Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Wednesday, December 26, 2012

Staff Baru




Sorang lagi staff baru masuk opis ni
Leh tahan gak hensem.. kata kacuk Siam kan...
Nak kata kacuk Korea kulit tu hala melayu skit...
Engineer budak tu ha...
Berkenan nak berkenalan?


 .


 ..




...





....






.....






Gaya tu kene ada walopon lepas conteng tu lebih ke meja je sebenarnya..haru mak eh nak padam balik

Saturday, December 8, 2012

Progress Rumah

Dah lama tak upload progress rumah. Kenapa??
1) Sebok hujung tahun biasa la
2) Banyak benda yang menyakitkan hati dengan proses rumah tu

Tak tau apa rasa orang lain yang beli rumah dah siap dari developer, tapi kami kali ni memang  dicabar ke tahap kesabaran paling dalam dah rasa. Kalo sape kenal Cikgu tau die orang camna. Tapi kali ni memang die naik darah. Ok tu ai cite lain kali kalo mood dan masa mengizinkan. Kali ni meh kita tengok progress yang terlewat di update..

Mr Kong...dia buat wiring.. sangat ramah. Rajin pon sama...semput2 die turun naik tangga. Dah la rajin benor duk layan Cikgu hak banyak songeh tu.


31/11/2012...last cat alas...sorang2 je mamat tu cat tapi cepat wehhh


Ni pic dekat skit.. Maaf la. Tukang tangkap gambar memang tak reti langsung seni mengambil gambar..suka suki tangan die je haa... hahahaha..jangan marah bang


Ini 27/11/2012...untuk pasang hak ni lambat sket sebab Cikgu banyak ngat idea die ha..nak lapis gitu gini. Tempat lain diorang pasang 2hari je. Hak ni makan masa sket..



Ini hasilnya...nampak besar skit rumah kami kan?? Baru cat alas pon dah santek.. hihi..puji rumah sendiri. Hujung tu ruang simpanan barang. Ai dah pesan buat tingkat2 para tu bia ke dalam sket jadi bila nak buat pintu kabinet nanti buat skpeing besar panjang dah. Cikgu pening kot..dah jadi simen para tu keluar.. So esok kabinet kami terbahagi 3bahagian la.. Gasak la..janji leh simpan barang. Asal orang datang baling masuk dalam tu semua hahaha...

Ini kawasan tangki septik dan semua alah tangki yang berkaitan dengan pembuangan kami..Yang buat Cikgu punya blood go upstair.. Thanks bang...hmm Ini kita cite lain kali. Malas ungkit malam2 gini 

Tuesday, December 4, 2012

Hari Keluarga PBSD Raub


Tarikh : 30/11 - 02/12/2012
Tempat : KOMPAC Pulau Chekas, Hulu Dong


Malas ai nak taip pepanjang kita layan gambar jela..baru best... Ini semua pic hari Sabtu, hari acara acari.


 Kita mulakan dengan kaum famili paling ramai hari tu..ni geng kakak adik2 dan anak2..diorang geng cleaner pejabat kami yang memang sangat banyak membantu. Tahun sudah2 kami buat geng2 kami je kali ni libatkan geng cleaner. More is merrier katanya eh gitu eh nama nye??



 Hidang gambar Aliff jap..dari awal pagi bising nak turun sungai..bilik kami bukak pintu terus nampak air. Memang tido pon best je..


Antara chalet-chalet yang ada...ni kawasan chalet hak besar skit 4biji, ada air-cond. Belah sana bilik kecik skit..ada lagi dalam 7buah bilik, tapi bilik2 memang selesa belakang tu terus ade sungai Andai berminat boleh gugel KOMPAC Homestay Pulau Chekas.


Ini orang penting kejadian. Pok Ku orang kanan bos merangkap juruacara, jurutulis, jururunding, juru-usaha, juru kacau, Juru Kedah ..ni acara patut boling kelapa. Musim hujan payah carik kelapa, dah jadik sepak bola lak..


Selit gambar Cikgu satu hehehe...kali ni kurang bergaya dah menendang tapi ade la jatuhan. Biasa kalo die bergaya sure menang gaya jela hahaha... Tuh tepi tuh ai..demok tolll...



Acara kengkanak..kutip gula-gula. Aliff?? Nanges tak nak main. Rambut je pacak hati tisu hahaha.. Tengok Aneeq..selamba dia je masuk kutip gegula. Dapat dua gengam dah, die kluar dengan sengeh puas hati.



Ini bos ai.. Tak patut..mak pak lain semua duk luar kawasan die masuk dalam tolong anak kecik dia kutip gegula..sabo jela...



Ini acara meng-gomakkan muka. Anak bos dua dari tepi sana guna jambul sodok tepung hahaha...




 Acara seken best.. Lumba makan tembikai. Ini dalam pic ni geng paling ganas makan tembikai. Pemenang die hak pakai tudung biru tu ha.. Kaum lelaki ayu ngat makan tembikai eh..tah hape2 daa...


Ini acara paling best. Hahaha...gelak dulu. Tembikai buta namanye, acara untuk suami isteri..Senyum ada makna ya Kak Nah isteri Pok Ku



Tengok eh...semua isteri pegang je tembikai tu. Maknanya kaum suami yang akan tunduk datang makan. Kami kan dah buta kejap... diorang tangan kene ikat belakang tu ha.




Pasangan paling ganas hari tu. Kak Nah tak tunggu Pok Ku datang makan tapi dia yang tenyeh tembikai tu ke muka, gaya orang biasa mesin kelapa diorang. Hahaha...sampai Cikgu gelak tersembur tembikai tengok Pok Ku.. dan hasilnya. Pok Ku menang kami kalah huuu




 Acara paling ditunggu, berendam!!! Kami ada 13 acara semuanya...dah penghabisan acara air la. Cari harta karun dalam sungai, ball race.. Tahun depan kalau ada rezeki kene banyakkan acara dalam air la, baru best. Tiup tepung dalam air, rebut gegula dalam air..hahaha



Gambar last, Cikgu dengan Aneeq. Budak air. Selamba die je harung air paras dagu die sampai tenggelam timbul. Dasar sungai tu kan tak rata memang banyak kali la minum air sungai tu. Sampai biru kaki tangan.


Tapi memang puas ati..trima kasih bosh..tahun depan buat lagi...hehehe





Monday, November 26, 2012

Edisi Kepokaian Siri 3




Nak bagitau kurang duit pon bersiri-siri bagai, motif?? Nak amik simpati kot ade yang nak membantu dengan eklas ke kan..sila bersila la jangan malu-malu, malu pon tak pe, janji bantu hehehe :p


Selepas ke Houses Lighting tu nak pusing ke Mines, time tengah jalan tu, boleh pulak Cikgu nampak tempat ni ha... Boleh pulak beliau pusing masuk sini. Avenue ni besar tempatnya. Kira banyak kedai bawah satu bumbung. Ade kedai KC, kedai lampu, kedai perabot dan....


Rupanya Cikgu nampak label kedai ni. Kedai langsir. Baagus namanya...tapi memang bagus pon. Langsir lawa-lawa gile. Rege pon...nanti ai tunjuk langsir rege tak hengat jap g... Ingatkan ai je hak duk asek servey pasal langsir beliau pon same. Tapi ai dendiam je, sebab yerla, nak piki abes2 dulu mana lagi untung beli kedai atau beli kain. Ade cadang nka pergi ke Nilai tempah sana hak jenis jahit besa je tu atau pon minta isteri kawan CIkgu jahit. Dia amik upah jahit RM 3 je sekaki..kira ok lagi la



Haa..inilah langsir rege jenis tak hengat tu. Kain die cantik..jenis jarang dengan tebal campur skali. Kain lembut berat dah la warna itam putis. Ades..ai saje tanya purak-purak kayak berapa rege tu kat SA "Upah jahit tak mahal kak, dua ratus saja, harga kain nam ratus untuk satu meter kain kak" Hoyoooo....langsir tu tinggi dalam 12kaki tak silap. So silalah kawan2 mengira berapa rege langsir tu. Dan jangan lupa darab dua eh?? Rege lagi mahal dari peti sejuk, tibi dengan mesin basuh rumah ai...sodisss




Ini belian Cikgu.. sebab guna bahagian bonus die kan, biarkan dia sengeh bukan main sebab dapat beli langsir daa...ai besa la moncong sebab pembelian luar jangka. Ai tak shuke...huuu....tak pela, langsir untuk 10 tahun. Harapnya... Huuu..bersakit la kita lepas ni ye bang.. Nak merasa bonus pon tak ade maknya nye dahh...

Wednesday, November 21, 2012

Wordless Wednesday Konon






Tahniah bang... Like father like son eh??

Tuesday, November 20, 2012

Edisi Kepokaian Siri 2




 
Yee..kami ke sini buat kali kedua. Kali pertama bulan September lepas edisi rata tanah hari tu nampak tak bapak semangat tu?? Ada perubahan dalam pelan asal wiring rumah so paksa-rela ke sini untuk top up segala benda yang tak ada tu. Kenapa tak beli di Raub je?? Owh harga barang2 kat sini larik lebih dari separuh. Seb baik la KL tu tak de jauh ngat...sob sob


 
Cubaan Cikgu 'menekel' budak kedai dengan harapan dapat harga lagi murah. Tapi non-ado yeee..hahaha


Ni je pic gambar lampu malas dah ai snap...dalam tenet banyak dah pic kedai ni. Fenat makcik


 Himpunan cheit..bunyik cam banyak ngat eh barang-barang yang menghasilkan kepokaian kami. Padan la dengan poket kami yang saiz tak besar mana ni...banyak ni barang pon buat kami ngigau dah ha...habis dah bonus kami untuk bulan Disember nanti bonus belum keluar dah habis Syukur ada gak rezeki bonus tu kan??


Monday, November 19, 2012

Edisi Kepokaian Siri 1


 Entry ni berkaitan dengan entry hak lepas2 pasal papan tanda Alcano Design tu. Kami ke sana cuti hari tu. Awal2 dah cakap kat Cikgu nak usha2 je skali...adesss, dah siap bayar deposit daaa... Huu...Cikgu kata tak pela. Melabur sket. Kami selama ni mana ada penah beli perabot rumah. Jadi bila skali beli ni biarla puas hati. Masalahnya bang, masa tak beli perabot tu duit nye bukan bersimpan gak Buat2 tutup mata sebab macam Cikgu kata, benda nak pakai lama, harapnya.

Sebelum ke sini kami ade carik2 tempat perabot murah lepas tu ada la blog orang femes2 kata Alcano ni murah tu kami sampai ke sini. Betul ke murah?? Hmm..Kalo nak banding dengan Carvenzi atau Westcourt dari segi harga memang kalah la. Tapi ada benda2 kami tengok kat sini kualiti die ok sket. Bukan nak kata tempat2 murah tu tak elok..benda yang elok tu kene tengok poket kita elok ke tak juga kan?? Kalo rasa anda boleh membeli di tempat yang hi class dan poket anda bukan di buat dari gelas, silakan. Ini pilihan kami yang nak merasa kelas-kelas tapi poket ala-ala gelas. Hehehe...Sini perabot dia leh custom-made. So kalo ade idea sendiri nak feeling2 lain dari biasa, tak nak pergi rumah Cik Kiah ada kerusi sama so sini ada perkhidmatan tersebut pehal ayat cam  skema ha?? Lau tringin nak kusi cam maharaja India bawak je gambar nanti diorang cuba buat. Tapi rege korang tanggung la...hehehe



Ini tokei kedai Alcano Design... Mr Chai dengan isteri Mrs Angel.
Belakang tu ade pic diorang dengan mazidul akmal dan kak jee blog yang kami refer tu


Ini le lebih kurang rupa kerusi pilihan Cikgu.. Kami minta buat betul ikut ukuran ruang tamu kecik kami.. Yang pernah servey kat kedai2 perabot besa jenis2 gini besarnya godang. Kami minta kurangkanlah sikit ke-godang-an kerusi tu dan harga pon biarla tak godang jugak hehehe... Lain-lain order Cikgu amik katil + tilam untuk tiga bilik lain tu haa....




Ini barang2 yang bakal di-lorry-ing keluar kepada pembeli. Baru siap wrap...


Sebelah ni ha kawasan jahit2..kagum tengok diorang jahit potong material..laju wess...ai nak jahit lurus gigil2 weeeee


Belah sana tu patut bahagian ketuk ketak...tak sure nampak ke tak. Tengah2 diorang lambak barang2 yang nak di hantar.

Sape2 rasa berminat ini petanya. Ai amik dari Makcik Gogel je... Kami ikut jalan macam nak pergi ke Hospital Sg Buloh tapi sebelum sampai amik lorong paling kanan ala-ala nak ke Shah Alam. Lepas tu ikut peta ni ha...sila ikut peta ni betul2 sure sampai tanpa sesat macam kami hehehe...

Saturday, November 17, 2012

Progress Rumahlah Lagi

Selagi tak siap ulli jib kami ni selagi tu la akan ade banyak entry pasal rumah. Dan ai besa update pasal rumah ni dalam blog, kat buku nota kecik ni lebih kepada kluar masuk kewangan dan kelendar opis. Cikgu ni dia ade satu kegemaran sekarang ni.

"Bila dah tarikh kita buat rumah?"
 "Bila dah kita masuk air rumah?"
 "Bila kita beli bla bla bla.."

Suka ngat nanye eh. Die tak tau hardisk ai ni dah naik jem nak masuk seme data2 tu. Sebab tu sekarang ai mudah bangang-bangang je. Tanya solan tu jawab ni. Tu pon nasib baik kalo ai jawab dari tak jawab langsung. Hehehe..okeh. Lurus kepada maksud entry ya cik kak...

01-03 Nov (hari ke 60-62) Ah Kong wiring man duk setel pasal wiring. Mana nak letak itu ini. Tebuk sana sini bla bla...tapi bukan buat wiring lagi cuma letak duduk suis dan kotak2 eh

05-10 Nov (hari ke 63-68) Geng buat lepa simen mula keje. Sehari satu bilik.
12-14 Nov (hari ke 70-72) Sambung lagi. Cuti Ahad je. Depavali pon diorang raya dengan simen tu ha..
Hasilnya....

 Ini gambar hari last sebelum diorang lepa dinding depan tu...


 Dalam rumah....suke suke... Orang pasang tiles pon dah datang tengok2 nak pasang tiles kata Cikgu

Tapi yang kureng suke... stat 15hb je diorang cuti dah pulak. Buat rumah lain pulak dah, ades..baru nak berbunga harapan... Minggu depan la kot...Kot le ada huuu...

Friday, November 16, 2012

Keje-am Time Cuti Lompat2

Mengambil peluang menaip entry di tempat akak kerani sempena dia cuti sminggu ni. Tak best kan cuti lompat-lompat gini?? Keje esok cuti lepas tu keje...mood keje ke kutub dah jadinya. Bangun pepagi pon bingung2 sesambil piki..hari ni keje ke cuti?? Dah la Cikgu dah stat cuti lagi la fenin sebab biasa die akan sebok2 gak pepagi Sempena meraikan cuti terlompat-lompat+gaji lak masuk awal bulan ni.. mokcik pokcik memanjangkan langkah la aper lagi...

Dan kami ke sini bukan papan tanda hak atas tu, hak bawah tu yeee... mencari harta se-per-jalan-an dan se-ke-pokai-an isk isk...Kilangnya agak payah nak cari tapi Cikgu berjaya mencari tanpa sesat. Kembang idung Cikgu haa... Gambar lain seme dalam henpon Cikgu, ai sebok meligan Dabel A kat sini. Kita stori lain hari naa lebih-lebih.. ni versi taip entri lekas2 sebab sedar diri menumpang tempat orang. Cuti ni kami banyak buat kerja yang berfaedah bagi tokei2 kedai sekian. Hoh...

Thursday, November 8, 2012

Alkesah Basi


Teka meneki... Apekah yang sepatutnya kelihatan di sini tetapi tidak kelihatan?? Haa...cepat cepat. Sape yang jawab betul maaf la eh, tak de hadiah. Sebab kos untuk hadiah dah disalurkan kat benda yang tidak kelihatan itu. Aci?? Aci kat estet yaa..

Alkisah basi pertama on the way balik selepas ada hal rasmi di Putrajaya+hal kurang rasmi, keta Cikgu macam pelik. Asal jem keta die senyap lepas tu mati. Sekali di Sungai Buloh. Dia kata ok lagi ni.. Kali kedua masa dah nak masuk tol Gombak ke apa nama eh.. Kali ni Cikgu dah cuak. Ai awal-awal bagitau tak nak tolak keta. Hehe.. Ai kam fonfuan so lelaki tiga orang la tolak dengan anak pon berkira ape la fonfuan ni Nasib sempat sampai Bentong. Kedai yang biasa Cikgu pergi tutup, sebab cuti Hari Keputeraan Sultan Pahang kan perkhidmatan baiki2 kereta atau barang2 biasanya di Bentong lebih murah dari Raub ya. Alhamdulillah di celah2 bangunan ade kedai yang buka. Cikgu kata sedia la kene semelih. Sekali lagi alhamdulillah syukur kami tak kene semelih. Pomen tu tukar bateri cek apa tah lagi dalam tu, dalam RM200 je. Kami pon hepi-hepian bertolak ke Raub esok nak balik Kelantan tuuu...

Alkisah basi kedua pulak sedang elok je sebelum masuk Raub, betul2 depan papan besar ade gambar Selamat Datang Ke Raub tu.. keta depan Kancil 850 warna Emas no plat DAN 94** brek. Padahal depan keta tu tak de sape2 pon. Cikgu brek mengejut kiri sikit. Elok  ai nak pusing tengok sape belakang dah... Selamat la sangat datangnya. Motor Honda EX5 warna merah langgar side mirror keta Cikgu. Siap melambung dua budak tu dalam longkang. Sikit nak langgar tiang TNB. Aneeq melambung ke cermin depan Sian sepet tu...Keta depan tu? Dia dengan best memecut meninggalkan tempat tu. Cikgu memang mulut dah keluar bukan-bukan dah. Kalut tengok budak motor dua orang tu. Sian pulak. Yang bawak motor luka-luka banyak juga sebab seat belakang keta Cikgu banyak kena darah Yang membonceng tangan dia macam tergeliat skit sebab nampak macam pelik je tangan dia ha.. Gambar ni di ambil depan kedai baiki motor.

Ai tanya lepas semua dah setel. "Abang dah anta g hospital, bawak baiki motor siap bagi budak2 tu duit belanja pulak lepas tu kenapa, padahal bukan salah kita pon..."

"Abang teringat time abang kene langgar keta waktu duk UPM dulu..." Ai diam je.  Cikgu keje part-time kat hotel waktu study UPM dulu gini lah cara budak PTPTN kalo tak cukup duit hehe Balik kerja awal pagi ada Cina mabuk langgar dia. Motor rosak teruk. Kaki berlubang siap kene jahit dalam 7jahitan tak silap. Dah tu kene pulak dengan Cina tu. Dah la sakit, duit melayang. Lepas tu Cikgu sambung lagi "Kita ni hidup biar memudahkan orang..insya ALLAH tuhan akan mudahkan kita pulak esok"

"Yela bang..." Padahal dalam otak ai tengah piki berapa la plak fulus melayang tu hehehe...cam tau-tau je nak dapat bonus hujung tahun kan?? Tak pela... :)

*sape ada kenal kat mana tempat jual side-mirror kete jenis Nissan Sentra hak potong pon tak pe..bagitau la eh...

Friday, November 2, 2012

Progress Rumah Lagi


Hoiss....rasa lame bebenor aihhh tak dapat bukak blog ni ha.. nak hapdet pasal rumah pon ingat-lupa-lupa daa..kene la makcik tulis dalam dairi cam jaman muda mudi lak. Alkesah walopon tak de orang kesah henpon makcik tak leh nak trasfer gambar haaa...elok pulak dah tenet pon same naik bingung. Mud nak keje lepas raya hari tu memang ke Antartika la. Nak buat camna jem manjang nak pergi balik keje hehehe alasanggg


Ini gambar atap kami pilih. Sampai Ahad 21/10/2012 tu. Kenapa Aliff dalam pic ni cam anak Cina pon makcik tak tahu...pelik nengok muka dia sini..tahan berak kot. Hahaha...


Ini dari dekat rupe atap tu haa..ke pe benda orang panggil. Makcik panggil atap je, nasib la lau salah. Tapi dalam ni lain sket warna die. Die cam merah gelap ade hitam-hitam gitu. Two tone katanya.. Ingat tudung bawal adijuma je twotone?? :p


22-23hb hari ke 50 dan 51. Ini pic terbaru, atap dah naik...cuma bahagian tulang2 je belum tutup elok lagi. tapi yang best,geng2 apek tu pakat cuti raya lagi lameeee dari kita  yang memang sambut raya tu. Memang kentang la apek2 tu seme bab cuti ni hahaha...

01 November hari ke 60 Ah Kong juru-wiring dah datang buat wiring. Tak dan nak amik pic dalam rumah..habuk. Makcik bersin tak sudah. Sakit pale wehhh...makcik ni dah tuee..uhuk uhuk!!! Kata Ah Kong, dia cuba siapkan buat rumah wayar2 segala tu by today. So esok/next week start kerja plaster dinding lak. Betul ke term makcik guna tu..Lepa dinding dengan simen eh ayat BM die?Gasak..muahaha...okes...sekian


Tips kengkonon....
Paling penting semasa buat rumah adalah 3benda...planning, planning dan planning. Kalo tak for sure anda akan pening pening dan pening.Hehee..macam kami ni silap mase tengah bincang pasal wiring lelampu tak cakap elok2. So point die bagi tak banyak..kalo kami bagitau sekian2 nak pakai downlight dan kawtim2 sure dapat lebih point tu ha. Point elektrik buat lebih tak apa. Pakai tak pakai tu lain kira..sebab sekarang point letrik jenis tanam dalam, so kalo nak buat len kali kene hack dinding bagai. Sayang la kan... Dan biasa kalo dengan kontraktor ni rerajin le mulut wat lemah gemalai skit minta itu ini mana tau dapat percuma..hehehe..tak salah mencuba kan??

Friday, October 19, 2012

17/10/2012 (Hari ke 45)



Senja di Pintu Padang..

17/10 hari ke 45 Gambar kayu-kayan atap  ...patut dah naik kayu 1 2 dah sekarang ni jangan di tanya apa kah benda itu, mokcik tak tahu tapi diorang pakat cuti lagi haaa...adess!! Cikgu kata mandur diorang Mr Wong tu pergi Taiwan. Minggu depan baru balik. Aisehh... Dah pilih kaler atap. Mangosteen katanya..warna cam manggis kah?? Tah la..ai tengok dalam buku je pon. Warna cam cukelat+merah gelap gitu ha...

18-21/10 bersamaan hari ke 46-49 semua bercoti yeee...

Esshhh...line tenet laju pulop hari ni..esh esh...time nak kene keje luar la line molek...sentap mokcik...

Wednesday, October 17, 2012

Progress HIngga 16/10

ewahhh...dah pandai pandang kamera dah apek2 ni sekarang ya....tunggu la esok2 sure siap posing 

Ini gambar kemajuan projek Ulli Jib kami semalam sehingga pukul 10pagi. Apa, 10pagi?? ya 10pagi tak silap dengar. Ai coti semalam. Dabel A cerri-berri so ai dengan bahek-hati menawarkan diri untuk cuti. So sesambil menunggu turn diorang kat kenek tu, singgah kedai beli kuih-kuih sket anta kat Mr Wong n The Gang nih. klinik ramai gile oranggg...ni bukan kerajaan. Lau kerajaan tak tau la camna dahsat nyer...

Last sekali hari tu 09/10 (Hari ke 37) lepas tu tak de apa2 kemajuan dah diorang cuti lagi la maksudnya tu Dan 15/10 (hari ke 43) bestday Aneeq yey!! diorang stat balik kerja. Pasang kayu masak untuk bumbung rumah termasuk semalam hari ke 44 yakni 16/10.. Ikut kata tokei diorang, minggu ni diorang cuba siapkan hal-hal bumbung ni. Harapnya begitu la.. Diorang ni keje cepat tapi lau cuti pon lama la jugak kan.. Sebab tak cukup staff katanya. Kene gilir-gilir sana sini, so sana kerja sini cuti, sini kerja sana cuti gitu la. Ai ni semangat nak naik rumah baru khennn?? Asal diorang cuti lebih dua hari je ai call tokei tanya kenapa, hehehe... Nasib la. Tapi ai kol cakap elok2..bukan marah2. Ai kan lemhah-lembhut oghangnyee...ngeeee!!!

My Three Must-Eat-ier

makan roti canai dah gaya makan nasik... Aneeq memang suka makan kuah.. cup cup katanya..

Kejadian adalah pada 14hb.. Lokasi kedai mamak dekat TF Raub. Selepas operasi membeli dan belah di pasar Ahad Raub. Cikgu dan ai memang akan cuba bawak dabel A makan luar sekurang-kurangnya dua minggu sekali. Makan kat kedai besa2 je pon.. Nak kene besakan juga cara-gaya bila makan kat luar camna . Anak2 ai ni bukan jenis makan saman... So cara lain nak ajar adalah dengan cara makan2 sebenarnya mak pak y lelebih suke kottt... Dan kebetulan esok hari lahir Aneeq so kira ni belanja untuk hari lahir Aneeq skali la dan plus hari lahir Aliff bulan lepas. Belanja birthday makan roti canai sorang skeping sudaaa...wahahahaha sugus jimat. Mokcik sukoo...

Selamat Ulang Tahun Lahir ke Empat buat Aliff dan
Selamat Ulang Tahun Lahir ke Dua buat Aneeq



Abah mama sayang kamooo....

Wednesday, October 10, 2012

Progress Hingga 09/10



(03/10) Hari 31 : Still pasang kotak beam... ades slow sugus la
(04-05/10) Hari  32/33 : Cikgu suruh stop kejap sebab orang turap jalan simpang depan. Sebab kotak beam dah siap nak masuk simen ready make dengan kren+lori simen ready-make tu..Cikgu bimbang rosak jalan lak nanti
(06/10) Hari 34 : Simen ready-make yeah yeah.. sesambil ai larik2 ke venue futsal wanita


(07-08/10) Hari 35/36 : Rileks..bagi simen keras, padahal pakai ready-make cement pehal nak rest2 tah pesal banyak rehat eh?? heheh
 (09/10) Hari 37 : Pasang bingkai tingkap, pintu bilik air + sliding door plak


Dan..semalam juga Cikgu dapat berita. Dalam pic ni ade ai tanda2 dah tapi tak nampak la pulekkk... ai ni bukan reti nau ngedit2 ni.. Tak pe. Ai cite balik. Pakcik belakang rumah kami yang dalam pic ni rumah yang ade sidai2 kain ni ngadu selonggok kayu die hilang. Kayu 36 Cikgu kata jangan di tanya ai ape kayu tu Tapi rerasa kayu tu ukuran die 3' x 6' la kot,hehehe.. Die tunjuk la dalam kawasan bangsal belakang tu ada timbunan kayu2 dari rumah lama yang die simpan nak guna untuk baiki dapur dia. Memang Cikgu kata ada kesan kayu hilang kayu kalo lama atas tanah kan ade bekas dan lepas tu die tunjuk baki kayu dalam kawasan rumah kami tu sama jenis kaler dengan yang die punya. Cikgu memang tak sedap ati la.Kayu tu diorang guna untuk buat alas tapak tempat tangki air yang ada anak panah merah belah kiri tu Dalam 5 keping gitu ha.. Nak tahu sape yang amik je. Kami tak kesah nak ganti cuma nak tahu sape amik dan please la ngaku. Masalahnya diorang ni banyak group. Group yang buat pelas simen+pasang tingkap ape ni group baru diorang tak tahu apa2. Tanya group yang buat kerja2 beam apa ni Mr Wong mandur nya...dah terasa hati lak. Cam kami tuduh dia. Tapi Cikgu kata hati die kuat rasa group yang pasang bata la buat. Ni group yang paling slow keje. Sebab mandur je cina, hak pekeje die orang luar negara indon/nepal/bangla tah la.. 

Tapi tak dapat nak kontek mandur hak tu. Mandur group bata tu jarang la teman anak buah die lelama so mana tau anak buah die pakai amik je buat alas tangki air tu. Dan dalam banyak2 group, geng hak ni paling ramai pekeje tapi slow gilerrr. Asal ai lalu wat pemantauan diorang rest. Tido2 bawah pokok pasang lagu kuat2 nyanyi2 bagai.. Ai bukan nak tiap masa diorang buat keje. Tapi lau pkul 9pagi ai lalu duk huha lagi..pkul 12 karang pon duk rehat g. Bata yang dipasang secoet je progress nye geram gak. Kalo geng lain memang cepat dan tepat waktu sampainya. Bile keje dah siap diorang balik. Keje dah siap nak balik ai tak kesah..ni hmm...woohhh panjang ai bebel yuu... 

So sekarang Cikgu takut la karang majuk lak si Mr Wong tu. Sebab bahagian atap atas2 dia yang buat. Alaa...lambat la cenggini rumah ai. So tips kali ni...

1) Kalo tempat buat rumah tu ada jiran2 bertukar2 la no tepon korang. Cam Cikgu dia amik no Pak Long jiran kami ni tapi lepas tu die tak save tah mana buang. Pak Long ni nak cakap hal ni dari awal tapi sebab tak berjumpa so terlewat dalam sminggu. Lau dari awal sure mudah nak detect sape punya keje kan??

2) Kalo antara jiran tak ada pagar cam situasi kami selain pesan kat mandur2 jangan di usik barang2 orang kalo boleh minta la buat pagar halang sket. So masalah TERmasuk TERambik tak timbul

3) Anak panah belah kanan tepi tingkap. Tu tingkap dapur. Dekat sink. Kalo boleh minta ada gap. Kira ada jarak antara sink dan lebih tinggi dari sink supaya ai tak terpercik. Ai ni basuh pinggan mangkuk kasaran ha. So bukan takat terpercik jela... Nak bagi grill besi tingkap apa tahan lama kan??

Okes okes...cepat cepat save sebelum line tenet hilang....

Futsal Wanita Parlimen Raub



Kejadian adalah pada 06 Oktober...hoh!!! Lambatla mokcik upload stori. Tenet sangatla menyakitkan hati... Ini menaip dengan dalam ati ade gunung bia la dapat publish kalo tak duk la dalam drap tu lelama haaa...Asal lawan futsal ni orang len yang hendel. Las menet orang yang sepatutnya men-toooottt!!!-kan dirinya so inche bosh ai dengan hepi menyuruh ai pergi sebagai back-up singer Dah tau dah kalo dah namanye back-up memang tak lama lepas tu tinggal up jela..back hilang. Ini antara pic dalam henpon ai..pic lawa2 seme nak kene tunggu persatuan sukan anta...so ai malas. Hehehe


 Pepagi orang tak ramai mana g, tapi memang tak ramai mana orang eh..
ai sesambil ke tempat futsal ni larik2 ke tapak rumah tengok orang letak simen untuk beam atas hehehe...



 Khemah peserta... 8pasukan je. Sebabnye kerja las menet kan?? Kalo buat promo 2minggu sebelum sure ramai g. Sayang je pasukan yang baru nak daftar Jumaat 05hb tu dah tak dapat dah.. Silap kami pejabat gak..hmm...

Ini pic suku akhir...pic akhir tak dan nak amik. Sebab ai dah kene teman perasmi Ketua Puteri UMNO Bahagian Raub. Pic dengan pemenang ape pon ai tak dan nak hamik. Dah ai kene duk sbelah Puan Yani tu guane ai nak amik pic nyeee...

Rata2 peserta memang ala-ala kasaran la sket so ai pon tak kesah ngat. Besa la men bola yuu..mana nak ade gamalai ingat ni Pertandingan Menari Mak Yong ke?? Tapi pasukan yang baju biru kat atas tu..aiseh!! Ai duk usha diorang. Cam tak caya ye ke diorang ni men futsal. Comel-comel, ayu muyu, gemalai alahai... Dan....diorang bertudung. Yup..bertudung labuh bawah dada dengan baju labuh bawah bontot, memang pakaian paling muslimah hari tu. Ai konpius memula kot la diorang ni penyokong tapi pakaian amcam satu teaa. Time main..uikksss...kalo ai, lepas je heading bola sure ai akan bela balik tudung ai punya la.hahaha.. Dah la siap tampan bola guna dada..iskk!!! Diorang budak UIA dari Raub. Balik hujung minggu nak lawan futsal. "Kat sana dah biasa main kak.." Alahai...akak dengar pon cair lembut suara tu ha... Dan tengtiba ai yang kureng bab sukan2 ni time diorang main akhir tu semangat gila.. Siap bila diorang try tu meremang2 bulu roma yuuu... Striker diorang la hak paling comel lawa lemah gemalai Dapat la tempat kedua. Ok la tu..sebab pemenang tu memang ganaz sket. Hehehe...tak pe dik. Taun depan cuba lagi.. Akak sokommmm kamu!!!
So tahniah semua..jumpa lagi futsal lelaki 20hb ni pulak. Err..kalo ai kene back-up orang lagi la kan??hahaha