Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Saturday, December 31, 2016

Bercuti - cuti Cara Bajet 1b



Nak sambung balik entry lepas. Kemain kan, siap tajuk ada nombor-nombor sekian. Hohhh...

Lawatan ke Deerland Lanchang Siri Kedua




Ini si comel. Pandai dia senyum kan?? Ini landak albino. Memang bulu dia warna putih. Bukan sebab dia tak sempat warna ke, tak besar lagi ke, tidak. Keturunan eropah kot, putih bagai. jangan mengarut boleh tak Masyitah 

Adik yang jaga tu bagus sangat. Ajar cara pegang dan tak kisah nak jawab banyak soalan dari akak yang keponingan ni. Adik tu cakap, landak ni stress, jadi bulu dia banyak gugur. Tengok, landak pun tau stress tau. Siap gugur-gugur bulu. Bulu dia macam keras tapi tak adalah sampai sakit mencucuk kulit, baby lagi kot. Dia suka orang kiput dia bebulat gitu. Aishhh...comel sangat awak eh. Dah la mata merah. Landak normal ada, tapi tak boleh nak pegang tangkap, garang sikit. Nak ambil gambar pun asyik lari menyorok.




Dia malu. Tutup muka gitu. Budak-budak ni takut nak pegang. Ai jugak berani. Hahahaha... Dengan anak pun berlawan.




Ini ular sawa. Kenapa duk dalam kurungan? Sebab dia besar sangat. Adik tu cakap, berat dia 15kg. Lagipun dia baru lepas makan. Jadi akan jadi lebih malas, berehat je la. Sebab tu kalo jenis makan lepas tu tido orang panggil macam ular sawa. Gini la kot..berlingkar je ha..

Ular ni diberi makan seekor ayam dalam berat 2kg tengok ai tanya adik tu, bagus kan ai, lengkap berat ayam lagi kah kah kah sekali sebulan. Biasa ular akan lapar lepas bersalin kulit. Makan tidur, mana tak besar badan, lepas tu kulit tak muat, salin. Ewahhh... Jadi ular bersalin kulit sebulan sekali. Ini pun ai baru tahu. Kalau tipu, tipulah ye, adik tu cakap gitu.




Sesi menerai ular. Aneeq nak sekejap je. Lepas tu lari sambil bertempik geli geli. Ular ni kecik sikit. Dalam 5kg. Tu pun dah berat, 15kg tak tau la. Aliff awal-awal lagi lari tah ke mana. Cubaan Cikgu nak acah-acah menakutkan anak dengan ular tu tak kesampaian. Kasyah menangis terus.Takut...




Bagi can Cikgu bergambar sorang. Kalau tak asyik berkepit dengan makwe dia. Makwe dia dibawa lari oleh Aliff. Alasan dukung adik, padahal memang nak lari.

Eh, ular ni kulit dia lembut tau. Lembut sangat. Selama ni ai bayangkan kasar gitu. Lembut dan licin. Ai pegang la yuu...tapi sayang, sebab ai jurukamera rasmi, tak de orang nak ambilkan gambar.




Okes... ai nak naik atas jap rileks rileks, chill chill. bye bye incik ular. Eh incik ke puan??

Slow motion je dia menjalar. Itu adik yang sanggup melayan pertanyaan akak yang poning. Terima kasih dik. Sudi layan akak. Cikgu kemain lagi tak bagi ai tanya macam-macam. Laaa, biar la. Ai tanya berapa lama dia keje sini? Berapa gaji? Apa skop tugas? Duduk kat mana? Hai, macam temuduga calon je. Hahahaha...




Okey, kawasan basuh tangan. Air dia sejuk je. Segar. Kat sini hero-hero siap main baling-baling air. Bengang je Cikgu heee... Kawasan bersih, tak panas. Siap ada tempat duduk-duduk kerusi batu lagi. Tak ada rasa macam pergi tempat orang, macam balik kampung je.




Badger kalo tak silap binatang ni. Dalam BM, errrrr..... Si pencuri dalam Dora, ni Aliff cakap. Ke hulu ke hilir dua ekor tu. Sibuk sangat berkawad siap bertembung sesama sendiri lagi.




Bila kita jalan-jalan nanti akan nampak pondok kayu. Tak sempat ambil gambar, hero-hero dah berlari ke sana ke sini. Ini kawasan reptilia dan serangga. Semua dalam kotak kaca gini. Ini saudara Oscar kata Aneeq.




Ulor lagi. Tapi ni versi kecik-kecik. Tu ada kulit dia. Kiranya masa kami datang ni tengah dekor saliln kulit la memasing.

Ada banyak binatang kat sini. Katak yang luar biasa, labah-labah, apa lagi...hmm.. ai lupa. Sebab tak banyak ambil gambar, anak dah melasak. Aneeq siap panjat kawasan kayu. Bekas kaca ni diletak atas tunggul kayu gitu. Nak bagi nampak macam bersinambung la dengan konsep dia tu.

Nyaris je dia nak cepuk ambil katak ke apa..hoiiiii anak. Jadi cepat-cepat lah kita. Kalau dah sampai kawasan ni, kiranya lawatan anda dah nak tamat. Ada juga tempat ayam-ayam yang unik, arnab-arnab dan banyak lagi. Ayam-ayam tu tak berkurung pun, elok je tak merayau bukan-bukan.



Tempat lawatan akhir. Kedai serbaneka. Akhir sekali sebelum kita keluar nanti akan jumpa. Jual barang-barang kenangan. Cikgu beli aiskrim. Upah nak bagi anak-anak diam. Sayang tak banyak pilihan. Adik kedai tu cakap, sebab musim cuti, orang ramai beli, tak sempat nak topup.



Akhir sekali, gambar akhir. Sambil tunggu anak-anak makan aiskrim. Nak tunjuk pagar tinggi tu. Tempat tu bakal jadi Pusat Konservasi Harimau. Lagi dua tiga tahun. Bakal jadi tempat tarikan orang ramai nanti.

Okes, tammat. Bajet macam cerita orang dedulu.

Tips top..

-kalau nak melawat Pusat Konservasi Gajah, elok bermula di Deerland Park ni. Untuk membunuh waktu kata orang. Sebab kat sana, program gajah bermula pukul 1.30 gitu. Jadi datang la sini dulu..


-tempat ni tak ada kawasan makan-makan, jadi kalau boleh bawa bekal macam kami. Gerai-gerai ada, kalau masih awal, gerainya tak dibuka lagi. Kedai terhampir kat cabang depan nun...

-Tiket masuk yang berbaloi bagi ai. Dengan kawasan yang tak luas mana (dalam 45minit lawatan) dan persekitaran yang macam dalam taman hutan gitu, seronok. Kawasan pun bersih terpelihara.

-Bawa air minuman. Kawasan tak besar mana, tapi haus yu,tak tau kenapa. Ai bawak air minum sebotol aje. Jangan la siap bawak berbotol-botol macam nak berkelah pulak dalam tu...

-Kawasan letak kerea yang luas jadi jangan risau ok. Nak berkelah boleh berkelah kat sini. Macam kami.. heee

-Kad/kertas penerangan kadang diletak sebelah tepi, kadang belah depan, seeloknya pihak pengurusan letak satu tempat je mudah. Tak adalah pengunjung blur macam ai tercari-cari.

-Barang-barang dalam kedai perlu sentiasa diupdate. Tak berapa sedap nak tengok dengan rak-rak kosong. Dapat pulak anak-anak pengunjung jenis cepat sentap. Nak aiskrim kene beli satu jenis yang sama semua, tapi tak dapat, mulalah perang saudara bermula. Heee...





Friday, December 30, 2016

Bercuti - cuti Cara Bajet 1a



Lama betul tak menaip. Ni semua sebab window 10 la, lepas tu blogspot pun sama dah naik taraf, jadi lain sikit, maka pening la makcik alasan, padahal M tak cakap

Sejak anak dah bertambah jadi empat ni, makin payah kami nak keluar berjalan - jalan. Satu, sebab nak kena fikir tempat yang sesuai dan menarik minat anak - anak. Dua, kena fikir tempat yang ok dengan kadar kelasakan anak kalo bawak pergi muziun nanges la pihak muzium nanti Tiga, mesti ikut bajet. Bajet tak boleh berlari-larian, walaupun dalam hati niat baik nak bawa anak berjalan-jalan, bajet mesti mau sesuai.

Setelah bermusyuarah macam salah je ejaan dengan Cikgu maka kami sepakat nak becuti-cuti dalam negeri sahaja. Mudah, sebab tak perlu kos menginap heee... Pilihan kami, Temerloh Bandar Patin. Tak jauh dari Raub, dalam sejam lebih je naik kereta.

Turun awal pagi, nak elak kesesakan dengan manusia lain. Raub Bentong ni, jem dia dalam bandar, malas betul berlama-lama sangkut. Nanti mood anak pun spoil. Ai macam biasa bawa bekal. Nasi lemak, sambal bilis dan telur rebus. Makan tepi jalan nanti.

Destinasi pertama kami....




Taman Rusa Tanah *Deerland Park, Aliff trasnlate ikut suka hati dia. Orang tak ramai lagi. Suka suka.. Lepas bayar harga tiket, RM6/dewasa dan RM4/kanak-kanak. Budak-budak ketot tak kena bayaran. Heee... akak kat kauter tu bagi stiker dan kupon. Stiker tu lekat je kat baju. Lepas tu silalah masuk ikut pintu tepi tu haaa...




Selepas pintu masuk utama, nanti ikut je dia punya trail. 




 Lepas papan tadi tu akan ada lorong memanjang gini. Macam masuk dalam hutan kan?? Suka sangat. Nanti kita ikut je jalan ni. Setakat ni hero-hero behave lagi. Aneeq dah ada aura-aura perwira, kesan nasi lemak kot? Kasyah masuk je mengadu bau busuk. Alahai...bukan busuk apa sangat pun. Bau macam hutan gitu, macam mana nak cakap ye? Macam kalau kita ke lata atau jeram, ada bau gitu la.



Sangkar burung pertama yang kami jumpa. Tak nampak sangat beburungnya. Cantik comel kecik je. Cikgu berkenan nak bawa balik seekor, bela kat rumah. Duk mencari orang jaga taman ni. Hmphh..

Depan sikit dari kurungan ni, ada pondok kayu gitu. Situ nanti kita dapat tukarkan makanan untuk rusa. Ai ingat satu kupon dapat satu bekas makanan je. Punya duk tanya, boleh beli tak makanan tu? Nak beli sebakul dua ubi tu. Rupanya adik penjaga taman tu bagi 4bakul kecil, ceh..buat malu je ai. Keh keh...




Sesi memberi makanan bersama rusa. Penakut semua ehh.. terjerit-jerit. Annur lagi best, amik ubi nak masuk mulut. Haishhh...bukan makanan awak la kecik. Buli rusa ni tebal kasar. Macam mana la boleh buat kot bulu ye?? Ke tu rusa kategori lain? Hahaha...

Aneeq lambat bagi ubi tu, terus rusa tu jelir-jelir lidah macam nak tarik bakul tu. Apa lagi, bertempik tak ingat, takut. Habis jatuh bakul ubi tu. Panjang betul lidah eh..

Tanduk rusa tu ada bulu-bulu lembut je. Suka usap. Rusa ni dah biasa dengan manusia, rileks je dorang.




Ini geng rusa tak rakus macam kat atas. Baik je tunggu orang suapkan. Aneeq melayan dorang. Dorang?? Errr..dekor kot.





Up lagi gambar bersama rusa. Kata Deerland kan? Hohoi...can malican ketipung payung.




Lepas kawasan rusa tu tadi, kami bergerak lagi. Banyak kawasan burung-burung. Orang panggil unggas kan, ke silap? Tapi dalam kurungan la. Memula ai ingat ni ayam api tau konfiden musti bila depan anak lepas baca kad penerangan tu baru tau bukan. Peasant apa ntah nama dia. Hahaha..lupa snap, tapi banyak la jenis-jenis beburung gini.




Itu ha nampak kad penerangan setiap haiwan kat sini. Sila baca, jangan malas. Nanti macam ai, buat konfiden depan anak tapi salah.





'Macam kucing atuk je mama?' Yela sangat tu Aneeq. Sama keluarga, jenis je lain. Sedap je dia duk menjolok-jolok kandang tu. Kena gigit baru tahu.





'Ni pun macam ayam atuk.." Yela nak. Haish...





Letak gambar ni sebab rasa lawa. Hahaha...ai jurukamera rasmi hari tu. Jadi gambar jurukamera tak adalah. 





Merak ni bila kembang, besar sangat. Macam tetahu je nak ambil gambar terus dia bukak kembang gitu. Nampak la tahap bangga beliau. Siap catwalk datang dekat-dekat kami. Bukan catwalk la, birdwalk?? ke chicken walk?? Apa-apalah.. Ceh..patut la dapat anugerah binatang paling bongkak. Hahaha..apokah? Tapi memang cantik. Masa dia flip nak bukak tu macam, wahhh... Annur sampai takut, kenalah Cikgu bawa dia ke tempat lain.

Hak belakang atas dahan pokok tu, merak putih. Ai ingat merak albino. Rupanya tak, memang style dia, putih. Tak sempat nak warna lagi kot bulu tu, tunggu dia besar sikit lagi, hujah bernas Aliff. Betul la sangat. Inilah penjahat dalam cerita Kungfu Panda tu, Aliff cakap. Eh? Maknya tak tengok habis. Merak putih ni kembang kejap je, nak ambil gambar terus dia tutup sayap dia tu. Eksen ngko ye. Sayap ke orang panggil? Dah kenapa ai asyik pening sejak masuk Deerland ni. 


Kena stop dulu la kot, dah asyik pening je..kita sambung lagi nanti.
Saje la tuuwww..boleh prolong entry blog heee...



Tuesday, October 25, 2016

Taktik Menipu



Assalamualaikum..

Lama tak menaip. Sejak komputer dah tukar window 10 ni, lagi la kemalasan melanda. Semua benda macam perlahan sangat wehh... aduhai. Canggih memang canggih la, bagi ai yang dah tua ni, uhuk uhuk.. nak berubah ke benda baru rasa bengap sangat diri. Hahaha..

Dan sebab itu jugak lama tak membelek emel. Sekali buka hari tu, penuh inbox tapi penuh lagi kotak spam tu. Ai biasa kalau kotak spam, cuma sekali harung je tengok lepas tu klik delete je semua. Sekali tengok ada pulak dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Sebab ai tak pernah kena cukai tak cukup kriteria lagi tapi baca la juga kot la Cikgu punya. Sebab kadang-kadang Cikgu guna emel ai



Dan memang betul, memang karut. Ni keje puak-puak nak cari duit cara mudah la ni. Kalau sesiapa percaya, hmm...entahla. Ai ada telefon dan tanya orang dari LHDN. Diorang memang tak buat kerja macam ni. Kalau nak suruh refund lebihan cukai pun biasa bersurat. Ada baik jugak benda konvensional ni ye? Jadi mohon la sangat kepada orang luar sana, kalau apa-apa yang datang dalam bentuk elektronik ni, berwaspada. 

Sebelum ni ada emel jenis menipu gini juga datang, tapi guna alamat emel adik ai nombor dua. Pelik sangat. Nak minta duit baik call, mesej atau wasap je, lagi cepat. Apa hal pulak nak emel bagai. Intro emel pun siap panggil ai kakak.. Nampak nau menipu. Adik ai hak tu panggil kakak?? kah kah sangat Nor jangan marah

Jadi beringat-ingatlah. Penipu pun dah makin top sekarang ni. Elok kena ada internal password dalam keluarga kalau nak buat sebarang urusan duit-duit ni. 

"Mak nak duit?"
Mak tanya balik "password anda"
Kerlas yuuu...hahaha

Tuesday, August 30, 2016

Selamat Tinggal Lina



Assalamualaikum...

Lama betul tak menulis kat blog. Emel pun jarang sangat buka. Sekali buka nah, penuh dengan surat cinta dari tah siapa-siapa. Dekat spam lagi la, surat dari kengkonon bank minta update pebenda tah. Surat semua sama, nama bank je beza-beza. Boleh pulak diorang main copy and paste surat formal gitu hehehe.. Nampak sangat.

Salah seorang peminat setia surat menyurat ai, si Lina. Lina mana? Lina Jobstreet tu la. Setia betul si Lina ni, dari menjak jaman UPM sampai dah beranak empat, masih sama bagai dulu kih kih kih . Rasanya hari tu dan tekan butang unsubscribe Jobstreet tu, tapi muskil jugak ai kenapa masih dapat surat dari Lina. Jadi meng-google la ai orang tak tahu cara kan, kena la usaha skit





Memula buka dulu emel anda. Sila buka emel yang si Lina tu hantar lepas tu cari bawah sekali ada butang unsubscribe. Sila la tekan ye...
Kalau anda berhenti setakat ini sahaja, kemungkinan untuk si Lina hantar balik surat cinta tu masih ada. Macam ai la, ai buat takat tu je hari tu. Bukak inbox dah penuh balik dengan surat si Lina ni. 






Jadi jangan berhenti takat situ je. Anda silalah ke lama Jobstreet, kira tekan emel tu dia akan link ke laman jalankerja tu. Dan akan keluar macam kat gambar di atas. Sila klik gambar pen ke pensel tu






 Okes, pilih butang unsubscribe lagi sekali kat 'my Lina profile' tu. Kira ni kita nak suruh Lina sudah sudah la hantar surat. Kot setakat bagi hint unsubscribe biasa dia tak paham, bagi arahan terus kat profil dia.





Nak lagi si Lina ni paham, sila ke 'My Account' lepas tu kat bahagian bawah tu, pilih semua unsubscribe. Haa..kata betul-betul nak putus dengan Lina kan? Lepas buat gini memang tak ada dah surat si Lina tu. Memang selamat tinggal Lina lah...sob sob



Tapi, nak lagi best, tekan je terus 'delete account' tu heee...lagi mudah

Tuesday, June 7, 2016

D.I.Y Outdoor Water Filter



Assalamualaikum..




Penapis air lama rumah kami. Adik sikit je dari Aliff benda ni. Paksa beli sebab Aliff muntah-muntah tak berhenti, rupanya nak kene minum air bertapis lepas tu masak, baru berhenti muntah. Beli kat Cosway, masa tu harga dalam RM450. Biasa tukar barang ganti je dah ok, kali ni tak jalan. Nak pencen jugak katanya.

Jadi paksa-rela sekali lagi mak pak membeli penapis air baru. Lepas buat perbincangan bla bla, kami setuju memasang penapis air luar rumah. Dengan keadaan kualiti air sekarang, memang nak kena pasang tong kat luar rumah tu. Ai kulit sensitif sikit, naik biji-biji gatal sebab air sejak kemarau ni. Air kadang berkeladak, kadang hitam macam air cincau tu, kadang macam teh terus. Tapi bila anak yang kena gatal-gatal tarutama si jantung hati baru Cikgu si Annur tu, terus laju Cikgu nak beli tong tu.

Bermulalah episod usha-mengusha kami. Bermula di talian jalur nipis sampai ke cari-carian di sekitar Raub ni. Alhamdulillah, ada rupanya penapis air ni. Memula usha tu asyik la keluar jenama yang harga agak sakit poket kami nak membayarnya. Rupanya ada je yang biasa-biasa punya. Kira boleh la lagi pejam sebelah mata huhuuuu..nanges jugak sikit-sikit. Kalau tak sebab anak, memang tak berpasang dah benda alah ni.



Ada yang cadang pakai jenama Goku la, Goway la macam-macam lagi dengan pelbagai khasiat itu ini. Ai tak terpikat mana dengan khasiat lain-lain tu, hanya nak kan air yang bersih untuk kegunaan kami. Bukan apa, kadang tak berapa nak boleh diterima akal SPM ai akan ke-khasiat-an air dari jenama-jenama terkenal tu. jadi beli lah jenama iPure ni selaras dengan permintaan low standart, minded dan bajet ai. Hahaha...

Beli tengah minggu. Kejadiannya nak bertahan sampai ke hujung minggu sebelum buat projek tu kenalah ikat dulu tong ni. Bukan masalah orang nak mencuri, takut terbalik main dek hero-hero. Naya!!!!



Beli kat kedai Jian Hwa Hardware Raub. Tapi lepas beli ada lagi murah Cikgu jumpa. Tak apelah, ini pun dah ok. Harga RM700 tu sebelum proses tawar menawar berlaku. Cikgu dapat lebih sikit dari RM400. Ok la tu... Ada tiga jenis saiz. Ini yang paling besar, rendah sikit dari Cikgu. Yang saiz rendah sikit murah RM100 dari harga kami dapat.




Dah siap pasang. Tak habis lagi kejadian sebab Cikgu ter-rajin nak tambah projek paip air dia. Alang-alang dia kata, nak buat paip air kat sebelah tu. Suka hati la bang, bukan saya yang buat.



KOS
Tangki penapis air luar rumah cap  XXX    RM4xx.00
Batang paip jenis getah + penyambung bla bla     RM100.00    
Simen untuk tapak tangki beli kilo je          RM 10.00    
Tiang pecah untuk tapak tangki                   RM 5.00

JUMLAH                                                     RM600.00


*termasuk duit minyak dan benda remeh untuk paip semua
**tangki murah sebab kami sendiri yang angkat dan angkut tangki tu. Berat sangat, Cikgu kata dah nak sama macam ai beratnya. Cuma tangki tu slim apokah

Monday, May 30, 2016

bookcafe.com.my




Assalamualaikum.... :)



Terbeli buku kat sini. Sangat suka sebab mudah dan cepat penghantarannya. Asal nak cuci mata je kes sedih sebab tahun ni pon gagal lagi nak ke Big Bad Wolf tu.. Sekali dapat peluang beli buku kat sini, alhamdulillah.

Boleh cuba jualan cuci gudang diorang. Esok hari akhir. Selagi belum pukul 12.00 malam tu boleh lagi membeli untuk Jualan Cuci Gudang tu. Ai dah ter-beli 24biji buku dengan bookcafe ni. Harga? Tak sampai pun RM80. Tu pun dah habis tahap mangawal napsu dah tu..hahaha

Setakat buku yang ai dah baca belek untuk anak-anak, memang ok sangat-sangat. Untuk yang baru belajar membaca macam Aneeq, ai belikan buku cerita jenis beritma, dan yang dah agak pandai membaca tetapi masih cuba pupuk sifat membaca macam Aliff tu, ai beli buku cerita teladan dan nabi-nabi.




Selit juga buku cerita novel Islamik Aku Bukan Nabi dengan harga RM2 kalau tak silap bila masa lah makcik nak baca semua tu, huuu Masa bukak bungkusan terkejut jugak, sebab novel tebal kot. RM2?? Rasa heppimeal sekejapan. Order 24/5 petang, 26/5 tengahari dah sampai. Cepat sangat!! Sebab selama ni kalau pos apa-apa alamat ke tempat kerja ai mesti ambil masa 3-4hari. Tu biasa guna alamat Cikgu.

Siapa-siapa nak membeli tanpa perlu blah cepat-cepat, boleh klik gambar yang atas sekali tu. Ai dah link terus. Buku yang reject stok pun tak adalah defect sangat bukunya. Setakat berlipat sikit je kat hujung je. Bagi ai yang cerewat bab buku ni pun kata ok, kira ok la tu kan??

Wednesday, February 24, 2016

Basuh Si Mesin Basuh




Assalamualaikum...

Wash washer kata Aliff. Sedap pulak menyebutnya.

Ai tau pasal membasuh mesin basuh ni pun lepas adik cerita. Dia minta tolong belikan benda alah tu untuk dia. Ai kata, beli jela online. Dia kata tak ada, benda alah tu ada jual kat Cosway je. Kat tempat dia dah lama dia usha tak ada. Jadi minta tolong ai belikan.





Inilah benda alah tu yang adik minta tolong belikan. Satu kotak ada dua paket. Harga dalam RM9-11 satu kotak. Tengok pada promosi.Disebabkan adik minta belikan dia dua kotak, ai menyebok belikan untuk diri sendiri sama sekotak. Nak test, mana tahu bekenan.





Dalam kotak tu ada dua peket pencuci macam ni. Sekali tengok macam vanish debu lak. Jadi ai cuba lah sekali basuh encik mesin basuh tu. Dari tahun 2010 beli, inilah kali pertama basuh guna benda alah ni. Biasa basuh biasa je kat panel dia ada tulis tube clean





Hasilnya. Memang keluar habis hitam-hitam macam serdak teh ada, bulu-bulu pakaian tah apa-apa la. Dalam penapis dia lagi la penapis dia yang warna biru empat segi tepat tu Sebelum basuh ni dah kosongkan bekas tu, sekali penuh balik. Dari gambar ni mungkin tak nampak sangat, tapi percayalah, memang banyak kotornya. Ini pun dah melekat-lekat kat tepi-tepi tiub tu.

Sebelum ni ada cuba basuh biasa-biasa, letak sabun biasa, tak banyak gini keluar kotornya. Adik suka sebab dia kata dia selalu juga cuci mesin basuh dia memandangkan suami dia kerja dengan mesin, selalu basuh pakaian yang agak berminyak. Jadi lepas guna benda alah ni, dia kata nampak bezanya.

Pada ai, yang nampak ai yang nak masuk dalam tiub tu makin laju bergantung pada tekanan air juga, tapi tak sangkut-sangkut la airnya dan bila lepas basuh kesan basuhan yang kadang melekat sama kat pakaian dah kurang sangat. Cikgu suka mendobi toto, jadi memang kesan lepas basuh lekat-lekat tu banyak sangat.


Tips tops ai....
-walopon basuhan kosong, elok kalau masukkan sehelai dua pakaian yang dah tak nak pakai. Sebagai 'umpan' untuk sampah-sampah kecik tu. Kalau tak, memang agak lambat nak habis. Macam ai dah buat 3kali basuhan kosong pun, lepas tu ada lagi sikit-sikit baki sampah.

-untuk pencuci bukan tahap berat boleh buat setahun sekali kot. Macam adik ai tu dia kata dalam 2 3 kali setahun. 



Ini bukan  iklan berbayar ye, cuma nak kongsi barang baik. Yang mugkin dah ramai tahu, tapi ai baru tahu...sob sob sob

Thursday, January 28, 2016

Siri Meng-upgrade Rumah 2



Sambungan kerejaan Cikgu masa cuti sekolah...



Disebabkan hobi membeli barang oleh Cikgu, tempat simpanan kami dah berkurangan. Mula la Cikgu berkira-kira nak tambah kabinet lagi. Tak payah berangan nak buat dengan Intech Kitchen, mana nak korek fulus lagi, dah la jauh kat Raub ni, tak di ambil tempahan nyer.  Jadi kami servey harga sekitar Raub, untuk  kabinet dinding ukuran 6' x 6' x 2' cecah RM5k wehhh... Mana nak cekau. Usha IKEA pun paling koman dalam RM1k bajet.

Jadi ai puji lambung-lambung Cikgu dan bagi semangat kat dia untuk buat sendiri. Cikgu ni jenis memandai walaupun dia tak pandai. Hehehe..




Tengah mengukur nak buat open shelf. Cikgu guna tiub air sebagai alat nak mengukur. Ai is veri the kagum. Ai tak terfikir cara macam tu boleh guna. Biasalah, masa sekolah dulu amik ERT jahit menjahit walaupun menjahit pun ke laut hahaha.. "Keje senang" katanya. Berlagak sungguh... Tak pe, bagi can kang merajuk Cikgu payah.




Dah siap ukur, cat pulak. Eh, patut cat dulu baru ukur kan?? Tak kesah la terbalik pun, janji dah terpasang kaki rak ni. Kami beli kat IOI City Mall, baru bukak tahun lepas katanya. Dalam kedai Home Deco. Asal ke Puchong nak beli langsir kat kedai Baagus tu, sekali kedainya dah tak ada. Orang tu kata pindah kat tempat baru ni. Tengah sale kot, Cikgu kata murah. Banyak jenis dan corak kaki tu, kalau kat Raub dia jual satu satu dan tak bercorak-corak besi tu, sepesen jer. Jadi beli lah banyak-banyak. Dasar tamakian kan?
tamakian = tamak yang boleh dimakikan hee...





Cikgu tengah men-syelek kayu lapis. Beli kayu ni kat kedai hardware. Boleh minta dia tolong potongkan. Percuma. Heee...ai sangat suka. Jadi Cikgu bawak ukuran siap-siap dan minta diorang tolong potongkan. Tak adalah berbulu sangat kayu tu. Balik syelek warna merah gelap dan biar kering. Cikgu buat lima lapis. Kasi kilat dia kata.




Hasilnya akhir bersama model tak perlu bayar. Tak nak beralih selagi tak ambil gambar dia, layankan jela. Barang tu konon je letak-letak, nak ambil gambar punya pasal. Apepun alhamdulillah, dapat la kami menambah  ruang simpanan baru. 


Kos Projek

Tapak rak    : RM 15.00 x 3pasang = RM 45.00
Plywood + syelek    : RM 120.00
Cat     : Percuma tu campuran cat lebihan hari tu heee..

Jumlah   : RM 165.00

Tengok, tak rugi buat sendiri. Jimat duit, disamping menjadi sebagai aktiviti pengerat hubungan suami isteri :)

Monday, January 18, 2016

Siri Meng-upgrade Rumah 1



Assalamualaikum..

Entry ter-lewat. Dah buat auto post tapi tak-ter-post-auto jugak..tak tau kenapa. Baru perasan banyak post tak naik. Huu..tak apalah, kita naikkan satu-satu perlahan-lahan Hee...

Disebabkan ai pantang kali ni banyak duduk kat rumah sendiri, mula la Cikgu bawa idea nak meng-comel-kan rumah. Biasa kalau hujung tahun cuti je memang ada je projek yang Cikgu nak buat. Nak naikkan seri rumah katanya. Tahla, sejak dapat anak perempuan ni, lain macam pulak citarasa Cikgu hahaha,,,




Antara tempat pertama ai jejak lepas pantang. Kedai hardware, rom-antik khennn?? Hahahaha
Tujuan, beli cat. Nak merealisasikan impian Cikgu  dengan projeknya. Biasa la, bila cuti bersalin ni duit gaji tak berusik, berperam je dalam bank tu kan ayat poyo sangat Paham tak situasi sekarang?? Hahaha..sebab tu la kehadiran ai penting.




Semangat Cikgu, terus malam minggu tu ajak mengecat. Ikutkan citarasa Cikgu yang eksotik tu, dia nak cat setiap dinding warna lain-lain. Berpeluh ai dengar. Seb baik la berjaya melencongkan niat Cikgu tu, ajak dia buat dinding berjalur gini. Gambar model terpaksa di tutup sikit, sebab Cikgu kata nanti dia tak larat nak layan peminat. Hoishhh...




Hasilnya. The perfect of the imperfect. Tah hape-hape ayat. Abaikan, hahaha... Bolehla bagi seorang amatur. Dua malam dan satu hari, satu kawasan ruang tamu ni selamat di-naik-seri-kan. Alhamdulillah...Memang lain rasa lepas cat tu. Memang rasa la 'seri' yang Cikgu nak tu. Heee..


Kos projek

Cat : Dalam RM 300. Sebab idea asal Cikgu nak warna-warni kan, jadi beli dua tin cat 5l dan 3tin cat 1l. Jenama yang ok sikit, sebab kesan dia sangat mebeles..

Masking tape ; Kedai bukan RM2 lagi je beli, murah dan banyak. Habis la dalam RM20
Amaran, jangan cuba-cuba membeli berus cat jenis roller atau biasa kat sini, memang menyesal. Dengan keras kejung lepas tu tah hape-hape. Kalo bekas cat tu ok.
Ai dah pesan kat Cikgu, biasala walopon ai ketua projek dan dia pelaksana je, tapi veto dia besar lagi hahaha..kan dah kene hahaha..ingat isteri dia ni cikai sangat bab mengecat.

Alatan Mengecat : Berus biasa dan roller dan bla bla bla dalam RM 40

Jumlah semua RM360.00

Seronok jugak buat projek gini. Nak bersopim berjalan sana sinun duit kureng, jadi inilah cara kami nak mengeratkan hubungan suami isteri uhukkkk.. Dua malam satu hari dan semua kerja mengecat ruang tamu kami selesai. Sampai pukul 3pagi yuuu..huuu... Hero-hero sama naik menyibuk. Nasib baik adik kecik lena elok je malam.

*Lepas projek mengecat ruang tamu, kami cat ruang keluarga pulak. Jadi memang tak ada cat yang di bazirkan.