Wednesday, May 13, 2015

Musim Kulat Tahun Datang Lagi




Apa lagi nama kulat ni?? Dari senonoh sampai ke tak senonoh nama semua ada kat kulat ni. Ada panggil kulat tahun, kulat pusu, kulat k**e pon ada..tah hape-hape. Rezeki, akak opis bagi sebakul besar kulat ni pagi tadi. Ai goreng-goreng air biasa je, letak lada lebih. Sedapnya.. Orang sini goreng dengan tempoyak.

Ingat lagi masa awal-awal duduk Raub dulu, pakcik sebelah rumah bagi kulat ni satu ikat kain pelekat untuk ai dia kerja kontrak buat rumah, jumpa masa keje kutip bawak balik Banyak wehhhh...

"Masok la mek..sedap begoni ni, ubak sakit orat"

Masak la semua yang pakcik tu bagi, siap bagi balik separuh kat pakcik tu. Dah kata ubat, ai makan la sesedap hati, sebab kulat ni memang sedap, pulak kalau yang baru. Esok?? Demam urat 3hari...hahaha...  Pokcik pokcik...cakap la biar lurus. Saya ni betul sodek skit ayat Cikgu selalu guna Ubat sakit urat tu sinikal je rupanya. Hahaha...