Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Monday, June 9, 2014

Nasik Arab Khabsa La Kononnye..



Sempena ai yang kene keje Sabtu lepas, Cikgu request  nak makan Nasi Arab pulak. Ape ketan ai keje Cikgu pulak dapat ganjaran ye dok?? Ada ketannya sebab die yang tolong jaga 3A kat rumah hehehe... Dah la ai keje dari pagi ke petang. Sian die. Lagipun dah seminggu Cikgu duk nyanyi-nyanyi nak makan nasik arab. Ingatkan nak makan bila kami naik ke KL hujung minggu ni. Eh eh..nak wifey die masak pulekk...

Sesambil layan cite Doctor Stranger dengan You Are Serrounded ok iklan sket dan la ai gugel-gugel carik resepi nasik arab. Buat research sikit. Pening jugak..taip nasik arab je sekali keluar ada nama pelik-pelik pulak. Mandy la, Maghlubah la, Khabsa la okey sape tahu apa beza nye boleh tolong terangkan? Ke tu nama tempat asal nasik tu? Ai cedok sikit sana sikit sini, agak-agak nak bagi kene dengan selera Cikgu. 


Pagi-pagi Cikgu ke Pekan Sari Ahad kt Raub tu. Besa rileks je die keluar rumah pukul 8pagi gi pasar. Kali ni memang semangat. Nak beli daging kambeng la apa lagi. Tu tengah merebus daging dan tulang kambing. Benda pertama kene buat, sebab nak bagi daging hempuk empuk. Dan ai besa kalo masak daging memang sentiasa ada sudu besi la dalamnya petua mama. Dalam blog lain pon ada petua yang sama. Siap ajar basuh kambing guna tepung lagi. Ai bukan sekadar basuh, siap rendam dulu kejap. Tapi siyes, tak de bau hamis sangat. Tinggal bau dan rasa kambing tu je. Sedap la pulop.

Air rebusan ni nanti guna untuk tanak nasi. So kene pandai-pandai la agak. Lepas dah ada lebih tu, air rebusan bertukar menjadi sup. Pon ikut cara blog auntie sorang ni. Tambah bawang besar +bawang putih goreng + garam + lada hitam + lada sulah + garam + daun sup. Dah jadi. Aliff Aneeq makan sup saje bermangkuk-mangkuk lepas tu duk panas panas..hehehe




Nasi sesi pertama. Tak dapat nak tangkap bukak tudung. Berwap abis kamera henpon ai. Besala..henpon murah kan, tak de wiper hehehe... Sebenarnya ai takut nak bukak tudung tu takut nasi tu jadi antah. Punya la takut. Hehehe..kata first time masak. Sure la takut. Wehhh..kalo tak jadi makan tahun la jadi bahan kat Cikgu. Jadi failure is not the option ok.. betul ke ayat tu

Resepi Nasi 
4 pot beras basmati cuci dan rendam 30 mionit, toskan
6 pot air rebusan tadi sebab belakang pek beras tu tulis 1cawan=1 1/2 cawan air 
2 sudu minyak masak
1 sudu minyak sapi
1 batang kayu manis
*1 inci halia ketuk masuk je
*6 biji buah pelaga
*4 biji bunga cengkih
*1 biji bawang besar potong dadu
*3 ulas bawang putih potong dadu
1 batang karot pon potong dadu
2 sudu tomato puri
1/2 sudu kecil serbuk kunyit ai tak de safron yuu..
2 sudu besar rempah Khabsa nanti ai letak resepi kat bawah

2 biji cili ijo sedabak-dabak tu
1/4 cawan kismis
Garam secukup rasa 
Pewarna oren nak titis-titis dah masak karang
Daging kambing yang direbus tadi banyak mana anda nak masuk dalam nasi


Cara masak, lepas dah panas minya + minyak sapi tumis la bahan-bahan bertanda * Jangan la masuk seme skali, satu-satu la ikut priority. Dah agak layu bebawang, + rempah khabsa tu. Goreng kejap lepas tu masuk dalam rice cooker. Buh tomato puri,serbuk kunyit, kismis dan tambah beras lepas tu tuang air rebusan + daging kambing, jangan lupa lada besar tu. Kacau sikit-sikit lepas tu buh la garam. Tutup. Hmm..ai tak ikut sangat nak masuk gitu gini. Janji step penting ada. Tumis yang patut tumis dan campak-campak masuk seme bahan dan tutup heee.. Orang tak pro masak memang gitu. Janji siap masak dan sedap daaa hehehe..




Buat juga ayam bakar. Kot anak-anak cannot go dengan kambing bakar. Lumur dengan rempah khabsa tu. Tapi untuk lumuran ni tambah serbuk kunyit + serbuk cili + garam. Sedap. Kambing yang direbus tu pon lumur serbuk ni lepas tu bakor!! Guna periuk ikan ni je bakar. Bakar kambeng tu penuh asap rumah. Memang bau kambeng la hehehe..

Resepi Rempah Khabsa
*1 sudu makan bunga cengkih
*1 sudu makan lada hitam 
*1 sudu makan jintan manis
*1 sudu makan jintan putih
*2 sudu makan biji ketumbar 
*1 sudu makan buah pelaga
*1 sudu buah pelaga hitam (black cardamom pods) 
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh kunyit

Ni resepi asal dari blog Resepi Raidah. Ai ada ubah skit hee.. Yang bertanda * seme kene sangai dulu lepas tu sila menyerbukkan bahan-bahan itu. Tapi pelaga memang tak de yang kaler itam. Guna apa yang ada kt Pasaraya TF tu jela.Tu pom lepas kisar kali pertama tengok kulit pelaga tu tak jadi serbuk elok. Konon rajin, kopekla kulit pelaga tu. Haisss... Kejap je,lepas dah malas tu, tak de nak kopek-kopek dah. Kira tambah pelaga lebih masa masak nasi je nanti sudee..heee.. Ikut kata dalam resepi asal kene tambah halia, sebab nak serbuk tahan lama ai tak tambah. Buh terus dalam nasi. Serbuk kunyit + cili pon sama. Ai buh masa nak perap kat ayam/daging je. Kat nasik tak letak pon.




Ok gambar tak senonoh. Sebab amik masa tepi sinki. Ni pon ada gambar sebab tengah susun-susun sebelum bagi kat pakcik belakang rumah. Sesi membalas pinggan mangkuk huuu... Dari kanan atas Nasi Arab Khabsa, Kambeng Bakor, Ayam Bakor, dalam magkuk kecik tu Sos Harraz, sup kambing dan last salad Arab. Nak resepi sila klik ResepiRaidah dan Secubitgaram   Terima kasih ye sebab share



Ni buat lagi petang tu. versi ayam pulak. Sebab kambing dah abis. Tapi memang kurang kick berbanding kambing. Heee... 1kg beli beras basmati tu memang selesai semalam je. Suka tengok Cikgu makan 4 pinggan bertambah-tambah setiap kali dengan rakusnya hahaha.. amboi ayat makcik!! 

Ayat Cikgu lepas kenyang "Nasib baik awak kawen dengan abang, kalo kawen dengan orang lain jangan harap la nak pandai masak. Sikit-sikit makan kat kedai" Pujian jenis apekah itu?

No comments:

Post a Comment

Dah tulis?? Terima kasih :)