Tuesday, June 24, 2014

Seminar Makanan Halal Daerah Raub



Ye...ai ke sini semalam. Bertempat di Masjid Sultan Abu Bakar Raub. Tajuk seminar memang best dah tambah pulak ai memang nak mencari-cari kursus lagi dua hari nak cukupkan 7hari tu. Ada seminar gini dalam daerah pulak tu memang cantek la.


Penceramah pertama dari Jabatan Agama Islam Negeri Pahang (JAIP) Ustaz..anyonyooo ai lupa. Dah tulis tapi kertas nota dah ke mana-mana. Tapi ustaz ni memang femes. Best...dengan ai yang tak cukup mana tido kes program hujung minggu pon tak de la tersenguk dengar die ceramah.



Penceramah kedua dari KPDNKK. Encik Din..nama penuh tak tau. Die sebut gitu je.  Tak banyak sangat die kupas. Lebih kepada pedangan pendapat peribadi beliau sebagai otai dalam KPDNKK tentang sikap orang-orang kita. Errr..ke ai yang dah sengguk lebih tu tak dengar sangat benda die bagitahu hehehe


 Nampok?? Tu kadar yuran bagi pensijilan untuk tempoh satu tahun.  Kira tak de la mahal nau. Duk dengar kata mahal-mahal..ai bajet ribu riban. Industri kecik baru RM100 je pon ha. Cuma yes..makan masa tu mungkin. Macam ustaz tu cakap maaf lupa nama huuu makan masa sebab banyak kerja yang perlu di buat dan pegawai yang ada tak ramai mana. Di Malaysia yang mengeluarkan sijil halal samada JAKIM atau JAI Negeri. Dan sekarang dah ada online. Sila ke laman web www.halal.gov.my ye..



Opsss...senget. Tu pulak jenis pengkelasan nombor E. Yang ada la dalam fb duk cakap kalo ada kod E ni ada unsur bab1. So kat sini ustaz tu jelaskan..tak semestinya E je bab1 asal bab1 je E no! no! Tak semua E ni datang dari sumber haram ye. E ni digunakan khas untuk bahan tambahan (aditif) dalam produk. Tak kira la makanan ke apa. E yang paling ramai ditanya E471. Benda tu sebenarnya sejenis emulsifier iaitu mono dan digliserida. Sumbernya dari lemak sintetik yang terhasil dari gliserol dan asid lemak semulajadi dalam tumbuhan.

Nampak kertas pink tu..haa, tu kertas kod yang ai bawak ke mana-mana tiap kali nak beli barang. 7tahun kot duk bawak benda alah tu cek bahan-bahan. Tapi bila dah dapat penjelasan gini, rasa macam oooooo..baru tahu. Kadang kita pengguna ni terlalu alert sampai tak cek betul-betul sumber info kita tu. Ustaz tu pon ada sentuh pasal Cadbury. Dan jelaskan kesilapan tu, dan khabar-khabar angin kata itu ini dan prosedur mereka.

Kesimpulan seminar tu, apabila dan ada badan yang memang boleh buat ujian dan sahkan benda tu halal sepatutnya ianya memudahkan kita pengguna. Tapi kalo dah was-was tu, jangan makan. Dan kalo nak share benda tu piki banyak kali. Biar sahih betul letak duduknya. Oshh..banyak sangat benda nak cite tapi tak reti nak cakap. Eloknye seminar gini di buat seluruh negeri dan daerah. Memahamkan pengguna terutamanya umat Islam yang kadang mudah sangat percayakan benda online. Walopon kejap tapi sangat bermakna

No comments:

Post a Comment

Dah tulis?? Terima kasih :)