Friday, February 13, 2015

Buku Sekolah Aliff




Nama je buku sekolah Aliff, tapi yang sibuk menguruskan buku-buku tu Cikgu. Sian pulak nengok. Terkagum dengan idea dari FB cara menguruskan buku sekolah anak, ai pun cuba buat benda yang sama. Tapi tidakla ai nak membeli pelekat apa tu, membazir tau cheapskate is the best  Jadi mari cari kerja payah, buat label sendiri-sendiri gunting - sendiri lekat.



 Ini print sendiri. Banyak la sikit kerja dan leceh, tapi tak apa, demi penjimatan berhemah katanya.




Krip krap krup...dah siap tampal kat buku-buku Aliff. Eh, nampak macam ada tak kena. Tengok balik jadual, alahai..patut pun. Subjek BM dengan Matematik setiap hari ada, maknanya setip hari kena bawa buku. BI cuma sehari je tak ada. Apekah jenis jadual ini. Tak anjal lansung. Dah la tiga subjek tu yang buku paling banyak dan paling tebal. Nasib la..

No comments:

Post a Comment

Dah tulis?? Terima kasih :)