Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Tuesday, February 10, 2015

Moh Bawak Bekal....







FB Yohana Sabri.. Ibu anak tiga yang sangat rajin masak...bekal untuk anak-anak dia sangat lah menguji jiwa dan raga. Bagus sangat, sebab anak-anak dia jenis makan mudah. Keluarga ai pelik-pelik tak layan sangat, menu mesti nak nasi huuu...

Ada kawan ai siap bangun pukul 4pagi nak buat bekal untuk anak dan suami. Fengsan!! Ai bangun untuk masak sarapan+bekal dalam pukul 5-5.30 pagi. Tengok menu sarapan pagi tu. Biasanya Cikgu dan Aliff jenis nak menu yang okey sikit baru diorang nak bawa bekal. 

Okey, cara nak senang masak bekal tapi menu kena nampak heibat dan gempak :

1) Siapkan bahan menumis pada hujung minggu. Mesin segala bebawang, halia dan cili kering. Sayur-sayur yang ada dalam menu pun ai akan potong simpan. Bahan mayang/hiris pun ai siap-siap buat dan simpan dalam bekas.



2) Siapkan bahan utama masakan dan bekukan. Sebagai contoh kalau minggu tu ada menu nasi minyak lauk ayam pedas, biasanya untuk ayam dah siap-siap letakkan dalam bekas cukup untuk satu keluarga makan sarapan/bekal dalam 6-7 ketul ayam Ai akan lumur sesiap ayam tu dengan bawang putih+halia blender kemudian simpan kat bahagian beku. 



3) Rempah ratus yang boleh dibuat awal pun sila buat awal. Macam dalam gambar atas tu antara masakan yang selalu masuk menu. Jadi memang akan sentiasa ada rempah-rempah ni. Yang tak berlabel tu rempah untuk masak nasi arab khabsa. nak senang lagi beli je rempah ni kat kedai, lagi mudah


4) Masak sekali banyak dan kemudian bekukan. Contoh macam sos spageti kadang malas beli. Jadi buat banyak-banyak, bila dah sejuk simpan dalam bekas ikut portion yang akan digunakan. Nak masak defrost kemudian tambah bahan-bahan lain. Dari sos tu la jugak selain masak spageti, buat kaserol pon boleh.


5) Masak jenis makanan yang ke-boleh-guna-an banyak jenis dan simpan. Contoh macam kari ayam. Masak lebih dan simpan. Bila nak guna defrost, panaskan boleh makan lempeng cicah kari. Kurangkan kuah hancurkan sikit isi ayam boleh jadi inti.


6) Buat awal dan lebih kuah/sambal. Bukan sambal lada, ni sambal nak masak tumis la. Tumis sesiap bebawang+lada kering tu, lepas tu tambah gula garam sikit dulu, dan simpan. Nak masak sambal bilis nanti tambah bilis je, nak buat ayam berlada pun boleh. Untuk goreng mi pon senang.


Bila dah siap gini, nak masak memang tak lama. Kalau nasi goreng tu 15minit je kot ceh berlagak Contoh nasi minyak dengan ayam berlada tadi. Malam sebelum masak dah turunkan ayam yang dah perap dengan bawang putih+halia dari bahagian beku. Pepagi bangun tu masak nasi dulu, kemudian sambil goreng ayam boleh panaskan kuah/sambal tu sambil tambah apa patut. Nanti masukkan je ayam goreng. Dah siap. Biasa kalau bangun pukul 5.30pagi, pukul 6.15 dah kalau lambat sikit pon mungkin nasi Dan la nak buat benda lain sesambil tu.


"Pemalas punya mak!!" 
"Makanan tak segar dia bagi anak-anak dia makan?"


Okey, memang ai pemalas. Bak kata Bill Gates "I will always choose a lazy person to do a difficult job because a lazy person will find an easy way to do it" 


Ala, makanan segera tu lagi lama dia simpan kan???

No comments:

Post a Comment

Dah tulis?? Terima kasih :)