Friday, October 25, 2013

Pantang Larang?



- Jangan tiup muka baby nanti baby gagap/payah nak cakap
- Jangan suka usik/main dagu baby nanti baby tak nak minum susu
- Jangan main/duduk atas kepala baby  nanti baby juling 
bukan duduk atas baby tu tapi macam kita duduk atas dari tahap pandangan bayi
- Jangan bawak baby dalam hari jalan balik jauh-jauh malam nanti baby payah nak tido
- Jangan slalu usik/cium baby nanti baby lambat besar
- Jangan geletek/letak baby depan cermin mudah pendek umur
- Jangan cium tangan baby nanti baby besar suka minta barang orang

Phewww..banyak nau jangan dengan nanti kan kan kan?? So korang penah dengar tak? Ni antara pantang hak ai ingat kalo berketan dengan baby-baby ni. Well..ai besa sangat benda karut marut ni sebab dah terbiasa terbesar dengan pantang benda gini. Dedolu masa kecik-kecik salu la kata tah ape-ape la orang cakap ni tapi bila dah jadi mak orang..ai lak same duk cakap benda sama... Tapi kadang ade kebaikannye jugak. Orang jaman dulu nak menegur bukan jenis sound tepek cam kita sekarang ni, berlapik beralas. So itulah sebab keluar alasan yang kadang tak masuk akal gini.

Saje je keluarcerita pasal benda ni, sebenarnye nak menayang si bongsu yang dah tiga bulan. Hehe.. Size kepala dah 41cm naik 1cm, panjang dah naik 2cm jadi 61cm, berat baik sekilo dah jadi 6.6kg patut la rasa penat semacam tangan ai..eshhh!!! Cepat betul baby membesar..tak lama lagi sure rindu saat-saat gini huuu...

Wednesday, October 23, 2013

Kalo Nak Membeli Tanah

Tah camna kami somi isteri terjebak dalam eksiden membeli tanah pon tak le keretian. yang kami prasan lepas kami asek dikuciwakan oleh harga2 rumah yang mahal tahap mael lambong kami dah tukar arah.. Tapi kami mula cinta beralih arah dari mencari rumah ke mencari cinta tanah tu pasal rege rumah sini. Rasanya kat mana2 pon harga rumah/tanah memang melampau kot sekarang. Bayangkan kat sini teres setingkat yang baru, ukurun konon2 dalam 20 x 70 la sangat, dengan binaan cuma 20 x 40 je, bilik air satu 3bilik dapur kocik tu...starting cecah 180k makkk!!!! ni kira kawasan luar sket bandar.kalo yang tahap2 konon bandar la sangat makan 200k. ni mula la rasa nak ungkit kesilapan Skim rumah Pertama ni..hahaha..len kali mengderoyan eh...hahaha..ni nak cite sal tanah.

Ini pengalaman kami yang dah berkecimpung dalam pembelian tanah secara amatur selama hampir setahun kat Raub neh..kecoh la makcik neh kan??hahaha

1) Lokasi
Ya..pasal hartanah ni yang penting adalah lokasi lokasi dan lokasi ya cik adik cik puan cik abam sekalian. Raub ni tanah die samada berbukit dengan berpaya je.jarang y berlapang dada. Kalo yang lapang dan rata regenye biasa akan melapangkan akaun kita. Kalo anda memilih nak beli yang berbukit sila kira basi-basi untuk lereng bukit cerun segala. Kalo tanah berbukit untungnya dapat tanah free untuk sodok2 kalo y boleh sodok la kalo nasib dapat y jenis lembah ke paya, sila pikikan bersama rege untuk penambunan tapak rumah ande itu.

2) Tengok Geran Tanah
Cite kawan Cikgu, die memang nak beli tanah gedik2. Sebab memam nak buat rumah sangat2 dah. dapat tanah cantik harga pon agak2 murah. Naseb la hati die rasa tak sedap pergila encik tersebut cek kat pejabat tanah, skali tengok nama lain atas geran tanah tu. Hohoho...tuan tanah asal tu tak tahu menahu pon.dan tak de niat pon nak jual tanah tu. So ini penting. Kalo boleh pelan tanah tu anda amik fotostat satu salinan untuk anda. Bukan pe, sekarang pen-tipu sangat cirdik. So anda perlu cerdik juga. Kalo dapat salinan geran jangan lupa pergi la siasat mana yang perlu. Jangan galoks nak membeli bayar deposit bagai, tanah tak dapat. Kalo cek di pejabat tanah dan pejabat2 y berkaitan kene la bayar sket untuk diorang bukak fail tu tapi bukan mahal mana pon, melabur la sket sebelum anda dilebur ok??

3) Tengok Keadaan Tanah
Anda juga kene tengok tanah. Jangan mudah percayakan orang walopon yang nak jual tu kawan baik korang. Mana tahu die nak tipu atau nak lepaskan tanah bermasalah kat korang ke apa ke kan???Kalo tanah tu 3ekar, seeloknya anda redah la 3ekar tu bia puas ati tengok ceruk tanah. Kadang tanah ni tepi2 nampak comei...dalam???Ini pengalaman kami sendiri. Orang nak jual tu kata tanah rata elok tanah ni tepi jalan  skali amik ngko. Paya..paras peha dikkk!!! Cikgu balik penuh dengan pacat tergedik2 sampai ke dada...hahaha..derma darah ya bang?? Kalo ande tak larat nak jelajah seme tanah-tanah tu boleh la berurusan dengan juruukur tanah. Tak amik consultan tak pe. Biasa kalo juruukur yang kat Pejabat Tanah apa tu pon boleh di kawtim tapi diorang buat kerja lepas waktu kerja la. Bayaran pon jauh lebih murah. Dan satu lagi tips, tengok peta geran tu. Benda ni ada cam peta topografi eh ape nama die..kalo tanah tu ada paya ke apa biasa atas peta ada tanda. Tak silap bertitik-titik kot. Kalau ande tak pandai baca peta sila carik orang yang pandai. Jangan segan bertanya nanti sesat jalan...

4) Jumpa Owner
Ni patut sambungan dari tengok pelan tu. Ye..lepas tengok pelan sila carik owner. Memam la mase nak memula beli mugkin anda akan deal dengan broker2 tak bertauliah segala. Kalo dah dapat pelan sila carik tuan sebenar. Kadang broker tak bertauliah ni amik untung melampau. Cam pengalaman kami, broker kata tanah jual RM160k. Dah la kami tanya geran tanah tak nak kasi. Cikgu tak puas ati carik gak.Kebetulan jumpa pakcik yang kenal gitu2 tuan tanah. Die duduk kat satu perumahan area Raub ni jugak. Semangat kami pergi mencari..skali tuan tanah nak jual RM95k je...rasa nak sepak2 orang je kan??? Biasa broker akan amik 5% je tapi kalo amik sampai seganda gitu..sila sepak mereka2 itu.

5) Jangan Segan
Nak beli tanah mulut kene becok.Kalo mulut style ade emas dalam tu tak payah la. Anda tak boleh segan bertanya. Nampak bodoh??? Bia la..kadang bila nampak bodo2 ni tuan tanah akan kesiankan kita tapi ade gak yang nak ketuk kita bia nampak bodo tapi cerdik sebenarnya dari nampak cerdik tapi bodo..hahaha Dan anda jangan segan nak keluar sikit duit. Jangan segan nak cek status tanah kat Pejabat Tanah, jangan segan nak upah juruukur tengok tanah tu macam kes kat atas, Cikgu masuk tanah tu dengan juruukur besa kat Pejabat Tanah ade yang buat kerja2 sambilan ni, bayar pun tak mahal.

6) Carik Kawan
Ya..kalo anda ade kawan2 ke kenalan kerja kat Pejabat Tanah lagi mudah. Kami stat memula tak kenal sesapa pun. Tapi syukur ALLAH still sayang kami dari ditipu. Dari kesalahan kecil tu kami kenal2 orang. So sekarang agak mudah kerja kami. Tak la sesakit memula dulu

dan yang penting skali................anda kene BANYAK SABAR dan BERDOA
bak kata akak sorang tu carik tanah ni macam nak kawen jugak.kene pilih betul-betul.

Monday, October 7, 2013

Rumah Kami...


Inilah rumah sewa kami menumpang teduh selama hampir 5tahun di Raub ni. Rumah En. Sahak :) Tetiba teringat bila Cikgu ajak pusing-pusing sini petang semalam. Tak sangka dah 6bulan kami pindah dari sini. Sempena 6bulan pindah ni buat entry khas untuk rumah pertama kami, walopon rumah sewa je.

Kelebihan kawasan rumah ni...
1) Sangat rasa selamat sebab rumah sbelah-sbelah jiran hokey walopon ai jarang ber-so-sial dengan diorang. Harapkan Cikgu je...hehehe

2) Sesuai sebagai rumah teres yang almaklum keluasan >< 800sf sangat la mudah di menten kan

3) Kawasan perumahan ni hampir semua berdekatan ada tau. Sekolah rendah, skolah menangah, kedai runcit, CC, klinik, surau, farmasi, kedai letrik, kedai mamak, kedai tak mamak, kedai gunting rambut, kedai spa urut2, kolej, taman kanak2 kemudahan wifi...ape lagi. Semua dalam lingkungan die je. Pasaraya je jaus sket...sket je. Tapi Tong Fat jela...bukan JJ pon

4) Perkhidmatan memang ok. Kutip sampah bagus. Letrik air jarang sangat terputus. Line tenet je slow... ini bukan line beruk-ben eh... 

Kurang eh...bukan masalah kecik besar rumah tapi...

1) Kalo hujan lebat sket memang sampai ke dalam la. Tiris woii..besalah rumah buat dengan lutut kira elok sikit dari buat dengan kaki kan?? Time hujan dapur paling teruk. Celah-celah siling abes la air meleleh2

2) Macam dah pecah sket saluran dalam simen yang nak ke sink. Sebab selalu ada air bergenang bawah sink. Tanya orang paip die kata kene pecah simen tu betulkan. Hadoi...Nak beki makan banyak gak..so setakat ni kami bersabar. Kalo membasuh heavy2 memang berkolam la bawah tu. 

3) Letrik tak cukup. Plug kat bilik ketiga + tempat lundry bahagian blkg owner sambung buat tmpat laundry + plug tempat dining tak leh pakai. Lampu selalu kene tukar baru. Baru2 ni mesin basuh asik rosak. Ingatkan sebab terlalu otomatik kami salah guna rosak. 4x beki las orang dari HQ turun cek abes satu rumah cakap tak cukup kuasa buat mesin basuh kami rosak. Hadoii..seb baik dalam waranti lagi. Panggil adik hak memang buat wiring cek guna alat die pon kata benda sama.

4) Tandas satu. Ni paling kronik. Tak patut buat gini. Pemaju pon... Kalo ye pon nak jimat bajet, pisahkanlah tandas dengan shower...Merana...

Memang sayang rumah ni...sayang gile... Sini la tempat blaja masak masak..sini la tempat Aliff Aneeq blaja jalan cakap...sini la temapt pecah ketuban nak branak Aneeq dulu hmm.... Terima kasih Pakcik Sahak

Tuesday, October 1, 2013

Botak Cin..



Akhirnya budak tecik suda botak..yeah!!!! Lama betul nak dapatkan tarikh temujanji dengan pakcik pencukur rambut. Sebok kemahin pakcik tu..tak tau apa yang disebokkan tah.. Dah lepas-lepas UPSR pon sebok memanjang..konpius mokcik..hehehe...





Yes suda licin kepala ini budak. Setelah tiga orang anak akhirnya pakcik tersebut berjaya melicinkan kepala tanpa tompok-tompok sepertimana yang sudah-sudah. Alhamdulillah..