Monday, April 21, 2014

Som Tam...Ler Sangat



Repeat buat..kali ketiga untuk tahun ni. Heee...lepas Cikgu ke pasar Ahad semalam die kata tengok dah banyak buah mangga kecik-kecik ni kat Raub. Sebelum ni buat, import dari kampung mali je. Cikgu pon volunteer nak sediakan mangga dan betik so ai okey jela. Bendanya mudah sangat nak buat cuma, tak tahan pijar tangan lepas hiris lada kecik tu. Boleh bagi jiran-jiran sama nanti sebab Cikgu beli banyak bahannya. Nanti bajet macam, "Ohsemmnye die, rajin sangat hantar  makanan ke rumah jiran-jiran..uuuuu" Ping!!!Penampar kepit jugak minah ni



Resepi Som Tam mudah...

-betik muda celur kejap lepas tu hiris halus banyak la ai nak menghiris, masuk dalam food processer tu bia dia tolong hiris.
-mangga muda yang di cincang halus sedap mangga yang kecik-kecik orang buat jeruk tu. Tapi nak guna mangga biasa pon ok, janji masam
- ikan bilis goreng garing
-kacang tanah bakar/goreng nak hi-class guna kacang lain pon ok
-potong kecik-kecik lada cerrek bak kata Cikgu,ke gane ejaannya dan bawang putih kalo goreng kejap lagi best
-nampla sos...sos ikan
-gula..

Cara-cari..
Masuk je betik+mangga muda tu dalam bekas. Lepas tu tambahkan bahan-bahan lain macam lada, bawang putih, kacang tanah dan ikan bilis. Percikkan holoo..percik sangat la kan sos ikan sikit untuk rasa. Dan taburkan gula atas tu untuk shining effect. Dah siap...

*kalo tengok yang Thai diorang tumbuk bersama lada+udang kering..ai kureng sket, udang kering is achoomm achoomm!! Plus suka ikan bilis tu garing-garing lepas tu patah-patahkan sikit. Untuk lebih ranggup

No comments:

Post a Comment

Dah tulis?? Terima kasih :)