Monday, February 23, 2015

Sesi Me-tinggi Diri





Height Chart atau Carta Tinggi rumah kami. Penah la ai berangan nak ada macam tempat khas untuk conteng-conteng ukur tinggi anak-anak. Macam rumah omputih tu. Biasa diorang conteng kat dinding kan? Disebabkan banyak musabab dan akibat, beli jela carta ni tampal belakang pintu bilik. Mudah, boleh tanggal letak mana nak lagi.

Biasa ukur tinggi diorang dalam 6bulan sekali. Bulan lepas ukur tinggi diorang. Peningkatan ketinggian Aneeq agak lebih berbanding Aliff. Mula la tak puas hati si abang

Aliff : Nape Aneeq naik tinggi banyok dari Aliff?

Aneeq : Aneeq makan sayur banyok. Sape suruh Aliff dop makan sayur

Aliff : Oram makan la sayur

Aneeq : Tapi Aneeq makan kacam panjam, tu Aneeq panjang. Aliff makan kacam buncit, jadi buncit la



No comments:

Post a Comment

Dah tulis?? Terima kasih :)