Wednesday, April 16, 2014

Entry Khas KC Pulop


Ohoiiiii...ini baru betul-betul entry pasal KC..kitchen kabinet = kabinet dapur. Halooo mokcik,tak abis lagi ke?? Heee..dah ada hak nanye nape rupe gitu dapur ambe, alang-alang nak menjawab meh mokcik buat entry trus hehehe... Okes memula nak bagitau dapur ai tak luas mana pon dalam 12' x 12' je. Tapi berangan tak penah nak hengat diri mueh mueh




Sini konon nak buat tall unit..konon la. Ingat nak ada pantry kecik gitu. Ni kes brangan tengok dapur Nigella dgn chef cook at home apa nama tah. Tepi tall unit tu nanti konon nak letak la sini gak peti ais. Tapi bila Jeff datang tengok die tukar. Buat tambahan kepada table top bentuk L yang sedia ada. memula rasa frust tapi dah lama ni memang rasa bagus. Jeff saran suh beli oven/microwave yang duk dalam terus tu. Ai besa la, benda mahal-mahal ni mana boley..heee...





Ini pandangan tepi sini. Tu nampak peti ais ai di tengah-tengah laluan. Memula rasa cam tak best sebab tutup laluan pandang terus dari depan ke dapur. Bila piki balik..ok pulak. Sekurangnya tak de la pakcik kat belakang nampak kami bergolek-golek depan ruang keluarga tu. Ini gambaran sebenar dapur ai. Tak kemas kan? Memang pon..eh ce bagitau camna nak bagi dapur cantek molek cam dalam tv ke majalah tu. Lawa kemas giler dapur.




Okeh..ni gambar tempat masak. Untuk soalan yang pertama. Apa yang ada bawah dapur gas kami tu?? Hehehe..gelak dulu. Masa buat table top ni, dapur tak beli lagi. Punya la banyak nau servey sampai tak terbeli. Cina yang buat tu dah pening die cuma siapkan tempat untuk dapur. Macam petak khas je, rendah skit dari table top besa tu. Kontraktor tu haga-hagak je buat bahagian dapur tu, dah macam terlebar sket. Dan yang best kami last nyer beli dapur tanam jugekk.. Dan bile dapur tanam tidak di tanam..akan kelihatan sangat lah hodoh. Cikgu buat solusi die sendiri. Die pergi tempah dengan kontraktor buat rumah, buat tapak untuk dapur tu. Itulah hasilnya..seb baik ai ada somi yang bijak dan pantas berfikir. Kalo jenis blur macam ai..hehehe..abis la Dan hasilnya dapur kami memang tinggi sket. Jeff puji sebab jarak dapur dengan hood tu tak jauh. So suction akan lebih bagus katanya. 



Okey untuk soalan kedua, kene rujuk gambar kat atas pulak. Nape ada tempat lubang-lubang tu kat atas? Besa benda lubang-lubang tu bawah sinki je kan?? Haa..ni ai punya idea. Konon, nak macam orang dedulu punya. Para simpan barang, makanan dah siap masak apa..nak jenis jaring-jaring. tapi non-hado. Jeff saran yang cenggitu. So jadi lah konon para makanan kami. Besa ai simpan kuali lepas goreng ayam, cerek jerang air je. Tapi ok la jugak sebab ada jugak air ventilation dengan lubang-lubang tu.




Kawasan mendobi kami. Mesin 15kg kesayam-ngam Cikgu. Beli je 15kg tapi nama nak buh dalam mesin tu fully load jangan harap la. Sayang sangat die kat mesin ni.. Ai nak tekan-tekan selalu pon tak lepas tau. Ada plan nak ubah sikit cara susunnya..tp nanti la.Sebab meja untuk masak dari rumah lama tak tau nak letak mana. Situ je muatnye. 



No comments:

Post a Comment

Dah tulis?? Terima kasih :)