Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Monday, April 14, 2014

Jom Menyorok Sayur





Ini nak kongsi cara-cara nak menyorok sayur dalam makanan. Aliff memang memilih sikit bab sayur. Makan carrot, kacang panjang, batang sawi bunga je..tu pon kene potong kecik-kecik. Kalo ada rupa yang dabak-gabak memang nanti die susun comel sayur-sayur tu kat tepi.



Ini masakan paling mudah nak buat dan paling mudah juga nak sorok makanan. Dan kesukaan Aliff dan adik-adik. Kuey Teow Kungfu pesal la ai sanagt bermasalah dengan cara nak eja kuey teaw eh?? Opss maaf, kuew tiaw ai agak bogel. Nampak plain je..kalo tak de tauhu goreng tu rasa memang bogel gile.. Bawah tu kuew tiawnye. tak perlu banyak bukan-bukan, anak-anak bukan suka sangat pon.



Ini gambar dalam kuali. Guna kuali ni mudah. Tak melekat, tak guna minyak dan tak perlu sudip. Main baling-baling je nak balik. Nampak ala-ala martabak megi kan?? Warna dia agak gelap sebab ai suka goreng dulu sekejap kuew tiaw tu  sebelum di buat gini. Goreng pon guna minyak sikit,tambah garam,kicap. Nak bagi lebih rasa...dan time sebelum tambah tiaw tu la, sila tambah sayur mayur dengan kuantiti yang banyak. Dalam ni ada karot, brocoli, bunga kubis, sawi y potong kecik2. Lepas tu nanti, senduk kecik2 letak dalam bekas telur dah dipukul sikit, goreng. Untuk menjadikan sedemikian.  Nanti buh kuah yang merupakan sup sayur bogel 101. Taraaaa...siap!!






Ok, gambar tempelan. Bekal pagi tadi. Daging rusa masak lada hitam+kicap. Ubat orang kata untuk penyakit lelah. Usaha jela..harap sangat berhasil...

No comments:

Post a Comment

Dah tulis?? Terima kasih :)