Thursday, March 6, 2014

Orkid Vanilla Ice Ice Baby



Alkisahnya sekarang tengah duk mencari belia untuk pencalonan Anugerah Belia Negara peringkat daerah. Dan tetiba tah camna leh naik pasal belia kat Raub hak buat pasal orkid vanilla ni. Dekat pulak tu dengan kompleks ni ha, kat Kg Pamah Kulat...tapi siyes mokcik tak tahu pon ada belia hak buat penanaman pokok ni. Huuu..sodih haa.. Dan nak memanjangkan lagi alkisahnye, ada la sorang hamba Allah dari Jabatan ni ndak ke pokok ni. Memula die kata pokok vanilla ai cam blur-blur. Ai kam memang lahiriah blur, bila die kata pokok vanilla, dalam otak ai macam hmm...




Ha ai piki gini la pokok dia..tapi ada daun-daun apa la..lepas tu hujung-hujung kua pod vanilla tu. Hoh, cukup sedih mokcik ni. Imaginasi memang hampss...



Disebabkan ai pon ke-laut-an jugak nak tahu camna jenis pokok ni,usaha la mencari. Tanya orang itu ini kat mana kan.. Bila jumpa rumah belia tu dah gaya panel untuk pemilihan calon Anugerah Belia dah rasanya. Tanya itu ini.. Budak tu cakap dulu asalnya ada Aki tu buat secara komersil dan memang femes la. Aki tu buat secara kultur lagi. Tapi ada masalah skit dan Aki tu dah tutup tak buat dah sekarang. Ai tadi pon tersilap pergi kat tempat Aki tu, memang nampak macam kene tinggal la. Dan budak tu amik inisiatif buat secara kecil-kecilan. Tanam tepi rumah. Memang kalo pergi rumah die tak nampak mana pokoknye, bila dia tunjuk baru macam haaaa...




Memperkenalkan Orkid Vanilla Ice Ice Baby tersebut...heee. Masa cakap tepon kata benih die macam kecik sangat ke pokok eh, rupanya tak pon. Budak tu cakap dia ni asal dari Indonesia, dan ini memang asal usul nak buat vanilla tu. Oh mai..ai terus cam siyesss!!! Ai beli dua pokok dulu..semangat semangat pon, jangan hover..sedar diri hokey. Kot tak tertanam je..  Nanti nak beli jugak untuk sendiri, boleh tanam tepi rumah kat dapur. Nak buat kek ke kuih main petik-petik je kan??Haa..brangan sungguh best heee





Macam ni la lebih kurang pokok yang ada kat rumah budak tu.sebab tu masa ai sampai die tunjuk tempat pokok tu ai macam..haaa!! Hehehe..pokok ni boleh naik tinggi tau. Dan anak pokok tu dari batang dia la. Budak tu kata die potong dan semai..siap la tunjuk cara betul nak tanam apa. Ai kusyuk la dengar sebab besala..benda yang ai kelaut skit ni rasa kekaguman tu berlebih-lebih muahahaha..Bila dah besar nanti die keluar bunga dengan jurai-jurai batang yang berbau vanilla. Dan jurai-jurai tu la kene keringkan dan pommm!!! jadi pod vanilla tu

Ai is kagum..hahaha Sebab dalam otak ai ni vanilla tu dari belah-belah negara omputih je layaknye. Ni ada kat Raub?? kampung pulak tu yu..hidup subur hahahaha... Budak tu kata tak payah mana pon jaga,janji jangan panas sangat tu je. Pokok ni mudah jaga. Ha'ah yela...




Haa..nilah rupanye bila dah berbunga berbau dan berhasil-an pod..heee...Nama betul die tu ada dah Vanilla tahitensis nape ade tahi lak padahal bau wangi heee Makcik kagum makcik kagum. Siyes tak abis lagi kagum ai. Tu balik tadi terus buat entry ni.. Nampak sangat hovernye heee... :)


*pic kredit to google

2 comments:

  1. wahh ..!! menarik .. kek ..!! kek !! brapa lama bru brbunga ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2thn..tp tgk kt tmpt budak tu td xsmpai 2thn umo tp dh pnjg gile

      Delete

Dah tulis?? Terima kasih :)