Tuesday, February 25, 2014

Undian Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)


Bukan pilihanraya...nop nop...
Tapi tak rasa kurang pentingnya jugak..
Untuk sistem pendidikan kita..
Harapnya betul dapat mengubah ke arah lebih baik
So tolong..tolong..undi sewajarnya



Nombor Plat Buah



Jangan ingat kenderaan je ada no plat eh?? Buah pon ada.. tapi kalo buah jambu durian tak de kot. Ni untuk yang buah import je rasanya.  Selalu kalo beli buah memang akan prasan pelekat cam kat gambar bawah tu. Sesambil membasuh..sesambil mengopek pelekat tu. Ingatkan tu kod untuk orang tu scan2 je kan.. Rupanya ada cite..



1) Jika hannya ada no 4 digit pada PLU PLU tu benda alah lekat2 tu la
Bermakna buah tu di tanam secara tradisional/konvensional. Bukan bermakna kalo kata tradisional tu macam pakcik makcik dedulu guna baja taik lembu ke apa ya,maknanya guna racun serangga. Jadi kene basuh bersih-bersih sebelum makan ai besakan basuh dgn air suam+garam sebab mak pesan nak suh tanggalkan lilin buah tu No 4 digit tu cuma kod untuk buah tu je. Dari artikel ai petik ni katanya kod untuk pisang 4011. Semua jenis pisang kod dia 4011

2) Jika 5digit pada PLU dan kodnya bermula dengan no 8
Produk ini adalah produk GMO Genetically Modified Organism  Contoh kod 84011 bermakna pisang tersebut adalah pisang GMO
Bunyi cam bijak kan?? Ngko makan apa?Ohh..ai makan pisang GMO wahh gitu ahahaha

3) Jika 5digit pada PLU dan kodnya bermula dengan no 9
Maknyanya produk tersebut di tanam secara organik. Tanpa racun serangga atau GMO dan pilihan lebih selamat di makan. Contohnya kalo pisang organik kod dia 94011.

So..selamat membelek!! Hahaha...

*pic dan sumber dari FB 

Thursday, February 20, 2014

KC Bersama Intech Kitchen (3)



Ok..selamat kembali.  Sebelum pe pe,makcik nak warning,entry ni panjang. Rasanya yang paling panjang kot dari entry2 penah makcik karang...makcik is veri the malas nak buat sambungan lagi. Uhuk uhuk padahal...




Gambar lemari dalam bilik yang dah siap..Size 10' x 11' Material melamin.. Hikutkan Cikgu nak jugak 4G tu.. Yerla,die kan Cikgu...gaji 180k sbulan burrpp!! sdawa angin kejap tu yang seme benda nak dihapgradekan. Ni ada satu fakta nak bagitahu, bahagian lemari Cikgu lebih besar dari ai punye. Korang hade?? Besa jumpa besa bahagian utnuk istewi besar kan..ni tak nehi nehi babuji nehi. 




Ni gambar dalaman. Bahagian Cikgu, nampak kocik-kocik yo kan?? Jangan tertipu, ilusi optik seme tuh..huuu!! Dari awal lagi kami memang pilih untuk buat banyak tempat gantung-gantung. Sebab ai tak suka sangat baju lipat-lipat ni. Sebab bila pakai baju tu kedut, bila pakai baju kedut tak hensem..bila tak hensem sape??Yeee..Cikgu jugek. Ai sayam somi ai so marilah kite iron bebaju kesemua yang banyak itu, dan gantung saje. Belah ai pon cenggini ada gantung2 atas tapi bahagian bawah laci-lacian. Korang leh customise sendiri bab ni. Nak buat tempat letak peti besi pon boleyyy!! Cakap je kat Jeff nanti dia akan lukis-lukis dan bincang-bincang dengan kita.




Ini lemari kasut. Oh..maafkan pemandangan yang sangat indah itu. Jadual ke-bibik-an ai tak sempat nak cover luar rumah. Kabinet ni jenis tergantung. Ini pon Jeff yang cadang. Kalo kite nak basuh-basuh simen ke kete ke esok tak dela masalah takut lemari kene air. Kalo ikutkan, ai suka lemari sampai bawah lagi, sebab... Nampak tak koleksi kayu-kayan khas untuk penternakan serangga Cikgu kat situ? Itu sebab ai tak suke. Sepah. Material ni melamin juge. Hak ni kabinet tak sampai atas.Ukuran dia 1.5'x4'x 8' kalo tak silap.





Ni kabinet depan..kawasan ruang famili. Macam ai bagitau sebelum ni, tingkat2  tu memang dah tersedia awal-awal suh kontraktor buatkan. So geng2 Intech cuma masukkan kotak2 untuk bahagian dalam dan pintu je. Yang ni material pintu 4G. Ukuran 2'x6'10' abaikan model hensem dalam gambar tu kui kui.





Ok last sekali, kabinet dapur.........yey!!! Tempat paling ai banyak habiskan masa ye ke??  Ini lah pendorong ai selalu masak.. hek eleh!!  Ingat masa memula pindah Raub, masa tengah usha rumah sewa, ada sebiji rumah die punya KC walaweiii...sejak tu kami berangan simpan duit sikit2. Tapi macam besa, ai berangan pon totap nak terbaik untuk duit  sayang duit makcik Tapi bagi Cikgu biar skali sakit, tapi puas ati. Tu gambar sebenar dapur ai setiap pagi sebelum g keje, sepah?? Hahaha...ai cukup tak paham camna dapur orang sangat bersih dan santek. Tak letak barang atas tu...aiyooo...fenin ai nak sorok barang dah la Cikgu suka nau beli barang Lepas tu kalut nak mencari bila nak guna, ai kam suke masak,so tak payah simpan2. Ehem...





Asal kami bincang memula nak buat bentuk L je..tapi bila Jeff datang ukur-ukur siap bagi nasihat pakar..die tambahkan lagi ai punya table top jadi dapur ai dah jadi bentuk U macam kat gambar lakaran kat atas tu. Bahagian tambahan belah kanan tu   Alasan Jeff.. "Akak tada meja makan, mana nanti mau letak makanan semua" Hehehe..betul jugak tu. Bijak bijak.. Cuma ai nak sangat bahagian pantry macam ala2 omputis tu. Stand pantry yang boleh tarik2..tak leh nak buat sebab dapur kecik satu, dua..bajet kecik waaaaa!!!





Oh ya..ni resit Intech Kitchen. Maaf bukan nak menunjuk..cuma panduan dan nak bagitau betapa murahnya Intech Kitchen. Alahai nak tunjuk apa,orang lain dengan jumlah ni buat dapur je ha..kami ni apa la sangat. Kami duk pung pang pomot pon bukan iklan berbayar pon, nak share benda murah dan baik. Kalo banding dengan rege Raub la. Kalo area KL mungkin ada banyak pilihan, tapi diorang tak nak datang buat kat Raub lak. Tapi still, Intech Kitchen best!!! dan Jeff comel juge hahaha



Nota notty
*kalo nak tahu Jeff ni pon buat interior design. So kalo macam ai yang memang hampeh bab nak susun-suai rumah ni leh mintak pendapat die. Contoh die macam dapur ni la,ai dgn Cikgu plan lain. Tapi bila die sajes eh..lagik best.. Jeff siap bagi quo untuk buat kabinet tv dah bla bla bla..tapi sayeng..pitis ku kureng..hehehe

**Kalo perasan harga Jeff bagi untuk material melamin dengan 4G tak jauh beza kan?Ai memang mitna bagi quot tu dalam 3jenis bahan. Melamin, 3G dan 4G..tapi sebab beza dia dalam 400 kot lebih kurang tu yang bahagian dapur dengan ruang famili naik taraf ke 4G. Ikutkan ai ni..melamin lerr..hehehe..so kalo memang ada duit lebih sket go for 4G. Tak payah pakai cermin dah. Sebab 4G ni macam cermin. Hari2 leh telek muka badan,lepas tu kutuk diri sendiri dah gomok.

***4G, kene la rajin lap sebab betul cam cermin cuma tak mudah pecah cam cermin tu. Calar pon payah. Cuma mudah sememeh,terutama kalo ada anak-anak jenis suka buat mak marah-suka buat cap tangan kat pintu lemari. Dan Jeff dengan baik ati bagi sebotol pencuci cermin huuuu...

****Rekaan Jeff boleh kawtim..cakap bajet anda die akan cuba sebaik mungkin untuk harga anda tu. Kalo bajet anda tinggi die leh reka dengan penuh ketinggian yang ada wahaha ayat..kami ni bajet rendah tapi dengan bajet kami ada tu pon dah sangat puas ati sesangat. Diorang punya kerja pon sangat bagus. Cermat dan tepat masa. Veri laik laik..

*****Perasan tak cas untuk pengangkutan?? Haaa...kami punya kabinet ni seme makan masa 2hari suntuk pasang tau. Patut cas die termasuk sewa hotel apa banyak rat la jugak. Tapi Jeff kurangkan bahagian tu. Jeff ada untung lain dah kan??Hee.. Lagipun die kata kami punya barang memang ngam-ngam die bawa satu lori so die kira berbaloi la datang..kot!!

******Nak lagi MURAH?? Haaa..caplock terus.. Meh pakat dengan kawan2 lain buat kabinet meh. Jadi diorang datang skali arung buatkan. Jeff kata die boleh bagi harga lagi spesel. Ni kalo anda jenis nak buat KC je ke kan..tp kalo buat satu rumah tak payah kot. Kenen2 si Jeff tu je hehehe..

Rasa nak buat sambungan lagi bulis?muahaha..dasar perempuan. Oh ya, kalo  nak usha2 leh petik sini tengok2, jengok2 eh?? INTECH KITCHEN


Monday, February 17, 2014

Sekolah Jaman Sekarang





Kalo orang tanya, ai sebagai mak, nak ke anak yang kita kandung payah besarkan dengan susah,mudah2 je orang nak denda marah-marah?Jawapan ai, tak kesah selagi anak ai buat salah dan hukuman tu tak sampai mencacatkan anak.Aliff penah kene hukum kurung dalam tandas sekejap berdua dengan kawan die. Kes cikgu suruh duduk menulis die still nak berlari2 siap kacau2 kawan lain. Tapi Cikgu Aliff siap jumpa explain hal tu masa Cikgu amik die kat kelas. Dan still ulang benda yang sama minta maaf dengan ai pulak bila jumpa. Sian pulak kat cikgu tu. Serius..ai tak kesah. Ai tahu lasak Aliff macam mana. Dan ai tahu cikgu tu kurung Aliff dengan kawan die bukan saje2, dan die bukan kurung lepas tu dengan hepi-hepi pergi makan KFC ke lepas tu hapdet status dalam facebook 'kurung budak dalam tandas sebab nakal, padan muke'. 

Benda ni dah lama nengok ada dalam buku Cikgu. Tapi yang Cikgu punya print besa jela,tak de kaler2 comel gini. Skolah die bagi untuk panduan seme cikgu. Bila ai dah siap baca komplen bagai bebel lagi kat Cikgu, dia sambil menjeling berkata pehal ayat skema? "Bobe kat abang bakpo?" Hahaha... Tak puas ati pakcik tu. Tapi betul..bila ai baca skali lagi sekarang pon masih rasa macam. Ohoiiiii haiii!! Manje bener budak-budak sekarang kan? Belum lagi dengan kes hak berkaitan dengan cikgu-murid ni. Payahnye jadi cikgu sekarang ni. 

Hukuman terhadap fizikal tu..rasanya yang ai pernah sendiri kene no 1,3,5,7,8,9 dengan 10. Wahhh banyak jugak. Hahaha..tapi rasanya seme hukuman kat atas tu normal kalo jaman ai skolah dlu. Lepas tu memang tak ada nak repot polis ke apa ke. Paling teruk kene tak silap cium papan itam yang ada bulatan kapur cikgu mat3 buat,sebab markah tak sampai sasaran. Ai kan semput sket, memang efek. Tapi bila balik ngadu kat abah atau ma,diorang takat dengar je. Takat ugut jangan masuk kelas, brenti skolah kawen ke apa..dah biasa. Tapi takde lak terus emo larik balik ke nyorok dalam semak mana-mana. Adik penah kene rotan 2das kat perhimpunan ai saksi yang balik terus mengadu-domba kat mak hehehe tapi die tak dendam dengan cikgu disiplin kami tu. 

Cikgu penah kata die pernah kene sound kes denda anak murid die 3orang tak buat keje skolah tu pon budak2 tu macam saje tak nak buat keje skolah,dah bagi peluang pon buat dek lagi. Denda berdiri belakang kelas je pon. Nak kata lama tak de lama mana,Cikgu kata tak sampai sparuh masa pon. Disebabkan ke-bagus-an sistem perhubungan negara kita, petang hari tu terus dapat kad kuning dari GB. 

Tapi memang beza mood Cikgu bila die mula mengajar sekolah sekarang dengan yang dulu. Bukan nak kata Cikgu ni kaki denda budak, tapi kebebasan die sebagai Cikgu nak melakar anak murid tu berbeza. Pon dari pemerhatian ai, daya hormat budak2 skolah die yang dulu dengan sekarang pon berbeza. Cara mak bapak kat sana hormat seorang cikgu pon berbeza. Beza sangat walopon skolah lama tu skolah hulu dengan muridnya ramai orang 'kita'. Dan mungkin perbezaan inilah yang akan melahirkan generasi yang berbeza dan pelik perangainya kemudian hari. Masa tu karang..nak tengok setakat mana ayat Murid Kita, Tanggungjawab Kita-lah sangat tu berguna...




Monday, February 10, 2014

Ubat Untuk Gigi


Ini betul-betul ubat gigi, ubat untuk gigi. Bukan ubat gigi yang gosok gigi.. Ni ubat gigi yang dikatakan leh membantu dalam penjagaan gigi. Kawan yang rekomen benda ni. Sebab anak die kuat nyusu malam gigi macam nak rosak. So tertarik la jugek ai.. dasar fem-fu-an 

Katanya di beli di farmasi area Serdang. Serdang Selangor eh..kalo Serdang Kedah, Pahang ke Kelantan not sure..hehehe... So kalo anda nak membantu anak-anak leh try produk ni. Produk ni direkemen oleh dentist. Nak beli untuk Aneeq. Gigi depan die macam dah ada tompok-tompok sikit.



Ada banyak perisa...pilih je. Rege dalam RM80.00 Kalau online mahal sket.. Ingat dedolu mak ai slalu paksa ai kumur air garam+cengkih  pepagi. Tapi alhamdulillah..gigi ai memang ok. Petua jaman gitu-gitu kan. Tapi nak memaksa anak-anak jaman gini..alahai...so ada option sekarang. Berminat boleh la carik kat farmasi berhampiran