah ini..subhanallah
 



artikel pinjam dari http://mdm7781.blogspot.com/

Tuesday, April 12, 2011

Trans-Egg-Usual

ha...jangan memain..sekarang telur pun dah palsu, ingatkan pasal telur ni memain je...macam still dalam penghasilan ke ape kan?? sbb baru je baca artikel ke brita pasal telurpalsu ni, tapi kat negara China nuh la, tup tup..eh eh..dah ade...so kena berheart-heart la eh???
lagi lau nak kenal telur pelesu ni, die tak de bau tau.ale,tak hanyir la kan?? dan lagi satu die tak de ape orang panggil eh, yang cam pusat die tu.ale..kan kalo pecahkan telur akan ade cam lendir2 berketul2 sket tu..haaa...tak de benda tu. lagi dua ke dah lagi tiga??? kulit die licin halus mulus jer..kira pakai produk penjagaan kulit la kot ayam ni SK2 kah??? jadi kulit telur tak bergerutu dengan kesan2 parut jerawat dan noda2 hitam serta jeragat2 sgala.

*ade budak opes ni mereng..suh cek same 'telur' bakal suami..kot2 palsu..hahaha

Thursday, March 3, 2011

tAzKiraH dI kHaMis-pArt 3

ADAB2 KE TANDAS

-makruh membawa benda2 y mempunyai nama2 ALLAH kalau TERbawa sila tutup untuk melindungi kehormatannya
-sunat mendahului dengan kaki kiri dan kluar dgn kaki kanan
-sunat membaca doa sebelum masuk ke tandas dan selepas keluar tandas
-tidak boleh membelakang/mengadap kiblat sekiranya membuang di tempat lapang
-makruh kencing berdiri elak tepercik dan menganggu mbuat ibadah
-makruh kencing dalam air bertakung kalo berak plak haram ye hukumnya
- makruh kencing dalam lubang menghormati kediaman makhluk lain
-makruh kencing pada pokok, jalan tempat laluan orang
-makruh untuk bercakap/berzikir/menjawab salam dll
-sunat bersuci menggunakan tangan kiri cth basuh kencing guna tgn kiri sahaja.
-makruhbersuci menyentuh kemaluan dgn tangan kanan
-sunat tidak pandang kemaluan/bahan buangan
-sunat berkain basahan ketika mandi

opsss...tahu tak, mengucapkan kalimah2 ALLAH di dalam majlis yang tidak dimuliakan cth dalam disko,majlis anugerah pakai seksi-seksa seperti mempersendakan agama???Nabi Muhammad SAW sendiri tidak akan menyebut nama ALLAH sekiranya tidak berada di dalam keadaan bersuci

tagline ustaz...jangan terlalu berkira pahala untuk membuat amalan,sekurang2nya amalan tersebut telah mengangkat satu dosa

Thursday, February 24, 2011

tAzKiraH dI kHaMis-pArt 2

hari ni hari kames ya adik2....so pelajaran daripada ustaz tadi adalah pasal..........

INTINJAK
merupakan perkara wajib dilakukan setelah selesai proses buang2. tidak wajib istinjak kalo yang keluar itu benda yang kering mana tau kua berlian ke ape kan?? benda2 yang boleh diguna untuk istinjak
- air the best one
- benda2 kesat dan kering cam batu, kayu, tisu dll

syarat2 istinjak :
- najis tidak kering..mean fresh n bright lagi
- najis tidak berubah dari lubang keluar najis kalo taik itu di tgn tidak boleh ya,ini kena guna air
-wajib membuat 3x sapuan untuk membersihkan, sekiranya tidak cukup 3 boleh lebih tp sunat perbuatan tersebut diganjilkan
-haram istinjak menggunakan cecair selain dari air, benda2 yang mempunyai kehormatan cam tulang, bulu haiwan dll dan juga najis kering.

adab membuang di tempat terbuka
-tidak menghadap dan membelakangkan kiblat
-membaca doa...doa spt di bawah

"tok nenek....cucu tumpang kenceng...."
.
.
.
.
.
.
.
.
.
#..#
weiiiiii................buat2 la buat....lempang sat g...bukan la....
"a'uuzu bikalimatillahit taammati min syarri ma khalaq"
maksud : aku berlindung dengan kalimah ALLAH y sempurna dari segala kejahatan
*kalo ade silap tu maafkan la ambe y khilaf ni,sudi2kan la membaiki,menegur...besala..time ceramah ustaz mate layu2 je..hehehe

Thursday, December 23, 2010

tAzKiraH dI kHaMis-pArt 1

MAKRUH
merupakan benda yang tidak disukai oleh ALLAH dan Nabi Muhammad SAW
makruh terbahagi dua

1) makruh taharim
yakni makruh berat
makruh ini menghampiri hukum haram
dibuat bdosa ttp tidak sebesar dosa haram
cth : solat sunat diwaktu makruh kcuali bbrp jenis solat sunat

2) makruh thanzim
makruh biasa / ringan
makruh ini menghanpiri hukum harus
cth : meninggalkan perkara2 sunat y ni makruh biasa kita dgr/buat

ada pendapat sesetengah ulama
perkara makruh y dilakukan berulang akan menjadi haram
kerana seolah2 kira meringankan agama

wallahuaklam....

psst...tau tak, solat sunat tahyatul masjid diberatkan oleh Nabi sebelum solat jumaat???

*banyak gak benda baru tau...hehehe..abgus gak tazkirah agama y bosh buat setiap khamis ni
**baru cuti 60hari dah banyak benda baru kat opes belum 90hari g
***kalo ade salah sila betulkan ya...sy tak bawa pen so tulis dgn menaip kat hp,boley???so ade je silap..hahaha

Thursday, December 2, 2010

pANas dAN AKtiF..bKn gUNuNg MeraPI

  • membaca surah Taha ayat 1 - 5
  • membaca surat al-Ikhlas, Kursi dan Fatihah (1kali)
  • membaca bismillah (3 kali)

baca dan hembus di ubun2 anak waktu tido insya ALLAH

boleh mengurangkan anak yang terlalu aktif atau panas baran

*juga boleh digunakan untuk suami anda..hehehe

**ada cara lain??kong2 la yaaa...

Friday, July 30, 2010

wAjiB TaYang DaN teNGok...

banggalah anda sekiranya anda seorang ibu...betapa besarnya kebesaran ALLAH..subhanallah!!!

Friday, February 5, 2010

tEraPI PErNAfaSAn..

ini dapat dari mel, saje nak share for those who tak tau cam org yang tgh menaip ni kot dan kepada sesape yang dah tau..sile la hargai kerajinan-penaipan-puan-punya-blog ni...hehehe... tak tau nape tp tak leh C n P kat sini...so ape2 entri seme ai taip tauuuu...sape2 tau pliss...

tahukah anda fungsi kedua belah lubang idung tu tak same??? chewahhh...lobang belah kanan mewakili matahari (keluarkan panas) dan kiri mwakili bulan (keluarkan sejuk). bagaimanakan die berfangsi ayat ni pevret abah hehehehe :

1) sakit kepala
tutup lubang idong belah kanan dan bernapas guna lobang belah kiri untuk 5 menet..insya ALLAH sakit kepala akan hilang cam iklan panadol daaa...

2) Lelah
tutup lobang idung belah kanan dan napas belah kiri..kemudian tutup belah kiri lak dan napas guna belah kanan..buat ulang2 kali,anda akan trasa lebih legaaa....ni lak cam iklan ubat batuk dah ini bertujuan mengeluarkan hawa2 panas dalam badan

*dikatakan lelaki lebih banyak bernafas menggunakan lubang idung belah kanan...dan itu menyebabkan mereka mudah marah manakala prmpuan cenderung menggunakan lubang idung belah kanan.... ye ke???hmm...tak pasan lak

Saturday, January 16, 2010

sUSu...HaLAL Or HArAM???

jus nak share dan nak tahu pendapat memasing...betul ke tak benda ni...

harap berjaga-jaga dengan susu keluaran Abbot Laboratories seperti kerana di percayai menggunakan hormon manusiadalam proses pembuatannya. Susu tersebut diragui status HALAL nya dan telah dikategori TIDAK HALAL oleh Persatuan Pengguna Islam Amerika Syarikat. Antara produk2 yang dikeluarkan di abwah syarikat tersebut :

1) Isomil
2) Gain
3) Gain Plus
4) Grow
5) PediaSure
6) Ensure nama pun mcm dah tak sure...
)sape2 ade kawan yang leh mngesahkan silakan...hmm...bnda gini banyak sgt skrg ni
** anak minum susu SNOW...Jepun...harp2 ok...hmmm

Monday, November 23, 2009

iLmu taMBaH rEJeKI...

"Setiap pagi sedekahkan Al-Fatihah kepada kedua ibu bapamu tidak mengira yang masih hidup atau yang telah tiada, nescaya pintu rezeki akan terbuka buat kamu..."
dipetik dari kata2 Dato Dr Fadzillah Kamsah

Berdasarkan Hadith Nabi :
Tidak terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tuanya dalam sehari

Huraian Hadith :
-jgn sesekali meninggalkan doa kepad kedua orang tua samada masih hidup atau telah meninggal dunia
-ALLAH akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kpd kedua ibu bapa walaupun ada ibu bapa yang leka (doakan mereka berubah)
-semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2, ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan ALLAH

*niat masa doa tu pun bia betoi...kam mulut jer doa kat mak bapak...ati sengeh2 nak senang tak de makne gak...biar ikhlas....(sila rujuk komen)

aPa PEndaPAt AndA2?

tak pernah dengar mengenai mazhab Kristian yang 'mirip' Islam ini...amat menakutkan terutama bagi orang-orang yang tidak mendapat pedidikan Islam secara formal...mohon dijauhkan...

*gambar..mereka tgh solat tp menambah rukun yang biasa dari rukun solat kita (rukuk tp wat tnda salib)
**dapat dari tenet...hmmm
***banyak betul bnda bukan2 skrg ni...moga dijauhkan...sblm ni tak pernah pun dgr kan benda2 gini?

Friday, November 20, 2009

aPa PEndaPAt AndA?


pic ni dapat dari sini bk thanks ya ajarin!!! memula tengok dah terkedu kedan dah... hmmm, sesuka ati diorang buat camtu...sedangkan rasanya agama kita tak pernah pom persendakan agama diorang cuma adelah bebudak bodo yang igt stylo pakai barang salib tu pun rasanya bukan mempersendakan...diorang lagi suka tgk kebodohan kita...owh menakutkan...apa patut kita buat??? dunia dah akhir zaman... hmm,tengah piki kan nasib sndiri..Ya ALLAH...

*terima kasih anoor...saya copy gambar awak