Monday, August 15, 2011

Kelate..Demo Meme Gedebe

Wahhhh....gomo Kelate gomo...gomo banyok gitu ehhh...hahahaha...akhirnya gelaran juara kembali ke Kelantan..setelah tahun lepas di rampas oleh Kedahops ops...ni bukan Liga Super ke Piala Monsun eh..ni benda lain




haaa...ni gelaran JUARA MANGSA MERCUN RAYA hehehe tapi kali ni 03 Ramadhan baru ada mangsa, besa stat 01 Ramadhan dah ade, ke ngelat tak masuk paper?? Kalo di buat statistik..Kelantan memang ngetop dengan mangsa mercun ni.. nampak tak ke-kretip-an orang-orang sanun???kretip tak kene tempat tapinya.

Tringat jaman comel-comel dulu kalo nak main mercun, syarat abah,  wajib pergi trawih, kalo tak makan asap jela ngko malam tu...Abah besa akan dapatkan stok2 bunga api dan mercun dari kawan dia. Stok tu besa awal posa dah ade. Dan abah akan kirai seme stok-metok bunga api mercun tu depan kami adik bradik. Dia akan bukak satu-satu dan bahagi2 kan. Kira dah divided siap2 hari ke berapa main apa dan berapa banyak. Dan time tu kami adik bradik boleh la berdebat mana yang nak main dulu, mana nak simpan karang. Lepas tu abah akan balut dalam paper lama elok2 dan sorok. Tapi abah bab sorok fail, hehehe..salu kantoi dgn lom. Lom malas bocor kat adik-adik je. Syarat lain abah, nak main kene lepas seme balik solat. Kira main sama-sama dan tunggu ma abah skali. Siapkan satu baldi air, jangan gaduh dan laman lepas main tak leh sepah. Kalo gaduh besa mercun malam tu kene rampas. Dan kemungkin esok tak dapat main tu ada. Walopon ade yang bertoncet Lom tau pergi surau bukan terawih penuh pon, tapi ok la dari melepak kat rumah kan??

 Abah akan beli banyak jenis dari bunga api dan mercun. Dari jenis bukan kawalan macam bunga api bodo, bunga api tukar kaler, mercun lalat, mercun naga, mercun gasing sampaila ke bahagian mercun kawalan. Cam mercun mancis, mercun batik, mercun papan, mercun botol, mercun ketupat, mercun bola dan bla bla bla. Penat lak rasa ai menaip jenis2 bunga api ni. Mercun bukan kawalan bukan makna yang polis bagi main, tak....ni yang lepas kawalan Menteri rumah kami. Mercun kawalan pulak besa akan dimainkan bila ada orang dewasa. Besa kami akan request simpan mercun2 tu dan main hujung minggu kat rumah Tok Ayah. Sebab rumah tok luas dah time tu la nak eksen kat spupu2 sebab ade mercun canggih dari diorang. Yang tak best, kene kongsi. Hahaha...

Ingat lagi bila ma abah dah takrif Lom sebagai penjaga kira dah dewasa boleh tolong tengok adik-adik main mercun, rasa berlagak nak mati time tu.. hahaha sure korang dengki je kan???Lom kan kerek Tapi kita tetap bersatu hati bab-bab membedil rumah jiran. Pernah sekali sebab tuju mercun roket banyak ke atap umah jiran, macam nak terbakar. Padahal tak pon, sebab bukan atap nipah pon. Berkeluk2 asap. Kecoh je diorang lepas tu. Time diorang tuju rumah kita, tak pe pulak kan kan???

Kami main jugak meriam buluh, meriam paip tau..siap tanam2 dalam tanah lagi. Tapi main dengan penuh kehadiran orang dewasa cam Pak Ju, Ayah Su, Bong dengan Mat Rodi. Kira kureng la trill kot..hahaha.. lagipun diorang lagi galak banding kami ni ha.... Ala, abah pon same je lebey2 mase buat meriam besi tu Tapi sepanjang penglibatan kami adik-badik main mercun, alhamdulillah tak de benda pelik2 berlaku. Sebab kami main ada kawalan ibu bapa. Dan yang penting kami seme dah solat, kira lebih murni dan redha la tujuan main mercun tu. Tengorok die hahaha....



2 comments:

  1. aku penah jugak kena mercun...hancur jari...hehehe

    seb baik skang masih lg komplete 10jari lagi...kalo x terpaksa la susun 9jari memohon kemaafan...

    ReplyDelete
  2. fenin dgn ayat...dah hancur cmna ade balik jari tu??tumbuh balik ke cmna??

    ReplyDelete

Dah tulis?? Terima kasih :)