Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Tuesday, January 27, 2015

Rumah Buat - Chicken Ball




Anak-anak kureng sikit kalau bahagian isi ni. Kalau masak memang diorang elak ambil bahagian isi tu. Kalau nak diorang makan biasanya carik-carik letak dalam bihun sup atau casserolle sekarang ni sangat suka masak casserolle Terjumpa cerita pasal buat sendiri bebola ayam, jadi semangat nak buat.




Isi ayam potong tumbuk je dalam lesung mudah. Hahaha..tambah sama bawang putih dan sikit garam. Sikit je, sebab bawang putih tu bagi rasa masin jadi lebih. Tu aje, tak ada tambah tepung ke apa dah. Senang kan?



Gegentel dia macam onde-onde buah melaka. Aliff datang tanya dengan muka cuak "Mama buat onde-onde guna ayam?"



Rebus. Sila tunggu air betul-betul mendidih. Lepas tu jangan di taruk banyak sekaligus. Nanti drop my water face eh eh..drop die punya temprature.



Empat ketul ayam bahagian dada dapat sebekas polisterin ni. Tunggu sejuk nanti baru masuk tempat sejuk beku. Kena label, sebab ai jenis cakduh bak kata Cikgu.




Pasta angel hair dengan sos carbonara dan bebola ayam sendirian berhad buat. Saje nak try sos putih pulak. Err...samada saya tak reti masak atau tekak tak boleh masuk. Tak berapa suka, lemak berkrim sangat. Suka lagi yang sos merah/tomato tu. Kasyah je suka, jadi simpan kuah ni dalam sejuk beku, Isnin jadi ebkal Kasyah hehehe..


Resepi sos carbonara :

Butter untuk menumis
Bawang putih dan bawang kuning potong dadu
Susu segar
Tepung gandum
Cendawan beli dalam tin
Keju ai guna keju besa je tapi perasa cheddar
Lada hitam, garam

Tumis butter sikit dengan bebawang tu. Jangan sampai hangus nanti tambahkan tepung gandum. Letak sikit-sikit sebab tak nak berketul dan kacau jangan bagi hangus. Lepas tu tambahkan susu segar banyak mana nak. Kacau la kejap dan tambah keju. Ai guna keju keping biasa je, cuma keju tu rasa cheddar jenama apa lupa dah. Tambah cendawan dalam tin hiris dan lada hitam juga garam sesedap lidah. Siap.

No comments:

Post a Comment

Dah tulis?? Terima kasih :)