Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Friday, January 23, 2015

Lazada - Hadiah Awal Untuk Cikgu





"Abang nak Sayang beli hadiah jam untuk abang tahun ni..jenama Seiko"

Ada tiga jenis ke-jarang-an yang berlaku di sini.
1) Jarang kejadian Cikgu akan buat permohonan nak hadiah biasa ai akan belikan sebelum Cikgu minta dan beliau pura-pura malu-malu konon tak nak
2) Pun jarang kejadian beliau minta hadiah siap nak jenama dan hadiah apa
3) Dan yang paling jarang tu, permohonan tu guna ayat bahasa formal, biasa ayat dia slang Kelantan la hahahah..

Cikgu masalah beliau, kalau nak benda dan tak dapat-dapat lagi, beliau punya resah gelisah tu memeningkan kepala. Mood memang terus ke pulau, dah la cepat sentap tak tau la kat sekolah macam mana fiil dia Nak mengelakkan aura gelap Cikgu makin membara, ai cadang beli kat Lazada je, nasib baik Cikgu terima cadangan tu. Nak tunggu ai gi usha kedai jam apa semua, ini bukan macam cerita mencari hadiah jam 13tahun lepas. Mencari dari Sogo ke MidV, Mines, KLCC bagai kesian roommate tersayang, terima kasih Na, jasa dikenang Ini jaman ai dah mak orang, nak ke hulu ke hilir dengan skuad khas tu satu hal, nak mencari masa nak merayau tu pun satu hal.

Pilih kat Lazada, simpan dalam wishlist bagi Cikgu pilih. Kalau tunggu Cikgu pilih sendiri dari senarai kat Lazada tu, seminggu tak berpilih lagi. Tiap malam duk menghadap komputer bukan buat kerja, menghadap Lazada. Lepas tu bila nak tidur mengeluh kesah tak sudah. Poning mokcik!!!




Pilihan Cikgu akhirnya..  

Kebetulan hari nak buat pembelian tu, Lazada bagi tambahan 10% diskaun+ai punya kupon sendiri. Alhamdulillah, harganya sangat la ai suka. Tapi cuak jugak, sebab dah servey kat Raub ni, harga jam Seiko ala-ala gini dalam RM500 jugak. Kot kena yang bukan asli tak ke niaya? Beli harga nak murah lagi kesahkan asli tak asli? Mesti. Kata PENJIMATAN BERHEMAH

Ai dah membeli-belah kat Lazada ni dah masuk 3tahun. Tapi bukan jenis pembelian barang yang kita akan fikir keasliannya. Macam beli tablet sebelum ni, ai memang dah tahu tab tu cap ayam. Selain
dari tu ai penah beli mesin jahit dua kali, botol susu anak, handphone, water jet dan banyak lagi barang-barang remeh. Penghantaran barang Lazada memang ok sangat. Yang paling lama pun masa beli water jet, amik masa seminggu. Itu pon rasa dipengaruhi faktor-faktor lain. Kami beli waterjet tu untuk ayah mertua di Kelantan, nak basuh rumah lepas banjir.

Pun penah guna khidmat COD tolong belikan untuk adik di Kepong. Lambat, 5hari baru sampai. Ai telefon kata nak hantar hari ni, tapi tak ada jugak. Lepas tu mengadu kat Khidmat Pelanggan Lazada, kata silap inilah, itulah. Tapi ini cerita 2tahun sudah. Sekarang tak tahu macam mana perkhidmatan COD LAzada.




Order tracking by Lazada. Sangat bagus. Memang sangat cepat dia update tracking barang kita. Mesej pon dapat melalui handphone. Kalau barang kita tu diproses pukul 2.30pagi, memang masa tu lah kita dapat mesej nyer. Siap pengedar barang tu pon akan mesej kita sama dan bagitahu kalau ada apa-apa masalah boleh terus berhubung dengan dia.






Ini pulak emel pemberitahuan dari Lazada. Ai suka sangat gini, teliti. Yang tak best tang syarat dia tu, sebab jam Cikgu pilih ni import, akan ambil masa dalam 8-14hari bekerja. Masa bagitau Cikgu tu, terus berubah muka dia hahahaha...kesian beliau angau.




Sekali tengok eh eh,dah sampai. Dapat emel pagi tu macam lambat lagi. Petang tu Cikgu cakap dah dapat bungkusan. Terus sengeh manjang..macam budak dapat basikal baru. Tengok alamat kat FedEX dari Hong Kong, kalau betul, memang sangat cepat. Cikgu pon semangat nak beli barang lagi. Apekah..


Selamat Hadiah Hari Lahir awal untuk Abang, dan terima kasih Lazada :)

No comments:

Post a Comment

Dah tulis?? Terima kasih :)