Friday, July 5, 2013

Langsir La Pulop...



Lepas kerja cuci mencuci rumah..Cikgu paksa-rela cina kontraktor rumah tu datang tolong pasangkan rel langsir. Boleh?? Hahaha..kami bayor la sikit. Bukan tak boleh nak buat sendiri, kami tak de tangga tinggi. Paling tinggi 5' je..mana nak panjat tinggi-tinggi ha. Ale..lagipun bayar  sikit je. Dah tanya orang kedai-kedai lagi mahal amik. Cikgu upah sekotak rokok sorang mereke bertiga nasik air kami tapau, lepas tu RM20 sorang.



Ruang keluarga kami.. Rel dah siap pasang. Tinggi dia dalam 11' kot. Lupa pulak ai. Tu rod beli kat Baaagus tu. Hood dengan hob pasang Jumaatnya. Sangat la kesuntukan penjadualan kami..penat gile sana sini. Esoknya pindah barang-barang dari rumah sewa. Lepas pasang hood dengan hob tu basuh rumah lagi skali. Habuk wehhh........



Ini dalam bilik utama. Pasang sampai atas kat lekuk tu terus. Langsir lurus biasa tu je. Langsir beli kat Baaagus. Time beli tu ada sale. Langsir kain tebal tu dalam RM190 tak silap. Tebal dan labuh. Sini pasang rel biasa je. Kalo beli kain tebal upah jahit lagi...memang lebih la. Dah tanya kedai area Raub ni, jahit pleat eh ke apa panggil eh, ale jahit biasa tu diorang dah cas RM5/kaki. Untuk kain yang biasa-biasa je ok. Tu harga kawan Cikgu. Kalo kedai cina biasa kat Raub ni RM7. Labuh langsir tu dalam 11' lebar dia dalam 5' so upah je dah RM80, kain langsir tebal hak kami tengok dan berkenan rega dalam RM25/meter ke atas. So gak berbaloi la...Tingkap sekaki hak kat tepi tu semua pakai jenis roller blind. Eh betul ke nama die?? Rege dia dalam RM150. 



Ni langsir bilik 4..bilik budak-budak kata Cikgu.. Jenis roller jugak, mudah. Kat dapur kami pilih jenis roller gak tak de pic tapi meterial plastik. Yang macam kat opis tu.. Mudah nak bersih. Pon mudah main tarik turun je.



Ini langsir depan. Nampak coet je ha. Jenis roller gak tapi pesen ada ombak-ombak gitu. Tapi yang tak tahan Dabel A la. Diorang dah siap buat nyanyi lagu Negaraku sambil duk tarik benda alah tu. Zrot zret zrot zret..tensen ai hais...tak lama rasa nyawa langsir depan ni.


Tips tops...
*Kalo nak harga berbaloi sila peka dengan jualan murah. Cumanya tak ada pilihan la...kalo rumah kat KL tu beli kat kedai sama, memang same jela paten eh...hehehe.. tapi kami kat Raub insya ALLAH payah nak sama kot hehehe...
**Ande jenis nak rekaan lain-lain tak payah la beli siap. Buat jela..cuma kene la carik tempat nak tempah murah pe kan?? Kami ni jauh..kebetulan masa naik g Puchong carik lampu Cikgu terjumpa kedai Baaagus ni lepas tu tengah wat sale. Memang rezeki kami la.
***Sila pilih langsir ikut warna rumah ye..macam kami Cikgu eksited beli awal time tu rumah baru naik tiang je pon kebetulan dapat duit bonus hujung tahun kan so kene la beli kaler-kaler selamat. Nasib la..
****Beli langsir yang dah siap sila tengok bebetul. Kadang time beli tak nampak cacatnya. Cam roller dalam bilik kami, yang belah kanan tak de dalam gambar senget sket..
****Sila siapkan dan kalo boleh bawak ke mana-mana ukuran tingkap pintu anda apa semua. Mudah..kami mudah nak beli nasib baik ai buat catatan keselurahan rumah. Ukuran tingkap, pintu..luas ruang ni apa..ukuran agak-agak perabot sini sana. So kalo anda terbeli awal cam kami, leh minimunkan kesilapan membeli yang membuatkan anda rugi lepas tu makan hati bila rumah siap nanti :p

No comments:

Post a Comment

Dah tulis?? Terima kasih :)