Thursday, December 4, 2014

Shuti-shuti Sekolah di De Rhu Beach Resort Kuantan 1



Ceritera awal minggu ni. Ai menggantikan bos  ke mesyuarat Jabatan di Kuantan disebabkan bos ada hal kecemasan.  Jadi ai amik kesempatan yang bos bagi tu bawa satu keluarga ke Kuantan untuk bercuti-cuti dan syukur sebab cuaca rata-rata di negeri Pahang ni masih di kira okey. Kira tercapai la hasrat Aliff yang sebok merayu-rayu nak tidur hotel sangat.

Dengan arahan minit terakhir dari bos tu ai cecepat Gugel tempat nak menginap. Bukan pe, ai ke sana bekerja, yang menjaga 3A nanti Cikgu. Haruslah pilih tempat yang menyenangkan hati budak-budak dan tak membosankan Cikgu nak menjaga mereka nanti. Antara pilihan yang ada adalah Sempurna Resort dan De Rhu. Lepas itu ini itu ini dan timbang pendapat beberapa orang kawan, ai pilih De Rhu. Nak book guna Agoda lebih penjimatan khennnn tapi tak dapat-dapat. Pagi Ahad, ai telefon De Rhu terus, alhamdulillah..rezeki anak-anak, dapat la sebilik

Nak ke De Rhu ni tak susah mana jalannye. Tipical perempuan suka sesat macam ai ni, besa akan bagi direction dari tempat yang memang ai tahu jela.  Tau Kompleks Belia dan Sukan Kuantan? Err..tak tahu tak pe.. Megamall tahu kan?? Sekarang jalan tu dah jadi one-way. Ikut je jalan tu sampai nanti jalan tu akan terbahagi dua. Satu ke Tanjung Lumpur(kanan) dan satu lagi ke Terengganu(kiri). Sila ikut arah ke Terengganu. ada kerja-kerja naik taraf jalan kat sini, jadi berhati-hati

Dan ikut je jalan kiri tu jangan masuk mana-mana simpang. De Rhu ni menghala ke Beserah dan dekat kawasan Pantai Balok. Nanti anda akan jumpa Hotel Swiss Garden, dan silalah memandu lagi dalam 10minit tengok trafik la jugak  Depan nanti akan ada papan tanda LKPP De Rhu Beach Resort belah kanan. Masuk ke dalam 500m anda akan jumpa tempatnya. Memang agak jauh. Ke bandar dalam 15km kalo tak sesat macam ai Anak-anak asyik duk bertanya bila nak sampai tak habis-habis. Terpaksa la ai dan Cikgu bercerita dongeng pasal De Rhu untuk menenangkan mereka. 




Gambar depan tangga De Rhu. Gambar malam baru santek.. Tepi kanan tu kerja-kerja nakt mabah lif. Tak dan nak amik gambar bila siap eh.. Gambar lot parking pon lupa nak amik haaa... Ada valet dalam kotak kecik bahagian kiri tu. Aneeq yang sentiasa ada soalan siap tanya 'Abang main nyorok ke kat sini??' 



Bahagian depan hotel. Kakitangannya sangat ramah dan baik-baik. Kadang ada jugak staff hotel yang macam kerek kan? Ai ni kan selalu blur, suka la tanya soalan kureng cerdik orang tak biasa duk hotel mahal hehehe.. Tapi tak adala mahal sangat, sebab De Rhu ni hotel tiga bintang katanya, tapi caranya tak gaya tiga bintang pon. Memang bagus..


Lobi hotel..besar dan selesa. 



Tangga untuk naik ke atas. De Rhu ni tiga tingkat rasanya. Untuk lebih keselesaan itu yang diorang tambah lif tu. Oooiihhh.. nak naik tangga heret beg dengan anak-naka jenuh jugak ehh..



Tadaaa.. bilik sebelum. Abaikan Cikgu kat tepi tu. Anak-anak dah bising nak ke kolam. Laju la abah eh kene menyalin baju. Kasyah dalam usaha nak panjat katil. Sekarang budak kecik ni suka sangat memanjat. Lemah jantung mak pak dibuatnye. 

Nak cite panjang lebar sikit pasal bilik ni. Kami punya bilik ni jenis biasa nye. Di Dhe Rhu bilik standart disediakan samada katil single yang jenis super-single  dan juga katil kelamin saiz king. Haa..ai ni besa kalo ke hotel 3bintang ni dapat katil saiz queen jela. Ini memang besar. Empat orang nak tidur sekali atas  katil tu no hal. Kemudahan okey, tidak sebagus hotel mewah tapi bagi hotel 3bintang dah bagus sangat. Dari foyer tu ada lemari built in 4', ada peti ais kecik, cerek letrik, termos, iron+iron board ni penting dan peralatan minum-minum bukan minuman mabuk-mabuk ye heee

Bilik air biasa je tapi okeyla. Kesan tear and wear tu biasala. Komen banyak ai baca dalam internet pon bilik hotel ni peralatannya macam old fashioned. Kopak sikit-sikit tu besala. Bukan main priority pon. Saiz bilik ni untuk bahagian katil tu sahaja tau tak termasuk kat depan jalan masuk tu dalam 12' x 18'. Luaskan?? Gigih ai kira tiles tu hahaha.. Kalo dirapatkan katil tu boleh masuk 2biji katil saiz king dan sebiji saiz super single. Bagi kami, bilik yang luas dan bersih tu penting. Nak tahu bersih..ha, kejap. Tunggu kejap..



Gambar selepas. Heee..dah jadi mak orang ni, biasalah. Kene kretip dan kureng malu skit. Katil king tu kami tolak rapat ke tepi dinding lepas tu turunkan tilam atas tu. Bawah tu kan macam kayu dibalut span nipis. Kira tak adalah sekeras dan sesejuk simen asal nak bawak tilam angin, bimbang tak muat bilik, skali amik haaa.. Ai bawak toto dari rumah, bentangkan dua lapis. Dah tido budak-budak, penat main kolam dari petang pukul 5.30 - 7.00 malam. Berhenti sebab paksa, nak ajak keluar makan. Yang tak tido lagi Kasyah. Main suis lampu. Pening ai..kejap tutup kejap bukak. Haisshhh...

Ha, dan dari sini kami tahu bilik ni bersih. Lepas tolak katil ke tepi tu, Cikgu dah sedia nak lap bawah katil dengan tuala kecik hotel. Tengok, eh tak ada sampah-sampah pon. Habuk sikit-sikit je. Pengalaman ai yang tak biasa mana tido hotel ni, biasa kalo alih katil bawah tu ya Allah, rambut segala jenis rambut ada, geli.

Ai tak tahu orang lain, tapi ai sejak jadi mak ni kalo ke hotel...
-cek cerek air. Tak nak cerek berkarat keladak. Kalo dapat tak akan guna
-katil wajib amik jenis kelamin. Lepas tu tolak rapat tepi dinding. Kalo katil single dua biji pon akan dirapat-rapatkan
-cek kebersihan budak kecik semput cara mudah cek kebersihan adalah dengan melihat bawah katil
-cabut plug yang tak berkaitan/tak digunakan terutama kabel telefon. Bahaya wehhh...
-bilik luas adalah kelebihan. 3A suka berlari, tak berlari pon bergerak aktif.


No comments:

Post a Comment

Dah tulis?? Terima kasih :)