Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Wednesday, April 29, 2015

Bercut-cuti Ke Bukit Fraser 2


Akhirnya berjaya menyambung cerita hehehe... Sekian lama, apekah...



Tempat wajib ambil gambar kalau datang ke sini. Nak ambil gambar kat sini kadang sampai kena tunggu giliran tau, punyalah femes tempat ni.Ni ai ambil awal pagi, jadi tak ada lah orang mana. Sambil tunggu nak sarapan pukul 7.30 kat hotel. Sempat la merayau dekat-dekat. Cuma yang tak best bila hari dah meninggi sikit dan orang yang nak bergambar makin ramai.Diorang kadang macam tak fikirkan langsung keselamatan diorang, janji dapat bergambar, tak kira la selpi ke apa,semua macam tak peduli dengan kereta. Pemandu kereta memang kena berhati-hati lebih kawasan sini, dah la jalan turun bukit sini.





Tempat yang paling banyak kali Cikgu pergi dengan anak-anak bila ai kerja, Allan's Water. Diorang jalan kaki dari hotel ke sini. Tempat ni banyak juga aktiviti cuma masa ai pergi ni dah petang sangat dan cuaca tak berapa elok, dengan petir guruh berdentam-dentum. Jadi diorang dah berkemas-kemas apa yang patut. Budak-budak ni bukan kisah sangat, dapat bagi makan ikan tu gembira sangat dah. Makanan ikan ada jual kat kaunter bot kayuh tu dengan harga RM1 sebungkus. Kami bawak bekal roti siap-siap beli dari Raub, pek besar punya. Sorang tiga keping roti lagi jimat hehehe.. dasar kekut sangat 

Dalam gambar tu kalau perasan belah belakang ada bebola gergasi putih, boleh disewa, RM15 dalam 15minit tak silap. Kalau nak merasa berjalan atas air boleh la. Aneeq beria nak naik tapi sebab dah petang tu, ai cakap je diorang nak tutup dah hehehe.. Selain permainan bebola gergasi tu, ada bot kayuh dua tempat duduk RM6/15minit. Budak-budak tak boleh naik yang ini. Dia ada syarat ketinggian kalau tak silap. Masa datang ni ada pasangan tengah amik gambar kawen. Persekitaran memang cantik cuma kena tahan mabuk la sikit kalo jenis mabuk le..



Ikan besar-besar. Menakutkan tengok cara ikan ni makan. Macam lapar sangat padahal kemain ramai yang bagi makan. Takut anak-anak jatuh kena makan je nanti banyak sangat tengok cerita la mokcik ni Kat sini boleh memancing tau, cuma kena bayar sewa tapak RM10 lepas tu pancing la. Bagi yang suka cabaran memancing, sini bukan tempatnya la, ikan sini jenis mudah tangkap. Ini untuk orang yang memancing memang untuk nak ikan. Sedap ke tak ikan ni?? Tah la, sedap kot. Hahaha...




Tempat lain yang biasa dilawati kalau ke Bukit Fraser, The Paddock. Ini kawasan memanah, RM10 sekali main. Tak teruja sangat nak cuba sebab dah penah cuba.




Kami datang untuk ini.. Menunggang kuda. Kadar bayaran untuk sekali pusing tapak tu, RM6 untuk kanak-kanak, RM8 untuk dewasa dan RM10 untuk dewasa+kanak-kanak. Aneeq teruja sangat kot, sampai-sampai terus terjun masuk gelanggang tu. Menjerit la ai takut sebab kuda jantan seekor dalam tu macam dah lain macam je. Orang yang menjaga pun jerit suruh Aneeq keluar dari situ. Nasib baik la dia nak keluar sendiri "taik kuda busuk la mama.." Hahaha..



Budak yang dua kali naik. Kali kedua naik sebab Aliff tak nak naik. Aliff memang jenis penakut sikit. Nak pegang usap kuda tu pun puas pujuk heee...



Cikgu naik tiga pusingan. Dua kali dengan Kasyah dia naik sampai tak nak turun dan sekali dengan Aneeq tak silap. Nampak tak ke-ter-paksa-an Aliff di situ? Kaku je. Heee... Memang macam membazir sikit, pusing gelangang tu bukan lama mana pun, tapi tak apalah, nak bagi pengalaman kat anak-anak. Kat sini kalau hujung minggu dan cuti umum buka sampai pukul 7.00malam tau.



Akhir sekali, letak gambar kami sekeluarga. terima kasih pada saudari yang sudi tolong ambil gambar. Jenuh ai nak setting timer bagai..syukur ada orang membantu. Hee..nak minta tologn segan. Owh, jelas ternyata ai yang kegemukan di situ hahaha...

Kat Bukit Fraser ni pun boleh buat aktiviti jungle trekking, banyak trek boleh pilih ikut keupayaan dan kelaratan anda je. Pun boleh ke Air Terjun Jeriau, cuma masalahnya nak ke sana bukan boleh naik dengan kereta, 4km jalan kaki. Kami pilih aktiviti yang anak-anak boleh ikut sama je. Hujung minggu kat sini ramai geng berbasikal, cuma bila dah ramai jadi masalah sikit bab berkongsi jalan jela. Jalan naik dan turun kat sini kat kecil dan sehala, agak menganggu dan berbahaya bila kita kena menunggu diorang berbasikal dan kita berkereta kat belakang. Itu pendapat ai jela, heee..

Kepada yang mahukan percutian yang menyenangkan, mendamaikan dengan udara segar dan keindahan alam yang tak begitu terusik, boleh cuba ke Bukit Fraser. Jom bercuti-cuti dalam Malaysia.. dah macam apa je ending hahaha

No comments:

Post a Comment

Dah tulis?? Terima kasih :)