1 week ago
Friday, July 11, 2014
#amanpalestin
Seminggu dua terasa sangat berat hati bila bukak fb. Sekadar bukak cek mesej dan kemudian skrol tanpa buat apa-apa rasa diri sangat tak berguna.. Sana sini post gambar dari sana.. Dari saudara seislam kita di Palestin. Saya berhati tisu, saya mengaku. Bila tengok gambar abang matipeluk adik, gambar ayah peluk jasad anak yang dah kaku dan cuma rasa sedih dan kasihan dalam hati, macam ada yang tak kena. Saya emak..kepada tiga anak lelaki. Bayangkan itu anak-anak saya, saya mungkin mahu orang berbuat sesuatu untuk membantu. Ye doa..itu terbaik buat mereka. Moga ada antara doa-doa kita didengar oleh NYA dan membantu mereka di sana. Tapi sekiranya anda mampu lebih dari itu, apa salahnya memberi. Tak ada kecil besar sebuah pertolongan, yang penting niat kita membantu tu. Bantulah yang termampu...
#prayforgaza #prayforpalestine
Labels:
renung merenung
Monday, June 30, 2014
Fun Fair Versi Kami...
Ini fun fair versi kami. Dengan cogan kata "Anak gembira, mak bapak suka, kereta bersih juga" Hahaha... Dah mana nak carik fun fair siang buta kat Raub ni ha... Elok lepas keluar TF Raub tu terus Cikgu drive masuk sini. Tu pon ai yang teruja lebih dengan cite macam-macam nak bagi Cikgu basuh keta otomatik ni. Cikgu macam nak tak nak je dengan cucian otomatik ni. Tak bersih la, die guna air longkang la, rosak keta la..tapi dia mengalah juga akhirnya, mungkin sebab kesian tengok isteri die yang kagum hover kalah anak-anak hahaha...permintaan sebelum puasa kononnya. Apekah.. Dan seperti biasa, mak yang hover bukak cerita itu ini masa kecik itu gini. Nak bagi anak-anak naik hover macam mak nye. Malu la ai nanti hover sorang-sorang heeee...
Time ni anak-anak dah start kagum dari jauh bile tengok bilah-bilah pencuci tu. Bulu ayam besar kata Aliff..
Ni dalam terowong basuhan tu. Kejap sangat. Mungkin sebab masa kami pergi tu ramai orang beratur menunggu. Ingat masa kecik-kecik dulu kat Temerloh abah suka bawak keta basuh otomatik ni. Sebab ai dan adik-adik pon memang akan enjoy duk dalam keta goyang-goyang ada air dan sabun splash sana sini..memang macam rollercoaster versi kebersihan. Hehehe..cuma ingat masa kecik dulu lama jugak dalam terowong tu. Dan terowong tu tak dela transparent macam sekarang ni.
Ok...esok datang lagi kata anak-anak. Sebab tengah promosi pembukaan sampai 09 Julai ni. Keta besa RM2 je. Kalo setakat basuh jela. Nak wax tayar tambah singgit. Vakum tambah lagi. Kira okey la. Bersih la keta kami yang sebulan sekali je mandi nyer. So meh abang, kita ber-fun-fair lagi esok hehehe...
Labels:
ape2 je
Tuesday, June 24, 2014
Seminar Makanan Halal Daerah Raub
Ye...ai ke sini semalam. Bertempat di Masjid Sultan Abu Bakar Raub. Tajuk seminar memang best dah tambah pulak ai memang nak mencari-cari kursus lagi dua hari nak cukupkan 7hari tu. Ada seminar gini dalam daerah pulak tu memang cantek la.
Penceramah pertama dari Jabatan Agama Islam Negeri Pahang (JAIP) Ustaz..anyonyooo ai lupa. Dah tulis tapi kertas nota dah ke mana-mana. Tapi ustaz ni memang femes. Best...dengan ai yang tak cukup mana tido kes program hujung minggu pon tak de la tersenguk dengar die ceramah.
Penceramah kedua dari KPDNKK. Encik Din..nama penuh tak tau. Die sebut gitu je. Tak banyak sangat die kupas. Lebih kepada pedangan pendapat peribadi beliau sebagai otai dalam KPDNKK tentang sikap orang-orang kita. Errr..ke ai yang dah sengguk lebih tu tak dengar sangat benda die bagitahu hehehe
Nampok?? Tu kadar yuran bagi pensijilan untuk tempoh satu tahun. Kira tak de la mahal nau. Duk dengar kata mahal-mahal..ai bajet ribu riban. Industri kecik baru RM100 je pon ha. Cuma yes..makan masa tu mungkin. Macam ustaz tu cakap maaf lupa nama huuu makan masa sebab banyak kerja yang perlu di buat dan pegawai yang ada tak ramai mana. Di Malaysia yang mengeluarkan sijil halal samada JAKIM atau JAI Negeri. Dan sekarang dah ada online. Sila ke laman web www.halal.gov.my ye..
Nampak kertas pink tu..haa, tu kertas kod yang ai bawak ke mana-mana tiap kali nak beli barang. 7tahun kot duk bawak benda alah tu cek bahan-bahan. Tapi bila dah dapat penjelasan gini, rasa macam oooooo..baru tahu. Kadang kita pengguna ni terlalu alert sampai tak cek betul-betul sumber info kita tu. Ustaz tu pon ada sentuh pasal Cadbury. Dan jelaskan kesilapan tu, dan khabar-khabar angin kata itu ini dan prosedur mereka.
Kesimpulan seminar tu, apabila dan ada badan yang memang boleh buat ujian dan sahkan benda tu halal sepatutnya ianya memudahkan kita pengguna. Tapi kalo dah was-was tu, jangan makan. Dan kalo nak share benda tu piki banyak kali. Biar sahih betul letak duduknya. Oshh..banyak sangat benda nak cite tapi tak reti nak cakap. Eloknye seminar gini di buat seluruh negeri dan daerah. Memahamkan pengguna terutamanya umat Islam yang kadang mudah sangat percayakan benda online. Walopon kejap tapi sangat bermakna
Labels:
bebel
Monday, June 9, 2014
Nasik Arab Khabsa La Kononnye..
Sempena ai yang kene keje Sabtu lepas, Cikgu request nak makan Nasi Arab pulak. Ape ketan ai keje Cikgu pulak dapat ganjaran ye dok?? Ada ketannya sebab die yang tolong jaga 3A kat rumah hehehe... Dah la ai keje dari pagi ke petang. Sian die. Lagipun dah seminggu Cikgu duk nyanyi-nyanyi nak makan nasik arab. Ingatkan nak makan bila kami naik ke KL hujung minggu ni. Eh eh..nak wifey die masak pulekk...
Sesambil layan cite Doctor Stranger dengan You Are Serrounded ok iklan sket dan la ai gugel-gugel carik resepi nasik arab. Buat research sikit. Pening jugak..taip nasik arab je sekali keluar ada nama pelik-pelik pulak. Mandy la, Maghlubah la, Khabsa la okey sape tahu apa beza nye boleh tolong terangkan? Ke tu nama tempat asal nasik tu? Ai cedok sikit sana sikit sini, agak-agak nak bagi kene dengan selera Cikgu.
Pagi-pagi Cikgu ke Pekan Sari Ahad kt Raub tu. Besa rileks je die keluar rumah pukul 8pagi gi pasar. Kali ni memang semangat. Nak beli daging kambeng la apa lagi. Tu tengah merebus daging dan tulang kambing. Benda pertama kene buat, sebab nak bagi daging hempuk empuk. Dan ai besa kalo masak daging memang sentiasa ada sudu besi la dalamnya petua mama. Dalam blog lain pon ada petua yang sama. Siap ajar basuh kambing guna tepung lagi. Ai bukan sekadar basuh, siap rendam dulu kejap. Tapi siyes, tak de bau hamis sangat. Tinggal bau dan rasa kambing tu je. Sedap la pulop.
Air rebusan ni nanti guna untuk tanak nasi. So kene pandai-pandai la agak. Lepas dah ada lebih tu, air rebusan bertukar menjadi sup. Pon ikut cara blog auntie sorang ni. Tambah bawang besar +bawang putih goreng + garam + lada hitam + lada sulah + garam + daun sup. Dah jadi. Aliff Aneeq makan sup saje bermangkuk-mangkuk lepas tu duk panas panas..hehehe
Nasi sesi pertama. Tak dapat nak tangkap bukak tudung. Berwap abis kamera henpon ai. Besala..henpon murah kan, tak de wiper hehehe... Sebenarnya ai takut nak bukak tudung tu takut nasi tu jadi antah. Punya la takut. Hehehe..kata first time masak. Sure la takut. Wehhh..kalo tak jadi makan tahun la jadi bahan kat Cikgu. Jadi failure is not the option ok.. betul ke ayat tu
Resepi Nasi
4 pot beras basmati cuci dan rendam 30 mionit, toskan
6 pot air rebusan tadi sebab belakang pek beras tu tulis 1cawan=1 1/2 cawan air
2 sudu minyak masak
1 sudu minyak sapi
1 batang kayu manis
2 sudu minyak masak
1 sudu minyak sapi
1 batang kayu manis
*1 inci halia ketuk masuk je
*6 biji buah pelaga
*4 biji bunga cengkih
*1 biji bawang besar potong dadu
*3 ulas bawang putih potong dadu
1 batang karot pon potong dadu
*6 biji buah pelaga
*4 biji bunga cengkih
*1 biji bawang besar potong dadu
*3 ulas bawang putih potong dadu
1 batang karot pon potong dadu
2 sudu tomato puri
1/2 sudu kecil serbuk kunyit ai tak de safron yuu..
2 sudu besar rempah Khabsa nanti ai letak resepi kat bawah
2 biji cili ijo sedabak-dabak tu
1/2 sudu kecil serbuk kunyit ai tak de safron yuu..
2 sudu besar rempah Khabsa nanti ai letak resepi kat bawah
2 biji cili ijo sedabak-dabak tu
1/4 cawan kismis
Garam secukup rasa
Pewarna oren nak titis-titis dah masak karang
Daging kambing yang direbus tadi banyak mana anda nak masuk dalam nasi
Cara masak, lepas dah panas minya + minyak sapi tumis la bahan-bahan bertanda * Jangan la masuk seme skali, satu-satu la ikut priority. Dah agak layu bebawang, + rempah khabsa tu. Goreng kejap lepas tu masuk dalam rice cooker. Buh tomato puri,serbuk kunyit, kismis dan tambah beras lepas tu tuang air rebusan + daging kambing, jangan lupa lada besar tu. Kacau sikit-sikit lepas tu buh la garam. Tutup. Hmm..ai tak ikut sangat nak masuk gitu gini. Janji step penting ada. Tumis yang patut tumis dan campak-campak masuk seme bahan dan tutup heee.. Orang tak pro masak memang gitu. Janji siap masak dan sedap daaa hehehe..
Buat juga ayam bakar. Kot anak-anak cannot go dengan kambing bakar. Lumur dengan rempah khabsa tu. Tapi untuk lumuran ni tambah serbuk kunyit + serbuk cili + garam. Sedap. Kambing yang direbus tu pon lumur serbuk ni lepas tu bakor!! Guna periuk ikan ni je bakar. Bakar kambeng tu penuh asap rumah. Memang bau kambeng la hehehe..
Resepi Rempah Khabsa
*1 sudu makan bunga cengkih
*1 sudu makan lada hitam
*1 sudu makan jintan manis
*1 sudu makan jintan putih
*2 sudu makan biji ketumbar
*1 sudu makan buah pelaga
*1 sudu buah pelaga hitam (black cardamom pods)
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh kunyit
*1 sudu makan lada hitam
*1 sudu makan jintan manis
*1 sudu makan jintan putih
*2 sudu makan biji ketumbar
*1 sudu makan buah pelaga
*1 sudu buah pelaga hitam (black cardamom pods)
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh kunyit
Ni resepi asal dari blog Resepi Raidah. Ai ada ubah skit hee.. Yang bertanda * seme kene sangai dulu lepas tu sila menyerbukkan bahan-bahan itu. Tapi pelaga memang tak de yang kaler itam. Guna apa yang ada kt Pasaraya TF tu jela.Tu pom lepas kisar kali pertama tengok kulit pelaga tu tak jadi serbuk elok. Konon rajin, kopekla kulit pelaga tu. Haisss... Kejap je,lepas dah malas tu, tak de nak kopek-kopek dah. Kira tambah pelaga lebih masa masak nasi je nanti sudee..heee.. Ikut kata dalam resepi asal kene tambah halia, sebab nak serbuk tahan lama ai tak tambah. Buh terus dalam nasi. Serbuk kunyit + cili pon sama. Ai buh masa nak perap kat ayam/daging je. Kat nasik tak letak pon.
Ok gambar tak senonoh. Sebab amik masa tepi sinki. Ni pon ada gambar sebab tengah susun-susun sebelum bagi kat pakcik belakang rumah. Sesi membalas pinggan mangkuk huuu... Dari kanan atas Nasi Arab Khabsa, Kambeng Bakor, Ayam Bakor, dalam magkuk kecik tu Sos Harraz, sup kambing dan last salad Arab. Nak resepi sila klik ResepiRaidah dan Secubitgaram Terima kasih ye sebab share
Ni buat lagi petang tu. versi ayam pulak. Sebab kambing dah abis. Tapi memang kurang kick berbanding kambing. Heee... 1kg beli beras basmati tu memang selesai semalam je. Suka tengok Cikgu makan 4 pinggan bertambah-tambah setiap kali dengan rakusnya hahaha.. amboi ayat makcik!!
Ayat Cikgu lepas kenyang "Nasib baik awak kawen dengan abang, kalo kawen dengan orang lain jangan harap la nak pandai masak. Sikit-sikit makan kat kedai" Pujian jenis apekah itu?
Labels:
makan2
Thursday, June 5, 2014
Kopiah Raya
Tak dan beredan dah nak up pasal raya. Ngata ke pasaraya hover ngat baru bulan Syaaban dah naik iklan untuk raya. Rupanya pasal ada pelanggan macam ai la, terjadinye ke-pedooh-an itu.
Asalnya dari sebelum raya tahun lepas nak tempah kopiah untuk bebudak ni. Tapi terlewat suda, tuan kedai tak nak amik tempahan, takut tak dan nak siap. So ai postpone la, sesambil tunggu si Kasyah besar sikit baru best nak menempah. Tempah awal tahun dan dua minggu lepas dapat. Memang lama la kene tunggu tapi tak pela, dah nak sangat kan. Alhamdulillah raya tahun ni dapatla pakai kopiah ni..
Bukan..anak-anak ai tetap tiga orang tu je. Sorang tu anak sedara. Anaqi tu abang-sepupu-awal-sari dari Kasyah.. nampak kat sini cam saiz kepala Anaqi besar pulak Tapi memang puas ati. Tu gambar cilok dari fb tuan kedai. Best eh orang ada kemahiran ni tiba-tiba nyesal sebab tak abis blaja dulu, tula suka sangat buat benda separuh jalan huuu Sinar Kreatif ni penah masuk paper dulu..tapi ai tahu dari komen sorang kawan bekas pelanggan dia. Ai ni payah skit nak percaya barang-barang online. Dah percaya karang mula la meng-limah-kan diri adess...
Labels:
ape2 je
Wednesday, May 21, 2014
Yeahh..Hari Guru Datang Lagi
Hadiah sempena sambutan Hari Guru kat sekolah Cikgu. Bak kata Aliff bila ai jejak je kaki depan pintu tu "Ma ma..abah femes...banyak dapat hadiah" Ha'ah, abah awak memang femes. Bagi la can die merasa ramai peminat lak dah dewasa ni. Asek Mama je.. hehehe ayat berbau dengki di situ
Tapi kali ni ada dua hadiah paling rare. Besa pen, coklat, bunga, cawan mug tu benda besa.. Ada pelajar Cikgu bagi pembuka tin yang pusing-pusing tepi tu. Syukur sangat..memang ai nak sangat benda alah tu, tapi asyik tak ingat je nak beli.
*Ok, got the idea. Kepada Cikgu sila hint-hint untuk anak murid dari awal tahun nak apa ok. Milo ke..Nescafe ke..susu pekat 4 5 tin tak apa..hahaha..dasar
Labels:
the king...
Thursday, May 15, 2014
Alahai Ehs-tro
Biasa ai memang wat dek je pasal bil ASTRO sebab tu bahagian Cikgu. Sejak dia tak nyempat nak bayar bil, tanggungjawab tu ai amik. Ala..lagipun bayar guna M2U mudah dan cepat heee.. Dan sejak ai yang bayar ai sangat ler alert dengan bil ASTRO. Elok dapat bil minggu lepas, terkujat skit..eh eh, ada kenaikan pulak dah lagi? Pesal pulak.
Ini surat hunjung tahun lepas ASTRO hantar pasal pertukaran kadar bayaran rumah kami. Cikgu kata nak lebih kepuasan untuk isteri die konon la tengok tivi so die hap-grade ke ASTRO Beyond. Jadi bayaran kami dah jadi RM107.xx
Ini bil bulan ni. Ce tengok bayaran terbaru. Elok dah jadi RM114.xx pulak dah. Hoiiii..pehal lak naik lagi ni. Kawan opis kata GST kot. GST what-the-name-of-the tiger??? Bukan ke 1/4/2015 baru GST?? Tapi bila kira peratus kenaikkan memang 6% pon. Muskati ai..so ada sesapa leh tolong jelaskan ke-tidak-jelas-an jenis apekah ini?
Ini bukan masalah nak bayar RM7 tu tapi nak tahu kenapa?? Kenapakah kau berubah kenapakah.. Tapi 7hinggit tu bukan sikit wehh...tambah skit dah dapat sekotak
Labels:
bebel
Monday, May 12, 2014
Selamat Hari Ibu
Bulan Mei banyak sangat sambutan hari-hari kan??Hari Jururawat, Hari Ibu, Hari Guru jangan lupa Hari Belia juga. 15 Mei setiap tahun ye, maklumat kepada sesiapa yang mungkin tak tahu. dalam FB dan WG wassap group sana sini orang wish Selamat Hari Ibu. Ai tak dan nak meng-usha mana. Konon sebok dengan program la sangat khen?? Hee..besa la bulan Mei kan ada Hari Belia jadi sebulan tu memang akan penuh dengan aktiviti.
Jumaat Sabtu ai di Kontan. Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Pahang. Urusan kat rumah memang serah bulat-bulat kat Cikgu. Sebab ai berulang dari Raub-Kontan-Raub demi mu anak isk isk Malam sabtu tu masa ai balik, Aliff ada tak tido lagi. Dia siap tanya ai penat bagi segelas air dan suruh rehat. Pelik dah. Lepas tu dia yang tolong kemas tilam untuk tido adik-adik. Lepas mandi baru perasan ada kad dengan bunga kat almari depan depan cermin yang besa ai buat tempat bersiap.
Ini kad Aliff..tak berapa clear. Tulisan pon senget ke bawah. Aliff memang suka tulis senget, kadang kertas bergaris pon senget. Inikan pulak kertas kosong gini, memang ke-senget-an la. Rasa terharu jugak. Baik cikgu-cikgu kat SKBR ni ajar budak-budak gini. Diorang akan jadi lebih prihatin walopon ada orang rasa benda gini macam tak perlu. Bunga tu guna bekas papan telur tu. Warna dengan warna air Aliff kata. Yang cucuk-cucuk cikgu buat. Tapi memang comel. patut tiap kali beli telur sebekas tu die duk pesan jangan buang Rasanya yang gunting-gunting tu pon cikgu yang buat, tapi tak apalah.. Ada keinginan kat situ. Terima kasih cikgu :)
*Dan terima kasih untuk Aliff jugak..maaf mama sebok sangat. Nanti bila kita sama-sama cuti kita ajak abah jalan-jalan ok
Labels:
anak2
Tuesday, May 6, 2014
Akasyah 10 bulan
Almost 10 bulan..kejap je masa. Budak kecik dah 10bulan, dah pandai panjat-panjat dan menyusur tepi-tepi dinding walopn kaki terketar2 lagi Kasyah ni jenis hati besar sikit so kene selalu pantau die. Nampak kecik tapi cita-cita tu lebih. Sekarang ni keje dia..
Iye..menolak walker. Bukan nak masuk duduk dalam tu. Lagi suka menolak walker. Cuma bimbang sebab walker tu laju, die beroda kan. Bimbang tersungkur jatuh je nanti. Tu pon dah naikkan brek walker tu. Brek eh panggil benda cinonet kaler merah tu??
Untuk tujuan keselamatan keselamatan la sangat kami tukar ke benda alah ni. Kerusi kecik ni. Haa..tolak la Kasyah kerusi ni dengan bunyi kriut kriut membingitkan lagi rumah yang sedia bingit. Dengan kerusi kecik ni la dah lepas die pusing satu rumah. Tu nages pasal dah penat best die main tolak-tolak ni die mudah penat, nanti mudah nak tido kan die heee Masalah si kecik ni, penat tak reti nak duduk. Takott!!! Pejam-pejam mata kalo suruh duduk. Biarkan Cikgu yang latih die..bertatih ni pon Cikgu yang rajin ajarkan.
Ohya..Kasyah selalu berstoking sebab die still dalam mood semput-semput. Cuaca sekarang kan..batuk melenking-lenking. Tapi alhamdulillah dalam sari dua ni nampak dah ok. Tu pasal stoking memang tak boleh tinggal.
Labels:
anak2
Monday, April 21, 2014
Som Tam...Ler Sangat
Repeat buat..kali ketiga untuk tahun ni. Heee...lepas Cikgu ke pasar Ahad semalam die kata tengok dah banyak buah mangga kecik-kecik ni kat Raub. Sebelum ni buat, import dari kampung mali je. Cikgu pon volunteer nak sediakan mangga dan betik so ai okey jela. Bendanya mudah sangat nak buat cuma, tak tahan pijar tangan lepas hiris lada kecik tu. Boleh bagi jiran-jiran sama nanti sebab Cikgu beli banyak bahannya. Nanti bajet macam, "Ohsemmnye die, rajin sangat hantar makanan ke rumah jiran-jiran..uuuuu" Ping!!!Penampar kepit jugak minah ni
Resepi Som Tam mudah...
-betik muda celur kejap lepas tu hiris halus banyak la ai nak menghiris, masuk dalam food processer tu bia dia tolong hiris.
-mangga muda yang di cincang halus sedap mangga yang kecik-kecik orang buat jeruk tu. Tapi nak guna mangga biasa pon ok, janji masam
- ikan bilis goreng garing
-kacang tanah bakar/goreng nak hi-class guna kacang lain pon ok
-potong kecik-kecik lada cerrek bak kata Cikgu,ke gane ejaannya dan bawang putih kalo goreng kejap lagi best
-nampla sos...sos ikan
-gula..
Cara-cari..
Masuk je betik+mangga muda tu dalam bekas. Lepas tu tambahkan bahan-bahan lain macam lada, bawang putih, kacang tanah dan ikan bilis. Percikkan holoo..percik sangat la kan sos ikan sikit untuk rasa. Dan taburkan gula atas tu untuk shining effect. Dah siap...
*kalo tengok yang Thai diorang tumbuk bersama lada+udang kering..ai kureng sket, udang kering is achoomm achoomm!! Plus suka ikan bilis tu garing-garing lepas tu patah-patahkan sikit. Untuk lebih ranggup
Labels:
makan2
Wednesday, April 16, 2014
Entry Khas KC Pulop
Ohoiiiii...ini baru betul-betul entry pasal KC..kitchen kabinet = kabinet dapur. Halooo mokcik,tak abis lagi ke?? Heee..dah ada hak nanye nape rupe gitu dapur ambe, alang-alang nak menjawab meh mokcik buat entry trus hehehe... Okes memula nak bagitau dapur ai tak luas mana pon dalam 12' x 12' je. Tapi berangan tak penah nak hengat diri mueh mueh
Ini pandangan tepi sini. Tu nampak peti ais ai di tengah-tengah laluan. Memula rasa cam tak best sebab tutup laluan pandang terus dari depan ke dapur. Bila piki balik..ok pulak. Sekurangnya tak de la pakcik kat belakang nampak kami bergolek-golek depan ruang keluarga tu. Ini gambaran sebenar dapur ai. Tak kemas kan? Memang pon..eh ce bagitau camna nak bagi dapur cantek molek cam dalam tv ke majalah tu. Lawa kemas giler dapur.
Okeh..ni gambar tempat masak. Untuk soalan yang pertama. Apa yang ada bawah dapur gas kami tu?? Hehehe..gelak dulu. Masa buat table top ni, dapur tak beli lagi. Punya la banyak nau servey sampai tak terbeli. Cina yang buat tu dah pening die cuma siapkan tempat untuk dapur. Macam petak khas je, rendah skit dari table top besa tu. Kontraktor tu haga-hagak je buat bahagian dapur tu, dah macam terlebar sket. Dan yang best kami last nyer beli dapur tanam jugekk.. Dan bile dapur tanam tidak di tanam..akan kelihatan sangat lah hodoh. Cikgu buat solusi die sendiri. Die pergi tempah dengan kontraktor buat rumah, buat tapak untuk dapur tu. Itulah hasilnya..seb baik ai ada somi yang bijak dan pantas berfikir. Kalo jenis blur macam ai..hehehe..abis la Dan hasilnya dapur kami memang tinggi sket. Jeff puji sebab jarak dapur dengan hood tu tak jauh. So suction akan lebih bagus katanya.
Okey untuk soalan kedua, kene rujuk gambar kat atas pulak. Nape ada tempat lubang-lubang tu kat atas? Besa benda lubang-lubang tu bawah sinki je kan?? Haa..ni ai punya idea. Konon, nak macam orang dedulu punya. Para simpan barang, makanan dah siap masak apa..nak jenis jaring-jaring. tapi non-hado. Jeff saran yang cenggitu. So jadi lah konon para makanan kami. Besa ai simpan kuali lepas goreng ayam, cerek jerang air je. Tapi ok la jugak sebab ada jugak air ventilation dengan lubang-lubang tu.
Kawasan mendobi kami. Mesin 15kg kesayam-ngam Cikgu. Beli je 15kg tapi nama nak buh dalam mesin tu fully load jangan harap la. Sayang sangat die kat mesin ni.. Ai nak tekan-tekan selalu pon tak lepas tau. Ada plan nak ubah sikit cara susunnya..tp nanti la.Sebab meja untuk masak dari rumah lama tak tau nak letak mana. Situ je muatnye.
Labels:
Uli Jib
Monday, April 14, 2014
Jom Menyorok Sayur
Ini nak kongsi cara-cara nak menyorok sayur dalam makanan. Aliff memang memilih sikit bab sayur. Makan carrot, kacang panjang, batang sawi bunga je..tu pon kene potong kecik-kecik. Kalo ada rupa yang dabak-gabak memang nanti die susun comel sayur-sayur tu kat tepi.
Ini masakan paling mudah nak buat dan paling mudah juga nak sorok makanan. Dan kesukaan Aliff dan adik-adik. Kuey Teow Kungfu pesal la ai sanagt bermasalah dengan cara nak eja kuey teaw eh?? Opss maaf, kuew tiaw ai agak bogel. Nampak plain je..kalo tak de tauhu goreng tu rasa memang bogel gile.. Bawah tu kuew tiawnye. tak perlu banyak bukan-bukan, anak-anak bukan suka sangat pon.
Ini gambar dalam kuali. Guna kuali ni mudah. Tak melekat, tak guna minyak dan tak perlu sudip. Main baling-baling je nak balik. Nampak ala-ala martabak megi kan?? Warna dia agak gelap sebab ai suka goreng dulu sekejap kuew tiaw tu sebelum di buat gini. Goreng pon guna minyak sikit,tambah garam,kicap. Nak bagi lebih rasa...dan time sebelum tambah tiaw tu la, sila tambah sayur mayur dengan kuantiti yang banyak. Dalam ni ada karot, brocoli, bunga kubis, sawi y potong kecik2. Lepas tu nanti, senduk kecik2 letak dalam bekas telur dah dipukul sikit, goreng. Untuk menjadikan sedemikian. Nanti buh kuah yang merupakan sup sayur bogel 101. Taraaaa...siap!!
Ok, gambar tempelan. Bekal pagi tadi. Daging rusa masak lada hitam+kicap. Ubat orang kata untuk penyakit lelah. Usaha jela..harap sangat berhasil...
Labels:
makan2
Monday, March 17, 2014
Ubat Homopati...
Tengah kemas hangbeg, terjatuh benda ni. Macam gula-gula ada..macam taik cicak adik kata pon ye.. tapi taik cicak putih itam la Tringat ubat homopati ni yang duk telan nak suh cepat bukaan, cepat suh branak. Rasa manis dan sedap. Makan sejam skali..bila sakit makin kuat timing makan pon makin singkat. Tapi dah memang takdir, makan ubat ni tak jalan jugak. Baby tetap tak nak keluar.. Usaha ma abah nak tolong anak sulung die branak cepat lepas dah overdue.. Oh, baru prasan tak buat entry pasal bersalin Kasyah lagi. Tak pe..bagi Kasyah cukup setahun. hehehe dasar mak pemalas. Ok bai..
Labels:
maternity
Tuesday, March 11, 2014
Akasyah 7bulan
Lama tak hapdet pasal anak-anak. Pulak anak ketiga, dedolu masa jaman si Aliff jangan cakap la. Siap buat blog nak hapdet pasal anak..ek-sited nyer pasal muehmueh.. Alhamdulillah si Akasyah bak kata Aneeq Muhammad Adik Kasyah kalo di tanya nama penuh adik dah nampak sihat elok. Hujung masa die 6bulan ari tu demam aje. Demam batuk-batuk dengan kahak kesian sangat. Tambah pulak naik gigi..huuu.. Kasyah ni laju naik gigi tak macam abang-abang die. Umo 4bulan dah naik sebatang gigi bawah..5bulan sebatang lagi gigi bawah..6bulan dua batang skali gigi atas dah la besar panjang betul gigi hak ni 7bulan sebatang gigi bawah lagi.. huiii...memang cukup aset die untuk menggigit hobi dia la ni
Antara hobi die jugak, masuk dalam kabinet. My mom takut sebab almari kami tu macam kaca sket, kot bila budak duk dalam tu lemas. Almari simpan mainan abang-abang die memang ai dah buang magnet tu. In case kalo tertutup atau ditutup oleh abang yang nak bergurau tu..die boleh tendang bukak sendiri tapi harap jangan la abang-abang die bergurau gitu. Cuma prevention is better than cure woh!! tetiba omputis mokcik
Nah!!! Sekarang almari kabinet dapur pon die dah terjah. Tiap kali ai masak, sure peneman ni ada..tukang sepah.. Abis barang-barang tingkat atas pon die tarik. Tu tengah usaha tarik plastik simpan botol budu. Ohya..stok botol budu rumah kami sangat banyak..tu datang dengan plastik keras tu heee..saje nak bagitau Tu pon seb baik die tak berapa tegap lagi nak berdiri. Lama sikit nanges,takut ke penat tah la. Kami tak ajar dia naik walker. Bia la..lambat sket berjalan, ai ni mudah rindu baby..takut ter-ber-adik je hehehe
Labels:
anak2
Thursday, March 6, 2014
Orkid Vanilla Ice Ice Baby
Alkisahnya sekarang tengah duk mencari belia untuk pencalonan Anugerah Belia Negara peringkat daerah. Dan tetiba tah camna leh naik pasal belia kat Raub hak buat pasal orkid vanilla ni. Dekat pulak tu dengan kompleks ni ha, kat Kg Pamah Kulat...tapi siyes mokcik tak tahu pon ada belia hak buat penanaman pokok ni. Huuu..sodih haa.. Dan nak memanjangkan lagi alkisahnye, ada la sorang hamba Allah dari Jabatan ni ndak ke pokok ni. Memula die kata pokok vanilla ai cam blur-blur. Ai kam memang lahiriah blur, bila die kata pokok vanilla, dalam otak ai macam hmm...
Ha ai piki gini la pokok dia..tapi ada daun-daun apa la..lepas tu hujung-hujung kua pod vanilla tu. Hoh, cukup sedih mokcik ni. Imaginasi memang hampss...
Disebabkan ai pon ke-laut-an jugak nak tahu camna jenis pokok ni,usaha la mencari. Tanya orang itu ini kat mana kan.. Bila jumpa rumah belia tu dah gaya panel untuk pemilihan calon Anugerah Belia dah rasanya. Tanya itu ini.. Budak tu cakap dulu asalnya ada Aki tu buat secara komersil dan memang femes la. Aki tu buat secara kultur lagi. Tapi ada masalah skit dan Aki tu dah tutup tak buat dah sekarang. Ai tadi pon tersilap pergi kat tempat Aki tu, memang nampak macam kene tinggal la. Dan budak tu amik inisiatif buat secara kecil-kecilan. Tanam tepi rumah. Memang kalo pergi rumah die tak nampak mana pokoknye, bila dia tunjuk baru macam haaaa...
Memperkenalkan Orkid Vanilla Ice Ice Baby tersebut...heee. Masa cakap tepon kata benih die macam kecik sangat ke pokok eh, rupanya tak pon. Budak tu cakap dia ni asal dari Indonesia, dan ini memang asal usul nak buat vanilla tu. Oh mai..ai terus cam siyesss!!! Ai beli dua pokok dulu..semangat semangat pon, jangan hover..sedar diri hokey. Kot tak tertanam je.. Nanti nak beli jugak untuk sendiri, boleh tanam tepi rumah kat dapur. Nak buat kek ke kuih main petik-petik je kan??Haa..brangan sungguh best heee
Macam ni la lebih kurang pokok yang ada kat rumah budak tu.sebab tu masa ai sampai die tunjuk tempat pokok tu ai macam..haaa!! Hehehe..pokok ni boleh naik tinggi tau. Dan anak pokok tu dari batang dia la. Budak tu kata die potong dan semai..siap la tunjuk cara betul nak tanam apa. Ai kusyuk la dengar sebab besala..benda yang ai kelaut skit ni rasa kekaguman tu berlebih-lebih muahahaha..Bila dah besar nanti die keluar bunga dengan jurai-jurai batang yang berbau vanilla. Dan jurai-jurai tu la kene keringkan dan pommm!!! jadi pod vanilla tu
Ai is kagum..hahaha Sebab dalam otak ai ni vanilla tu dari belah-belah negara omputih je layaknye. Ni ada kat Raub?? kampung pulak tu yu..hidup subur hahahaha... Budak tu kata tak payah mana pon jaga,janji jangan panas sangat tu je. Pokok ni mudah jaga. Ha'ah yela...
Haa..nilah rupanye bila dah berbunga berbau dan berhasil-an pod..heee...Nama betul die tu ada dah Vanilla tahitensis nape ade tahi lak padahal bau wangi heee Makcik kagum makcik kagum. Siyes tak abis lagi kagum ai. Tu balik tadi terus buat entry ni.. Nampak sangat hovernye heee... :)
*pic kredit to google
Labels:
ape2 je
Subscribe to:
Posts (Atom)






































.jpg)


