Monday, August 22, 2011

Check Up KKIA Story

"Anak ni berapa kali makan?" "Berak ok tak?" "Dah boleh berjalan belum?" "Dia kurang makan ke?"
"Siang tido tak?"

Mama menjawab dengan penuh kecurik-gaan pertanyaa SN tu. Tengtiba je tanya banyak ape hal kan??Tapi ok la, boleh handle lagi, solan fizik SPM lagi payah dari solan SN tu. Banyak die tanya sambil tulis-tulis benda kat repot kad Aneeq.

"Bagi susu apa ya kat anak??"
"Ooo..campur ya??Siang formula"
"Tak nak konsider bagi susu tin ke??
"Anak ni berat die tak meningkat mana. Kurus dah boleh buat gitar rusuk  tu ha. Nak saya promot susu ke??"
"Memang la bagus niat tu tapi anak ni dah kurus gini tak payah la. bagi je susu tin. Bia naik sikit berat dia tu. Awak nak saya syorkan susu ape ke?? Tak pon survey-survey la kat kedai banyak jenama"
"Susu badan memang la elok, tapi awak tak tahu cukup ke tak air susu tu untuk anak. Cukup ke zat untuk die membesar. Ni kurus gini macam tak cukup zat"

Luluh rasa hati ku...birai mata dah rasa berair. Panas. Time tu ekon dalam bilik tu tak rasa apa dah. Sungguh...masa Aliff dulu niat nak breastfeed dah ada, cuma disebabkan kurang pengetahuan, niat tu cuma tinggal niat. Lagipun bersalin hospital swasta, anak dah kenal susu tin. Sudahnya cuma mampu menyusu partial. Bila preknen kali kedua, tekad nak nyusu badan. Tekanan jangan di sebut, walopon kekadang mereka tidak bermaksud terasa diperlekehkan niat tu. Tapi alhamdulillah, 10bulan. Aneeq masih menyusu badan. Sekarang, begini jadinya. Sangat sedih....

Tinggi 74cm, ukur lilit kepala 44cm dengan berat cuma 7.5kg..ya, cuma 7.5kg. Tengok graf pertumbuhan Aneeq, berat die dah atas line kuning. Aneeq budak lasak. Kecik-kecik tu dah ada hati panjat pagar, panjat kereta abang. Aneeq makan selera cuma lepas demam dan asma dua minggu lepas, slera macam kurang. Dulu Aneeq boleh makan 2cawan bubur nasi blend tiga kali sari tanpa masalah pon. Belum masuk bab susu lagi. Dah bekalkan Aneeq setin kecil susu tin, incase betul susu mama tak cukup untuk Aneeq, dan apa yang ada dalam susu mama tak mampu penuhi keperluan Aneeq. Tapi dalam hati, mama tetap berdoa, semoga Aneeq tetap menyusu mama.

No comments:

Post a Comment

Dah tulis?? Terima kasih :)