Saturday, December 31, 2016

Bercuti - cuti Cara Bajet 1b



Nak sambung balik entry lepas. Kemain kan, siap tajuk ada nombor-nombor sekian. Hohhh...

Lawatan ke Deerland Lanchang Siri Kedua




Ini si comel. Pandai dia senyum kan?? Ini landak albino. Memang bulu dia warna putih. Bukan sebab dia tak sempat warna ke, tak besar lagi ke, tidak. Keturunan eropah kot, putih bagai. jangan mengarut boleh tak Masyitah 

Adik yang jaga tu bagus sangat. Ajar cara pegang dan tak kisah nak jawab banyak soalan dari akak yang keponingan ni. Adik tu cakap, landak ni stress, jadi bulu dia banyak gugur. Tengok, landak pun tau stress tau. Siap gugur-gugur bulu. Bulu dia macam keras tapi tak adalah sampai sakit mencucuk kulit, baby lagi kot. Dia suka orang kiput dia bebulat gitu. Aishhh...comel sangat awak eh. Dah la mata merah. Landak normal ada, tapi tak boleh nak pegang tangkap, garang sikit. Nak ambil gambar pun asyik lari menyorok.




Dia malu. Tutup muka gitu. Budak-budak ni takut nak pegang. Ai jugak berani. Hahahaha... Dengan anak pun berlawan.




Ini ular sawa. Kenapa duk dalam kurungan? Sebab dia besar sangat. Adik tu cakap, berat dia 15kg. Lagipun dia baru lepas makan. Jadi akan jadi lebih malas, berehat je la. Sebab tu kalo jenis makan lepas tu tido orang panggil macam ular sawa. Gini la kot..berlingkar je ha..

Ular ni diberi makan seekor ayam dalam berat 2kg tengok ai tanya adik tu, bagus kan ai, lengkap berat ayam lagi kah kah kah sekali sebulan. Biasa ular akan lapar lepas bersalin kulit. Makan tidur, mana tak besar badan, lepas tu kulit tak muat, salin. Ewahhh... Jadi ular bersalin kulit sebulan sekali. Ini pun ai baru tahu. Kalau tipu, tipulah ye, adik tu cakap gitu.




Sesi menerai ular. Aneeq nak sekejap je. Lepas tu lari sambil bertempik geli geli. Ular ni kecik sikit. Dalam 5kg. Tu pun dah berat, 15kg tak tau la. Aliff awal-awal lagi lari tah ke mana. Cubaan Cikgu nak acah-acah menakutkan anak dengan ular tu tak kesampaian. Kasyah menangis terus.Takut...




Bagi can Cikgu bergambar sorang. Kalau tak asyik berkepit dengan makwe dia. Makwe dia dibawa lari oleh Aliff. Alasan dukung adik, padahal memang nak lari.

Eh, ular ni kulit dia lembut tau. Lembut sangat. Selama ni ai bayangkan kasar gitu. Lembut dan licin. Ai pegang la yuu...tapi sayang, sebab ai jurukamera rasmi, tak de orang nak ambilkan gambar.




Okes... ai nak naik atas jap rileks rileks, chill chill. bye bye incik ular. Eh incik ke puan??

Slow motion je dia menjalar. Itu adik yang sanggup melayan pertanyaan akak yang poning. Terima kasih dik. Sudi layan akak. Cikgu kemain lagi tak bagi ai tanya macam-macam. Laaa, biar la. Ai tanya berapa lama dia keje sini? Berapa gaji? Apa skop tugas? Duduk kat mana? Hai, macam temuduga calon je. Hahahaha...




Okey, kawasan basuh tangan. Air dia sejuk je. Segar. Kat sini hero-hero siap main baling-baling air. Bengang je Cikgu heee... Kawasan bersih, tak panas. Siap ada tempat duduk-duduk kerusi batu lagi. Tak ada rasa macam pergi tempat orang, macam balik kampung je.




Badger kalo tak silap binatang ni. Dalam BM, errrrr..... Si pencuri dalam Dora, ni Aliff cakap. Ke hulu ke hilir dua ekor tu. Sibuk sangat berkawad siap bertembung sesama sendiri lagi.




Bila kita jalan-jalan nanti akan nampak pondok kayu. Tak sempat ambil gambar, hero-hero dah berlari ke sana ke sini. Ini kawasan reptilia dan serangga. Semua dalam kotak kaca gini. Ini saudara Oscar kata Aneeq.




Ulor lagi. Tapi ni versi kecik-kecik. Tu ada kulit dia. Kiranya masa kami datang ni tengah dekor saliln kulit la memasing.

Ada banyak binatang kat sini. Katak yang luar biasa, labah-labah, apa lagi...hmm.. ai lupa. Sebab tak banyak ambil gambar, anak dah melasak. Aneeq siap panjat kawasan kayu. Bekas kaca ni diletak atas tunggul kayu gitu. Nak bagi nampak macam bersinambung la dengan konsep dia tu.

Nyaris je dia nak cepuk ambil katak ke apa..hoiiiii anak. Jadi cepat-cepat lah kita. Kalau dah sampai kawasan ni, kiranya lawatan anda dah nak tamat. Ada juga tempat ayam-ayam yang unik, arnab-arnab dan banyak lagi. Ayam-ayam tu tak berkurung pun, elok je tak merayau bukan-bukan.



Tempat lawatan akhir. Kedai serbaneka. Akhir sekali sebelum kita keluar nanti akan jumpa. Jual barang-barang kenangan. Cikgu beli aiskrim. Upah nak bagi anak-anak diam. Sayang tak banyak pilihan. Adik kedai tu cakap, sebab musim cuti, orang ramai beli, tak sempat nak topup.



Akhir sekali, gambar akhir. Sambil tunggu anak-anak makan aiskrim. Nak tunjuk pagar tinggi tu. Tempat tu bakal jadi Pusat Konservasi Harimau. Lagi dua tiga tahun. Bakal jadi tempat tarikan orang ramai nanti.

Okes, tammat. Bajet macam cerita orang dedulu.

Tips top..

-kalau nak melawat Pusat Konservasi Gajah, elok bermula di Deerland Park ni. Untuk membunuh waktu kata orang. Sebab kat sana, program gajah bermula pukul 1.30 gitu. Jadi datang la sini dulu..


-tempat ni tak ada kawasan makan-makan, jadi kalau boleh bawa bekal macam kami. Gerai-gerai ada, kalau masih awal, gerainya tak dibuka lagi. Kedai terhampir kat cabang depan nun...

-Tiket masuk yang berbaloi bagi ai. Dengan kawasan yang tak luas mana (dalam 45minit lawatan) dan persekitaran yang macam dalam taman hutan gitu, seronok. Kawasan pun bersih terpelihara.

-Bawa air minuman. Kawasan tak besar mana, tapi haus yu,tak tau kenapa. Ai bawak air minum sebotol aje. Jangan la siap bawak berbotol-botol macam nak berkelah pulak dalam tu...

-Kawasan letak kerea yang luas jadi jangan risau ok. Nak berkelah boleh berkelah kat sini. Macam kami.. heee

-Kad/kertas penerangan kadang diletak sebelah tepi, kadang belah depan, seeloknya pihak pengurusan letak satu tempat je mudah. Tak adalah pengunjung blur macam ai tercari-cari.

-Barang-barang dalam kedai perlu sentiasa diupdate. Tak berapa sedap nak tengok dengan rak-rak kosong. Dapat pulak anak-anak pengunjung jenis cepat sentap. Nak aiskrim kene beli satu jenis yang sama semua, tapi tak dapat, mulalah perang saudara bermula. Heee...





No comments:

Post a Comment

Dah tulis?? Terima kasih :)