Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie Second Birthday tickers

Monday, October 27, 2014

Resepi Sorok Sayur Lagi



Resepi hasil ber-ef-bee dengan kawan-kawan lama sekolah. Gosip mak-mak biasalah terima kasih Norin. Kawan ni jenis golongan yang rajin dan kretif kalau memasak, nak tarik minat anak makan. Ai ni jenis masak yang penting nasik. Lauk ikut suka janji mudah. Tak nak makan kalu siap la korang hahahaha...

Ai tak tau ape nama nak letak.. Kawan tu kata quiche. Aliff panggil bunyi kuih, Aneeq panggil kek keju. Gasak la hai..




Sebelum dibakar. Rebus pon boleh tapi nanti cawan kertas tu lembik.  Ai tak de bekas nak bakar-bakar, lagipun guna piyuk cap ikan tu je. Jadi cara murah dan kedu adalah beli jugak cawan kertas  tu, lepas tu bakar letak cawan aluminium. Dah siap bakar keluarkan dan basuh. Nanti guna lagi..  Cikgu geleng kepala tengok isteri die duk ulang basuh guna hahaha penjimatan berhemah bang...




Inilah hasilnya.. Dah ada tangan-tangan kaki menunggu nak mencapai. Cepat je diorang makan. Ai suka sangat. Sebab dapat sorok banyak sayur dan juga keju  dalam tu. Khas untuk anak-anak ai.

Resepi..

*Pasta spiral rebus
*Roti keras roti potong dadu dan gaul dengan minyak bakar kejap bagi keras
Bawang besar + bawang putih + isi ayam potong kecik  tumis kejap
Sayur hiris halus - lobak merah, bunga kubis, tomato, sawi, cendawan ikut suka anda nak sorok sayur ape
Keju keping dipotong-potong
Telur 4 biji nak lebih pon boleh, lagi gebu
Susu segar dalam 1/2 cawan tak nak letak pon tak apa,saya letak banyak sebab nanti roti serap best
Garam dan lada hitam

*anak-anak tak berapa pasta, jadi saya tukar kepada roti yang dipotong dan dibakar ala-ala crutton tu. Lembut dan ranggup lepas bakar sedap. Tak buat roti keras pon ok.

Pukul telur dan tambah susu segar. Tambah garam+lada hitam
Tambah bahan-bahan lain - sayur, keju, bahan yang tumis dan roti.
Kacau lagi bagi serata dan cedok dalam bekas nak bakar.
Letak keju lagi atas dan siap untuk dibakar/ rebus sampai masak. Kalo rebus saran guna bekas yang sesuai, nanti bekas lembik.
Sedia untuk dimakan. Selamat menyorok sayur!!!


Friday, October 10, 2014

DIY Plastesin




Alkisah dah lama nak buat plastesin ni sendiri. Disebabkan niat hangat-hangat taik ayam, tak ke mana la. Sabtu sebelum raya Aidiladha kami tak pulang kampung huuu Cikgu buat operasi major mengemas. Mencuci langsir, sapu siling apa semua la dah nak dua tahun duduk sini baru nak cuci benda-benda alah tu sabo jela jadi memerlukan keadaan yang sangat bertenang. Rumah tiga hero, nak buat kerja panjat memanjat memang mencabar, bimbang yang memanjat ke mana, yang dipanjat pon ke mana hala.

Cara nak buat mereka ralik, moh ler buat pasltesin. Bbuat empat warna je. Itu je pon warna yang ada dalam peti ais. Yang ai buat ni tak guna resepi yang perlu masak-masak dan guna krim tatar?? ke apa namanya. Ai pilih resepi yang bahan semua ada dalam lemari, cepat dan yang paling jimat bahan hahaha..dasar berjimat cermat kheeennnn

2 cawan tepung
1/2 cawan garam
2 sudu besar minyak
1 cawan air suam 
pewarna pilihan

Campur tepung dan garam dalam bekas. Disarankan garam tu yang halus. Nak elak bila dah siap hasil nanti tak ada rasa biji-biji halus garam tu. Ai guna garam gred super fine. Lepas tu buh minyak uli-uli sikit dan tambah air sikit-sikit. Jangan pakai buh satu cawan tu terus. Agak-agak. yang ai buat ni tak guna satu cawan pon. Dah uli-uli bahagikan kepada beberapa ketul untuk diwarnakan. Tuang warna dalam doh dan uli lagi sampai sebati. Ingatan, untuk warna biru tak perlu banyak titis. Memang terang kaler die..



Gambar sebelum



Gambar selepas.

 Ini pon stok main 3hari berturut. Tengok dengan tudung botol air, bekas makan ubat dan acuan kuih seme ada. Syok tengok diorang main, seme boleh duduk dengan tekun gentel uli bendalah ni. Ai siap semangat pergi kedai beli acuan kuih tekap-tekap dan penggelek tu. 

Gambar hasil diorang buat memang tak ada. Asal Aliff siap buat basikal ikut kata Aliff basikal la walopon pelik rupanya Aneeq angkut masuk bahagian dia pulak. Belum si Kasyah plak sebok amik letak dalam mulut. Sah-sah dia luah balik dengan muka tak puas hati sambil cuba biskut lain pulak,masin tu.. Aliff pandai sembunyi-sembunyi masuk dalam oven ai tengah masak sesambil kemas lite-lite nak tengok biskut die jadi hape.. Memang tak biskut masin la jugak keluarnya.

Bagus buat sendiri sebab...
- Non toxic.. anak nak makan pon tak kesah. Biasa anak akan luah balik sebab masin
- Daya lekapan kat lantai tak macam plastesin yang beli kedai. Mudah sangat tanggal. Ingat dulu masa kecik kalo main benda ni, nak kemas cukup seksa. Sebab melekit die tu tak hilang. Memang ma ada bagi tikar khas untuk uli atas tu je, tapi besala, benda ma larang tu yang best nak buat. saje je nak kasi can ma hukum kami cuci simen/karpet hehehe
-MURAH!!!! Nak dapat sebanyak ai dapat tu modal dah dalam berapa dah. Banyak warna lagi. Ini mudah dan murah. Nak simpan pon tak susah. Berkulat sek sok, buang. Kot nak main ai buat lagi

Wednesday, October 8, 2014

Mr DIY Temerloh



Patut entry pasal DIY plastesin dulu...tapi macam ayat trademark baru Aliff  'apa kesah?' Entry mak eh dah suka suki keluar tak ikut garis masa. Tapi nampak sangat kan demam  Mr DIY tu ada lagi, sampai berjangkit-jangkit tajuk entry semua nak ada DIY, apekah?? 

Tujuan asal ke Temerloh nak melawat pakcik makcik, tapi biasalah, agenda melawat tu dah jatuh nombor dua. Sebab sedara-sedara semua sebok, hari raya kita pon maklum. Jadi membawalah diri kami uhuk uhuk konon,padahal sari sebelum ke Temerloh dah cek tenet bagai

Ai duk gugel pasal buat sendiri plastesin tu, skali terjebak baca blog pasal mainan yang jenis pembelajaran untuk anak-anak. Ada yang murah-murah, beli dari Mr DIY. Ai pon apa lagi cari-cari, skali kat Temerloh pon ada daaa.. Nak mencari kedai MR DIY ni seksa skit. Dalam tenet kata dekat dengan bagunan Tabung Haji, bila tanya orang cari-cari jumpa Tabung Haji, laaaa..mana kedai eh. Banyak kali pusing. Cikgu dah mula macam hangen, tapi sebab ai yang teruja sangat-sangat dia pendamkan amarah tu. Hehehe..terima kasih bang Lepas sekian kali tanya budak motor baru jumpa. Dekat dengan kuarter TNB rupanya alahaiii... Lepas stesen bas tu amik belah kanan lepas tu terus je macam nak keluar pusing balik bandar. Jumpa la kedai ni..

Gambar sember internet. Punya tak nyempat nak amik gambar, teruja sangat.

Cikgu awal-awal jual mahal, tak nak turun. Nak duduk dalam kereta je dengan anak-anak. Lagipun macam dah gerimis sikit masa tu. Lepas dapat tukar parking betul-betul depan kedai bawah bumbung tu, Cikgu nak pulak keluar. Masa pusing-pusing bahagian bawah Cikgu cebik-cebik je. Memang murah tapi macam tak ada apa katanye. Owh ini bahaya...



 Ke tingkat atas. Masa ni ai memang duk piki-piki benda lagi nak carik kat atas ni,sebab memang nak cepat-cepat amik barang lepas tu bayar. Bimbang andai ai sorang je tersawan kat atas ni. Mesti tak leh nak stay lama-lama sebab Cikgu dah on mood bosan.


Antara rak-rak yang akan di terjah lelaju.


Kawasan paling lama ai singgah. Barang-barang stationary die comel tahap tertinggi. Tangan memang gatal amik itu ini. Anak-anak ai dah letak siap-siap kat rak bahagian mainan sebelah ni je. Suh diorang pilih-pilih je dulu. Umpan tak bagi berlari-larian.



 Dalam pada ai lelaju sauk itu ini intai-intai jugak Cikgu. Ingatkan dia tak naik atas, tak pon masuk dalam keta dah. Rupanya dia sangkut kat sini. Kawasan barangan dapur lebih spesifik bahagian pisau. Memula bekenan pisau tu, lepas tu tukar pisau ni. Last dia jumpa pisau seramik pulak. Senyap dia bertapa kat situ dengan Kasyah atas dukung. Sepanjang-panjang ai duk pusing rak, situ lah Cikgu bertapa. Last sebelum pergi bayar ai kirai balik barang lepas tu pilih barang-barang yang mendapat persetujuaan bersama je baru beli. Kalo tak...huiiii, pisau die saje dah berbilah-bilah.

Aliff..tugas dia tolak bakul tu sana sini. Cikgu letak batang mop dalam raga tu sebagai stering untuk Aliff tolak-tolak. Aneeq dah on mode turbo, dengar suara je. Ai doa je jangan sampai terjatuh barang-barang kaca. Setiap kali bunyi benda jatuh cemas usha kot Aneeq punya pasal. Alhamdulillah Aneeq ok walopon berlari sana sini.



Pertama kali beli pizza sini. Sebenarnya tak de pilihan dah. Anak-anak bising lapar biasalah dah penat berlari dengan sejuk hujan lagi Kedai memang banyak tutup kecuali kedai mamak. So belanja diorang kat sini. Roti pizza dia sedap. Tak keras tebal macam pizza pondok walopon dah sejuk. Tapi topping kureng skit.




Hasil menjala kat Mr DIY Temerloh eshh..bunyi macam nak ke cawangan lain pulak jeee Ni pon ada lagi yang tak ada dalam gambar. 3A dah muncung panjang bila ai kata amik gambar dulu. nasibla dapat mak jenis kelautan sikit, seme nak excited. Ai yang teruja tapi barang ai paling sikit. Barang Cikgu, huuu...pisau saje dah 4bilah. Apekah?? Barang mainan pembelajaran ai beli banyak. Tapi kene sorok dulu, tak boleh keluar sekaligus, bahaya. Heee..

Ini pon dah ada plan nak ajak Cikgu mencari kedai Mr DIY lain pulak.. Ada lagi list mainan belajar yang ai usha dalam blog hari tu tak ada kat cawangan Temerloh ni. Cikgu pulak macam mengapi je siap kata cawangan Wangsa Maju lagi besar dan murah barang. Habis la.. ku tunggu cuti hujung minggu lagi.

Tuesday, October 7, 2014

Minyak Naik..Naik Minyak??





Nak jugak memeriahkan perihal minyak naik harga ni. Cuma amik masa untuk komen, nak keadaan lebih tenang. Buat entry dalam marah lain pulak jadinya nanti.

Rakyat disaran ubah cara berbelanja.....  Kesian kan, biasalah dah namanya mentimun lawan durian. Menggolek luka, digolek pon terluka..eceh!!! Hehehe

Wednesday, October 1, 2014

Gigi Susu Sulung Aliff






"Tapi Aliff dop rongot mama..."

Hepi je dia sebab tak rongak. Gigi kekal dah naik belakang sebelum gigi susu ni gugur, cukup umur Aliff enam tahun ari tu. Kejap je..dah enam tahun. Dah tak chubby dan putih melepak macam dulu. Bila dikomen gitu selamba je jawab "Tak apa..Aliff tetap hensem mama"

Okeh.

Thursday, September 25, 2014

Cuti-cuti Taman Air



Mengenangkan tak bawa anak-anak ke mana pon cuti sekolah,setakat balik kampung tu pun atas urusan keluarga so tak de poya-poya sangat ai mengusul Cikgu bawa anak-anak bermain air. Tu pon last minute bagitau Cikgu. Nasib baik mood die elok terus kata jom. Apalagi, kelam kelibut ai nak siapkan seme benda. Padan muka, mengada nak usul benda, bersiap belum.

Ketang ketung ketang ketung... Pukul 9.30 pagi kami bertolak ke tempat kejadian. Tak jauh mana pun tempat yang nak dituju. Dengan keadaan kami berlima yang selalu kecoh tu, dari Raub ke tempat yang di tuju tu dalam 2jam je. Elok sampai dah nak masuk pukul 12.00tengahari. Kami makan KFC jela. Bersorak la dua beradik Aliff dan Aneeq. Kami jarang nak makan makanan segera kecuali kalau dalam mood berjalan gini. Tu pon kalau nasib tak baik, mak siap bawak bekal makanan, berkelahlah ande-ande semua kedekut mak nye hohoho..


gambar dari Google
Dalam pukul 12.30tengahari kami sampai. Eh, kata cuti-cuti taman air kan?? Jangan kecoh-kocoh tak salah pon. Memang taman air tu kat sini, di Taman Awam Kubang Gajah, Temerloh. Masa ai kecik-kecik dulu abah suka bawak datang main layang-layang sini. Ada la skali dua. Sebab sini banyak angin, tu orang panggil Bukit Angin *auta atau fakta abah ai je tahu


Gambar Google lagi
Lepas belakang simen tanda kat atas tu akan nampak la rupa paras taman air mini tu. Pesal asyik amik gambar dari Google je dok?? Tak dan nak tangkap gambar wehhh..sampai dah nak tengahari. Matahari bersinar terang riang ria, silau makcik. Dengan panas, orang ramai, parking jauh nuh di hujung hampir bangunan tandas awam. Mana nak kawal si Aneeq yang meluru nak sana ke mari. Jadi maafkan lah ai huhuuu... Tapi gitulah muka depannya. Tapi masa kami pergi tu lagi ramai orang. Barisan nak masuk dalam tu huiiii... Cikgu dengan 'gentleman' nye bawak semua anak-anak tunggu bawah pintu gerbang masuk istana tu dan ai beratur beli tiket. Gentleman sangat khenn..hahaha


Ha..kali ni gambar sendiri dah. Itu 'tiket' masuk ke taman air mini. Serius kelakar..hehehe..tapi tak apa.. Ada kebaikkannya, nanti ai bagitau. Harga masuk ke taman air ni RM8 untuk budak-budak dan RM10 untuk dewasa. RM1 bagi orang yang masuk untuk tengok sahaja. Kira tak nak masuk air la. Dan..kalo anda bayar RM1 tapi tertangkap masuk air, anda akan di denda RM20 haaa..amik kau.
Masa nak sampai ke giliran ai, ai dengar orang depan tanya

Orang depan : Anak yang atas dukung tu berapa  kene bayar dik?baby dalam umur baya-baya Kasyah
Orang kaunter : RM8 juga.
Orang depan : Umo baru setahun je dik
Orang kaunter : RM 8 jugak

Hoi hoi...mahal wehhh.. Sini die tak ada sistem ukur-ukur ye. Bawah sekian sekian cm free masuk. Tapi mungkin la sebab bayaran kat sini tak ada semahal bayaran taman air lain kot. Tapi disebabkan ai masih macam kelam kelam gitu, sampai giliran ai cuma bayar untuk dua dewasa dan dua kanak-kanak je. Hulur resit kat atas tu kat orang jaga pintu masuk, dia pon akan gunting sikit macam kat gambar lepas tu dah boleh masuk.


Ok..nampak macam tak ramai orang kan?? Kenyataannye sangat tidak begitu, Dengan panas-panas tu ramai gila manusia. Kami pon termasuk dalam golongan manusia gila tersebut. Hehehe.. Ini antara permainan yang ada. Lebih kepada untuk budak-budak la sebenarnya. Untuk dewasa tak ada sangat.




Kalau ada pon ini jelah yang mencabar sikit. Tu pon sikit sangat cabarannye. Budak-budak pon ramai naik. Kasyah pon naik. Tapi Cikgu la dukung budak kecik tu. Aliff naik sekali je. Penakut sikit. Main la tepi-tepi gigi air je. Aneeq sekali dengan Cikgu lepas tu pepandai sendiri pergi nak naik. Huuiii..penat mata meliar nak kene tengok budak sorang ni. 


Ini kawasan gelongsor budak-budak. Aliff banyak main kat sini je. Mana dah budak tu dalam gambar ni, carilah kot jumpa. Baju merah, seluar biru, rambut pendek ye bukan rambut panjang hehehe. Atas tu ada macam bekas air yang kejap-kejap curah air.. Memang best tengok budak-budak main. Sebenarnya banyak lagi tempat untuk budak-budak tapi ai tak boleh nak merayau sangat ambil gambar. Kalau memula masuk tu ada kolam budak-budak main dengan kereta air yang macam kayuh-kayuh tu yang juga merupakan berhampiran dengan kawasan orang jual-jual makanan. Sebelah kiri tempat ni ada tempat simpan beg (lokar berkunci) dan sewa pelampung.Belakang kawasan tu ada macam istana dan air pancut-pancut. Sekeliling kawasan ni macam sungai, boleh duduk atas pelampung biar bergerak sendiri. Memang ok la tempat ni, dengan kadar bayaran tu. Jangan la banding dengan Sunway Lagoon pulak..


Kasyah dan Cikgu. Eh..ada Aneeq kat bawah tu menempel. Sorang ni kejap-kejap hilang. Ai nak merayau amik gambar pon takut. Takut terlepas pandang hilang pulak si Sepet sayang sorang ni. Tengok balik gambar ni, hmm..macam Cikgu yang teruja lebih. Hmm...



Dan ai jadi mak datin sepanjang peristiwa. Duduk di bangku yang banyak disediakan sekeliling kolam sambil jaga beg pakaian dan berpayung. Tu Aliff konon-konon berenang. Boleh la..asal ada dari tak de. Kasyah seperti biasa kalau jumpa air, dia akan cuba selam kepala die dalam air tu. Mula-mula ingat terjatuh takut lemas, rupa sendiri buat. Alahai...

Menghabiskan masa sampai pukul 2.30petang. Lama tu..mandi tengahari garing. Huuuii..tu pon jenuh nak mengajak balik. Masuk kereta terus tertidur semua. Alhamdulillah..janji diorang gembira.

Tambahan lain ...
-Makanan luar tak boleh bawa masuk. Penjaga pintu akan cek. Tapi pemerhatian ai, orang beranak kecik apa ni, dia tak cek sangat. Cepat je dapat masuk
-Nak bawa pelampung sendiri boleh, tapi kalau tak bawak kat sana dah ada pelampung sewa. Cuma harga agak-agak la kan. Pelampung jenis biasa tu harga sewa RM2 deposit RM4. Untuk yang jenis ada lantai bawah pelampung lepas tu boleh keluar kaki tu RM4 sewa RM 4 deposit kalau tak silap ai la. Dan harga makin naik ikut jenis kebesaran pelampung.
-Banyak kerusi disediakan sepanjang-sebulatan kolam ni.Yang berbumbung jumlahnya agak sedikit dan jauh dari kawasan mandi manda. Yang berhampiran macam ai duduk tu, tak ada bumbung tapi jangan bimbang, memang banyak. Kalau pihak pengurusan boleh buat tutup sikit lagi baguis. tak perlu bumbung proper, yang macam jaring-jaring kat atas tu pon dah ok
- Kat sini papan tanda tak berapa ok. Perlu lebih banyak papan tanda. Sebab masa ai datang kene ringan banyak la mulut tanya itu ini. Kebersihan kolam-kolam yang bukan untuk mandi pon patut pihak pengurusan titik beratkan. Musim denggi ni, tak pepesal wehhh...


Tips konon...
-Kalo ke sini mohon bersedia lengkap. Kalo ada stroller bayi lagi bagus. Bukan untuk mudah letak anak, mudah untuk letak barang. Kalau tak ada pon tak apa, cuma kalau pilih seat dekat air yang cuma ada kerusi tu agak terhad la. Kalau dapat yang berbumbung ada meja apa ok la nak letak barang-barang
-Bawa payung kalo anda datang dah ada matahari tu. Panas is hot ok?? Dan panas di kawasan berair, memang sangat panas.
-Elak datang waktu tengahari dan cuti sekolah. Ramai orang satu hal. Bila ramai orang, jumlah klorin lebih untuk jaga air kolam tu. Dan bila tengahari, bau klorin tu sangat la menusukbaunya.
-Bawak je makanan ringan-ringan masuk, setakat nak alas perut nak hilangkan tawar mulut je kan tak dehal, bukan nak bawak siakap 3rasa makan kat sana.. Lagipun, makanan jual kat sana terhad dan agak mahal. Keluar dari taman ari ni depan sikit dah ada restoran ikan patin femes Go Bang tu.. eh, promot pulak
-Tiket masuk tu pepandai la. Macam ai walopon nampak menipu sebab tak bayar untuk Kasyah sebenarnya tak untung mana pon, sebab ai tak masuk dalam air pon, basah kes Aneeq simbah. Kasyah pon banyak main kat gigi air je. Bukan ai suh menipu tapi pepandai la. Fikir budak umur setahun apa sangat nak dimainkan. Lagipun pengawasan tak ketat pon, jangan risau pasal kena tangkap tu. Bukan ada tag ok
-Lifeguard ada tapi macam kurang meyakinkan..so mak pak sila amik perhatian anak-anak anda. Walopon kolam tak dalam mana, nak lemas tu boleh je
-Untuk budak-budak yang jenis tak tahan, balik elok makan ubat terus. Bukan pe, dengan panas klorin tu, mudah sakit. Anak ai jenis tak tahan sikit..

Jadi, percutian hujung minggu kami berakhir dengan semua selamat pergi dan kembali. Cuma balik dengan tak berapa sihat. Sebab air klorin kot. Anak-anak ai manja sikit, mudah demam macam mak eh Apapun taman air ni memang rekemen untuk orang berhampiran Temerloh datang. Altenatif kalau tak nak pergi jauh-jauh.

Wednesday, September 17, 2014

Kedai RM2 Kelate Mari




Balik kampung cuti hujung minggu hari tu. Balik ada hal keluarga sikit. Kebetulan jugak penamaan calon pilihanraya kat Pengkalan Kubur waktu tu, orang kemain ramai nyer. Tah macam mana masa kami sekeluarga keluar carik barang sikit dah alang-alang balik kampung nampak banting kecik kedai ni kat kawasan Wakaf Che Yeh tu. Kat Kelantan ni kedai dua ringgitnye memang banyak, besar dan bersepah. Lagi pulak, kedai due hengget ni berhantu sikit. Ai buat tak kesah, sampai la terlalu betul-betul depan kedai tu, hamek...memang besar betul. Satu bangunan tu dia saje. Cikgu pon sambil memandu tanya, 'Nak pusing ke?' Esshh, mestila nak. Hehehe..tetiba ai seronok lebih. Sanggup Cikgu buat u-turn jauh jugak. Nampak tak mak pak yang eksited sebenarnya??

Ai dapat snap satu je gambar. Sebab kawasan lain ramai sangat maknusia. Memang aduhai, sesak jalan dalam kedai tu. Kedai sangat besar dan barang sangat banyak.Harganye barang pon murah sikit dari kedai dua hengget kat Raub ni berdasarkan kepada beberapa barang yang ai besa tengok kat Raub



Inilah gambar nan sekeping yang sempat amik. Dan salah satu sebab nape ai kagum tu. Sebab ai tak pernah jumpa kedai dua ringgit yang ada bahagian sayur-sayuran gini. Sebelah die bahagian barang masak. Bukan kuali sudip apa wehh..bawang-bawang, rempah ratus dan buah pon ada. Ai kagum, ai kagum.. kalo tetiba ada jual ikan daging ayam moh pengsan kot mokcik ni Dan hasilnya, memang berhantu. Rasanya paling banyak kot setakat ni kami borong kat kedai RM2 ni..huuu. Barang cukai Laksamana Bertiga je dah berapa, barang Cikgu lagi, ai? Duk sebok usha bekas plastik sampai ke sudah. Usha jela dapatnye...

Wednesday, September 10, 2014

Ingatan








Kadang saya pon terlupa..ingatan sendiri juga
*gambar amik dari papan kenyataan opis..bos la punya kerja ni hehehe

Monday, September 8, 2014

Tangkap Lemak Meh...



Macam kan nak tangkap ikan je bunyinya kan?? Hee..ternampak satu artikel best dalam buku yang ai sedang baca dah dua thaun abca tak abis-abis lagi, buku beli jugak lagi huuu  Nampak macam petua yang bagus, jadi marilah kongsikan untuk semua.



Nampak?? Fat catcher..tu yang jadi tangkap lemak tu. Cara nak buang lemak/minyak dalam masakan/makanan kita. Biasa la kalo dah nama masakan Melayu tu memang minyak biasanya banyak. Tak semua makanan tapi kebanyakkan la. Bak kata sorang pelancong Korea pasal makanan Malaysia sudah di alih bahasa, ai tak reti bahasa diorang "makanan Melayu sedap tapi berenang dengan minyak" amik ko, tergezut diorang kot hehehe...

Meh ai tolong taip kan balik ikut pemahaman ai ok..

1. Amik selai daun lettuce daun salad kan?  dan letak di permukaan makanan/masakan tu. Biarkan seketika sebelum buang. Nanti minyak/lemak tu akan lekat. Ulang proses tu sampai anda puas hati

2. Amik dua atau tiga kiub ais dan letak pada permukaan makanan/masakan yang berminyak tu. tapi jangan la masa makanan tu tengah panas teng teng ye..lojik akal la Biasa bila sejuk minyak tu akan bertukar kepada bintil lemak dan akan melekat hampir dengan kiub ais tu. Kita boleh cedok buang dengan mudah ais dan lemak tu.

3. Masukkan sebiji telur yang belum masak ke dalam masakan anda masakan berkuah. Biarkan seketika. Sebab telur sesambil mengeras akan 'menarik' sama lemak/minyak dalam masakan tu. Lepas tu cedok buang..jangan di kacau kasi pecah pulak. Kang tak pepasal kari ayam bertelur jadinya

Ni petua omputih...mungkin ada yang kurang sesuai dengan cara masakan kita, Tapi yang cara telur tu memang ai selalu buat. Kalau masak nasi goreng nampak berminyak sangat, mula letak telur, tapi ai tak buang la lepas tu, kira makan balik la minyak lebih tu. Hee... Kalau masakan goreng-goreng termasin pon gitu. Tambah telur..pasti ok. Errr..nasi goreng pagi ni termasin skit heee..malas tambah telur punya pasal padan muka

Tuesday, September 2, 2014

Jom Minum Air...



Entry banyak yang tertangguh, sebab payah nak upload gambar. Huuu...ai ni update blog menggunakan internet opis. Lepas tu simpan lepas tu peram dan lepas tu lupa apa nak tulis dah..huuu.. Dan kali ni, nekad. Nak gak publish satu entry. Pasal minum air. Rata ritu orang duk suh minum air banyak-banyak cuaca panas ni. Tak silap ada gak terbaca ke-tidak-elok-an minum air terlalu banyak untuk organ dalaman badan. Mana satu yang betul, wallahuaklam..

Dalam duk mencari resepi untuk buat sesuatu kat anak bujang sulung terbaca pasal minum air ni. Kata penulis tu, cara nak tahu berapa banyak air kita kena minum dengan cara kira-kira ni.

Berat badan anda (kg) x 0.033 = Jumlah air yang patut kita minum
Contoh berat anda 65kg x 0.033 = 2.145l air yang kene minum
1l air = 4 gelas besar / 6gelas kecil

Ai membiasakan diri minum 1botol air satu liter untuk sesi pagi di opis..dan tambah petang lagi 1l. Dan antaranya adalah gelas-gelas lain. Kalo ada terminum air manis nanti kene balas balik minum air masak segelas dua. Ai tak leh tak cukup minum air, mudah sakit kepala. Huuu... satu cara lagi sorang doktor ajar, tak perlu bilang-bilang sangat air berapa gelas berapa liter. Tengok kepada hasil pembuangan air anda tiap-tiap kali ke tandas. Kalo bila pergi tandas hasil pembuangan air anda warna pekat maknanya kene minum lagi air. Warna urin anda patut bewarna jernih kalau berkaler pon sikit je.

Ok dah..jom minum air

Thursday, August 7, 2014

Operasi CicakMeng...



Cicak atau panggilan manja binatang tu kat rumah kami Cik Ci. Alasan kenapa memberi mereka nama manja, berkait rapat dengan cite zaman sekolah ai kat Penang dulu. Bila cicak-cicak ni sangat ber-cicak-raja-lela dalam bilik asrama kitorang sampai satu tahap, ai termarah mereka-mereka ini. Dan hasilnya, seminggu diorang pakat men-tandas-kan diri depan pintu almari ai. Tiap pagi bangun memang setompok banyak taik kat situ. Dah satu keje pulak ai kene buang taik-taik tu dan cuci kawasan depan almari tu. Geli weh..dah macam apa taik-taik cicak berkumpul penuh depan pintu almari gitu. Roommate ai kata, cicak ni sensitif dan suka balas dendam. So kene bagi la nama manja jangan bagi diorang terasa. Dah gitu pulak..  ni awak punya cite yer Eman tapi amazingly, ai ikut pulak cara die tu hehehe

Dan balik ke jaman sekarang, rumah kami ni memang agak ramai Cik Ci ni. Banyak cara dah buat. Dari petua pakai bulu merak usaha carik beli bulu merak kat Batu Caves nuh tabur kulit telur ayam bertambah sepah rumah penggunaan bahan kimia sapu sana sini maupun penggunaan alat elektronik yang konon-konon ada bunyi boleh men-sakit-kan telinga Cik Ci kemudian jadi tak best duk rumah kita, semua boleh dikatakan kurang berhasil. Pesan abah ai, rajin-rajin la menglastik binatang tu nanti die seriknak datang dah. Hoishhh... bukan tak suka nak men-setik binatang tu ni antara aktiviti kami adik beradik malam Jumaat, nanti abah akan bagi upah ikut kiraan cicak yang berjaya disetik. Tapi bila cicak tu jatuh..eeeeee...dah dengan budak kecik yang suka sengeh kemain laju sekarang ni nak kutip benda-benda.. Ngeri ai nak piki kemungkinan yang belum pasti tu  teringat mama cite masa sembang-sembang raya ari tu, pasal dua ekor cicak masuk dalam air teh dia ewwww

Orang kata nak kurangkan cicak, kurangkan bahan makanan mereka. Ai ni rumah kawasan pinggir pekan, serangga memang banyak la. So Cikgu buat inisiatif sendiri nak kurangkan populasi cicak ni. Bahan-bahannya tak payah. Selotep kertas yang kaler putih dan kertas pelekat lalat.

Ini pelekat lalat. Siap ada perasa lagi tau. Jangan memain. Tapi jangan la minta nak perasa strawberi ke apa kan?? Gambar pelekat lalat tu dari Incik Gogel.Harga benda alah ni tak de mahal mana pon.

Cikgu akan potong tiga bahagian dari saiz asal dan kemudian tampal guna selotep kertas tu di tempat Cik Ci suka jalan-jalan. Sila tengok contoh di bawah.



Ini gambar dalam bilik air kedua. Guna selotep kertas sebab senang nak tanggal. Tak de cite cat tertarik sama ke apa nanti. Letak sikit je, bagi kertas lalat tu lekat je. Ini dah round ketiga, tu pasal kertasnye bersih tulus suci lagi. Masa sesi pertama buat, dalam bilik air kedua ni dapat dalam 15ekor. Bilik air dapur dapat 9ekor. Tempat-tempat lain ada la runcit-runcit. Keseluruhan untuk Operasi Cicakmeng I ni dapat dalam lebih kurang 30 ekor. Letak je sebelum senja pelekat lalat ni lepas tu sila abaikan. Esok datang kutip. Huiii..tp ai tak datang  pantau pon. Geli kot banyak-banyak gitu..Cikgu la yang datang kutip buang dengan muka senang hati.

Percayalah ianya berkesan. Peratus cicak kurang selepas dua sesi. Mana nak tahu kurang? Tengok dari taik mereka. tips untuk lebih kejayaan untuk tangkap cicak tu, letak area yang berlampu, sebab biasa ada serangga kecik dekat lampu kan malam-malam, dan cicak akan datang nak makan. Sebelum nak datang makan tu, kene la lalui kawasan perangkap tu. Jadi memang cara yang efektif la bagi ai. Selamat mencuba :)

Monday, August 4, 2014

Selamat Hari Raya 1435H





Keluarga kecik kami. Kejadian 2 Syawal hari tu. Jadi tak adalah lambat mana rasanya nak mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua. Kepada sesiapa yang terbuka dan terbaca blog cipisan saya. Hajat di hati nak bergambar secara pro di studio tak jadi lagi, lepas je dari sesi bergambar amatur ni tuan blognya  demam sampai sekarang Huk hukk... Jadilah dari tak ada langsung. Ni gambar pertama kami sekeluarga setelah tujuh tahun lamanya. Sedis sadis...

Buat semua yang mengenali, yang menyayangi mengasihi, yang jauh dan dekat di hati, yang mungkin pernah terbenci dan dimarahi, ampun dan maaf dari kami sekeluarga. Dan Selamat Hari Raya Aidilfitri, mohon maaf kecik dan besar kesalahan

Daripada Cikgu Azizi, Me, Akasyah, Aneeq dan Aliff

Panjang umur jumpa lagi tahun depan

Wednesday, July 23, 2014

Sains Sepah+Kalut



Okey tajuk ala-ala tiru Sains Comot.. Tapi disebabkan profesornye tak de la comot cuma membuat sepah dan pembantunya seperti biasa kalut, tajuk kene tukar. Heee..nampak kan ai minat cite-cite gitu. Heee.. Backyard Sc pon best. Nak pupuk minat anak, kene la mak lebih-lebih. bia pon besa memang mak yang berlebih ponnn... Ok, dah melalut ke laut.

Tajuk Eksperimen : Cara Merebus Dengan Efisen Telur Yang Banyak pesal tajuk tak gaya ke-sain-an pon
Bahan-bahan : Telur sebanyak yang bos minta ande rebus
                       Air untuk basuh dan rebus telur
                       Plastik rock rak nak bungkus telur
                       Cuka dan garam sesedap rasa 
                       Beras sesudu
                       Senduk nak angkat telur dari piyuk panas
                       Bekas dari kedai RM2 
                       Kicap habuan untuk penunggu bertuah yang tak nak tido dua orang

Memula sila basuh telur-telur ayam tersebut dari najis mutawassitoh. Guna span ke apa yang ada gosok-gosok sampai bersih macam budak comel dalam iklan Lifeboy kata. Untuk tugas khas ini, ai import Cikgu selaku pembasuh periuk kawah berpengalaman di majlis kenduri untuk efek lebih bersih. Tapi kene selalu perhati, sebab ke-teruja-an Cikgu membuatkan telur-telur banyak pecah dalam sinki hehehe..

Ok..untuk eksperimen ni, ai akan buat banyak cara merebus telur dalam kuantiti banyak dengan cara paling efisen. Maknyanya peratus telur-telur tu retak pecah dan kemudian di makan orang  yang sebok-sebok kat dapur tu boleh dikurangkan

Bekas Pertama : Rebus biasa-biasa je ini sebagai eksperimen kawalan kata Cikgu. Ok ikut kata Cikgu Sains
Bekas Kedua : Rebus ala-ala biasa tapi ditambah garam + cuka


Bekas Ketiga : Macam cara kedua tapi telur-telur diletak dalam plastik kecik-kecik yang bertebuk dengan garfu kemudian baru masuk dalam piyuk berisi air panas.



Bekas Keempat : Kukus grill panggang tak dela..kukus je


Keputusan.
Bekas Pertama : Sangat tidak seswai untuk rebusan berkuantiti banyak kerana kadar pelanggaran telur-telur membuatkan mereka retak menanti belah tolong la ayat makcik Dan hasil keretakan yang melampau sehingga mengeluarkan putih telur mengotorkan air rebusan seb baik ai tak rebus banyak sangat Dan di sinilah penggunaan kicap secara berleluasa bermula.
Bilangan telur retak/pecah 7/20
Bilangan retak menanti kicap : 3 biji

Bekas Kedua : Kadar pecah-retak ada tapi tidak sampai mengotorkan air. Disebabkan percampuran cuka+garam yang mengumpalkan putih telur menjadi keras.
Bilangan telur retak/pecah : 6/20
Bilangan retak menanti kicap : 1biji

Bekas Ketiga : Sangat sukses!!! Kaedah yang paling disarankan
Bilangan telur retak/pecah : Tiada
Bilangan retak menanti kicap :  Pon tak de heee...sukeeee

Bekas Keempat : Disebabkan para peng-eksperimen tidak biasa mengukus telur dan membiarkan telur terlalu lama di dalam pengukus, maka kadar retak-belah sangat tinggi sape suh kukus sejam heee Mungkin kalo cara diperbaiki, keputusan ekperimen adalah lebih baik.
Bilangan telur retak/pecah : 15/30
Bilangan retak menanti kicap : 5biji

Kesimpulannya : Eksperimen diteruskan dengan kaedah Bekas Ketiga. Sehingga abis semua telur-telur terebus. Dan budak-budak tido dengan berbau telur..huhuuuu




Telur-telur yang terpilih dan siap dihias cantek.




Tanpa ande..tak adelah misi meng-ekperimen telur-telur. Terima kasih bos..hehehe




Last, model telur opis. Heee....

*Beras untuk letak sikit dalam bekas rebus sebagai petanda telur cukup direbus bila beras dan bertukar jadi nasik.
**Eksperimen tamat pukul 3pagi..huuarrrgghhh!!! Terima kasih bang sebab tolong..

Tuesday, July 22, 2014

Akasyah Setahun


Anak ketiga. Kadar hapdet adalah sangat jarang berbanding dengan abang-abang yang lain. Tapi bukan bermakna kadar sayang anak tu dah kurang. Cuma kekangan masa bila bertambah anak ni. Buat  Kasyah, mama sayang Kasyah sangat-sangat. Alhamdulillah diberi Allah kesihatan dan keselamatan buat budak suka sengeh setahun ini.

Dan sempena setahun Kasyah di dunia ni, ai nak hapdet cite bersalin. Hahahaha...nape tak tunggu anak sambut ulang tahun ke 12 tak nye? Nak buat camne heee... Kasyah Allahmdulillah selamat lahir pada tarikh 3 Julai tahun lepas bersamaan 5 Ramadhan 1434H. Yes..kali kedua ai bersalin dalam bulan Ramadhan, suke sangat kan?? Hee..jenuh nak menghabiskan puasa tau.

Asalnye kelahiran ketiga ni nak mencuba bersalin kat Raub je. Tak rancang pon nak balik kampung untuk bersalin kali ni. Memandangkan abang Kasyah, si Aneeq lahir awal 2minggu, ai kira anak ke tiga pon begitu. Dan untuk tujuan keselesaan la konon ai dah utter tarikh last period lewat 3minggu. So andai ai terlebih due sikit tak de la adegan kejar mengejar dengan pihak hospital. Tambahan pulak kali ketiga mengandung ni, masa bulan ketujuh ai 'bocor'. Jadi bersalin lewat memang bukan option die. Masa tu terasa sangat seb baik la dah ubah tarikh last piyed.

Allah Maha Kaya. HambaNYA merancang baek punye tapi keputusan tu tetap DIA yang tentukan. Dalam kami duk merancang siap buat lawatan tapak ke Hospital Lipis lagi punyalah plan kan?? Rupanya baby tak nak keluar kat Raub, tak nak die IC 06 rupanya budak ni. Sakit tu datang pergi macam tu je. Dengan Cikgu yang sebok dengan exam UPSR tak lama lagi, nak tak nak dia kene hantar ai balik ke kampung juga, Lebih terjamin keselamatan. Kes ai leaking masa die kene ke Kemaman tu memang sangat memberi kesan kat Cikgu. Abis semua orang susah hehehe... So baik la bersusah awal-awal ni.

Oh ya, mengandung kali ni berat cuma naik keseluruhan cuma 6kg je. Tu pon terima kasih abah ma yang baik sangat hati menyumbat anak die dengan makanan bila duk di kampung. Naik la berat ai..kalo tak. Menten je.. Preknen Kasyah bulan pertama sampai keempat memang tak de selera makan. Kalo makan pon muntah. Badan lembik sangat. Kebetulan time tu nak pilihanraya..memang longlai gile rasanya. Lepas 4bulan baru rasa nak makan tapi still muntah-muntah tu ada walopon tak kerap sangat. Time ni la ramai yang kata kandungan kali ni perempuan, but still Cikgu yakin baby tu lelaki. Scan memang payah nak nampak sebab die sangat lincah dalam perut dan kecik.

Sepanjang masa 8bulan tu, memang tiap kali scan mmg berat baby kecik je. Mase ai leaking 7bulan tu, doc nak paksa suh bersalin ok. Tapi berat baby cuma dalam 1.6kg je. So dengan kedegilan yang ada sebab duk sorang, Cikgu 'paksarela' kene gi Kemaman gak kursus ai keraskan hati tak nak. Ai sanggup tanggung risiko kalo apa-apa jadi nanti. Biarla anak ni keluar bila dia nak keluar. Jangan di paksa-paksa. Lepas dapat 'hadiah' dua jarum kat pinggul untuk kuatkan peparu baby dan sign surat skit, ai dapat keluar spital lepas 3hari di tahan. Dan siap dengan amaran ai kene elakkan demam dan makan benda bukan-bukan. Diorang bimbang baby akan kene infection dari lubang leaking tu. Lepas cek kat hospital dan klinik-klinik swasta, ai yakin nak biarkan baby ni keluar sendiri. Cuma jangan demam, itu yang ai kene lebih hati-hati.

Disebabkan ai penah leaking, walopon berada di kampung kali ni memang tak menjadi la urusan nak main ciku cak dengan pihak hospital. Diorang memang siap bagi tarikh last 13hb Julai, untuk lapor diri ke HUSM. Dan, ai ada sejarah kurang baik dengan HUSM ni, so tempat tu akan jadi last option. Balik kampung kemahin servey tempat lain untuk bersalin. Gomen dan no-gomen. Tu yang jumpa Rumah Bersalin An-Nur bersama Doc Siti. yang lembut tapi tegas. Dia doc yang akan cuba sedaya upaya untuk elakkan benda-benda bedah-bedah ni akan ada entry susulan lain pasal benda ni Dan alhamdulillah..dengan sedikit ilmu dari ALLAH yang die ada pinjam ayat doc Siti Selamatlah budak kecik tu keluar. Tanpa perlu induce atau bedah-bedah.

Muhammad Akasyah..
Semoga sihat sentiasa duhai anak..

Friday, July 11, 2014

#amanpalestin



Seminggu dua terasa sangat berat hati bila bukak fb. Sekadar bukak cek mesej dan kemudian skrol tanpa buat apa-apa rasa diri sangat tak berguna.. Sana sini post gambar dari sana.. Dari saudara  seislam kita di Palestin. Saya berhati tisu, saya mengaku. Bila tengok gambar abang matipeluk adik,  gambar ayah peluk jasad anak yang dah kaku dan cuma rasa sedih dan kasihan dalam hati, macam ada yang tak kena. Saya emak..kepada tiga anak lelaki. Bayangkan itu anak-anak saya, saya mungkin mahu orang berbuat sesuatu untuk membantu. Ye doa..itu terbaik buat mereka. Moga ada antara doa-doa kita didengar oleh NYA dan membantu mereka di sana. Tapi sekiranya anda mampu lebih dari itu, apa salahnya memberi. Tak ada kecil besar sebuah pertolongan, yang penting niat kita membantu tu. Bantulah yang termampu...
 #prayforgaza #prayforpalestine