Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Tuesday, May 16, 2017

DD Cream Oleh Nurraysa


Spesifikasi ai bila nak beli bedak muka ialah:
maksud ai bedak muka kat sini apa-apa krim/bedak/cecair atau sapuan yang digunakan untuk me-cover muka. Bukan bermaksud bedak semata-mata
-Litupan kena agak ok. 
-Harga taka nak mahal sangat
-Tak nak mudah tertanggal, sampai lekat kat tudung
-Mudah dibasuh, senang nak solat
-Senang nak pakai, tak perlu jadi profesional pun boleh pakai
-Tidak me-minyak-an muka
-Bedak tahan lama paling tidak sampai tengahari pun ok


Ada tak produk memenuhi spec kat atas? Ai dah banyak cuba produk dari fon-die-send ke bedak mineral ke BB Cream ke CC dan sekarang DD pulak. Glowing DD Moist Cake dari Nurraysa kenapa nama produk tempatan payah-payah ejaannya? 

Macam mana terbeli? Sebab CC Cream ai dah nak abis. Ai nak benda untuk muka ai dan tetiba tupp!! terjumpa produk ni terjumpa la sangat khenn.. 



 Pembungkusan. Biasa je. Ai pakai kod cerah. Dia ada tiga jenis kod sahaja iaitu cerah, medium dah gelap. Harga RM39.00 sahaja. Kelebihan katanya kalau pakai DD Cream ni.

Makeup - Treatment - Defence - Whitening - Moisture - Oil Control
❀ Makeup - kulit wajah lebih glowing & flawless. 
❀ Treatment - merawat masalah kulit wajah seperti masalah Jeragat, Jerawat, Kulit Berminyak,Kulit Gelap, Kulit Kering, Kulit Sensitif, Parut Jerawat,Penuaan Kulit dan Pori-pori Terbuka.
❀ Defence - Dengan SPF 50, kulit wajah anda akandilindungi dari sinar UV matahari dengan lebih lama.
❀ Whitening - memutihkan wajah ada secara semulajadi dan 2x lebih pantas dari biasa.
❀ Moisture - mengekalkan kelembapan & meningkatkan kolagen pada bahagian muka anda.
❀ Oil Control - Mengawal masalah kulit berminyak berlebihan walau di bawah terik matahari.


Nampak macma krim kan? Tidak. Ianya krim yang keras. Camna nak cakap. Sebab bila ai sapu guna span, tak jalan. Tak lekat pun dekat span tu. Siap lembabkan span, pun tak layan. Ke ai yang tak reti?Hahaha...



Span, belah bawah dari krim tadi. Cantik kan? Kurang suka bahagian cermin, tak boleh ditolak sampai terbuka lebar sikit. Dia macam 90darjah je, tak berapa selesa nak becermin. Kalau boleh ditolak lebih sikit lagi cun.

Dah pakai lebih tiga bulan. Review?
-Litupan boleh la, sederhana je. 
-Harga memang tak mahal, ai laik
-Tak nak mudah tertanggal ini bagus, tak berapa lekat kat tudung. melainkan pakai tebal sangat
-Mudah dibasuh memang senang basuh, kalau nak amik wudhuk gosok-gosok je hilang. tak payah nak cuci pakai pencuci bagai
-Senang nak pakai Macam agak susah. Ke ai yang tidak me-reti? Span tu sampai rabak, dah letak air pun tak lekat. Jadi ai guna jari, lepas tu kemaskan dengan span tu.
-Tidak me-minyak-an muka minyak jugak, tapi dia nampak shining-glowing la.eh?
-Bedak tahan lama err...mungkin,kot. Macam tak berapa je

Tengah menunggu bedak ni habis dulu sebelum mencuba jenama lain kot ada ter-sesuai kat muka ai.


Wednesday, March 1, 2017

Produk Ketiak Semulajadi



Assalamualaikum...

Ai dah lama berhenti pakai deodorant, sejak kulit jadi sangat sensitif masa mengandungkan Annur. Sejak itu suka godek-godek internet, cari produk yang lebih semulajadi katanya. Kebetulan ter-lalu la satu produk ni kat newsfeed FB ai.

Produk ni berfungsi macam deodorant tapi versi semulajadi, boleh menghalang ketiak berbau dan ada fungsi tambahan, memutihkan ketiak. Wow !!! Hebat. Ai pun mula la ber-wassap-wassap-an dengan wakil penjual produk. Niat asal nak beli produk yang katanya boleh ganti deodorant tu je, harga RM30 satu bekas. Sekali dia kata ada belian kombo, dua krim dengan satu produk penanggal bulu, harga RM100 je. Ai kan dasar kedek juga, dapat tawaran bunyi macam menarik, mula lupa diri.

Teruja sangat bila produk ni sampai. Comel cantik je pembungkusan. Ai pun semangat la pakai. Pakai yang krim ganti deodorant tu dulu. Selepas seminggu pakai krim tu je, ai perasan dia punya litupan ceh macam review pondesen tak berapa ok. Jadi ai pakai bersama produk macam tawas tu. Lepas tu memang sangat ok. Bau-bau yang biasanya akan hadir bila ai terlalu aktif dah tak ada.



Belah kanan versi penanggal bulu, belah kanan krim ketiak biasa. Hujung minggu, ai cuba pakai krim penanggal bulu. Dalam wassap dah tanya habis-habis, betul produk ni tak akan bagi kesan pedih terbakar? Betul ke produk ni tak akan buat bulu keti tertinggal dalam kulit? Produk ni tak sama ke dengan produk krim lain jenama V**t? Semua adik penjual tu kata tak. Krim ni memang terbaik la.

Krim ni dalam botol, jenis pam. Sekali ai pam, dah rasa lain macam. Ini macam krim V**t je. Cuak weh, sebab ai dengan krim tu tak berapa nak ngam. Tapi dah beli kan, kena la pakai, kalau tak membazir. Ai memang ikut cara pemakaian dengan betul siap tanya adik penjual berkali-kali sebab bimbang pisang berbuah-buah nanti.

Lepas dah sapu, nak tunggu cukup masa, pedih rasa kulit kat bawah lengan tu. Lepas dah siap, ai perasan tunggul-tunggul bulu ada tertinggal dalam kulit. Ahh, sudah, biasa kalau ada tunggul, akan jadi macma gatal-gatal yang membawa kepada kesakitan. Lepas tu kulit ai jadi berbiji-biji macam ruam, sakit dan pedih. Tak apa, mungkin mula-mula pakai. Lepas dua minggu nak cuba lagi sekali, tapi kali ni lagi teruk, Biji-biji ruam makin banyak dan seluruh kawasan kulit yang disapu krim penanggal bulu tu jadi pedih sangat. Bukan pedih main-main, nak sentuh pun sakit. Ai mesej adik penjual tu balik. Eh banyak pulak dolak dalik. Geram jugak. Padahal ai dah tanya habis-habis dah sebelum ni. Lama bermesej-mesej-an, dia diam tak balas dah, cuma sempat la dia mesej "dah ramai orang lain pakai sebelum ni, tak pernah pun jadi macam sis" Taufan kejap rasa diri. Ok insafi diri, salah ai sebab tak sedar diri kulit sensitif tak macam orang lain.




Contoh testimoni dari laman web HQ diorang. Ai tak berapa nak percaya kalau jenis-jenis testimoni macam ni. Hahaha... Ini pun cuma pandangan dari seorang pengguna sahaja. Sebab masa awal-awal ai nak beli dulu, puas Google tak ada pun pasal produk ni.Jadi harap dengan adanya review dari ai ni, untuk orang-orang yang berkulit sensitif macam ai, akan lebih berhati-hati. Sayang duit, sayangi kulit. Cheh...


Wednesday, February 22, 2017

FlexiPack



Assalamualaikum...

Bermula dengan ai yang terlebih beli komik sebab penjual tak nak jual sebiji-sebiji, dari membazir lebihan komik tu, jual la balik. Bila nak jual balik komik Misteri Naga a.k.a Dragon Quest yang terlebih beli tu, pembeli minta hantar guna FlexiPack. Dah, benda ke pulak FlexiPack tu?

Yang kelakar, bila pergi ke Pejabat Pos Mini kat sini bukan pejabat pos utama Raub akak kat situ pulak siap tanya ai berapa harga biasa bila beli FlexiPack tu? Dah sudah. Hahaha... Jadi hari ni, sempena dapat pelajaran baru ai buat entry khas. Ceh..entry khas sempena ke-tidak-maju-an diri sendiri.





FlexiPack ni pilihan yang lebih murah untuk menghantar barang-barang, selain dari menggunakan sampul prabayar Pos Laju atau Pos Express. Untuk barangan 1kilo sampul Pos Laju Prabayar cas RM10.4, Pos Express RM7.42 tapi untuk FlexiPack cuma RM4.50 sahaja. Untung kan?




Ada dua jenis, satu domestic local satu lagi domestic airpack. Local tu untuk penghantaran tempatan la. Macam dari KL ke Johor ke, atau Sabah ke Sabah dan Sarawak ke Sarawak. Kalau lain dari tu kene guna domestik airpack. Naik kapal terobang la, tu harga mahal sikit.


Ini pulak FlexiPack untuk keluar negara. Harga lain la sikit, tapi masih murah. Penah hantar barang ke luar kawasan, tak ingat mana tapi dalam kawasan AsiaTenggara lagi la, guna pulak Pos Laju, memang laju la air mata turun.

Kira sekarang ni ada pilihan la. Cuma, ye... ada perkataan cuma ye tuan puan, ada kekurangannya,
FlexiPack ni tidak la selaju penghantaran yang lain. Kiranya macam pos biasa cuma dalam bentuk kotak.


Flexi vs Pos Laju
Kelebihan 
-lebih murah
-boleh tampung berat sampai 2kg kalau lebih kene tambah cas RM1 je
-berbentuk kotak yang mudah dilipat, tak perlu susah cari kotak/balut dah
-boleh beli awal dan simpan
-tak perlu tanda tangan penerima untuk terima bungkusan


Kekurangan 
-agak lambat. Jangkaan masa penghantaran 4-5hari bekerja berbanding Pos Laju 2-3hari bekerja
-kurang selamat, sebab tak perlu tandatangan penerima masa terima bungkusan
-kertas kotak bukan jenis tebal, dan tidak kalis air
-tidak diinsurankan, kalau hilang nasib la.
-tiada penghantaran kali kedua, kalau terlepas encik posmen, kene ambil sendiri la kat pejabat pos.


Kira dah ok la sebenarnya Flexipack ni, sebab kadang-kadang Pos Laju dah tak laju mana dah. Dah macam pos biasa dah.





Masih mahal?? Tak apa, ada pilihan lain yang lebih murah, Pos Domestik. Contoh Pos Domestik yang ai baru terima. RM12.19 untuk barangan seberat 4.36kg. Murah sangat kan? Tapi kene la rajin mencari kotak, balut lepas tu beratur kat Pejabat Pos, timbang, bayar bla bla bla...
Dan ai sangat la tidak rajin, hee..



Gambar Encik Google.
Ini perbezaan  antara setiap jenis pos-pos. Jadilah pengguna bijak. Tepuk poket tanyalah dompet.

Tuesday, January 17, 2017

Vacuum Shimono 2.0 ohoiii...




Kami berkenalan dengan vacum cap Shimono ni dah lama. Sebelum iklan 'ada tiwee buley buli' lagi. Kalau tak silap tahun 2010, lepas habis pantang bersalinkan Aneeq. Jumpa orang tengah buat promo barang-barang Shimono. Untuk tiga empat barang kalau tak silap vacum, steam mop dengan steam iron yang boleh gosok tak pakai papan tu dengan harga RM700.




Inilah rupanya vacum kami beli jaman itu. Gambar ihsan Encik Google. Kami beli masa tu dengan harga RM200 sahaja, mahal seringgit dari GoShop tu.

Enam tahun pakai, dia dah tunjuk sakit. Mula dengan bau hangit yang mana ai buat-buat tak endah terus bunyi macam meletup dan lepas tu ada percikan api sikit dari belah belakang, kawasan bersambung wayar tu. Setelah digodek-godeknya Cikgu, konon la kot boleh baiki lagi akhirnya sah, beliau dah selamat menamatkan riwayat selepas 6tahun berkhidmat dalam keluarga kami.

Dan, setelah lama hidup tanpa kehadiran sebuah vakum, maka ai ter-tiba-tiba nak tunjukkan memang tak sangka terbeli telah membeli vacum Shimono baru. Haaa..ni nak cerita cam mana ai boleh terbeli.
Jengggggggg.....




Tunjuk dulu muka kotaknya. Okeh, jom cerita. Ai ni ahli Cosway. Tah macam mana minggu lepas terbabas pergi Cosway sebenarnya nak beli eyeliner adik kirim terbabas sangat la hai Sekali duk belek-belek buku promosi kat situ ternampak la belah belakang sekali 'DENGAN PEMBELIAN RM60 DALAM SATU RESIT' bla bla yadda yadda yaaa....dapat beli vacum Shimono dengan harga sekian sekian.

Ohoiiii...riang ria daku. Ai tak larat nak vacum guna mesin godang menarik ke hulu kehilir, tak berapa nak best sebab dah biasa dengan vacum kecik. Dah la yang tawaran Cosway ni vacum Shimono yang versi baru. Apa lagi, ai pun membeli dan belah la dompet. Dah la tak minta izin Cikgu dulu, hadehh... Nasib baik petang tu bagitau Cikgu dia pun okey je.



Bahagian dalaman dia. Nampak tak beza berbanding yang sebelumnya. Kotor sikit, heee...sebab ambil gambar lepas kemas rumah. Penapis vacum baru ni besi, bukan ala-ala kertas gitu. Dan susun atur pun dah berlainan dari yang dulu.




Ini hak lama. Ini je tinggal. Enjin dah tak tau mana letak. Tengok yang versi lama punya lain kan. Time basuh pun cuak-cuak takut penapis tu terkoyak. Ada diberi peganti, tapi nak buka skru bukan main payah, ketat. Ahirnya rosak enjin dulu tak sempat berganti penapis.



Berbelit-belit nak cerita. Nah gambar dari Encik Google. Nampak tak beza sekarang? Gambar atas versi lama, gambar bawah versi baru. Kalau versi dulu penapis dia ada depan dan hujung je. Kali ni dia tambah penapis bahagian tengah sekali.




Basuh-basuh dan jemur. Yang kelabu setepek tu alas kertas sama material macam penapis lama. Tapi disebabkan penapis kali ni dah ada span kat depan kertas tu, jadi tak adalah kotor mana pun benda ala-ala kertas tu.

Kesimpulannya, ai sangat suka vacum Shimono baru ni.Sebab :

-Sedutan kuat mungkin sebab baru-baru lagi.

-Ada peningkatan dari segi bahan guna untuk penapis tu, biasa penapis kan penuh habuk, nak basuh beria tak adalah takut-takut.

-Susun aturbaru yang lebih bagus dari sebelum ni. Sebab ai perasan kalau sedut habuk macam debu simen apa tu, dah kurang sangat habuk keluar dari belakang. Kalau yang dulu, hmm..sempit rasa dada sebab habuk tu. 

-Dan yang paling ai suka, harga. Heee..lama usha GoShop punya vacum Shomono versi baru ni. Kalau tak silap dalam RM300++. kat laman web Shimono lagi mahal. Huuu...Ini beli dengan Cosway harga RM199.00 je. 


Wahhhhh... jadi silalah dapatkan di kedai-kedai Cosway berhampiran anda selagi stok masih ada.
Sehingga hujung bulan Januari ni je promosi

Dari ai, yang suka barang harga murah. Hahahaaa...