Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Tuesday, December 30, 2014

Banjir




Mohon share En. Raja Shamri


Dia antara individu yang saya follow FB  untuk mengetahui perkembangan di Kelantan. Insya ALLAH, apa yang dikongsikannya bukanlah auta. Saya mengenali beliau melalui kawan satu sekolah yang bersama-sama menjalankan misi membantu mangsa banjir di Kelantan. Dari hari kedua banjir mereka ini sudah giat dalam cubaan membantu saudara-saudara di sana.

Rakan yang ke Kuala Krai memberi komen 'Sedih sebok dop leh nok royak gane doh. Meh meh tsunami doh doh sini' Itulah ayat awal bila saya tanya macam mana Kelantan. Saya percaya itu kerana dia antara sukarelawan yang ke Acheh semasa tsunami dulu. Yang membezakan Acheh dan Kelantan adalah jumlah kematian dan mungkin jumlah kerosakkan.

Banyak post di fb mengenai kejadian banjir ni. Ada yang benar dan ada yang salah. Terpulang kepada pembaca menilai sebelum membuat sesuatu tindakan. Saya tak nak menulis terlalu panjang sehingga saya dibuai emosi dan melalut-lalut. Cukuplah saya katakan, tidak semua yang bergambar itu benar, tetapi tidak semua yang diceritakan itu juga salah.

Cuma mohon jasa baik yang membaca blog picisan saya ini, usahlah cepat menilai sesuatu melalui apa yang anda cuma nampak melalui maklumat di hujung jari anda. Yang terlibat, yang melihat, yang mendengar dan yang membaca, situasinya berbeza. Mohon seikhlas doa buat saudara-saudara mangsa banjir di sana, semoga semua dipermudahkan oleh NYA.


Daripada saya...
Anak Kelantan celup


*kalau ada tersilap kata bahasa saya mohon maaf..saya juga cuma orang yang mendengar dan membaca. insya ALLAH, andai beberapa halangan kecil disini dapat diatasi, kami akan bertolak balik ke Kelantan juga nanti. 

No comments:

Post a Comment

Dah tulis?? Terima kasih :)