Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Monday, January 19, 2015

DIY Cosmetic Storage Box - Jom Mengemas!!!





Konon, nak mengemas nak bersebab bagai. Padahal kalau lap-lap simpan elok-elok pon ok je sebenarnya. Alasan pasal nak beli barang online kan kan kan?? Dan seperti biasa, nak beli online pon, kita kene jaga bajet jugak. Ingat, pembelian berhemah amalan kita. Setelah buat perbandingan sana sini sinun dan akhirnya beli jugak benda alah yang namanya DIY Cosmetic Storage Box ni.

Cikgu bawa balik bungkusan tengahari Sabtu ai besa kalo pos berdaftar guna alamat sekolah Cikgu, mudah dan cepat Sambil buka bungkusan sambil jeling Cikgu yang duk baca suratkhabar kot dia nak meng'sound' ai, bimbang jugak beli tak bagitau dia awal-awal.Masa keluarkan keping-keping kadboard/kayu dalam 20keping dari bungkusan tu Cikgu bunyi "Bulih ke buat tu? Supo payoh jah" Berdebar kejap ai, tapi Cikgu tak tau, lalim dia ni dulu sesangat la heibat kalo bab main susun suai ni. Eheh eheh..sekali tak boleh buat memang menahan la telinga lepas ni.




Kertas arahan. "Yes, ai can read chinese beri the good one...Dont see me one eye ok?" Tak pedulikan ayat apa dah, tengok gambar jela ai. Memula susun keping-keping tu ikut nombor dia bagi dari 1-19 dan ikutla arahan bergambar tu. Nak menysun keping tu memang mencabar, sebab 3A pon sama excited nak buat istana jugak dengan keping tu.. Gambar pun tak dan nak berambik dah.. Jadi membina la kotak alah ni ikut gambar tu.




Plingggg!!! Dah siap. Magis nye magis nye.. Sila abaikan model kat tepi kotak, ini gambar paling baik yang boleh ambil huuuu... Keping dia tu tebal jugak. Ada gelang getah kecik warna putih untuk kejapkan kedudukan kotak tu nanti. Kira bucu-bucu yang masuk ikut celah tu tak ada la akan tercabut. Kukuh juga la benda ni




Cikgu biasa la tak puji tapi dia cakap "Kenapa beli soe jah??"  Itu maknyanya dia suka. Bagus bagus..gosok kepala sendiri hehehehe..

Rasa hari tu dah macam besar masa pilih, saje tak pilih yang besar sikit lagi saiz dia, sekali tak semua barang muat. Tapi ok la, tak ada la semak terabur merata barang. Yang ni saiz dia 31 x 21 x 8 (cm) Ada yang kecik lagi, pun besar sikit lagi. Jenis bentuk pun pelbagai. Ini beli kat Lelong.my dengan harga RM37.00 termasuk postage paling murah ai jumpa hahaha.. Okeh, minggu depan nak kemas apa pulak, jom belek internet :p


No comments:

Post a Comment

Dah tulis?? Terima kasih :)