Wednesday, October 23, 2013

Kalo Nak Membeli Tanah

Tah camna kami somi isteri terjebak dalam eksiden membeli tanah pon tak le keretian. yang kami prasan lepas kami asek dikuciwakan oleh harga2 rumah yang mahal tahap mael lambong kami dah tukar arah.. Tapi kami mula cinta beralih arah dari mencari rumah ke mencari cinta tanah tu pasal rege rumah sini. Rasanya kat mana2 pon harga rumah/tanah memang melampau kot sekarang. Bayangkan kat sini teres setingkat yang baru, ukurun konon2 dalam 20 x 70 la sangat, dengan binaan cuma 20 x 40 je, bilik air satu 3bilik dapur kocik tu...starting cecah 180k makkk!!!! ni kira kawasan luar sket bandar.kalo yang tahap2 konon bandar la sangat makan 200k. ni mula la rasa nak ungkit kesilapan Skim rumah Pertama ni..hahaha..len kali mengderoyan eh...hahaha..ni nak cite sal tanah.

Ini pengalaman kami yang dah berkecimpung dalam pembelian tanah secara amatur selama hampir setahun kat Raub neh..kecoh la makcik neh kan??hahaha

1) Lokasi
Ya..pasal hartanah ni yang penting adalah lokasi lokasi dan lokasi ya cik adik cik puan cik abam sekalian. Raub ni tanah die samada berbukit dengan berpaya je.jarang y berlapang dada. Kalo yang lapang dan rata regenye biasa akan melapangkan akaun kita. Kalo anda memilih nak beli yang berbukit sila kira basi-basi untuk lereng bukit cerun segala. Kalo tanah berbukit untungnya dapat tanah free untuk sodok2 kalo y boleh sodok la kalo nasib dapat y jenis lembah ke paya, sila pikikan bersama rege untuk penambunan tapak rumah ande itu.

2) Tengok Geran Tanah
Cite kawan Cikgu, die memang nak beli tanah gedik2. Sebab memam nak buat rumah sangat2 dah. dapat tanah cantik harga pon agak2 murah. Naseb la hati die rasa tak sedap pergila encik tersebut cek kat pejabat tanah, skali tengok nama lain atas geran tanah tu. Hohoho...tuan tanah asal tu tak tahu menahu pon.dan tak de niat pon nak jual tanah tu. So ini penting. Kalo boleh pelan tanah tu anda amik fotostat satu salinan untuk anda. Bukan pe, sekarang pen-tipu sangat cirdik. So anda perlu cerdik juga. Kalo dapat salinan geran jangan lupa pergi la siasat mana yang perlu. Jangan galoks nak membeli bayar deposit bagai, tanah tak dapat. Kalo cek di pejabat tanah dan pejabat2 y berkaitan kene la bayar sket untuk diorang bukak fail tu tapi bukan mahal mana pon, melabur la sket sebelum anda dilebur ok??

3) Tengok Keadaan Tanah
Anda juga kene tengok tanah. Jangan mudah percayakan orang walopon yang nak jual tu kawan baik korang. Mana tahu die nak tipu atau nak lepaskan tanah bermasalah kat korang ke apa ke kan???Kalo tanah tu 3ekar, seeloknya anda redah la 3ekar tu bia puas ati tengok ceruk tanah. Kadang tanah ni tepi2 nampak comei...dalam???Ini pengalaman kami sendiri. Orang nak jual tu kata tanah rata elok tanah ni tepi jalan  skali amik ngko. Paya..paras peha dikkk!!! Cikgu balik penuh dengan pacat tergedik2 sampai ke dada...hahaha..derma darah ya bang?? Kalo ande tak larat nak jelajah seme tanah-tanah tu boleh la berurusan dengan juruukur tanah. Tak amik consultan tak pe. Biasa kalo juruukur yang kat Pejabat Tanah apa tu pon boleh di kawtim tapi diorang buat kerja lepas waktu kerja la. Bayaran pon jauh lebih murah. Dan satu lagi tips, tengok peta geran tu. Benda ni ada cam peta topografi eh ape nama die..kalo tanah tu ada paya ke apa biasa atas peta ada tanda. Tak silap bertitik-titik kot. Kalau ande tak pandai baca peta sila carik orang yang pandai. Jangan segan bertanya nanti sesat jalan...

4) Jumpa Owner
Ni patut sambungan dari tengok pelan tu. Ye..lepas tengok pelan sila carik owner. Memam la mase nak memula beli mugkin anda akan deal dengan broker2 tak bertauliah segala. Kalo dah dapat pelan sila carik tuan sebenar. Kadang broker tak bertauliah ni amik untung melampau. Cam pengalaman kami, broker kata tanah jual RM160k. Dah la kami tanya geran tanah tak nak kasi. Cikgu tak puas ati carik gak.Kebetulan jumpa pakcik yang kenal gitu2 tuan tanah. Die duduk kat satu perumahan area Raub ni jugak. Semangat kami pergi mencari..skali tuan tanah nak jual RM95k je...rasa nak sepak2 orang je kan??? Biasa broker akan amik 5% je tapi kalo amik sampai seganda gitu..sila sepak mereka2 itu.

5) Jangan Segan
Nak beli tanah mulut kene becok.Kalo mulut style ade emas dalam tu tak payah la. Anda tak boleh segan bertanya. Nampak bodoh??? Bia la..kadang bila nampak bodo2 ni tuan tanah akan kesiankan kita tapi ade gak yang nak ketuk kita bia nampak bodo tapi cerdik sebenarnya dari nampak cerdik tapi bodo..hahaha Dan anda jangan segan nak keluar sikit duit. Jangan segan nak cek status tanah kat Pejabat Tanah, jangan segan nak upah juruukur tengok tanah tu macam kes kat atas, Cikgu masuk tanah tu dengan juruukur besa kat Pejabat Tanah ade yang buat kerja2 sambilan ni, bayar pun tak mahal.

6) Carik Kawan
Ya..kalo anda ade kawan2 ke kenalan kerja kat Pejabat Tanah lagi mudah. Kami stat memula tak kenal sesapa pun. Tapi syukur ALLAH still sayang kami dari ditipu. Dari kesalahan kecil tu kami kenal2 orang. So sekarang agak mudah kerja kami. Tak la sesakit memula dulu

dan yang penting skali................anda kene BANYAK SABAR dan BERDOA
bak kata akak sorang tu carik tanah ni macam nak kawen jugak.kene pilih betul-betul.

No comments:

Post a Comment

Dah tulis?? Terima kasih :)