Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Monday, January 12, 2015

Selamat Hari Bersekolah






Tertengok ayat ni kat dinding kawan FB. Owh..sangat lah 'suka' kata-katanya. Paling tepat menggambarkan rasa-rasanya hampir ke semua ibu-ibu mak-mak orang kat luar sana, termasuk la ai. Tambahan pulak  bila sekolah dah mula ni, memang benda paling menyakitkan kepala adalah nak meng'handle' perjalanan rumah tangga. Mana nak itu nak ini, tambahan dengan kes kehilangan barang masa-masa akhir ni padahal cari pakai hidung belake hahaha

Cikgu hari Sabtu lagi duk ulang ayat 'Abang nak gi sekolah awal ari pertama nih' Siap suruh ai masak sarapan siap-siap malam sebelum tidur tu. Apekah.... Ikutkan tahun ni ai dah naik satu tahap kesukaran lagi dah macam main game pulak Sebab Aliff dah darjah satu, Aneeq pra-sekolah dengan Kasyah dah mula duduk rumah pengasuh baru alhamdulillah, kami dah jumpa pengasuh baru yang lebih dekat dengan rumah Makanya makin bertambah baju perlu digosok dan bekal makanan yang wajib kena bawak. Tambahan dua beradik tu dah masuk kelas agama petang. Owh..mendoakan semua yang ai rancang sebelum sesi sekolah bermula ni berjalan lancar.

Bak kata mama ai, 'Kebijasanaan mengurus rumahtangga seiring dengan pertambahan anak' apekah perlu mem-beranak-kan lagi? Kelam kabut memula je..dah biasa nanti akan ok, insya ALLAH. Jadi, rancangan ai nak memudahkan kerja patut buat adalah :

-Gosok baju siap-siap semua. Dan siap pasang-pasangkan setiap pakaian tu untuk memudahkan proses pemakaian annti. Dari baju,seluar, singlet, tie dan stokin ai gantung sekali.

- Untuk baju-baju yang akan berulang pakai baju sekolah/sekolah agama doubleA ada dua pasang je basuh tangan petang, terus jemur untuk mengurangkan kadar kedut pada baju mudah nak gosok kalo tak kedut tak payah gosok hahaha. Jadi tak ada istilah hari mendobi yeee...

- Bebawang dan lada sila kisar siap-siap. Ai dah agak-agak menu sarapan apa yang akan nak masak sepanjang minggu. Jadi dah siap sedia dengan ayam, sayur-sayur, bawang-bawang, lada ke yang hiris kene ada jugak walo dah ada yang kisar, sebab lagi best hehehe dan letak dalam bekas asing-asing sesiap. Nak masak tarik je keluar dari peti ais.

- Kalo ada menu nasi lemak ke kari ke, ai besa dah siapkan tumis-tumisannya lepas tu simpan dalam tempat sejuk beku. Nak masak defrost dan tambah apa yang patut. Kalo kari tu boleh je tambah siap ayam apa, orang Kelatan panggil mati awah gitu.. Nanti simpan dalam bahagian sejuk beku, nak guna cairkan.

- Barang-barang nak pakai esok kene siap sedia kat tempat yang Cikgu boleh nampak. Kalau tak memang dia akan hangin walaupon tu salah dia sebab cari tak jumpa hehehe.. Bekas untuk air dan nasik pon susun sesiap, baju sekolah agama gantung kat pintu depan. Esok mudah nampak nak simpan. Barang anak pon kene pastikan diorang siap sedia sebelum tidur.


Tu jela kot..hmm.. harap rancangan berjalan lancar. Hari pertama sekolah ai dah demam urat, aduhai..

No comments:

Post a Comment

Dah tulis?? Terima kasih :)