Tuesday, February 28, 2012

The Telekung Project


Tengah ai menyinggah kedai sebelum balik kejap tengahari tadi tengtiba tangan gedik nak capai paper Utusan atas meja kedai tu. Ai ni besa la, veri the verlangak, tak baca Utusan tuh, tak cukup banyak gosip. Hahaha.. selak punya selak ada la dalam ni cite pasal The Telekung Project. Masuk opes tadi terus bukak fb carik. Ai tau blog ai tak fem mana ponn...tetapi andai ade yang singgah, men-singgah, ter-singgah ahziz singgah  gedik2 kan la jari jemari ande tekan icon atas tu..tekan sini plak terus ke Telekung Project da FB

Jaman2 muda mudi dulu salu tumpang solat kat satu surau Mall ni. Teruk telekungnya. Kami satu bilik ada kadang2 tolong basuhkan tapi selai dua jela. Kami student basuh tangan je pon kan??? Sebab kami kalo outing memang ke situ ha, so salu guna. Sekarang dah ok kot telekung kat sana tu. Surau pon dah cantik bukan cam dulu dah...Bagus Pn Azila, keep up ur good work

Thursday, February 23, 2012

Dabel A

Lama tak nulis pasal dua orang budak tu....hoh...mak eh lupa diri. Dulu kemhain g tulis pasal anak die.Siap nama tu pon nama anak...acchhhoommm!!! Ok..lintas segera kejap pasal dua hero tu
ALIFF
Dari awal tahun ni siang memang tak pakai diaper dah. Bagus...jimat duit mama abah hehehe Cuma ada time2 die trasa diri die baby tu, saje la ngada nak pakai balik. Kalo kat rumah akak tu time tido petang pon tak berdiaper dah. Tapi kat rumah lain la sket...tido pakai, nak berak pon sama pakai hoh!!!

Kami sepakat tukar susu dia. Tak pakai Snow dah. Die kuat minum susu, sakit wehhh...ni pakai susu murah sket, Dugro. Memula dulu cam tak sesuai sekarang dah ok. Seb baik ade juga susu biasa yang die nak trima rasanya.

Dah selalu pandai order-order makanan untuk di buat bekal esok g rumah Nenek die. Sakit la mama eh nak masak kengkadang tu

Dan reti bukak pagar ke dapur...So kebebasan dalam rumah lebih sekarang ni. Minum pon pandai amik air dalam peti je, nak air kosong sejuk jeee...

Sangat pandai memberi alasan dan ayat belas. Ayat dia guna biasa agak 'besar' untuk budak seumur die. Sampai akak ngasuh tanya kot-kot ai dengan Cikgu ni amik sastera dolu2...apekah??

Hobi baru, amik gambar. Dalam henpon tu jenuh dah nak membuang pic die amik. Amik gambar adik la, keta la. Tengok pic die amik pon boleh tahan. Dah tak senget dan gegar dah...

ANEEQ
Sepet ni sangat tabah dan sabar. Takat jatuh luka darah lutut tangan mulut, tak layan nanges eh!! Cikgu guna ayat 'babil' mean budak degil tapi ai tak suka la ayat tu, cam kasar..hahaha

Dah nak minum gelas berstraw dengan elok. Memandangkan susu asli dan makin mengurang kene carik altenatif lain la. Sekarang die minum MILO kosong+nestum. Tau tak elok untuk budak tapi tu je die leh minum tanpa muntah takat ni. Lau susu tepung/lembu berperisa dia akan buang balik

Sangat suka makan. Hois..tapi lepas tu berak. Makan kenyang berak...badan memang tak naik. Aiyoooo..sampai Aneeq antara budak kene pantau tiap-tiap bulan berat eh kat KKIA takut tak cukup zat katanya

Jadual makan dia 5x sari kat rumah nenek. Kadang balik malam time berita tu minta nak nasi lagi. Oh Aneeq tak berapa layan makan ringan-ringan eh. Cam laksa, laksam, mee...kurengg!!! Benda lembik-lembik lagi die tak suka

Cara BF sangat pelbagai sekarang, menonggeng, meniarap atas badan,tergantung apa-apa la. Agak menyusahkan, tapi nak buat camna. Huuuu...

Suka buku. Tak macam abang eh, lau beli buku sejam lepas tu sure koyak. Die akan selak baca sambil bebel tah apa. Konon2 baca la dalam bahasa Jermen dia. Paper??Llagiiiiiii die sukeee....

Suka ejek budak nanges....hahaha, yang ni klakar pon ada. Mentang2 die payah nak nangis. Dan  suka tipu-tipu nangis. Lagi die suka sepahkan baju. Baju dalam lemari memang abes la kalo terbuka je pintu bilik depan tu.

Pon suka main masak-masak. Lepas tu paksa kita makan. Lau kita makan tipu-tipu nanti die marah. Kene suap betul dan kunyah la kita nya. Ari tu die masak gelang getah, sabar jela.

Selain suka azan sebab nanti die akan ikut sama azan pon suka solat tak kira time. Solat nak sejadah lawa je..walopon suh pakai baju tak nak. Solat berlampin je haaa...

Terbaru, pandai tepon umah Tok Bah die dah. Dah 3x dah...pelik, nombor rumah kampung bukan list atas, pon tak de speed dail, dalam history pon tak tepon ni lau off salu hilang history seme. Tapi leh die kol lepas tu cakap bebel Jermen die lebih kurang, dah. Kalau adik kat rumah tak bagitau die dah cakap dengan Aneeq gamaknya mama die pun tak tahu la. Siap Su Ni die kata "Laaa..ingatkan Lom kol lepas tu saje pass kat Aneeq" Adeh...
Gambar Cikgu dengan budak itik dan budak pen-takut air

Thursday, February 16, 2012

Astrid..Tentang Rasa



aku tersesat menuju hatimu
beri aku jalan yang indah
izinkanku lepas penatku
tuk sejenak lelap di bahumu

reff:
dapatkah selamanya kita bersama
menyatukan perasaan kau dan aku
semoga cinta kita kekal abadi
sesampainya akhir nanti selamanya

tentang cinta yang datang perlahan
membuatku takut kehilangan
kau titipkan cahaya terang
tak padam didera goda dan masa

dapatkah selamanya kita bersama
menyatukan perasaan kau dan aku
dapatkah selamanya kekal abadi
sesampainya akhir nanti selamanya


*dah lama suka lagu ni tapi bila tengok Vanilla Coklat guna...cam lagi best pulak lagu ni..hehehe saje share
abah-cate buat Cikgu :p

Wednesday, February 15, 2012

Cikgu dan Bekal

Kalo anda lelaki a.k.a suami adakah anda sanggup bawak bekal dari rumah yang dimasak isteri???
Dan kalo anda isteri sanggup ke bangun pepagi siapkan bekal untuk suami setiap pagi??


Memula kawen dulu ai suka sangat buat bekal untuk Cikgu. Die keje jaus kan. Pepagi sebelum fajar siddiq dah kua bajet tahu pukul berapa fajar muncul hehehe besa dalam pukul 5.30 pagi die dah turun dari rumah sewa kami kat Raub tus.Ngajar nuh di Tanjung Gahai. Sekolah yang kena lintas sungai naik boya orang kampung sana panggil. Jauh dari rumah kami dalam 70km..kira setiap hari Cikgu ulang alik 140km dengan Bobo kesayangam die bobo nama manja motor Honda Ex5 Cikgu, sila jangan komplen kenapa nama die cam pelik..hahaha Besa ai bekalkan air nescafe panas, air masak dengan nasik dan lauk2. Ale..lauk2 simple je. Kadang paprik, goreng kicap ke, masak merah ke...Lau malas ngat goreng2 jela cam nasik ke bihun.

Lepas Cikgu dapat tukar ke Raub setaun lepas tu...die salu elak2 nak bawak bekal. Tapi air nescafe dengan air masak tu still. Tapi lelama air nescafe pon dah tak nak dah. Payah nak ber-so-sial-is katanya. Segan makan kat kantin dengan bekal2 segala. Dan dan sekarang tinggal air masak je bekal eh... Dah lama baru tau, orang2 kat sekolah dok kata die ni cam kene QC..adess....gitu pulop. Kalo isteri sanggup bangun pepagi masak/panaskan lauk untuk bekal suami maknaya isteri control suami la eh??? Bingungnya penyataan dari orang2 yang bekerjaya sebagai guru di sebuah sekolah yang agak bandar eh???

*hohooo...bagus gak..tak payah la ai bangun pepagi lagi dah...hahaha

Thursday, February 9, 2012

Dua Tahun Sudah...

Kejap je dah dua tahun...rasa macam tak percaya
Semoga arwah bersama dengan golongan yang disayangi NYA
Terima kasih tunjuk ajar mak...walopon kejap je jadi menantu mak

Setiap apa yang berlaku ada hikmahNYA
Kadang tanpa kehilangan kita takkan pernah menemui sesuatu
Semoga kalian adik-beradik tabah sentiasa

*Na....Kak Long pinjam ni dari wall fb

Tuesday, February 7, 2012

Perkara Asas Sebelum Membina Rumah

Sebelum kami membuat keputusan nak bina sendiri rumah bukan kami la bina, orang lain banyak kali kami tangguh2 keputusan ni. Hmm..salah ai kot. Cikgu jenis gamble sokmo, ai ni jenis takut2. Yes, ai takut komitmen. Hahaha..baru sedar sekarang kelemahan tu patut dulu nak kawen pun boleh nak lari2 lagi baru paham prasaan Julia Robot dalam Runaway Bride Stat dari beli tanah pon Cikgu yang gamble beli tanah lot tu. Kalo tak..huuu...tapi disebabkan penat house-hunt dah masuk 3tahun +sakit sebab asek melepas aje kami teguhkan hati tahun ni nak kene bina gak rumah tu.

Tapi banyak juga prosedur die rupa eh...uiihhh...kepala fenin, hati runsuing, ai dah goyang2 dah. Hehe..tapi Cikgu pandai. Dia pandai teguhkan ati binik die ni. Asal hujung minggu die akan ajak kami metim famili. Bincang pasal rumah, verangan2 itu ini. Dan akan keluar house-hunt rumah cantik2 bagi idea esok2 atau kedai2 konon2 survey barang2 untuk rumah padahal baru siap pelan je rumah tu..hahaha

Untuk yang nak bina sendiri rumah, ada beberapa benda asas yang nak kene tahu...
1) Tanah yang nak di bina rumah tu kene nama orang yang nak buat loan tu. Kalo tanah tu dalam geran buat dua nama ok gak. Cam kami sebab ade musabab, tanah Cikgu beli tu letak nama ai. So loan perumahan nanti ai yang buat la. Oh ya, make sure juga status tanah yang nak di bina rumah tu. Kalo pertanian sila tukar kepada perumahan ke apa..well, kalo ikutkan sekar tanah pertanian melayakkan kita bina sebiji rumah atas tanah tersebut. Tapi kami memam tanah untuk buat rumah. Tanah lot..luas dalam 6600sf. Sape yang tak tukar status tanah nak tukar tu, kalo buat sendiri makan masa juga la. Kalo suruh konsultan buat cepat sket sebab besa diorang ade kaki dalam tu. Cuma..makan pitis la pulak kan kan...

2) Kemudian buat pelan rumah. Carik la mana2 syarikat yang berdaftar buat benda alah ni. Lau nak murah leh je beli pelan dah siap dari Majlis Daerah tapi yela..no fun la. Umah tak de taste kita kan kan..cost die tak mahal lau beli siap dari MD dalam ratus2 la..tapi kami amik dengan kontraktor ni. Die ade arkitek die. Kos ni tengok pada kecantikan pelan rumah tu. Kami amik syarikat besa2 je. So upah die dalam 3k je. Ade lagi dua syarikat lain kat Raub ni tapi kos die dalam 5k gitu. Memam pelan die lawa...but, pelan lawa2 buat pe??? Janji rumah die bina tak senget benget daaaa...bukan makcik nak bingkai pelan letak kat depan ponnn...

3) Nanti pelan ni akan dihantar ke MD untuk di kelulusan. Kos kat sini ukut keluasan rumah. Makin besar makin mahal. Umah kami insya ALLAH dalam 1700sf huuu kalo tak berubah lagi... Dalam masa 3bulan kot leh lulus. Sebab bantyak peringkat nak kene masuk ni. Bahagian survey tanah la, akitek diorang la bla bla bla..dah tak ingat dah lecture apek tokei tu..hahaha lau buat rumah kat kampung leh je tak jumpa MD ni, tapi kene ade duit sendiri la. Kami ni pinjam gomen wuuu...

4) Kalau seme dah ok..baru diorang akan buat kerja2 tanah. So jangan sebok2 nak pergi sodok tanah pe. Kalo nak buat ok kot. Hehehe..kami masukkan dalam kos buat rumah tu je. Mudah.. :p

**tak lama lagi banyak la entry2 pasal rumah..dulu jeles je tengok2 orang reno rumah..hehehe...hhuii, projek mahal gini kene detail sket tulis. Bagi peringatan, payahnya nak membina rumah tangga hahaha

Thursday, February 2, 2012

‎6 SEBAB BERUNTUNGNYA PEREMPUAN


1.) Dia bekerja dengan Allah.....jadi 'kilang manusia'.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..7 - 15 hari sebulan dia tak wajib solat tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari selagi tidak habis nifas Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi, seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid kecil..
4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami tidak perlu ditanggung.

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu, tambahan lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

6. )Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan semua lelaki fahami hati
naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA.......

*copy paste dari fb..kalo ade yang salah silap mohon betulkan