Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Monday, February 17, 2014

Sekolah Jaman Sekarang





Kalo orang tanya, ai sebagai mak, nak ke anak yang kita kandung payah besarkan dengan susah,mudah2 je orang nak denda marah-marah?Jawapan ai, tak kesah selagi anak ai buat salah dan hukuman tu tak sampai mencacatkan anak.Aliff penah kene hukum kurung dalam tandas sekejap berdua dengan kawan die. Kes cikgu suruh duduk menulis die still nak berlari2 siap kacau2 kawan lain. Tapi Cikgu Aliff siap jumpa explain hal tu masa Cikgu amik die kat kelas. Dan still ulang benda yang sama minta maaf dengan ai pulak bila jumpa. Sian pulak kat cikgu tu. Serius..ai tak kesah. Ai tahu lasak Aliff macam mana. Dan ai tahu cikgu tu kurung Aliff dengan kawan die bukan saje2, dan die bukan kurung lepas tu dengan hepi-hepi pergi makan KFC ke lepas tu hapdet status dalam facebook 'kurung budak dalam tandas sebab nakal, padan muke'. 

Benda ni dah lama nengok ada dalam buku Cikgu. Tapi yang Cikgu punya print besa jela,tak de kaler2 comel gini. Skolah die bagi untuk panduan seme cikgu. Bila ai dah siap baca komplen bagai bebel lagi kat Cikgu, dia sambil menjeling berkata pehal ayat skema? "Bobe kat abang bakpo?" Hahaha... Tak puas ati pakcik tu. Tapi betul..bila ai baca skali lagi sekarang pon masih rasa macam. Ohoiiiii haiii!! Manje bener budak-budak sekarang kan? Belum lagi dengan kes hak berkaitan dengan cikgu-murid ni. Payahnye jadi cikgu sekarang ni. 

Hukuman terhadap fizikal tu..rasanya yang ai pernah sendiri kene no 1,3,5,7,8,9 dengan 10. Wahhh banyak jugak. Hahaha..tapi rasanya seme hukuman kat atas tu normal kalo jaman ai skolah dlu. Lepas tu memang tak ada nak repot polis ke apa ke. Paling teruk kene tak silap cium papan itam yang ada bulatan kapur cikgu mat3 buat,sebab markah tak sampai sasaran. Ai kan semput sket, memang efek. Tapi bila balik ngadu kat abah atau ma,diorang takat dengar je. Takat ugut jangan masuk kelas, brenti skolah kawen ke apa..dah biasa. Tapi takde lak terus emo larik balik ke nyorok dalam semak mana-mana. Adik penah kene rotan 2das kat perhimpunan ai saksi yang balik terus mengadu-domba kat mak hehehe tapi die tak dendam dengan cikgu disiplin kami tu. 

Cikgu penah kata die pernah kene sound kes denda anak murid die 3orang tak buat keje skolah tu pon budak2 tu macam saje tak nak buat keje skolah,dah bagi peluang pon buat dek lagi. Denda berdiri belakang kelas je pon. Nak kata lama tak de lama mana,Cikgu kata tak sampai sparuh masa pon. Disebabkan ke-bagus-an sistem perhubungan negara kita, petang hari tu terus dapat kad kuning dari GB. 

Tapi memang beza mood Cikgu bila die mula mengajar sekolah sekarang dengan yang dulu. Bukan nak kata Cikgu ni kaki denda budak, tapi kebebasan die sebagai Cikgu nak melakar anak murid tu berbeza. Pon dari pemerhatian ai, daya hormat budak2 skolah die yang dulu dengan sekarang pon berbeza. Cara mak bapak kat sana hormat seorang cikgu pon berbeza. Beza sangat walopon skolah lama tu skolah hulu dengan muridnya ramai orang 'kita'. Dan mungkin perbezaan inilah yang akan melahirkan generasi yang berbeza dan pelik perangainya kemudian hari. Masa tu karang..nak tengok setakat mana ayat Murid Kita, Tanggungjawab Kita-lah sangat tu berguna...




No comments:

Post a Comment

Dah tulis?? Terima kasih :)