Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Wednesday, February 25, 2015

Sesi Mengupas Bawang Putih





Tertengok video kat internet cara mudah nak kupas bawang putih. Memang mudah sangat la,dah la boleh dijadikan aktiviti hujung minggu untuk anak-anak. Wehh, kupas bawang putih walaupun tak membazirkan air mata, tapi kalau nak kupas banyak sekali tu seksa jugak jiwa raga.

Cara-caranya.

Memula cari bekas yang sesuai untuk digunakan. Dalam video internet tu guna botol cantik je. Ai cuba la buat, guna botol bekas sos spageti tu. Hoh, lambat nak terkopek kulitnya. Jadi ai tukar kepada tipuware. Perasaan semasa aktiviti berlaku adalah lebih selesa.




Buh la bawang putih dalam bekas yang terpilih tu. Ini untuk demo ai letak empat ulas je. Kalau tak nak ceraikan ulas dia pon tak apa, tapi nak cepat kan..ai asingkan terus ulas tu.

Kemudian tutup bekas kejap-kejap dan goncang. Goncang sekuat hati sampai begegar semua lemak-lemak badan. Serius, berpeluh mokcik!!! Dah la sambil goncang sambil ikut tarian pelik-pelik hero-hero ai. Dan macam ape dah rasa. Oh ya, sila buat masa suami tak ada di rumah. Segan weh hahaha




Dah tertanggal kulitnya. Ni sebab empat ulas je, tak ada la mencairkan sangat ke-lemak-an badan ai. Takat banyak ni Aliff boleh buat sambil menari ronggeng je. Heeee.....



Hasil. Belum dibuang bahgian bawah dan basuh. Ai letak dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk. Nak guna baru basuh.


Nak buat guna bawang merah?? Haa,jangan memasal. Kot kulit bawang merah tak tertanggal, kulit lain yang tanggal. Untuk bawang merah, sila rendam dalam air suam je kejap, lepas tu kopek macam biasa. lebih mudah dan cepat.

No comments:

Post a Comment

Dah tulis?? Terima kasih :)