Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Tuesday, January 27, 2015

Rumah Buat - Chicken Ball




Anak-anak kureng sikit kalau bahagian isi ni. Kalau masak memang diorang elak ambil bahagian isi tu. Kalau nak diorang makan biasanya carik-carik letak dalam bihun sup atau casserolle sekarang ni sangat suka masak casserolle Terjumpa cerita pasal buat sendiri bebola ayam, jadi semangat nak buat.




Isi ayam potong tumbuk je dalam lesung mudah. Hahaha..tambah sama bawang putih dan sikit garam. Sikit je, sebab bawang putih tu bagi rasa masin jadi lebih. Tu aje, tak ada tambah tepung ke apa dah. Senang kan?



Gegentel dia macam onde-onde buah melaka. Aliff datang tanya dengan muka cuak "Mama buat onde-onde guna ayam?"



Rebus. Sila tunggu air betul-betul mendidih. Lepas tu jangan di taruk banyak sekaligus. Nanti drop my water face eh eh..drop die punya temprature.



Empat ketul ayam bahagian dada dapat sebekas polisterin ni. Tunggu sejuk nanti baru masuk tempat sejuk beku. Kena label, sebab ai jenis cakduh bak kata Cikgu.




Pasta angel hair dengan sos carbonara dan bebola ayam sendirian berhad buat. Saje nak try sos putih pulak. Err...samada saya tak reti masak atau tekak tak boleh masuk. Tak berapa suka, lemak berkrim sangat. Suka lagi yang sos merah/tomato tu. Kasyah je suka, jadi simpan kuah ni dalam sejuk beku, Isnin jadi ebkal Kasyah hehehe..


Resepi sos carbonara :

Butter untuk menumis
Bawang putih dan bawang kuning potong dadu
Susu segar
Tepung gandum
Cendawan beli dalam tin
Keju ai guna keju besa je tapi perasa cheddar
Lada hitam, garam

Tumis butter sikit dengan bebawang tu. Jangan sampai hangus nanti tambahkan tepung gandum. Letak sikit-sikit sebab tak nak berketul dan kacau jangan bagi hangus. Lepas tu tambahkan susu segar banyak mana nak. Kacau la kejap dan tambah keju. Ai guna keju keping biasa je, cuma keju tu rasa cheddar jenama apa lupa dah. Tambah cendawan dalam tin hiris dan lada hitam juga garam sesedap lidah. Siap.

Friday, January 23, 2015

Lazada - Hadiah Awal Untuk Cikgu





"Abang nak Sayang beli hadiah jam untuk abang tahun ni..jenama Seiko"

Ada tiga jenis ke-jarang-an yang berlaku di sini.
1) Jarang kejadian Cikgu akan buat permohonan nak hadiah biasa ai akan belikan sebelum Cikgu minta dan beliau pura-pura malu-malu konon tak nak
2) Pun jarang kejadian beliau minta hadiah siap nak jenama dan hadiah apa
3) Dan yang paling jarang tu, permohonan tu guna ayat bahasa formal, biasa ayat dia slang Kelantan la hahahah..

Cikgu masalah beliau, kalau nak benda dan tak dapat-dapat lagi, beliau punya resah gelisah tu memeningkan kepala. Mood memang terus ke pulau, dah la cepat sentap tak tau la kat sekolah macam mana fiil dia Nak mengelakkan aura gelap Cikgu makin membara, ai cadang beli kat Lazada je, nasib baik Cikgu terima cadangan tu. Nak tunggu ai gi usha kedai jam apa semua, ini bukan macam cerita mencari hadiah jam 13tahun lepas. Mencari dari Sogo ke MidV, Mines, KLCC bagai kesian roommate tersayang, terima kasih Na, jasa dikenang Ini jaman ai dah mak orang, nak ke hulu ke hilir dengan skuad khas tu satu hal, nak mencari masa nak merayau tu pun satu hal.

Pilih kat Lazada, simpan dalam wishlist bagi Cikgu pilih. Kalau tunggu Cikgu pilih sendiri dari senarai kat Lazada tu, seminggu tak berpilih lagi. Tiap malam duk menghadap komputer bukan buat kerja, menghadap Lazada. Lepas tu bila nak tidur mengeluh kesah tak sudah. Poning mokcik!!!




Pilihan Cikgu akhirnya..  

Kebetulan hari nak buat pembelian tu, Lazada bagi tambahan 10% diskaun+ai punya kupon sendiri. Alhamdulillah, harganya sangat la ai suka. Tapi cuak jugak, sebab dah servey kat Raub ni, harga jam Seiko ala-ala gini dalam RM500 jugak. Kot kena yang bukan asli tak ke niaya? Beli harga nak murah lagi kesahkan asli tak asli? Mesti. Kata PENJIMATAN BERHEMAH

Ai dah membeli-belah kat Lazada ni dah masuk 3tahun. Tapi bukan jenis pembelian barang yang kita akan fikir keasliannya. Macam beli tablet sebelum ni, ai memang dah tahu tab tu cap ayam. Selain
dari tu ai penah beli mesin jahit dua kali, botol susu anak, handphone, water jet dan banyak lagi barang-barang remeh. Penghantaran barang Lazada memang ok sangat. Yang paling lama pun masa beli water jet, amik masa seminggu. Itu pon rasa dipengaruhi faktor-faktor lain. Kami beli waterjet tu untuk ayah mertua di Kelantan, nak basuh rumah lepas banjir.

Pun penah guna khidmat COD tolong belikan untuk adik di Kepong. Lambat, 5hari baru sampai. Ai telefon kata nak hantar hari ni, tapi tak ada jugak. Lepas tu mengadu kat Khidmat Pelanggan Lazada, kata silap inilah, itulah. Tapi ini cerita 2tahun sudah. Sekarang tak tahu macam mana perkhidmatan COD LAzada.




Order tracking by Lazada. Sangat bagus. Memang sangat cepat dia update tracking barang kita. Mesej pon dapat melalui handphone. Kalau barang kita tu diproses pukul 2.30pagi, memang masa tu lah kita dapat mesej nyer. Siap pengedar barang tu pon akan mesej kita sama dan bagitahu kalau ada apa-apa masalah boleh terus berhubung dengan dia.






Ini pulak emel pemberitahuan dari Lazada. Ai suka sangat gini, teliti. Yang tak best tang syarat dia tu, sebab jam Cikgu pilih ni import, akan ambil masa dalam 8-14hari bekerja. Masa bagitau Cikgu tu, terus berubah muka dia hahahaha...kesian beliau angau.




Sekali tengok eh eh,dah sampai. Dapat emel pagi tu macam lambat lagi. Petang tu Cikgu cakap dah dapat bungkusan. Terus sengeh manjang..macam budak dapat basikal baru. Tengok alamat kat FedEX dari Hong Kong, kalau betul, memang sangat cepat. Cikgu pon semangat nak beli barang lagi. Apekah..


Selamat Hadiah Hari Lahir awal untuk Abang, dan terima kasih Lazada :)

Thursday, January 22, 2015

Cerita Sekolah Agama 2



Aliff : Mama... Aliff malu la nak g Paka  read PAKKA

Ai : Base doh baru-baru blaja tak tahu, lama-lama pandaila tu
ingatkan die malu sebab tak pandai mengaji..

Aliff : Bukaaammmm.. Aliff malu sebab ada sorang budok puam kat Paka ni. Die suke tunggu Aliff lepas tu dia nak ciom ciom gini ha gini sambil buat mulut uncung-muncung Aliff malu la mama, pipi Aliff rasa panas nok netup. Aliff tanak becinte..macam mana ni mama?




Banyak die punya becinte...



Cerita Sekolah Agama



Cerita 1
Aneeq : Mama, ustazhah kan, die suke panggil nama Aneeq
Ai : Iye, bagus la. Aneeq buat ape sampai ustazah panggil nama sokmo?
Aneeq : Aneeq panggil la..ustazhah nanti ustazhah pusing tengok Aneeq dia kato 'ye Muhammad Aneeq?' lepas tu Aneeq senyum la. pah tu Aneeq panggil lagi.. ustazhah...ustazhahh.. dia pusing lagi, panggil 'ye Muhammad Aneeq?' Lepas tu Aneeq panggil lagi..uuuuusssstazhahhhhhhhh uuussstazhahhhhhh uuusssstazhahhhhhh (bla bla cite bersambung.....)

Mesti tensen ustazah sekolah agama Aneeq.. huuu


Cerita 2
Aliff : Aliff suka gi Paka mama. Sebab Aliff rama kawan. Kawan Aliff bukan maknusia jah..binatang pon Aliff kawan
paka = PAKKA (tempat sekolah agama petang)
Ai : Awak gi kawan dengan ape plop? Jangan duk main la binatang bukan-bukan, dia ada penyakit bukan kite tahu
Aliff : Dop. Aliff kawan dengan monyet mama. Kalo Aliff datang Paka tu selalu ada monyet. Masa Aliff berak pon ada, dia teman Aliff berak. Jadi Aliff suka berak kat Paka tapi gak tak beh jugak sebak tak kosentret nak berak, monyet tu ketuk-ketuk pintu. Monyet tu pon nak masuk berak jugak kot mama..

...........

Wednesday, January 21, 2015

Pai Ayam Pooooo..Taaaaa....Toooooo






Jumpa resepi kat FB. Saje nak cuba masak benda gini sebab boleh sorok sayur dalam tu. Hehehe.. Lebih tu nanti boleh jadi bekal Kasyah pagi esok. Aliff masa tengah bersiap nak membakar duk sibuk mengintai.. "Owh..mama masak poooo..taaaa...tooo" Sebab dia tengok ai duk lecek kentang tu kot.

Bahan-bahan

Ubi kentang 3ketul rebus/kukus lecek +garam sikit, lada sulah sikit dan susu segar
Isi ayam rebus carik halus
Bawang besar+bawang putih tumis sekejap lepas tu tambah sos tomato, sos cili dan sos spageti.
Bunga kubis dicelur kejap lobak merah dan tomato di tumis bersama bahan tadi
Keju mozarella  tak guna sebab tak ada, guna keju petak biasa je

Lapiskan dengan sos yang ditumis tadi, ditabur dengan isi ayam carik tadi. Lepas tu tabur pulak sayur-sayur dan lapis lagi dengan kentang lecek.Akhir sekali tutup dengan keju. Ai guna bekas aluminium je. Sebab nak bakar dalam piyuk anjaib. Bakar pon kejap je, sebab semua bahan dah masak, cuma nak cairkan keju dan bagi sebati sikit bahan-bahan. Dah siap bakar, sedia untuk dimakan..sedap!! Yang penting Kasyah makan banyak tahan pedas jugak budak kecik ni

Tuesday, January 20, 2015

Sekolah Agama



Dah dua minggu sekolah baru dapat ambil gambar diorang. Kelam kabut sikit sebab nak membiasakan diri dengan jadual baru hidup, ini pun kebetulan semalam nak hantar kereta ke klinik tak sihat pulak si itam tu jadi sempat la tangkap gambar bebudak ni.


Hero sulung saya.. Muhammad Aliff. Kejap je dah darjah satu. 


 Hero nombor saya dan yang paling unik antara tiga-tiga hero Muhammad Aneeq


Tangkap dari dalam kereta je. Ai tak leh hantar diorang rapat, nanti mula la banyak kerenah manja tu... Cikgu la yang kene bersusah payah lebih sikit sejak hantar diorang sekolah agama. Terima kasih bang...

Monday, January 19, 2015

DIY Cosmetic Storage Box - Jom Mengemas!!!





Konon, nak mengemas nak bersebab bagai. Padahal kalau lap-lap simpan elok-elok pon ok je sebenarnya. Alasan pasal nak beli barang online kan kan kan?? Dan seperti biasa, nak beli online pon, kita kene jaga bajet jugak. Ingat, pembelian berhemah amalan kita. Setelah buat perbandingan sana sini sinun dan akhirnya beli jugak benda alah yang namanya DIY Cosmetic Storage Box ni.

Cikgu bawa balik bungkusan tengahari Sabtu ai besa kalo pos berdaftar guna alamat sekolah Cikgu, mudah dan cepat Sambil buka bungkusan sambil jeling Cikgu yang duk baca suratkhabar kot dia nak meng'sound' ai, bimbang jugak beli tak bagitau dia awal-awal.Masa keluarkan keping-keping kadboard/kayu dalam 20keping dari bungkusan tu Cikgu bunyi "Bulih ke buat tu? Supo payoh jah" Berdebar kejap ai, tapi Cikgu tak tau, lalim dia ni dulu sesangat la heibat kalo bab main susun suai ni. Eheh eheh..sekali tak boleh buat memang menahan la telinga lepas ni.




Kertas arahan. "Yes, ai can read chinese beri the good one...Dont see me one eye ok?" Tak pedulikan ayat apa dah, tengok gambar jela ai. Memula susun keping-keping tu ikut nombor dia bagi dari 1-19 dan ikutla arahan bergambar tu. Nak menysun keping tu memang mencabar, sebab 3A pon sama excited nak buat istana jugak dengan keping tu.. Gambar pun tak dan nak berambik dah.. Jadi membina la kotak alah ni ikut gambar tu.




Plingggg!!! Dah siap. Magis nye magis nye.. Sila abaikan model kat tepi kotak, ini gambar paling baik yang boleh ambil huuuu... Keping dia tu tebal jugak. Ada gelang getah kecik warna putih untuk kejapkan kedudukan kotak tu nanti. Kira bucu-bucu yang masuk ikut celah tu tak ada la akan tercabut. Kukuh juga la benda ni




Cikgu biasa la tak puji tapi dia cakap "Kenapa beli soe jah??"  Itu maknyanya dia suka. Bagus bagus..gosok kepala sendiri hehehehe..

Rasa hari tu dah macam besar masa pilih, saje tak pilih yang besar sikit lagi saiz dia, sekali tak semua barang muat. Tapi ok la, tak ada la semak terabur merata barang. Yang ni saiz dia 31 x 21 x 8 (cm) Ada yang kecik lagi, pun besar sikit lagi. Jenis bentuk pun pelbagai. Ini beli kat Lelong.my dengan harga RM37.00 termasuk postage paling murah ai jumpa hahaha.. Okeh, minggu depan nak kemas apa pulak, jom belek internet :p


Monday, January 12, 2015

Selamat Hari Bersekolah






Tertengok ayat ni kat dinding kawan FB. Owh..sangat lah 'suka' kata-katanya. Paling tepat menggambarkan rasa-rasanya hampir ke semua ibu-ibu mak-mak orang kat luar sana, termasuk la ai. Tambahan pulak  bila sekolah dah mula ni, memang benda paling menyakitkan kepala adalah nak meng'handle' perjalanan rumah tangga. Mana nak itu nak ini, tambahan dengan kes kehilangan barang masa-masa akhir ni padahal cari pakai hidung belake hahaha

Cikgu hari Sabtu lagi duk ulang ayat 'Abang nak gi sekolah awal ari pertama nih' Siap suruh ai masak sarapan siap-siap malam sebelum tidur tu. Apekah.... Ikutkan tahun ni ai dah naik satu tahap kesukaran lagi dah macam main game pulak Sebab Aliff dah darjah satu, Aneeq pra-sekolah dengan Kasyah dah mula duduk rumah pengasuh baru alhamdulillah, kami dah jumpa pengasuh baru yang lebih dekat dengan rumah Makanya makin bertambah baju perlu digosok dan bekal makanan yang wajib kena bawak. Tambahan dua beradik tu dah masuk kelas agama petang. Owh..mendoakan semua yang ai rancang sebelum sesi sekolah bermula ni berjalan lancar.

Bak kata mama ai, 'Kebijasanaan mengurus rumahtangga seiring dengan pertambahan anak' apekah perlu mem-beranak-kan lagi? Kelam kabut memula je..dah biasa nanti akan ok, insya ALLAH. Jadi, rancangan ai nak memudahkan kerja patut buat adalah :

-Gosok baju siap-siap semua. Dan siap pasang-pasangkan setiap pakaian tu untuk memudahkan proses pemakaian annti. Dari baju,seluar, singlet, tie dan stokin ai gantung sekali.

- Untuk baju-baju yang akan berulang pakai baju sekolah/sekolah agama doubleA ada dua pasang je basuh tangan petang, terus jemur untuk mengurangkan kadar kedut pada baju mudah nak gosok kalo tak kedut tak payah gosok hahaha. Jadi tak ada istilah hari mendobi yeee...

- Bebawang dan lada sila kisar siap-siap. Ai dah agak-agak menu sarapan apa yang akan nak masak sepanjang minggu. Jadi dah siap sedia dengan ayam, sayur-sayur, bawang-bawang, lada ke yang hiris kene ada jugak walo dah ada yang kisar, sebab lagi best hehehe dan letak dalam bekas asing-asing sesiap. Nak masak tarik je keluar dari peti ais.

- Kalo ada menu nasi lemak ke kari ke, ai besa dah siapkan tumis-tumisannya lepas tu simpan dalam tempat sejuk beku. Nak masak defrost dan tambah apa yang patut. Kalo kari tu boleh je tambah siap ayam apa, orang Kelatan panggil mati awah gitu.. Nanti simpan dalam bahagian sejuk beku, nak guna cairkan.

- Barang-barang nak pakai esok kene siap sedia kat tempat yang Cikgu boleh nampak. Kalau tak memang dia akan hangin walaupon tu salah dia sebab cari tak jumpa hehehe.. Bekas untuk air dan nasik pon susun sesiap, baju sekolah agama gantung kat pintu depan. Esok mudah nampak nak simpan. Barang anak pon kene pastikan diorang siap sedia sebelum tidur.


Tu jela kot..hmm.. harap rancangan berjalan lancar. Hari pertama sekolah ai dah demam urat, aduhai..

Thursday, January 8, 2015

Bah Merah Kelantan 2014


Saya selamat pergi dan kembali dari kampung, alhamdulillah. Walaupun pada mulanya Cikgu teragak-agak kerana mendengarkan keadaan jalan yang sangat tidak memuaskan dan faktor-faktor lain yang perlu diambil kira sebab pulang dengan anak-anak kan? dan keadaan kereta kami yang tidak memuaskan.

Malam sebelum pulang, saya menyibukkan diri mencari jalan terbaik selain laluan biasa. Dengan LPT yang masih banjir, jalan lojing yang belum dibaikpulih, altenatif lain melalui Negeri Sembilan yang mana Cikgu memang tak biasa dan saya cuma ingat-lupa-lupa jalan tersebut dulu lalu pon abah yang pandu. Akhirnya tawakal je balik melui jalan biasa. Jalan Gua Musang. Syukur semuanya dipermudahkan.


Rancangannya bertolak betul-betul awal pagi dan bila hari dah cerah sikit baru nak melalui kawasan Bukit Tujuh dan seterusnya. Berhenti sekejap di masjid Lipis maaf lupa nama masjid untuk subuh Di kawasan masjid penuh dengan kenderaan denagn aneka bendera dalam misi bantuan banjir ke Kelantan. Terasa sangat ke-malaysia-an bila ahli-ahli kumpulan berbual dengan pelbagai loghat, Sebak, ya! Inilah rakyat Malaysia. Prihatin dan sangat pemurah.

Sebaik sahaja masuk ke kawasan terjejas, memang jelas kesan banjir melalui skema warna yang sama sepanjang jalan. Jalan memang agak teruk dengan lubang-lubang yang dalam tetapi boleh dilalui cuma perlu lebih berhati-hati kami turun pagi jadi jalan kurang sesak dengan kenderaan Sepanjang jalan tu ada empat biji kenderaan yang pecah tayar. Syukur sangat sebab kami tak terlibat dan terima kasih kepada Cikgu yang memang ter-sangat-lah berhati-hati memandu. Dek kerana ke-ber-hati-hati-an Cikgu memandu, sempatlah saya menangkap beberepa keping gambar.




Rumah yang diheret kuasa alam..sampai ke gigi jalan. Ni tak silap kawasan Manik Urai. Maaf, sebab tanda jalan apa dah tak jelas dan saya pulak jenis yang payah nak ingat nama kawasan.



Pelebaran sungai yang sangat dahsat. Tak pernah tahu pon ada sungai kawasan ni asal sungai kecik Tebing memang macam dah hilang, habis di sapu bersih pokok-pokok yang dulu merimbun kat sini.



Gambar ni ada cerita yang buat saya menangis teruk. Depan ni sikit ada pokok nampak bayang ket tepi tu Ada sekumpulan kecil mangsa banjir duk menumggu kenderaan bantuan.Sebelum ni lagi ada seorang ayah dengan anak kecik dalam umur setahun diikat ke badan guna kain naik motor penuh berselut. , keluar dari jalan kecil diorang naik motor hampir seiring dengan kami  Baby tu comot je dengan baju dan kulit berceloreng warna tanah dengan mata sayu, lapar mungkin dikawasan banjir ni payah nak tengok warna lain selain warna tanah dan selut  Ada sebuah kenderaan bantuan  pon berhenti dan membahagi-bahagikan air, mi segera dan biskut. Kumpulan yang menunggu tadi termasuk si ayah cepat-cepat tapi bukan berebut sebab diorang nampak macam lesu je ambil barang-barang tadi. Dan saya sempat tangkap si ayah tu bertanya orang di atas kenderaan bantuan tu "Cik, ado susu dop?" Orang tu jawab tak ada. Air muka ayah tu terus berubah. Ya Allah macam mana saya nak cakap keadaan masa tu. Sampai sekarang pon teringat-ingat lagi dan tiap kali teringat cepat je air mata keluar Dia pegang kepala baby tu dengan riak kecewa cakap "tak po lah". Terus saya menangis. Cikgu kat sebelah duk menyeka mata. Aneeq pon siap cakap "Mama..mama bagilah susu adik Kasyah" Alahai sayang..nyilu rasa hati.

Sepanjang jalan memang emosi sangat tercabar. Saya ni jenis hati tisu lagilah. Bandar Krai memang teruk. Macam disapu dengan penyapu gergasi. Jadi bersih yang menakutkan. Tengok sendiri stesen petrol yang tenggelam tu terasa sangat kerdilnya diri dengan apa yang terjadi. kami berpeluang bercakap dengan mangsa-mangsa banjir dan terselit rasa kagum. Diuji sehebat itu ada yang sampai tinggal baju dibadan tapi masih boleh tersenyum. Masih boleh mengucapkan syukur....

Ya Allah, permudahkanlah segala urusan mereka. 
Dan satukanlan semua yang hati-hati yang terlibat
Semoga kejadian ini membuka mata, apa yang penting dan apa yang tidak...