Monday, December 8, 2014

Bershuti-shuti Sekolah di De Rhu Beach Resort Kuantan 2



Sambungan ceritera bercuti-cuti sebelum ni. Rasa macam panjang sangat dah aih. Ini hari kedua..



Kami dapat voucher sarapan dua orang kat De Rhu ni. Kalo ikutkan Aliff kene bayar RM14.00 sebab dah lebih umur. Tapi masa kami masuk dan bagi voucher kat kaunter depan tu, tak ada pulak orang tu bunyi apa. Jadi masuk jela... Kafeteria nye tak adalah besar mana. Rasa untuk 100 orang pon tak muat kot. Makanan pon biasa-biasa je tapi okeyla, ada jugak la pilihan. Suka sebab ada bubur. Tambah dengan sup yang diorang sediakan untuk mi/bihun sup bolehlan bagi makan Kasyah. Tapi budak kecik tak nak pon makan.




Minum jus je dia nak. Cikgu bagi jus jambu yang kaler pink tu. Tiga cawan budak kecik minum. Memang melawaskan betul. Biasa kalau travel gini, bukan anak je, satu family akan ada masalah pembuangan. Tak rasi jamban kata Cikgu. buruk bunyi ungkapan tu hahaha...



Ni sebabnya Kasyah tak nak makan. Bukan Kasyah je, Aliff dan Aneeq pon sama, seme duk ngadap kolam eh. Puas la ai duduk bangun amik makanan, makan coet je ha.. Ai jugekkk yang perabiskan. Roti jala die sedap, tapi kari banyak tulang. Kari ayam je pon hahaha...

Kafeteria ni tepi kolam. Ini kolam untuk dewasa. Yang besar belah kanan tu kolam 9kaki. Yang bulat belah kiri tu 4kaki. Tapi masa ai datang kolam-kolam ni berpagar. Tak tau nape. Aneeq kata sebab air die tak gerak.. :)




Kumpulan kedua masuk ke dalam air. Kalau tak sebab ai membebel sure jadik kumpulan pertama, ini pon pukul 8.30 pagi tau. Ai takut nak lepas budak-budak ke kolam pepagi, tapi tengok cuaca panas, ok jela. Kolam bukak dari pukul 8.00pagi - 7.00 malam. Untuk pengunjung hotel percuma masuk kolam. Tag boleh minta kat kaunter depan. Tak ada limit untuk satu-satu bilik. Best kan? Tapi tengok penjaga kolam macam tak kisah sangat. Ada yang datang satu keluarga tak semua pon bertag, boleh je masuk kolam. Tambahan mak pak, masuk kolam bukan nak bermandi manda sangta, teman anak je. Untuk bukan pengunjung hotel, bayaran masuk dewasa RM10, dan kanak-kanak RM7. Tiket untuk pengunjung luar di kaunter tiker tepi kolam.



Hujung kolam yang tutup tu ada taman permainan. Inilah tempat Kasyah memanaskan badan bila dah biru-biru bibir sejuk. Tepi taman ni ada kawasan bersantai. Ada pondok untuk keluarga berpiknik, ada diletak meja kerusi batu nak duduk-duduk.




Pemandangan hotel dari kolam.



Kolam yang menjadi pojaan hati anak-anak. Pukul 8.45 pagi. Enjin air tak bukak lagi semangat diorang turun. Klorin air ni tak kuat sangat. Tak macam kat Port Dickson dengan Temerloh tu, bau klorin memang kuat sikit. Biasa kalo klorin kuat kulit budak-budak ni terkesan la, tapi yang ni alhamdulillah. Air pon bersih. Cikgu kata diorang bantai berendam sampai pukul 12.30 tengahari. Cikgu siap tertidur dengan Kasyah bawah pokok atas kerusi malas tu.




Ini gambar kolam belah petang. Kami setuju extend check out pukul 5.00 petang. Sini check out pukul 12. Standart la kan..mohon nak lewat sikit bagi sampai pukul 12.30 je. Sian lak Cikgu dengan budak-budak nanti. Ai belum tentu siap keje waktu tu, mana pulak diorang nak melepak. jadi sambung la. Nasib baik ada bilik. Dengan bayaran RM60 dapat keluar pukul 5.00 petang. Dan anak-anak sambung mandi lagi huuu...




Gelongsor. Aneeq ke-ber-dikari-an dia kadang membimbangkan. Memang mata tak boleh lepas. Kawasan ni air dalam 2-3kaki je. Aliff jenis malu-malu sikit.




Ini kawasan dalam sikit. Kolam ni tepi kolam ada tempat mainan tadi. Kolam-kolam kat De Rhu ni bersambung-sambung kecuali kolam dewasa tadi tu tapi dalam bentuk membulat la. Jadi panjang gitu kolam dia.. Katanya kolam indoor terpanjang. Tak tau samada terpanjang dalam Pahang ke Malaysia hehehe... Bangunan tu tandas dan tempat persalinan. Ada gerai jual makanan sama. Makanan luar tak dibenarkan bawa masuk. Macam ai cakap tadi, sini tak ketat sangat peraturan dia walopon kata makanan luar tak boleh. Sebab ada pakcik jual eskrim naik motor hujung kolam luar pagar kawasan De Rhu diorang tak ada sound ke apa. Selagi anda tak bukak gerai celen gerai diorang tak apa kot. 

Oh ya, ada pagar untuk anda ke Pantai Balok juga, Ai tak sempat pergi. Cikgu pergi, tapi tak mandi walopon nampak landai. Lagipun orang-orang kawasan tu cakap Pantai Balok tu pantai jenis longkang. Bukan bau atau kotor macam longkang. Tapi lepas kawasan pantai landai tu dia jadi macam ada longkang yang kalo orang tak biasa berkemungkinan lemas. Biasa masa air surut nampak la kawasan tu. Lepas kawasan longkang tu nanti jadi landai balik. Macam ada beting pasir la kot antara pantai utama tu. Ai pon tak tahu..sebab Cikgu yang cite.




Akhir sekali, rate hotel De Rhu. Opss, silap. Bilik ai jenis superior, bukan standart hehehe.. Jangan tanya apa maksud tarif rate tu. Tak dan ai nak termuramah orang kat kaunter tu sebab masa tu hidung duk selema teruk heee... So kalo ade plan nak datang ke sini, boleh la usha-usha Agoda ke apa. Rasanya lebih murah sebab tak termasuk sarapan apa. Kat sini pon keluar sikit ada banyak kedai makan. 7E pon dalam 700m je.. Apapun memang best, anak-anak sangat puas hati tu yang penting Insya Allah kalau ada kesempatan lagi dan cuaca baik, kami datang lagi. Bimbang jugak banjir wehh..

4 comments:

  1. Rindunye nk tgk anak3 bujang sume... Ape kabar sheG? Lama dh xjengah2 blog awak

    ReplyDelete
    Replies
    1. pesal balas komen je tak de kat sini..nak kene babap nih..hehehe

      alhamdulillah saya sihat memang sesungguh hati..sampai ke body sihat nye hahaa..awak pon lama mdiamkan diri sejak naik pangkat ni..tak pela,nak seswai kan diri dengan pangkat baru..slow2.enjoy the journey :)

      Delete
  2. Saya dh tutup blog. Ade kisah disebaliknye... Geram yg sbnrnye! Gmbr2 lama ms pregnantkan najla ade org curik dan slh guna :( frust terus tutup blog. Awk xde fb ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada.. she azizi. nt msg dulu eh??sy ni kadang lupa nak cek sape2..heee

      Delete

Dah tulis?? Terima kasih :)