Thursday, January 23, 2014

Cobaannnn....



Ya ini cobaan bukan main-main. Cobaan yang betul-betul punya lah..hehe apakah ayat ande itu?? Sebenarnya percubaan bukan cobaan. Ades..cubaan nak menjadi ibu yang lebih main-tali bukan mithali ye sebab tengah nak belajar main-tali benang dan kain-kain. Sedehhh!!!

Sejarah ai dengan menjahit ni dah lameeee. Ai selalu suka cuba-cuba jahit. Tapi selalu kene bebel Ma sebab tiap kali ai menjahit sure akan patah jarum. Ma kata ai kuat makan jarum. So lepas SPM dulu Ma anta ai gi blaja menjahit kat Kemas jangan tak tauuu!!! Murah je pon, 2hengget skali datang blajo. Kang die ajar la sampai siap kita jahit pakaian kita nak tu. Ai dan la blaja jahit baju kurung dengan kebaya tapi anjaib yang terhasil bukan baju kurung tapi baju melayu, untok Chekgu hahaha.. tengah hanget ber-chenta memang la chenggitu pesal ayat macam mehh ni.. Baju melayu leher teluk belanga je pon..warna hijau slow yang comel  tah ke mana baju tu,tak de pulak nampak dah sekarang ni Masa jahit tu model die adik laki ai,yerla..kami mase tu shenta jarak jaus, main agak je size badan. Gigih buatkan seb baik la Cikgu nak pakai dengan cara ai jahit yang mueh mueh... Segan gak sebab arwah mak Cikgu dulu menjahit. Memang kene bahan la kot..harap masa tu bukan menantu die je lagi hehehe..

Sekarang bila dah berstatus ibu eh..mama anak tiga feeling nak menjahit tu datang balik. Lho katanya nak berjimat cermat sangat so mana-mana yang mudah-mudah tu baik la ai jahit sendiri. Pulak bila baca blog-bog yang mak-maknya menjahit lagi la ai rasa wahhhh!!! Tahun sudah seluar sekolah Aliff Cikgu semua anta kedai hehe malu saye kalo nak utter, tapi tahun ni no no! Ai akan cuba jahit sendiri.Bermula dengan seluar sekolah Aliff hujung tahun ari tu. Walopon diragui Cikgu takut senget. Heiiii...takat kain cotton ai boleh la... blagak tak hengat jugak,cotton je padahal Tapi rasa best la pulak. Dari bagi kedai skali utter tu selai sua amik RM5 dah save 20hengget dah kami. Lepas tu teringin pulak buat bantal peluk kecik ke hero-hero tu. Ni still menjahit tapi dengan tangan sajo. Dengan batasan masa memang gigih ai nak jugak buat.

Lepas tu usha la mesin jahit mini. Gigih suh adik beli kat Tesco jenama Global tak silap macam gambar kat bawah tu. Rege dalam RM90 masa tu. Guna dan dua kali je hang. Diam membisu seribu bahasa. Jengggg ai.. Tu yang gigih jahit bantal budak-budak guna tangan je.

 *gambar amik dari gugel



Dan sekarang ai nak naik sket taraf..beli hak ni plak. Hehe..nak beli mesin jahit yang betul tu rasa luar kemampuan lagi. Paling murah yang portable seken pon dalam RM400 uisss..tak pe. Bli hak ni dulu. Lama dah usha, bila Mokcik Laza emel stok dah ada apa lageyyy...dapat pulak diskaun 10hengget bila dari Makcik Laza dah jadi RM149.00 Ai shuke shuke benda murah-murah ni..harap la tahan eh??



*nanti dah ada hasil jahitan akan upload. Hehehe..bajet berseni la pulop. Matik laaa...

Thursday, January 2, 2014

02 Januari 2014







Gambar pagi tadi..pukul 6.30 pagi.. Hari pertama mereka ke sekolah, eh..hari pertama Aneeq ke sekolah dan ini tahun kedua Aliff ke pra-sekolah dah 6tahun Aliff, tue dah mama Asal nak Aneeq tu pra sama sekolah dengan abang dia, disebabkan umor Aneeq tu baru 3tahun 2bulan budak hujung tahun kan??Pra kat sekolah Aliff tu macam tak berapa nak terima dan timbal balik pros cons kami daftarkan Aneeq ke TBK Perpaduan je.. Dekat je,selang dua rumah dari rumah pengasuh. Mudah dan senang untuk kami. Nak bagi pendedahan je pon. Lagipun si Sepet tu sebok nak sangat sekolah. 

Hantar Aneeq ke tadika ni kira salah satu langkah penjimatan kluarga kami la. Hehehe..kalo anta ke umah pengasuh dua orang sbulan dah nak $600, terasa betul kami macam sebelum ni tak pernah anta dua anak pulak Akak pengasuh minta nak naikkan bayaran yela sebelum ni dia cuma amik $200 je, lepas piki-piki tak salah die pon. Sian jugak die..mana ada dah area Raub ni rege tu. Rata-rata kalo kat pekan rege $300-350 tu standart dah. Area KG ada la lagi $250. A

Tapi bila stat bayar bulan Disember ari tu, agak terasa dengan kenaikan harga. So kami somi istri pakat nak hantar Aneeq ke tabika kejap tabika kejap tadika..mokcik konpius Harapannya betul la kami dapat berjimat. Bayaran tabika cuma $10 sebulan. Masa awal je kene dalam satus lebih. So skarang status Aneeq transit. Budak transit $100 je sbulan dah jimat $190. Muahahaha..bapok keji mak die bab kira duit 

Langkah-langkahpenjimatan kami yang sudah bermula sempena tahun naik eh..naik tahun 2014 ni..
-Hantar Aneeq ke tadika
-Teruskan bf Kasyah insya ALLAH sampai 2tahun
-Banyakkan berpuasa sunat ni khas untuk ai puasa ganti pon banyak ni hehehe
-Dimestikan bawak bekal dari rumah sebab belanja makan Cikgu kat sekolah $15/hari untuk sarapan dan makan pagi 

Ok..nanti kene piki apa lagi langkah lain.. :)